h1

Video Akhbar NST Versi 3D Dilancar Perdana Menteri

November 11, 2011

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini diperkenalkan kepada akhbar New Straits Times (NST) berwajah baru di Bangunan Perdana Putra.

Mereka diberi taklimat mengenai perubahan pada akhbar harian berbahasa Inggeris itu oleh Pengarang Kumpulan NST, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib; Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif NSTP, Datuk Anthony Firdauz Bujang; dan Ketua Pegawai Operasi NSTP, Mohammad Azlan Abdullah.

Akhbar dengan imej baru itu berada di pasaran bermula hari ini, bukan sahaja menggunakan kepala akhbar, format reka bentuk dan isi kandungan baru tetapi juga memaparkan gambar dan iklan dalam tiga dimensi (3D).

Najib mengucapkan tahniah kepada NST bagi langkah penjenamaan semula akhbar itu.

“Saya yakin NST akan menerima respons positif daripada orang ramai,” katanya.

- www.bharian.com.my

h1

Akhirnya PAS – BN Bersatu berkat Raya Haji

November 7, 2011

gambar dari blog http://penembak-tepat.blogspot.com/

h1

Perang Poster Ganu vs Nogori Semalam

October 30, 2011

image

Akhbar BH siar perang poster antara penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir Piala Malaysia semalam. Mukasurat 8 hari ini.

Sudah sah Negeri Sembilan yang ketinggalan pada awalnya, telah bangkit pada saat terakhir untuk benamkan Penyu 2-1.

Akhirnya Piala Malaysia edisi 85 berjaya menjadi milik Negeri Sembilan dan penyu nampaknya menangis lagi kali ini.

Tahniah kepada semua yang menang dan semoga tahun hadapan masih ada sinar untuk Terengganu mendakap Piala Malaysia.

h1

Vigil Pegang Lilin Pemimpin Pakatan Sama Amalan Paderi Gereja

October 29, 2011

image

Nasihat Pedang janganlah kita melawan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan upacara vigil.

Pemimpin yang melakukan vigil tidak menghormati kedudukan Majlis Fatwa yang menjadi rujukan kita umat Islam.

Bukti kebebasan mereka ialah fatwa upacara bertentangan agama yang dibuat kerajaan seperti mengalung bunga di Tugu Negara turut dilarang oleh fatwa mereka.

Maka jangan hormati orang yang hina fatwa atau beri undi kita kepada mereka.

Pemimpin tidak ikut fatwa ulama tidak boleh memerintah negara.

Fatwa  Vigii boleh anda cari guna Google.

h1

Mari Tengok Kejayaan Atau Kegagalan Pas Sebenarnya

October 27, 2011

image

Apa pandangan anda fakta yang terpampang ?

Inilah punca Kelantan mundur.

Cukuplah 21 tahun rakyat menderita.

Sekaranglah masa kita ubah segalanya.

h1

Watch “Greyson Chance Singing Paparazzi” on YouTube

October 25, 2011

video budak 14 tahun ini sudah ditonton melebihi 43 juta.

h1

Reaksi Perdana Menteri DS Najib Kematian Muammar Gaddafi

October 24, 2011

Kematian Muammar Gaddafi sudah diduga

NANNING, China 21 Okt. – Malaysia menyifatkan kematian bekas Presiden Libya, Muammar Gaddafi sebagai satu kesudahan yang telah diduga sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Gaddafi telah beberapa kali menegaskan akan mempertahankan kerajaannya hingga ke saat-saat akhir dan sanggup menghadapi segala kemungkinan termasuk dibunuh.

“Bagaimanapun, apa yang penting rakyat Libya dapat bangun dan memulakan era baharu yang boleh menjanjikan kemakmuran di kalangan mereka selepas ini.

“Libya selepas ini amat berpotensi untuk lebih maju. Ia kaya dengan minyak dan sudah pasti diharapkan kehidupan mereka akan lebih baik,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar rakyat negara itu yang sebelum ini berpecah-belah kepada kabilah-kabilah agar dapat bersatu semula bagi membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh dan maju.

“Inilah kerajaan baharu yang mereka sendiri tentukan,” tambahnya.

Gaddafi terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Menjawab satu soalan, Najib berkata, setakat ini kerajaan Malaysia akan terus memantau perkembangan di Libya dan akan mengiktiraf kerajaan baharu negara itu apabila sampai masanya. – UTUSAN

 

h1

Budu Special Kelantan

October 23, 2011

image

budu special projek diraja Kelantan ini dijual hanya di tesco dan airport kelantan.

dihasilkan tukang masak istana.

rugi kalau tak cuba.

harga 10 ringgit tiga botol.

sekian sekadar makluman.

h1

JEMPUTAN KEPADA 200 FACEBOOKER DAN BLOGGER KE SEMINAR GAGASAN 1MALAYSIA UNTUK KITA

July 27, 2011

Assalamualaikum wrt wbt & salam 1Malaysia.

Satu Seminar Gagasan 1Malaysia Untuk Facebookers dan Bloggers akan diadakan di Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy pada Khamis 28 Julai 2011 bermula 9.30 pagi hingga 4 petang.

Ia bertujuan memberi penerangan yang jelas tentang gagasan 1Malaysia kepada bloggers dan facebookers agar mereka dapat membantu menyebarkan gagasan ini.

Sila emailkan nama, ic, alamat dan email anda kepada email panglimaperangcyber@yahoo.com atau sms 0123378780 dengan segera.

Terhad 200 peserta sahaja.

Barang eksklusif 1Malaysia seperti pin, sticker kereta,poster,booklet,beg akan diberi kepada 200 peserta terawal sahaja.

Pendaftaran juga boleh dibuat pada hari seminar dilangsungkan.

Panglima juga turut menjadi ahli panel Forum pada Seminar tersebut.

(nota : wakil urusetia)

mohon dipanjangkan kepada rakan FB dan follower blog anda. tq

h1

Blog PAS Akui Haram Sertai BERSIH 2.0

July 2, 2011

rally%2BBersih.jpg

gambar demonstrasi haram BERSIH 2007

Berdasarkan dari gambar di atas kita boleh nampak dengan jelas bagaiman sudah pun berlaku percampuran antara lelaki perempuan…begitu juga sudah jelas bahawa ajaran Islam yang mengatakan ia boleh menjadi haram apabila telah berlaku percampuran lelaki perempuan telah pun berlaku…

Ia turut diaakui oleh blog PAS seperti link di sini

http://dupahang.wordpress.com/2011/06/26/hukum-demonstrasi-bersih-2-0-antara-fatwa-mengharam-dan-mengharuskan/

Teringat bagaimana muta’ah dihalalkan SYIAH demi ‘keseronokan’ dan begitu juga percampuran lelaki perempuan untuk mengganggu pengguna jalanraya seperti yang ditunjukkan di atas adalah sangat jelas status HARAM-nya tanpa perlu dibincangkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Budak kecil pun tahu apakah hukum mengganggu atau menyakiti pengguna jalanraya yang lain yang mungkin terganggu perjalanan mereka menjalankan urusniaga, atau tersekat kecemasan isteri ingin bersalin, atau untuk menghantar mangsa kemalangan yang memerlukan laluan yang tidak disekat seperti demo haram seperti di atas.

Sila lihat keratan faktwa dari Blog Pro PAS di bawah dan jangan terkejut PAS memang menghalalkan perkara haram mengikut hawa nafsu mereka bukan atas nama kebenaran dan ajaran Islam yang sebenar…

Semua demi merebut kuasa menuju Putrajaya !!!

HUKUM+BERSIH.png

sumber :
http://penembak-tepat.blogspot.com/2011/07/blog-pas-akui-haram-lelaki-bercampur.html

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.