You are currently browsing the monthly archive for April, 2008.
Tajuk Laporan Malaysia Today ( klik sini ) di atas dari mulut Presiden PKR , Datin Seri Wan Azizah. Selepas Karpal Sing menolak negara Islam, dan mengkritik Raja Melayu , Presiden PKR turut sama mengecewakan kita bangsa melayu.. Nampaknya selepas selesai pilihanraya atas nama Pakatan Rakyat, kita lihat satu demi satu isu telah timbul yang melibatkan ketiga tiga parti utama Pakatan Rakyat..
Paling panas, Sabtu lepas, peguam terkenal Karpal Singh buat report ugutan bunuh di web PAS JOHOR. Hari ini akhbar melaporkan budak tersebut yang baru berusia 19 tahun telah ditahan polis.
Terbaru Azizah mengatakan tidak praktikal Islamic State di Malaysia…sama dengan apa yang diperjuangkan dan disebut di dalam ceramah ceramah Buya Anwar ( jangan baca BUAYA ) sebelum ini. Sila lihat klip video :
Jelas, sebelum apa apa dan memerintah Malaysia mereka sudah bertelagah. dan terus bertelagah.
Yang pelik, mana Sang Wira Rakyat yang berdegar degar ke sana ke mari bawa gagasan Malaysian Malaysia?
di mana hilangnya Hj Hadi menjawab isu di atas yang dimainkan sendiri oleh Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang makin popular selepas keluar rancangan Blog di RTM malam Ahad lepas.
Mana juga Nik Aziz yang membisu seribu bahasa tidak mempertahankan PAS JOHOR yang menyiarkan komen halal darah Karpal Sing atau MENYALAHKANNYA ?
Mungkin surat kepada Hj Hadi Awang perlu dilihat semula kandungannya kerana di situ jelas ada statement yang ingin mengelirukan atau memang mengelirukan kita sebagai rakyat biasa. Ia juga menyebut agar mendiamkan diri berkaitan beberapa isu sensitif yang tidak disebutkan dengan terperinci di dalamnya…
Nampaknya bukan sahaja 17 YB pembangkang menyokong Timbalan Speaker BN semalam, bahkan bayang kerajaan Pakatan Rakyat sudah hilang dibawa angin dan mungkin mereka perlu menunggu 50 tahun lagi membuktikan kebenaran idea perjuangan mereka dengan regu baru yang boleh diharap dan tidak lantang Islamnya seperti PAS.
Nasihat saya, PAS perlu bersatu dengan UMNO atau Ahli PAS perlu menyeberang ke UMNO.. Jika tidak mereka hanya bermain dengan kata kata dan hanya pandai menuding jarai ke arah lawan tanpa berbuat tindakan yang betul melaksanakan apa yang dicita citakannya.
Ahli PAS perlu menyuarakan protes di atas kegagalan pimpinan mereka menjadi tunjang pakatan rakyat hingga ketuanan Islam sudah dipijak di bawah tapak kaki mereka yang sangat kemaruk akan kuasa dan jawatan…
Jika tidak, mereka sangat bacul dan dayus kerana ;
- berselindung di atas nama agama dan mendustaka agama dengan fatwa yang berubah ubah..
- menuduh keluar Islam mereka yang berkawan dengan bukan Islam dan tidak menarik kembali secara gentlement tuduhan tersebut.
-menanam sikap benci kepada semua ahli hingga budak belia yang belum boleh mengundi sudah pandai membuat komen ala Taliban kepada kawan Pakatan Rakyat mereka sendiri.
-tidak mengkritik kenyataan menolak perjuangan menentang negara Islam bahkan menikus dan mendiamkan diri meskipun sangat lantang jika UMNO yang berbuat demikian.
- PAS sudah menjadi kuda PKR dan DAP kerana menjadikan sokongan penyokong mereka disalur kepada pemimpin bukan Islam yang sama dengan konsep BN di dalam pilihanraya meskipun mereka juga yang menolaknya satu ketika dahulu …
Jika anda berani memprotes kerajaan maka anda juga perlu memprotes pemimpin anda yang telah tersasar dari agenda utama Fasal 5 , kerana ia sangat dituntut oleh agama .
Sabda Nabi : Katakan yang benar walaupun pahit.
Lagi,
” katalah yang benar di hadapan pemimpin yang zalim ! “
AA, bukan bateri tetapi dua nama besar yang bermimpi di siang hari
Saya menulis artikel ini selepas membaca bagaimana artikel di KL POS yang menyiarkan analisis bertajuk : Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar. Tulisan Oleh Ariffuddin Ishak / petikan dari akhbar mStar tarikh Khamis, 24 April 2008..
Saya tertarik kerana terdapat persamaan nama awalan dua tokoh rapat dikatakan hebat hingga sanggup ke penjara kerana mempertahankan prinsip perjuangan gagasan mereka. Sekarang di saat saat mimpi indah ini, A yang muda telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika memerintah nanti , kata penulis tersebut..
Meskipun terdahulu sebelum itu, seorang rakan rapat mereka yang tidak sama nama depannya, telah mengundur diri dan merajuk dari arena politik parti lambang satu mata. Gara gara si A muda tadi telah dilebihkan dari si E hingga mengecewekannya…Sekarang si E giat dengan NGO yang juga aktif memperjuangkan agendanya.
Jika tidak, tentu mereka boleh dikumpulkan sekali dengan tajuk AAA dot dot dot seperti di atas…
Rupa rupanya percaturan politik parti bermata satu itu memang jelas… Menjadikan A kedua sebagai Timbalan Perdana Menteri… dan kawan kawan barua lain akan diketepi..
Saya ketawa gelak seorang diri kerana kesiankan nasib bakal menimpa ‘kuda tunggangan’ mereka berdua dari parti cap roket yang kuat kecinaan dan parti cap bulan yang jelas keislamannya…Mereka tak ada peluanglah menjadi timbalan atau setaraf dengannya jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia. Ketika itu si A tua akan menunjukkan belangnya. Dan mereka yang baru sedar menjadi tunggangan parti bermata satu itu akan terkejut, kerana tiada disangka perancangan mereka akan berakhir sebegitu rupa.
Anda tentu boleh mengagak mana satu yang kena !
Jadi, apa yang saya lihat ialah hasrat menggunung tinggi AA di atas di dalam merencana perjalanan politik mereka hingga ke peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara. Hingga lahirlah artikel yang saya sedang ulaskan di atas…
Jika artikel tersebut dibaca rakan rakan mereka dalam pakatan yang diletakkan rakyat di atas ( adik beradik bank rakyat dan sekolah rakyat ) tentu mereka akan mengundur diri dari terus menjadi ‘kuda tunggangan’ yang memang enak ditunggang tetapi akan dilupa apabila sudah tiba di destinasinya.
Jika E yang kuat berjuang hingga merengkok dalam penjara boleh diketepikan , maka tidak menjadi masalah besar untuk A tua menendang sepuas puasnya rakan rakannya hari ini hingga dia akan menukar diri lagi kepada bentuk baru yang mungkin anda tidak pernah kenali dan sangka ia akan terjadi….
Lihat gambar bersama bekas Presiden Bank Dunia , A yang muda itu sentiasa ada bersama. Ketika mana A pertama menemui utusan luar negara, pasti kelibat A kedua ada bersama. E tidak ada. Mungkin sukar menyimpan rahsia atau apa entah kita tidak juga pasti sebabnya. Cuma mungkin kekurangan pada nama depan menjarakkan hubungan hingga si E telah membawa diri jauh dari terus memberi sumbangan kepada parti mata tadi.
Kenapa saya tidak suka menulis nama mereka? Kerana mereka lebih kurang sama dengan bateri yang ada had dan hari…Kan lebih mudah saya tuliskan A sahaja kerana mencontohi mereka yang nampak dengan mudah juga ingin naik ke puncak jawatan negara.
Hasut rakyat tentang kerajaan, pasti mudah menjadi popular. Buat blog hentam kerajaan pasti ramai akan datang. Kutuk kuat kuat lepas tu letak iklan boleh dapat habuan bulanan hingga ada yang dikatakan mendapat ratusan ribu sebulan kerana orang seperti anda yang suka datang …
Kerana apa ? kerana berjaya menarik minat rakyat hingga tiada lagi masa ruang disia siakan selain dari mengutuk Pak Bedolah agar turun dari terus menjadi Perdana Menteri.
Ada Cina berkata kepada kawan saya, jika lu mahu jadi wakil rakyat, masuklah DAP ,PKR atau PAS. Nanti senang dipilih kerana mudah menjadi Yang Berhormat. Kerana mereka tidak ramai ahli.
Agak saya meskipun negara sudah adil dan saksama, selagi pangkat dan jawatan tidak menjelma di hadapan mata tentu mereka berdua akan terus dan terus kata ‘ Lawan tetap lawan ‘
Saya tidak mendapat arahan atau wang menulis di sini tetapi bukankah sekarang zaman blogger menulis dan mengkritik siapa sahaja, maka saya pun turut sama ingin bersama mereka. Tetapi bukan menyokong Pakatan Rakyat, bahkan mencuci kotoran fitnah dan dusta kata kata mereka.
Anda sudah membaca Berita Online MalaysiaKini hari ini sudah memohon maaf atas fitnah kepada menantu Pak Lah?? Akhbar yang pernah juga dikenakan tindakan tetap sama juga menyiarkan berita tanpa usul periksa seerti mana kes kes sebelum ini yang melibatkan pihak berkuasa.
Mungkin ia satu tindakan bijak bagi mengelak dari disaman 100 juta atau 7 juta seperti RPK ..Mana cukup donation dari pembaca untuk membayar yuran peguam dan juga saman yang memang jelas di depan mata. Kecuali ada NGO luar negara bersedia membela mereka…
Mungkin V of N boleh rasanya…Apa erti huruf V dan N ? Rasanya yang menerima tahu siapa yang memberi…Ini pun penulis dengar dari gosip gosip dunia politik…
Tidak salah menerima dana dari luar negeri yang mengatakan mereka menyokong kebebasan bersuara. Tetapi jika ia bertopengkan kebebasan demokrasi bagi menghentam kerajaan hingga lebam dilanyak saban hari, ia bukan lagi demokrasi. Ia dekorasi kepada kebaikan kerajaan melalui tulisan hingga dilihat di mata akal rakyat , kebaikan di dalam bentuk kezaliman semata mata.
Sebab itu menulis sama dengan berkata kata. Ia satu cara menggambarkan mengikut apa yang kita kehendaki.. dan tentunya dalam hujah ada logik dan ada tidak logik. Ada fakta benar dan ada yang salah..
Tetapi yang kasihannya rakyat kita tidak suka mengkaji…Yang membaca pun tidak ramai…Yang ramai , mengikut membuta tuli sesiapa sahaja yang membawa berita.
Ibarat tok nenek dan sanak saudara di kampung mendengar berita dari cucu pulang dari kota raya, tentang kisah rakyat memberontak kepada kerajaan. Rakyat sudah kembali membuat demonstrasi. Rakyat telah disembur dan dipukul sesuka hati. Ia dipimpin oleh AA yang turut disokong kawan mereka dari parti roket dan bulan..
Tambahan pula di kawasan presiden parti bulan sendiri mengetahui rakyat ditembak dengan peluru hidup hingga nampak bagaimana zalimnya negara di bawah Imam Hadhari sekarang ini. Hingga polis tidak lagi melindungi rakyat bahkan sanggup mencederakan rakyat dengan tembakan menggunakan peluru hidup yang boleh membunuh sesiapa sahaja.
Maka tok wan tok ngah dan pak long serta rakyat di kampung itu akan fikir dengan fikiran yang sama. Mereka fikir kerajaan Pak Lah zalim. Kerajaan Pak Lah kejam.
Lalu kisah tadi dibincangkan di kedai kopi selepas selesai mengadap Tuhan…Maka hujah anak muda kerja di kota besar tadi akan diguna. Hingga satu kedai akan termakan dengan dakyah dan propaganda percuma yang tiada di media massa kelolaan negara.
Apatah lagi sebelum itu di kuliah kuliah agama oleh ustaz ustaz tok tok guru politik pun turut sama menyindir dan berkias kepada kezaliman kerajaan sedangkan niat mereka sebenarnya ingin mendapatkan sokongan rakyat agar menjadikan mereka sebagai wakil Yang Berhormat. Maka fakta dikelirukan dan dalil dalil diselaraskan mengikut hawa dan nafsu semuanya. Jika tidak ada golongan berdusta menggunakan agama, tentu kita tidak akan mendengar hadis nabi tentang kategori ulama yang digelar dajal kerana menyesatkan umat…ulama jahat atau ulama suu’ .
Selepas itu tiba saat pilihanraya, tok wan nenek pak long mak long semua berkata, kita pangkah parti bulan, roket dan cap satu mata asal jangan dacing yang sudah nampak di sebalik cermin kaca mata, sudah lari timbangannya.
Itulah politik di Malaysia dan itulah sikap orang orang kita…..
E-BOOK 70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara adalah tindakan terbaru yang terjadi ketika mana Anwar juga telah difitnah dengan cara yang sama iaitu buku 50 dalil Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri 10 tahun yang lalu. Ia natijah politik keterlaluan hingga menimbulkan isu isu sensitif yang mungkin benar atau mungkin tidak sebenarnya. Bahkan Najib juga dikejutkan dengan dengan 100 dalil tidak layak menjadi Perdana Menteri.
Sepatutnya membongkar peribadi tidak harus dilakukan. Jika dibuat ia tanda kita suka keburukan dijadikan bahan tontonan. Sebab itu Islam menyuruh mendiamkam diri dari mencari kesalahan orang lain, mencela dan juga menyebarkannya kepada khalayak ramai. Jika mengikut pendapat ulama , haram didedahkan aib dan kemaluan seseorang walaupun dia melakukan dosa besar asalkan dia melakukannya secara sembunyi seorang diri.
Namun ia telah ‘ diperbaharui ‘ sekarang ini menerusi fatwa Presiden PAS Hj Hadi Awang sendiri yang membenarkan perbuatan mengumpat di dalam mendedahkan sikap sebenar seseorang pemimpin itu agar rakyat tidak tertipu dan terpedaya dengan akhlak buruknya.
Jika buku 70 dalil tentang Pak Lah ini tiada nama pengarangnya namun buku yang ditulis oleh Khalid Jafri bulan Mei tahun 1998 jelas dicatatkan namanya yang berani mendedahkan skandal bakal PM Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga heboh satu negara tentang buku tersebut.
Meskipun beliau sudah meninggal dunia pada 25 Ogos 2005, dan disaman 4.5 juta oleh Anwar ( berita), ia sebuah hasil tulisan yang bebas dibaca dan kita kena tapis semula kandungannya samada betul atau tidak.
Dan yang jelas, ( jika palsu ), ia satu fitnah maha dahsyat bagi menjatuhkan pemimpin antara yang dikatakan hebat pernah dilahirkan oleh negara kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim !
Pendapat penulis sendiri, Wallahu Allah Taala A’lam. Yang penting kita berbaik sangka dengan sesiapa sahaja dan termasuk DSAI..
Meskipun kebebasan menulis melalui blog adalah bertepatan dengan hak demokrasi yang memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja bercakap apa yang dimahukannya. Namun dari segi agama ia tidak bebas kerana masih terikat dengan dosa pahala dan balasan di dunia jika mendatangkan murka Allah Taala.
Begitu juga dakwaan yang dikumpulkan dalam 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara juga satu cubaan pihak tertentu yang bertopengkan nama Ahli UMNO Kedah dengan bantuan malaysia Today yang berbesar hati menyebarkannya di alam siber.
Ia jelas bagi melemahkan imej Islam Pak Lah yang komited mempertahankan Islam Hadhari beliau seperti mana DSAI dengan Islam Madaninya. Dan menyedihkan kita, ahli PAS turut sama menyebarkan karya tidak bermoral seperti itu di blog blog mereka.
Antara contoh blog yang menjadi tempat menyimpan dalil tersebut
1. http://promahathir.blogspot.com/2006/12/70-dalil-pak-lah-hilang-kelayakan.html
2. http://www.scribd.com/doc/39206/70-dalil-Pak-Lah-hilang-kelayakan-memimpin-negara
3. http://halimislamic.blogspot.com/2007/04/70-dalil-pak-lah-hilang-kelayakan.html
4. http://beritadarigunung.blogspot.com/
5. http://arahkita.blogspot.com/2006/11/bila-semuanya-ada-dalil.html
RINGKASAN 70 DALIL PAK LAH HILANG KELAYAKAN MEMIMPIN MALAYSIA ( artikel asal )
1.Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca.
2.Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal.
3.Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apapun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya.
4.Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat yang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.
5.Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan.
6.Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar
Kerajaan atau tidak – sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.
7.Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengansebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’ seperti ini.
8.Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’
yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.
9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi.
Bagi penulis, Anda boleh saksikan sendiri tidak sampai sepuluh isu, tidak ada satupun yang releven kepada tajuk hilang kelayakan memimpin Malaysia. Yang jelas mereka hanya membanyakkan nombor di dalam setiap perenggan bagi memberi imej negatif kepada Perdana Menteri Malaysia dengan angka yang tinggi hasil dalil dalil bersumberkan nafsu serakah dan mazmumah…..
Tajuk sepatutnya di atas ialah ‘ Penulis Buku Yang Hilang Kawalan Akalnya ‘ kerana mengulang isu yang sama di nombor berbeza bagi membangkitkan kemarahan orang ramai kepada Pak Lah.
Dan kesediaan Malaysia Today menyiarkan artikel sampah seperti ini adalah satu tindak tanduk yang mengundang prasangka.
Adakah Malaysia Today akhbar bebas laporan berita online atau akhbar rasmi pengadu domba online utama di Malaysia???
Begitu juga anda dapat melihat bagaimana isu isu dibangkitkan dan disebar kepada umum yang tidak sahih meskipun pernah dibicarakan di mahkamah, berkenaan 50 dalil Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Anda dapat melihat di bawah ini satu persatu tindakan memburukkan sesama Islam yang mana jika benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana ia adalah aib individu yang perlu ditutup oleh kita, bukan menyebarkannya ! Ia hasil dari politik yang melampaui batas hingga menjatuhkan maruah sesama saudara seagama dan sebangsa …
Ringkasan Isi 50 dalil Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri ini dipetik dari : ( klik sini )
Anda boleh lihat sendiri betapa teruknya di bawah ini ringkasan isi tulisan tersebut yang mencemar maruah DSAI …Antaranya :
1 DENDAM KESUMAT 2 PENENTANG 3 PECAH DAN PERINTAH 4 SUMPAH BOHONG 5 JAHANAMKAN MAHATHIR
6 CAKAP TAK SERUPA BIKIN 7 BAPAK RASUAH 8 KELUARGA ROSAK 9 LARIKAN ANAK DARA
yang lain lain lagi anda tengoklah sendiri kerana tidak perlu dijelaskan semua sekali di sini atas dasar tidak patut dan tidak perlu.
à Kesimpulannya, dakwaan kepada orang berpotensi menjadi ‘ Perdana Menteri “ seperti DSAI atau telah menjadi Perdana Menteri seperti Pak Lah ini , adalah senjata pihak yang mahu nama beliau tercemar. Mungkin kebencian yang meluap luap itu akan menjadikan mereka sanggup menfitnah dan mengkejinya hingga sebegitu rupa. Yang menariknya kedua mereka beridentitikan Islam dan kita tidak pasti kenapakah persamaan ini bertemu …
Sebagai seorang Islam dan warga negara bertanggungjawab, sikap menabur fitnah sebegini sangat bahaya meskipun imengata dan mengumpat dibenarkan oleh Hj Hadi Awang dan Nik Aziz, iaitu rakan sekutu DSAI sendiri dalam Pakatan Rakyat, atas dasar umpat . Padahal mereka membelitkan kenyataan bahawa ia HARUS ketika mengadu kepada hakim ( dalam situasi terkawal penyebaran aib orang diumpat tersebut ).
Baginya halal mengata dan mengumpat agar rakyat tidak akan terpesong memilih pemimpin sejati yang ingin menegakkan Islam sejati di dalam diri keluarga dan masyarakat semuanya..Itupun jika ada keaiban pemimpin PAS disebarkan mungkin beliau akan menarik balik kehalalan tersebut.
Kita fikirkanlah apa sahaja dan di mana mana atau dengan siapa yang kita baca atau dengar pendapatnya…selepas itu tepuklah dada tanyalah iman kita ianya benar atau tidak ! Jika ada hukum HUDUD zaman ini tentu penulisnya akan dikenakan hukuman qazaf jika tuduhan itu tidak benar.
Moga anda tidak sama sesat seperti kebanyakan orang sesat di akhir zaman yang gelap gelita fitnahnya ini seperti isyarat dari Nabi dalam hadis baginda yang suci tentang perkara ini.…….
‘ Dan balasan kejahatan, ialah kejahatan seumpamanya,
barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya diberi Allah Taala ‘
Itu yang dipaparkan dalam artikel KL POS.COM pada Ahad 20 April 2008 lepas.
Bunyi seperti sebuah kumpulan penyamun dan penyangak ; ulas akhbar dalam talian tersebut.
Ia menceritakan muka sebenar yang terlibat dengan peristiwa pengharaman UMNO yang dikatakan berpunca dari tindakan Team B yang membawa kes pengundian UMNO kepada mahkamah hingga diputuskan UMNO diharamkan dan membawa kepada penubuhan UMNO baru yang wujud sekarang ini.
( artikel penuh boleh dibaca di sini )
Peristiwa berlaku tahun 1987 itu menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.
Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.
Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibu pejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah .
Selepas ia tidak dilayan baru mereka membawanya ke mahkamah. Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.
Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram, lapor KL POS dengan terperinci.
Ia dibangkitkan oleh Rahim Abdul Rahman yang mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur yang bertujuan ingin membetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO ketika itu.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.
Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara. Lapor akhbar tersebut panjang lebar.
Apa yang kita ingin ulaskan ialah sudah nampak tanda sokongan sepenuh hati kepada usaha memberi nafas baru kepada badan kehakiman negara setelah ia mengalami keruntuhan moral yang teruk berkaitan isu pemecatan hakim hakim 20 tahun yang lepas dan terbaru isu video klip VK Lingam mengenai perlantikan hakim, yang masih dibicara oleh mahkamah sekarang ini.
Momentum seperti ini juga telah berlaku di kalangan menteri menteri hingga mereka sudah sepakat menjawab kritikan dalam mempertahankan PM hingga ke saat saat terakhir beliau meneraju negara.
Bukan seperti Muhyidin dan Rafidah yang jelas mahukan nada kenyataan Tun Mahathir dilaksanakan dalam membentuk peralihan kuasa dengan segera sebelum ia menjadi nasi yang bertukar bubur.
Dan reaksi sangat pantas dijawab oleh MB Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa nasi akan jadi bubur jika air ditambah dengan banyak ke dalam nasi memeranjatkan kita kerana ia sangat jelas kenyataan yang berani menjawab komen pedas kepada Presiden selaku ketua yang banyak beradab dalam berkata kata.
Tentu dengan mudah kita dan mereka akan faham siapakah yang menambah air kepada nasi tadi !!!
Kesan dari itu, pembangkang telah berjaya menggunakan isu kehakiman dan isu isu lain dan menjadikannya modal utama kempen mereka PRU 12 yang lalu.
Hingga 5 buah negeri termasuk 4 negeri luar jangkaan BN terlepas dan kini diperintah oleh Pembangkang dikenali dengan nama Pakatan Rakyat. Tun Daim Zainudin seperti sudah menjangka dengan tepat keputusan tersebut dengan tilikan yang kena dengan angka yang diberikan.
Cuma yang menimbulkan tanda tanya, adakah tilikan yang kena atau kenyataan panas itu yang ‘ mengenakan ‘ BN hingga rakyat terpengaruh dengan komen tersebut hingga mereka sudah menyerah undi emas mereka kepada barisan pakatan Rakyat dari parti PAS PKR dan DAP ?
Usaha menerangkan fakta sebenar ini kita amat alu alukan. Ia menjelaskan lagi kritikan pihak yang mengatakan Team B ialah puak membawa kepada kehancuran dan pengharaman UMNO lama. Hingga ia ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir dengan nama sekarang iaitu UMNO baru.
Ia antara saat saat sukar bagi sebuah pertubuhan Melayu Islam menjadi tunjang pakatan Barisan Nasional kerana bergelut dengan krisis perpecahan hasil rasuah wang hingga menjadikan parti telah hancur dan karam.
Tidak mustahil UMNO boleh karam sekali lagi tidak lama nanti jika usaha mengekang pencalonan merebut jawatan Presiden UMNO tidak dihentikan.
Mereka yang menyokong pencalonan itulah yang mahu menghancurkan UMNO.
Merekalah yang ingin Presiden UMNO menjadi rebutan dan membiarkan proses itu berlaku dengan sokongan padu mereka semua.
Mereka yang berkokok itu sebenarnya mahu KEHANCURAN akan berulang lagi tahun ini !
Ini tidak lain hasil hasutan dari bekas Perdana Menteri sendiri yang mahu peristiwa beliau dicabar akan berulang di bawah era Pak Lah. Tentu dendam Tun tidak akan luput lagi ketika ini kerana pada hemat kita, semua perkara buruk yang berlaku di zamannya, ingin dikenakan pula ke atas ‘ kepala’ Pak Lah selaku bekas team B yang juga pernah mencabar beliau sebelum ini.
Jika dulu beliau didesak turun, maka sekarang desakan yang sama ditujukan kepada Perdana Menteri sebagai melunaskan kekecewaan ketika didesak menyerahkan kuasa di kala baru 20 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tentu Tun kecewa kerana hanya tinggal 17 tahun lagi ketika itu ( tahun 2003 ) untuk Tun memimpin ke arah Wawasan 2020 yang mana jika Tun masih menjad PM tahun 2020 tentu usia Tun ketika itu hampir mencecah seratus tahun !
Satu usia yang tidak praktikal menerajui negara !
Jika tidak benar andaian ini, tentu Tun sudah berada di Yayasan Kepimpinan Perdana melaksanakan aktivit yayasan tanpa perlu sibuk sibuk lagi mengambil tahu atau menyibuk di dalam isu isu negara.
Tun tidak boleh bayangkan kepada rakyat bahawa hanya Tun sahaja negarawan ulung.
Tun tidak boleh sekat kebaikan dan kemakmuran akan lebih gemilang di zaman pemerintah selepas Tun.
Tun kena serahkan sepenuhnya kebijaksaan Pak Lah menguruskan negara mengikut cita rasa dan gaya berlainan dari gaya Tun.
Dan akhir sekali, Tun kena sedar, bahawa Pak Lah tidaklah ‘ lembek’ dan mudah ‘menjadi proksi’ Tun seperti sangkaan Tun sebelum ini !
Kerana Pak Lah akan membuktikannya dan ia semakin nyata dalam pandangan kita …
Hishamudin Rais, siapa tidak kenal dengan penulis antara ternama di negara Malaysia. Penulis yang terpampang namanya di dada website berita MalaysiaKini, yang sering menulis dan mengkritik dengan tulisan yang padat dan bersahaja.
Kerana itu, ramai mencari hasil tulisannya. Mencari apakah di sebalik kehebatannya berkata kata dengan mata pena…
Hasilnya, anda akan menemui satu fakta yang tiada dijangka oleh anda sendiri..
Adakah si penulis ini seorang yang kritis atau telah hampir menjadi dot dot dot ?
Kenapa ?
kerana saya risaukan beberapa komentar beliau dalam artikel tulisan tangannya sendiri di laman internet yang boleh ‘menggegarkan’ jantung iman kita sebagai seorang yang berfikiran rasional dan waras.
Cuba baca ( artikel asal klik di sini ) artikel bertajuk Maulud Rasul Nabi Isa;
“ Pada hari baik bulan baik ini saya ingin mengingatkan kepada pembaca bahawa Isa anak Mariam dari Nazareth ialah seorang Rasul. Dia juga seorang Yahudi. Rasul Yahudi ini bukan seorang Zionis. Harus di sedari dari 25 Rasul dan Nabi-nabi yang wajib di ketahui olih penganut Islam hanya seorang berbangsa Arab, Muhamad. Yang lainnya adalah dari bangsa Yahudi. “
Pelik benar bunyinya menulis nama nabi saya iaitu Muhammad. Isa diletakkan Nabi di hadapan namanya sedangkan Muhammad disebut begitu sahaja dan digambarkan berseorangan di kala semua nabi nabi lain itu dari bangsa yang sama iaitu ; YAHUDI !
Ini dapat disahkan dengan ucapannya sebelum itu dengan dia membuka bicara mengucapkan ucapan :
“ SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA “
Apakah nabi saya tidak layak dipanggil Nabi Muhammad kerana berbangsa Arab ?
Sambung beliau lagi ;
“ Sekali lagi Maulud Rasul Nabi Isa sampai pada 25 Disember ini. Untuk yang berpesta mereka akan terus berpesta untuk merayakan hari kelahiran Nabi Isa.
Para penganut yang warak akan ke gereja bersembahyang untuk memperbaharui tekad agar dapat berbuat baik pada tahun hadapan.
Kalender Gregorian tahun 2006 akan tamat, kita akan memasuki tahun 2007.”
- Peliknya, apabila sampai ke isu Yahudi dizalimi Nazi dan dan kritikan Presiden Iran yang begitu lantang mengutuk Zionis, dia menulis ;
“ Saya menamakan Ahmadinejad ( sebagai lelaki tahun 2006 – penulis ) kerana insan ini seorang revisionis holocaust. Insan ini dalam kefanatikan menyokong perjuangan adil rakyat Palestin telah tersasul dan mempertikaikan kedurjanaan Nazi terhadap orang-orang Yahudi dalam perang dunia ke dua.”
Sambung dia lagi :
Revisionis adalah pengelencongan fakta sejarah. Holocust atau pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi olih Nazi adalah fakta yang terbukti wujud. Sama ada 3 juta atau 6 juta Yahudi yang dikorbankan olih Nazi bukan persoalan. Sejarah telah membuktikan bahawa fahaman Nazi ialah fahaman perkauman/rasis yang perlu dilawan.
“ Si reviosinis Ahmadinejad ini telah cuba membuka panggung untuk membincangkan tentang agenda Palestine. Disinilah kesilapan besar Ahmadinejad – presiden Iran ini gagal untuk memisah dan mengenali siapa Yahudi dan siapa Zionis. Justeru kerana ini saya juga menganggap sekali gus presiden Iran ini juga serbagai Orang Jahat Tahun 2006. “
Berkaitan anjing beliau ada menukilkan sedikit ulasan mengenainya ;
“ Bila saya menulis ini harga bahan bakar minyak ialah 62 dolar satu tong. Harga satu balang gas untuk memasak yang saya beli dari kedai runcit dua hari dahulu telah menjadi 26 ringgit. Tahun hadapan harga sara hidup pasti akan naik lagi. Harga minyak, harga tol, harga air, harga api, harga Friskie untuk kucing saya, harga Alpo untuk anjing saya akan naik dan harga sewa bilik juga akan meningkat. “
Persoalan berkaitan Mauludur Rasul Nabi Isa, Ahmadinejad lelaki Jahat 2006 kerana lantang mengecam zionis, anjing saya, serta ulasan berulang ulang kali berkaitan perayaan agama Kristian ini menghairankan diri saya.
Adakah beliau pro agama selain Islam ? Adakah beliau pro Yahudi yang tidak melawan Islam ? Adakah beliau masih muslim atau sudah ‘menukar ke agama lain ‘ ?
Untuk lebih pasti, anda baca petikan artikel penutupnya di sini ;
“ Pada petang Ahad ini, untuk mengingati Mauludul Rasul Nabi Isa, sehari sebelum Hari Krismas , saya akan berada di pintu Cathderal Katholik di Bukit Nenas. Saya ingin menjadi pemerhati kerana disinilah disetiap petang Ahad telah hampir tujuh tahun satu kumpulan anak-anak muda akan memberi makanan percuma kepada orang-orang yang tidak berumah, orang yang kesaorangan tidak berkeluarga atau susuk-susuk yang terperangkap olih dadah.
Saya sering memerhatikan kerja-kerja baik anak-anak muda ini. Tetapi tidak pernah sekali pun dalam ingatan, saya bertanya apakah agama anak-anak muda ini. Atau apakah mereka memiliki kepercayaan agama. Tetapi saya yakin mereka ini bukan dari mazhab Rumsfled atau pun Ahmadinejad. Untuk saya apa yang dilakukan olih anak-anak muda ini tidak menyalahi ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul termasuk ajaran Isa anak Mariam dari Nazareth. “
END.
Saya tidak berapa kenal sangat dengan diri penulis bernama Hishamudin Rais ini. Tetapi dari gayanya saya tahu dia mazhab yang sama dengan Raja Petra yang ‘ lebih ‘ dari kebiasaan orang Malaysia dan saya tahu mereka ini penyokong kuat kepada suara baru rakyat Malaysia pimpinan seorang yang dikaitkan dirinya dengan Yahudi Antarabangsa.
Mazhab apa ? saya kurang jelas lagi setakat ini. Tetapi saya akan terus mencari dan membongkar kejahilan saya tentang si anak Rais ini yang berlainan nadanya dari biasa yang dilagukan oleh kebanyakan Melayu Islam kita.
Mungkin mazhab yang membawa idea bahawa semua agama adalah benar dan baik belaka..
Moga ada ruang waktu untuk itu dan saya permisi dulu !
Mohon maaf jika ada tulisan saya salah dan tidak tepat dari segi ulasannya.
KEPUTUSAN Pilihanraya ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura. Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.
Saya teringat keluhan isteri saya, saya bertanya kepadanya supaya kami berpindah ke Kota Kinabalu supaya berdekatanlah dengan orang tua dan keluarga. Tetapi dendam isteri saya masih tidak boleh dilupakannya kerana penindasan yang dialaminya apabila suatu ketika dulu negeri Sabah diperintah oleh parti PBS. Pada ketika itu isteri saya top five keputusan SPM, maka Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, dan Yayasan Tun Fuad menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Sesudah mengisi borang, tawaran itu ditarik balik dengan alasan isteri saya orang Melayu dan Islam. Menurut mereka biasiswa itu hanya untuk bumiputera Sabah sahaja. Nasib baiklah Kerajaan Persekutuan ada juga menawarkan biasiswa kepada isteri saya, Alhamdulillah isteri saya sekarang ini berjaya dalam hidupnya dengan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan peristiwa itu isteri saya sampai sekarang masih terasa kesannya walaupun saya terangkan kerajaan sekarang sudah berubah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman. Sebenarnya bukan isteri saya sahaja, malah ketika itu kita tentu masih ingat lebih kurang 100 pelajar Melayu/Bumiputera Islam yang sedang belajar di luar negeri telah juga ditarik balik biasiswanya oleh Yayasan Sabah sehinga menyebabkan pengajian mereka tergendala .
Saya percaya dalam tempoh akan datang, jika orang-orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah hilang kuasa politik, peristiwa yang sama juga akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang terutamanya Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kedah. Di Perak, Pengerusi DAP negeri sudah dengan angkuhnya menyatakan “mereka akan bermesyuarat untuk MENENTUKAN siapakah bakal Menteri Besar Perak” . Maksudnya bukan PAS atau PKR yang menentukan kerana DAP yang lebih banyak menang maka suara mereka yang lebih berkuasa dalam dewan dan politik. Dengan satu kenyataan angkuh ini, maka pada hari-hari seterusnya DAP juga akan menentukan sama ada suara azan boleh dikumandangkan atau hanya seperti di Singapura sahaja. Jika kita orang Melayu tidak berhati-hati dan tidak sedar-sedar juga, saya yakin Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua. Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang pun sudah menyebut Pulau Pinang sebagai Penang sejurus kemenangannya, malah dia sendiri dengan angkuhnya menamakan dirinya sebagai bakal KM Penang. Jika kita selami secara mendalam perkara ini, sebenarnya itulah nasib bangsa Melayu di Penang pada masa akan datang!
Tidakkah kita belajar pengalaman di Palestin, bahawa pada tahun 1947 Israel hanya menduduki kurang 10% tanah orang-orang Palestin, tetapi pada tahun 2000, 80% tanah orang Palestin sudahpun dikuasai oleh bangsa Israel. Di keliling Semenanjung Gaza, dipasang tembok dan pagar berduri menyebabkan kebebasan hak asasi umat Islam Palestin terikat. Elektrik dicatu, hendak solat Jumaat berdepan dengan muncung senjata malah keperluan makanan dan pakaian menjadi amat sukar.
Sebab itulah orang-orang Melayu hendaklah sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada DAP terutamanya. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan ”UNDI MCA BERMAKNA UNDI UMNO/MELAYU”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis ” UNDILAH CALON-CALON CINA SAHAJA”. Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila kita pula orang Melayu menyatakan perkara yang sama , kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu. Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA,ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani .
oleh : PERANTAU SABAH, IPOH, PERAK.
Kata orang , kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji… Maka janji itu perlu dijelaskan jika ada yang dah dipenuhi atau belum. Namun janji yang tidak dijanji pula menjadi kenyataan sebelum janji janji lain diberi.
Isu janji air percuma masih dalam proses, tiba tiba muncul pula isu ternakan babi yang dikatakan telah dilulus oleh bekas MB Selangor sebelum itu. Maka hebohlah satu Malaysia bahawa PKR telah menjadi Parti Khinzir Rakyat dalam nada sinis ekoran tindakan pantas mereka memperkenalkan ternakan babi yang bernilai RM 100 juta itu.
Semua dikatakan adalah salah bekas MB dan mereka hanya meluluskan apa yang dirancang oleh kerajaan sebelumnya. Meskipun bekas MB sebenarnya sudah hilang kuasa dan sudah tidak berdaya menahan atau menyuruh projek tersebut diluluskan. Dan mereka ‘berlakon’ seolah olah kerajaan dikuasai oleh Barisan Nasional !
Namun paku buah keras telah dipulangkan oleh Pakatan Rakyat tersebut di mana mereka mengatakan bahawa UMNO sendiri terlibat dengan projek tersebut. Meskipun membantah namun mereka jugalah yang mengusahakan teknologi dari German itu untuk mengatasi masalah pencemaran dan sisa buangan binatang babi itu.
Tengok, siapa yang kena ? UMNO juga yang kena !
Sekarang ternakan babi terus dibuat dan tidak dapat dipastikan lagi adakah ia selamat atau dipindah ke tempat majoriti Cina. CUma dikhabarkan dibuat di kawasan majoriti rakyat Cina.
Baguslah ia dipindahkan.. Dan yang penting, perancangan zero pencemaran mestilah sama dengan perlaksanaan… Bukan teori mengalahkan realiti !
Yang dimusykilkan di sini ialah, mana janji janji Pakatan Rakyat sebelum ini ???
Anda baca sendiri dan nilaikan adakah sudah dilaksana atau belum janji janji di bawah ini kepada pengundi mereka …..
–> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor
–> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
–> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
–> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti
–> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor
–> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga
–> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia
–> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim
–> Memberi elaun ibu tunggal yang layak
–> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
–> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri
–> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam
Jadi di mana pula tindakan ke arah merealisasikan janji-janji manis yang sudah diberikan kepada rakyat?
Dan kenapa pula babi yang tidak termasuk dalam manifesto diberikan keutamaan?
Dan kenapa satu pun tidak disentuh selepas sebulan lebih menjadi kerajaan memerintah ?
sekurang-kurangnya mereka telah menempuh separuh dari 100 hari berbulan madu dan nampaknya mereka masih bergelut dengan isu babi yang telah berpanjangan hingga ke saat artikel ini ditulis.
Apabila ditanya, bila akan dibuat ? mereka berdalih, kita tidak tentukan masanya….
Ini macam memperli pengundi yang telah menyokong mereka.. Sedangkan janji tadi perlulah dibuat anggaran bila akan dilaksana bukannya memulangkan kembali pertanyaan dengan SINDIRAN !
Memang berjanji sangat sangat mudah, namun merealisasikannya sangat payah.. Hanya negeri sekecil selangor pun sudah tunggang langgang dan bagaimana pula dengan negeri negeri pantai barat dan timur yang dikatakan akan diperintah dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan berbanding parti cap keris dan dacing?
Bagaimana pula mahu mengendalikan sebesar Malaysia ini yang terdiri dari 28 juta orang manusia ???
Apakah agenda perhimpunan haram tanpa permit masih menjadi top priority mereka meskipun telah berjaya menjadi pemerintah di 5 buah negeri di Malaysia?
Kehadiran 20,000 rakyat di tengah kota raya pusat tumpuan semua rakyat dan fahaman politik tentu menjelikkan dan mengundang rasa tidak selesa rakyat .
Kehebatan mengumpulkan jumlah seramai itu mungkin mengundang kebanggaan kepada mereka tetapi adakah mereka sedar, tidak patut ia dibuat di tengah bandar sedangkan banyak lagi pilihan menarik boleh diterima.
Contohilah Kerajaan Perak yang mengadakan perhimpunan 50 , 000 rakyat di Stadium, bukannya di tepi tepi jalan seperti PKR di Selangor.. Bukan mereka sahaja, UMNO pun sama juga dilarang jika mengadakan perhimpunan besar-besaran di tengah kesesakan jalan raya di ibukota…
Bukan kita lupa, bagaimana mereka buat semasa reformasi tahun 1999 ??? apakah polis sudah lupa ?
Begitu juga selepas pilihanraya sekarang ini perkara perkara menyusahkan rakyat dengan membuat perhimpunan yang sah atau tidak , eloklah dielakkan jika tiada keperluan mendesak ke arahnya.
Jika tidak, imej PKR hanyalah pada himpunan haram, dan menyusahkan orang hingga menjadikan ramai akan meluat melihat tindakan kurang tepat sebegitu rupa di hadapan mata rakyat.
Mungkin itulah hobi mereka dan itulah budaya baru rakyat Malaysia yang suka menyokong sesuatu yang berlawanan dengan arus perdana.
Dengan demikian, mereka merasa sangat bangga dan hebat dengan menjadi sebahagian dari perubahan yang SONGSANG itu…
Adakah anda salah seorang dari mereka?
Ikhlas dari : Keris Pusaka Melayu
Kini Barisan Nasional sudah ada saingannya. Satu pakatan nampak mantap dan hebat…Berbeza warna dan agama.. Dan juga budaya…
Namun ia diragui ketahanannya lantaran ‘ bahan binaan’ dari jenis yang kurang mutu dan lain jenisnya.
Dan juga ia pernah runtuh satu ketika dulu tidak lama selepas ia utuh.
Pakatan itulah Pakatan Rakyat..
Kenapa Pakatan Rakyat ?
kerana jika diberi nama Pakatan Mantap , ia sangat hebat tetapi nampak bongkak .
Jika diletak nama Pakatan Pangkat, lagi susah kerana nampak sangat.
Jika dibuat nama Pakatan Wang Rakyat, tentu tidak kena pada masanya….
Kerana rakyat dikatakan sasaran perjuangan mereka bukan perjuangan berbentuk membalas dendam atau perjuangan mencari nama atau perjuangan menjatuhkan bangsa.
Maka rakyat dikatakan sebab utama dan dinamakan sempena nama golongan mereka !
Rakyat yang melihat pun bertepuk tangan kerana wira sejati mereka sudah datang !
Inilah pemimpin yang dinanti nanti selama ini…
Inilah pemimpin bakal membawa semua Rakyat semua Agama ke mercu kejayaan..
Inilah pakatan yang akan menghancurkan ketuanan pembesar melayu yang dikutuk hebat merampas dan menyombong diri dengan mereka..
Biarlah kelambu dibakar asalkan hati dan nafsu mereka puas melihat nyamuk mati terbakar..!
Kegagalan nama Barisan Alternatif telah menjadikan mereka phobia atau trauma pada tahun 1999..
Kegagalan perpaduan diwujudkan menyaksikan pakatan sementara satu ketika dulu itu ; bercerai dua tahun kemudian. Itu pun selepas DAP diajar teruk kerana berpakat dengan PAS yang ingin menegakkan Islam ala fahaman sempit mereka…
Hasilnya DAP selepas itu dengan serta merta mereka memenangi pilihanraya dengan undi besar kerana menolak negara Islam. Dan DAP menjadi juara kaum cina dan india yang ‘ kurang suka hukum Islam ‘ kerana tidak difahamkan.
Pas bawa ajaran Islam yang sempit ?
ini kerana mereka nampak Islam pada hudud sahaja, bukan pada perniagaan, pertanian, hiburan, perkilangan, pembuatan, dakwah ke seluruh dunia dll.
Islam yang ditunjuk pada non-muslim hanya pada hudud, potong tangan, potong kaki, rejam, qisas, dan tidak menyeluruh hingga kepada usaha mengenalkan Tuhan kepada manusia … Hingga terlupa menceritakan kebaikan Islam melangkaui agama !
PANCASILA
Jika di Indonesia, Pancasila dibenarkan antara berbilang agama, hingga pasangan dari agama berbeza bebas serumah dan melahirkan keturunan di sana…
di negara kita juga ada peminat Pancasila. Namun ia diterjemah dalam bentuk pakatan yang dulu dikata salah kepada Barisan Nasional…
Mungkin mereka juga dari golongan peminat Panca Sitara rasanya..
Maka apabila pakatan ala Pancasila dulu telah gagal, dan menjadi sebab utama kegagalan DAP dalam pilihanraya tahun 1999, maka perkahwinan ala Pancasila tadi dibubar dan tinggallah hanya dua parti sahaja di sana.
Namun kasih yang utuh menyatukan mereka kembali dalam PRU 2008, tidak sampai 10 tahun mereka bercerai berai dari kerjasama bernama barisan alternatif !
Ketika tidak bersama, negara Islam dipertikai hingga sampai ke peringkat ‘ langkah mayat saya dahulu’…
Ketika bercinta kini , tidak timbul lagi soal itu dan mereka sanggup menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan…
Jika sesama Islam tidak mahu dijabat salam, sesama pakatan, dirasakah Oh Wah (ukhwah) hingga dipeluk lebih erat dari saudara seagama mereka..kerana apa ? ideologi politik sempit PAS !
Lucu betul permainan politik di akhir zaman ini….
Sanggup mengaku membawa Islam tetapi hingga menggadai prinsip perjuangan yang memang sempit dan tidak berkembang menjadi penyatu antara agama dan bangsa.
Sanggup mengatakan mereka melayu namun sanggup mengkhianati sesama melayu kerana mahukan pangkat dan kuasa…..
Jika benar mereka ulama bertaraf tok guru , kenapa anak buah semakin kuat mengutuk dan mengeji lawan mereka? Lihat sahaja blog, website, email yang cukup ‘kurang akhlak dan perangai pejuang Islam’ hingga mainan kata kata kesat meniti pena tulisan mereka…
Jika benar mereka mewarisi dari Nabi, bilakah mereka mendoakan kebaikan bagi musuh yang diperangi ?? Bila musuh didoakan agar diberi hidayat?
Jika benar mereka pejuang sejati, kenapa dari awal merdeka mereka masih jauh mencapai kemenangan seluruh negeri ??? kenapa berpakat dengan beberapa bekas pemimpin yang ditendang keluar UMNO pun mereka masih kalah dan tidak dapat sokongan utama rakyat ?
Jika benar ingin mengubah rakyat, kenapa banyak lagi keburukan diri dan pengikut masih belum menjadi top priority? Kenapa masih ramai pejuang Islam kurang budi pekerti? Kenapa dan kenapa ?
Jika benar ulama sejati, kenapa berlainan fatwa dan berubah ubah dari masa ke sesungguhnya masa mengikut selera ??? kenapa mereka tidak ingat fatwa yang diberi kepada rakyat hingga timbul soal imam dua parti, akad nikah tidak sah, pasangan berpisah ???
Jika ingin mendaulatkan Islam, kenapa dan kenapa PAS suka sangat bekerjasama dengan DAP dan PKR jika mereka benar benar ingin melaksanakan HUDUD dan Islam dalam pentadbiran.
Yang jelas, PAS hanya berMADAH dan BerHELAH…
Helah mereka , jika ditanya ke mana hilang negara Islam, kita akan dengar ; itu kena diamkan dulu.
Jika ditanya bila nak kuatkuasa undang-undang Islam, mereka kata kita berkawan dengan bukan Islam dan kena tunggu dahulu.
Jika ditanya ; tok guru kata haram kawan dengan bukan Islam ?
tok guru pasti akan jawab dengan kata kata dalam diam dan menggaru kepala yang tidak gatal ! kerana serban sudah ditanggal !!!
Lihat fatwa di bawah, nilai dan gunakan akal bebas anda mengkajinya….
1) Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).
2) Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).
Kesimpulannya ;
Ramai yang pandai bercakap seperti kaum munafik di Madinah, namun percakapan sangat mudah tetapi melaksanakannya sangat payah..
Buktinya ; lihat apa janji yang sudah dibuat oleh mereka ??? yang ada hanya himpunan menyusahkan rakyat, tanpa hormat kepada pihak keselamatan dan menganjurkan huru hara hingga merosakkan nama dan imej negara di mata dunia….
Yang ada, gambar pemimpin syiah yang dianggap pejuang ALLAH..
Yang ada angan angan menjadi orang terhormat hingga sanggup menoda agama…
Yang ada, maulid nabi itu didiamkan dari disambut kerana sama perbuatan macam agama yahudi dan nasrani merayakan nabi mereka dan ia bukan suruhan ALLAH !
Inilah PAS ; Parti (hanya dia ) Islam SeMalaysia ( sahaja )
Nauzubillah min zalik !
Fikirlah dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang !
Wallahua’lam
Hari ini keluar berita dalam akhbar , Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.
Menurut beliau, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.
Memang jelas tindakan dibuat dengan niat mengelirukan pihak berkuasa.
Mungkin Pakatan Rakyat sudah memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor, mereka merasakan dapat mengelirukan pihak berkenaan berkenaan perhimpunan haram tersebut. Mereka rasa tidak bersalah berhimpun beramai-ramai. Mereka tidak rasa berdosa mengusutkan jalan jalan utama di bandar….
Semua kerana bagi mereka, tiada yang membantah dan ramai sekali yang menyokong usaha ‘murni’ mereka itu ….
Kenyataan Polis jelas tentang isi surat permohonan mereka iaitu ;
“Menerusi surat berkenaan, mereka memaklumkan hanya tiga pemimpin tertinggi sepatutnya berucap iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Abdul Khalid serta Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad. ‘
Tetapi, akhirnya kita dapat lihat ‘pemimpin dalam penantian’ juga yang muncul. Dan kemunculannya dijangka oleh semua orang walaupun tidak diberitahu dalam permohonan kepada pihak berkuasa.
Semua orang di negara ini tertakluk kepada undang-undang.
Sepatutnya apabila sudah memegang jawatan Menteri Besar, dan memerintah di 5 buah negeri di Malaysia, kita fikir mereka sudah matang.
Namun sangkaan kita meleset kerana apa yang terjadi ialah sikap yang sama, iaitu suka memutar belitkan apa sahaja yang memberi faedah kepada mereka.
Apabila polis sudah menjalankan kerja mereka, dengan menjalankan siasatan berkaitan penganjuran perhimpunan tersebut yang dikatakan telah mencecah 20 ribu orang,maka mereka membuat cerita belit lagi, bahawa polis sudah disuruh oleh pemimpin atas.
Dan hasilnya semakin banyak polis bertindak, makin banyak kebencian diperolehi bukan penghormatan dan sanjungan dari semua pihak.
Patutlah orang sebegini dibuang dari kerajaan. Kerana dia sendiri suka mereka reka cerita dan memutar belitkan fakta. Hingga tiada lagi tanda kejernihan di wajah dan menjadikan rakyat menelan bulat bulat apa yang diludah oleh pemimpin sanjungan mereka yang suka ‘ kencing’ itu. Dia pun sedar, hanya pemuda sahaja yang ramai terpedaya !
Nampaknya bos besar sudah ‘ kencing ‘, MB juga sudah ‘ kencing’ polis, maka kita akan mudah melihat sikap ‘ kencing’ akan merata rata di kalangan pimpinan dan ahli parti kencing rakyat itu. Hingga rakan mereka dalam pakatan rakyat itu dari bangsa melayu, cina dan india , semua telah di’kencing’ oleh parti pimpinan pemimpin dalam penantian itu !
Harapnya anda tiada dalam senarai mereka yang telah di’kencing’dengan penuh terhormat itu !
Pakatan Rakyat dikatakan Pakatan yang bertunjangkan perjuangan yang sama dari segi membentuk keadilan, memerangi rasuah, mewujudkan kuasa kehakiman yang adil, dan banyak lagi nilai nilai yang boleh dikongsi bersama antara mereka semua.
Ia alasan mudah untuk semua parti dan agama menyertai pakatan rakyat tersebut.
Ia ibarat seorang melayu muslim mengajak kawannya dari cina beragama buddha, kristian dan India yang beragama hindu untuk menuntut keadilan dan ketelusan dari pihak kerajaan dengan disokong pula oleh kawan yang berwajah Islam dengan serban jubah dan janggut.
Ia pakatan sangat menarik kerana mewakili golongan melayu liberal, melayu yang warak, bangsa cina, india yang memang populasi utama di negara kita dan dari kalangan berbilang agama…
Melayu pertama yang liberal sangat teruja menjadi pemimpin pakatan bersama mereka dan digunakan kawan kawan di atas bagi melaksanakan idea keadilan menurut hemat mereka.
Diajak semua kawan kawan agar melawan kerajaan yang ada sekarang dengan demonstrasi, perhimpunan haram, aktiviti mengutuk dan mengeji di dalam surat khabar , email, sms, blog blog, dan website hingga rakyat tertipu dengan perjuangan mereka.
Hasilnya, rakyat mencuba dengan mengundi pakatan baru ini dengan niat ingin melihat hasil dari apa yang diperjuangakan selama ini.
Lalu berkumpullah rakyat, lagi lagi orang muda yang tidak pula kenal sangat dengan kaum malaysia itu, hingga buta mata hati mereka dari mengenali sikap dan sejarah perjuangan dan gagasan mereka sebelum ini. Semangat orang muda memang selalu cepat dan sangat kuat tenaganya !
Kesungguhan si melayu tadi diterjemahkan hingga ke luar negara dan menarik minat semua yang berada di segenap pelusuk dunia, untuk mengikuti kisah seorang melayu menuntut keadilan di tanah airnya sendiri.
Dia juga diceritakan telah dianiayai.. Dia juga telah ditahan dengan tuduhan palsu.. Dia telah dizalimi dalam penjara. Dia telah diracun arsenik.. Dia telah hampir lumpuh dan terpaksa menjalani rawatan di luar negara. Dia juga dikatakan dengan bermacam tuduhan dan dakwaan.
Apabila didakwa dan ditahan dalam penjara, dia kata ; ini sudah ditentukan skrip dramanya.
Apabila ditahan dari membuat demonstrasi ; dia kata ini satu sekatan hak asasi manusia.
Apabila dihalang dari memberi ceramah ; dia kata ini satu lagi cubaan menafikan parti mereka memberi penerangan kepada semua.
Apabila dia kalah, dikutuk SPR sebagai alat parti pemerintah.
Apabila menang 5 negeri, tiada pula terima kasih kepada yang menguruskan undian kemenangannya…
Bagi melayu itu ;
Memburukkan bangsa yang seagama tidak mengapa asal ; aku terus dipuja sebagai pemimpin taraf dunia.
Mengutuk bangsa sendiri pun tak apa, asal jangan aku dikutuk mereka..
Membangkit keburukan lawan tidak menjadi hal, asal jangan bangkitkan kisah lama saya…
Mengeji sikap musuh tradisi tidak apa, jangan kamu mula membongkar rahsia sulit saya …
Ketika itu penduduk luar negara akan bertanya diri sendiri ; Adakah melayu Islam menindas melayu Islam satu agama ?
Lalu berbondong-bondonglah wartawan membawa laptop dan kamera serta perakam video membuat liputan ketidakadilan Malaysia walaupun digelar negara Islam unggul di dunia.
Yang untung, si pemuda dan kawan kawannya kerana memalukan negara.
Yang rugi, imej dan nama negara di peringkat dunia hingga menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai destinasi tumpuan negara Islam di seluruh dunia.
Yan bertepuk tangan, ialah yahudi dan nasrani. Kerana mereka tak perlu ubah wajah dan muka hanya kerana ingin menjadikan Islam buruk di mata dunia.
Mahu wang ? mereka ada.. Mahu glamour ?? mereka sedia ! Mahu perempuan ? ada jika diminta…
Mahu apa lagi ?? mahu bantuan diplomatik ? bisa saja bila bila.
Asalkan kebangkitan Islam di Malaysia akan hancur di tangan Malaysia sendiri !
Jika berjaya ; maka mereka sebenarnya telah berjaya menutup kejayaan Angkasawan Melayu Islam pertama.
Jika berjaya ; mereka telah memalukan Malaysia ; Pengerusi Negara Islam sedunia ( OIC )
Jika berjaya ; mereka telah memalukan seorang PM dari golongan agamawan !
Jika berjaya lagi ; mereka telah menjadikan PM sekarang sebagai PM terburuk Malaysia dari keturunan ulama …
Jika dapat lagi kejayaan ?
Mereka berjaya menggunakan Melayu dalam memusnahkan Agama dan Bangsa di dalam ‘rumah’ dan sesama mereka sendiri !!!
Memang melayu itu LAYU otaknya dan mudah LUPA sifatnya …hingga tidak ingat bahawa Allah Taala telah berfirman :
“ Tidak akan redha kepada (Engkau wahai Rasul ) Yahudi dan Nasrani hinggalah kamu mengikut agama mereka “
“ Sesungguhnya apa yang dikehendaki syaitan ialah membangkitkan permusuhan dan kebencian antara kamu “
Moga minda saya dan anda semua terbuka dengan sedikit tulisan tak seberapa dari saya ini…


