You are currently browsing the daily archive for April 17th, 2008.

KEPUTUSAN Pilihanraya ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura. Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.

Saya teringat keluhan isteri saya, saya bertanya kepadanya supaya kami berpindah ke Kota Kinabalu supaya berdekatanlah dengan orang tua dan keluarga. Tetapi dendam isteri saya masih tidak boleh dilupakannya kerana penindasan yang dialaminya apabila suatu ketika dulu negeri Sabah diperintah oleh parti PBS. Pada ketika itu isteri saya top five keputusan SPM, maka Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, dan Yayasan Tun Fuad menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Sesudah mengisi borang, tawaran itu ditarik balik dengan alasan isteri saya orang Melayu dan Islam. Menurut mereka biasiswa itu hanya untuk bumiputera Sabah sahaja. Nasib baiklah Kerajaan Persekutuan ada juga menawarkan biasiswa kepada isteri saya, Alhamdulillah isteri saya sekarang ini berjaya dalam hidupnya dengan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan peristiwa itu isteri saya sampai sekarang masih terasa kesannya walaupun saya terangkan kerajaan sekarang sudah berubah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman. Sebenarnya bukan isteri saya sahaja, malah ketika itu kita tentu masih ingat lebih kurang 100 pelajar Melayu/Bumiputera Islam yang sedang belajar di luar negeri telah juga ditarik balik biasiswanya oleh Yayasan Sabah sehinga menyebabkan pengajian mereka tergendala .

Saya percaya dalam tempoh akan datang, jika orang-orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah hilang kuasa politik, peristiwa yang sama juga akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang terutamanya Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kedah. Di Perak, Pengerusi DAP negeri sudah dengan angkuhnya menyatakan “mereka akan bermesyuarat untuk MENENTUKAN siapakah bakal Menteri Besar Perak” . Maksudnya bukan PAS atau PKR yang menentukan kerana DAP yang lebih banyak menang maka suara mereka yang lebih berkuasa dalam dewan dan politik. Dengan satu kenyataan angkuh ini, maka pada hari-hari seterusnya DAP juga akan menentukan sama ada suara azan boleh dikumandangkan atau hanya seperti di Singapura sahaja. Jika kita orang Melayu tidak berhati-hati dan tidak sedar-sedar juga, saya yakin Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua. Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang pun sudah menyebut Pulau Pinang sebagai Penang sejurus kemenangannya, malah dia sendiri dengan angkuhnya menamakan dirinya sebagai bakal KM Penang. Jika kita selami secara mendalam perkara ini, sebenarnya itulah nasib bangsa Melayu di Penang pada masa akan datang!

Tidakkah kita belajar pengalaman di Palestin, bahawa pada tahun 1947 Israel hanya menduduki kurang 10% tanah orang-orang Palestin, tetapi pada tahun 2000, 80% tanah orang Palestin sudahpun dikuasai oleh bangsa Israel. Di keliling Semenanjung Gaza, dipasang tembok dan pagar berduri menyebabkan kebebasan hak asasi umat Islam Palestin terikat. Elektrik dicatu, hendak solat Jumaat berdepan dengan muncung senjata malah keperluan makanan dan pakaian menjadi amat sukar.

Sebab itulah orang-orang Melayu hendaklah sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada DAP terutamanya. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan ”UNDI MCA BERMAKNA UNDI UMNO/MELAYU”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis ” UNDILAH CALON-CALON CINA SAHAJA”. Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila kita pula orang Melayu menyatakan perkara yang sama , kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu. Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA,ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani .

oleh : PERANTAU SABAH, IPOH, PERAK.

Kata orang , kerbau dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji… Maka janji itu perlu dijelaskan jika ada yang dah dipenuhi atau belum. Namun janji yang tidak dijanji pula menjadi kenyataan sebelum janji janji lain diberi.

Isu janji air percuma masih dalam proses, tiba tiba muncul pula isu ternakan babi yang dikatakan telah dilulus oleh bekas MB Selangor sebelum itu. Maka hebohlah satu Malaysia bahawa PKR telah menjadi Parti Khinzir Rakyat dalam nada sinis ekoran tindakan pantas mereka memperkenalkan ternakan babi yang bernilai RM 100 juta itu.

Semua dikatakan adalah salah bekas MB dan mereka hanya meluluskan apa yang dirancang oleh kerajaan sebelumnya. Meskipun bekas MB sebenarnya sudah hilang kuasa dan sudah tidak berdaya menahan atau menyuruh projek tersebut diluluskan. Dan mereka ‘berlakon’ seolah olah kerajaan dikuasai oleh Barisan Nasional !

Namun paku buah keras telah dipulangkan oleh Pakatan Rakyat tersebut di mana mereka mengatakan bahawa UMNO sendiri terlibat dengan projek tersebut. Meskipun membantah namun mereka jugalah yang mengusahakan teknologi dari German itu untuk mengatasi masalah pencemaran dan sisa buangan binatang babi itu.

Tengok, siapa yang kena ? UMNO juga yang kena !

Sekarang ternakan babi terus dibuat dan tidak dapat dipastikan lagi adakah ia selamat atau dipindah ke tempat majoriti Cina. CUma dikhabarkan dibuat di kawasan majoriti rakyat Cina.

Baguslah ia dipindahkan.. Dan yang penting, perancangan zero pencemaran mestilah sama dengan perlaksanaan… Bukan teori mengalahkan realiti !

Yang dimusykilkan di sini ialah, mana janji janji Pakatan Rakyat sebelum ini ???

Anda baca sendiri dan nilaikan adakah sudah dilaksana atau belum janji janji di bawah ini kepada pengundi mereka …..

–> Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor

–> Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri

–> Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah

–> Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti

–> Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor

–> Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga

–> Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia

–> Mencarum takaful bernilai RM2,500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim

–> Memberi elaun ibu tunggal yang layak

–> Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka

–> Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri

–> Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam

Jadi di mana pula tindakan ke arah merealisasikan janji-janji manis yang sudah diberikan kepada rakyat?

Dan kenapa pula babi yang tidak termasuk dalam manifesto diberikan keutamaan?

Dan kenapa satu pun tidak disentuh selepas sebulan lebih menjadi kerajaan memerintah ?

sekurang-kurangnya mereka telah menempuh separuh dari 100 hari berbulan madu dan nampaknya mereka masih bergelut dengan isu babi yang telah berpanjangan hingga ke saat artikel ini ditulis.

Apabila ditanya, bila akan dibuat ? mereka berdalih, kita tidak tentukan masanya….

Ini macam memperli pengundi yang telah menyokong mereka.. Sedangkan janji tadi perlulah dibuat anggaran bila akan dilaksana bukannya memulangkan kembali pertanyaan dengan SINDIRAN !

Memang berjanji sangat sangat mudah, namun merealisasikannya sangat payah.. Hanya negeri sekecil selangor pun sudah tunggang langgang dan bagaimana pula dengan negeri negeri pantai barat dan timur yang dikatakan akan diperintah dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan berbanding parti cap keris dan dacing?

Bagaimana pula mahu mengendalikan sebesar Malaysia ini yang terdiri dari 28 juta orang manusia ???

Apakah agenda perhimpunan haram tanpa permit masih menjadi top priority mereka meskipun telah berjaya menjadi pemerintah di 5 buah negeri di Malaysia?

Kehadiran 20,000 rakyat di tengah kota raya pusat tumpuan semua rakyat dan fahaman politik tentu menjelikkan dan mengundang rasa tidak selesa rakyat .

Kehebatan mengumpulkan jumlah seramai itu mungkin mengundang kebanggaan kepada mereka tetapi adakah mereka sedar, tidak patut ia dibuat di tengah bandar sedangkan banyak lagi pilihan menarik boleh diterima.

Contohilah Kerajaan Perak yang mengadakan perhimpunan 50 , 000 rakyat di Stadium, bukannya di tepi tepi jalan seperti PKR di Selangor.. Bukan mereka sahaja, UMNO pun sama juga dilarang jika mengadakan perhimpunan besar-besaran di tengah kesesakan jalan raya di ibukota…

Bukan kita lupa, bagaimana mereka buat semasa reformasi tahun 1999 ??? apakah polis sudah lupa ?

Begitu juga selepas pilihanraya sekarang ini perkara perkara menyusahkan rakyat dengan membuat perhimpunan yang sah atau tidak , eloklah dielakkan jika tiada keperluan mendesak ke arahnya.

Jika tidak, imej PKR hanyalah pada himpunan haram, dan menyusahkan orang hingga menjadikan ramai akan meluat melihat tindakan kurang tepat sebegitu rupa di hadapan mata rakyat.

Mungkin itulah hobi mereka dan itulah budaya baru rakyat Malaysia yang suka menyokong sesuatu yang berlawanan dengan arus perdana.

Dengan demikian, mereka merasa sangat bangga dan hebat dengan menjadi sebahagian dari perubahan yang SONGSANG itu…

Adakah anda salah seorang dari mereka?

Ikhlas dari : Keris Pusaka Melayu

Kini Barisan Nasional sudah ada saingannya. Satu pakatan nampak mantap dan hebat…Berbeza warna dan agama.. Dan juga budaya…

Namun ia diragui ketahanannya lantaran ‘ bahan binaan’ dari jenis yang kurang mutu dan lain jenisnya.

Dan juga ia pernah runtuh satu ketika dulu tidak lama selepas ia utuh.

Pakatan itulah Pakatan Rakyat..

Kenapa Pakatan Rakyat ?

kerana jika diberi nama Pakatan Mantap , ia sangat hebat tetapi nampak bongkak .

Jika diletak nama Pakatan Pangkat, lagi susah kerana nampak sangat.

Jika dibuat nama Pakatan Wang Rakyat, tentu tidak kena pada masanya….

Kerana rakyat dikatakan sasaran perjuangan mereka bukan perjuangan berbentuk membalas dendam atau perjuangan mencari nama atau perjuangan menjatuhkan bangsa.

Maka rakyat dikatakan sebab utama dan dinamakan sempena nama golongan mereka !

Rakyat yang melihat pun bertepuk tangan kerana wira sejati mereka sudah datang !

Inilah pemimpin yang dinanti nanti selama ini…

Inilah pemimpin bakal membawa semua Rakyat semua Agama ke mercu kejayaan..

Inilah pakatan yang akan menghancurkan ketuanan pembesar melayu yang dikutuk hebat merampas dan menyombong diri dengan mereka..

Biarlah kelambu dibakar asalkan hati dan nafsu mereka puas melihat nyamuk mati terbakar..!

Kegagalan nama Barisan Alternatif telah menjadikan mereka phobia atau trauma pada tahun 1999..

Kegagalan perpaduan diwujudkan menyaksikan pakatan sementara satu ketika dulu itu ; bercerai dua tahun kemudian. Itu pun selepas DAP diajar teruk kerana berpakat dengan PAS yang ingin menegakkan Islam ala fahaman sempit mereka…

Hasilnya DAP selepas itu dengan serta merta mereka memenangi pilihanraya dengan undi besar kerana menolak negara Islam. Dan DAP menjadi juara kaum cina dan india yang ‘ kurang suka hukum Islam ‘ kerana tidak difahamkan.

Pas bawa ajaran Islam yang sempit ?

ini kerana mereka nampak Islam pada hudud sahaja, bukan pada perniagaan, pertanian, hiburan, perkilangan, pembuatan, dakwah ke seluruh dunia dll.

Islam yang ditunjuk pada non-muslim hanya pada hudud, potong tangan, potong kaki, rejam, qisas, dan tidak menyeluruh hingga kepada usaha mengenalkan Tuhan kepada manusia … Hingga terlupa menceritakan kebaikan Islam  melangkaui agama !

PANCASILA

Jika di Indonesia, Pancasila dibenarkan antara berbilang agama, hingga pasangan dari agama berbeza bebas serumah dan melahirkan keturunan di sana…

di negara kita juga ada peminat Pancasila. Namun ia diterjemah dalam bentuk pakatan yang dulu dikata salah kepada Barisan Nasional…

Mungkin mereka juga dari golongan peminat Panca Sitara rasanya..

Maka apabila pakatan ala Pancasila dulu telah gagal, dan menjadi sebab utama kegagalan DAP dalam pilihanraya tahun 1999, maka perkahwinan ala Pancasila tadi dibubar dan tinggallah hanya dua parti sahaja di sana.

Namun kasih yang utuh menyatukan mereka kembali dalam PRU 2008, tidak sampai 10 tahun mereka bercerai berai dari kerjasama bernama barisan alternatif !

Ketika tidak bersama, negara Islam dipertikai hingga sampai ke peringkat ‘ langkah mayat saya dahulu’…

Ketika bercinta kini , tidak timbul lagi soal itu dan mereka sanggup menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan…

Jika sesama Islam tidak mahu dijabat salam, sesama pakatan, dirasakah Oh Wah (ukhwah) hingga dipeluk lebih erat dari saudara seagama mereka..kerana apa ? ideologi politik sempit PAS !

Lucu betul permainan politik di akhir zaman ini….

Sanggup mengaku membawa Islam tetapi hingga menggadai prinsip perjuangan yang memang sempit dan tidak berkembang menjadi penyatu antara agama dan bangsa.

Sanggup mengatakan mereka melayu namun sanggup mengkhianati sesama melayu kerana mahukan pangkat dan kuasa…..

Jika benar mereka ulama bertaraf tok guru , kenapa anak buah semakin kuat mengutuk dan mengeji lawan mereka? Lihat sahaja blog, website, email yang cukup ‘kurang akhlak dan perangai pejuang Islam’ hingga mainan kata kata kesat meniti pena tulisan mereka…

Jika benar mereka mewarisi dari Nabi, bilakah mereka mendoakan kebaikan bagi musuh yang diperangi ?? Bila musuh didoakan agar diberi hidayat?

Jika benar mereka pejuang sejati, kenapa dari awal merdeka mereka masih jauh mencapai kemenangan seluruh negeri ??? kenapa berpakat dengan beberapa bekas pemimpin yang ditendang keluar UMNO pun mereka masih kalah dan tidak dapat sokongan utama rakyat ?


Jika benar ingin mengubah rakyat, kenapa banyak lagi keburukan diri dan pengikut masih belum menjadi top priority? Kenapa masih ramai pejuang Islam kurang budi pekerti? Kenapa dan kenapa ?

Jika benar ulama sejati, kenapa berlainan fatwa dan berubah ubah dari masa ke sesungguhnya masa mengikut selera ??? kenapa mereka tidak ingat fatwa yang diberi kepada rakyat hingga timbul soal imam dua parti, akad nikah tidak sah, pasangan berpisah ???

Jika ingin mendaulatkan Islam, kenapa dan kenapa PAS suka sangat bekerjasama dengan DAP dan PKR jika mereka benar benar ingin melaksanakan HUDUD dan Islam dalam pentadbiran.

Yang jelas, PAS hanya berMADAH dan BerHELAH…

Helah mereka , jika ditanya ke mana hilang negara Islam, kita akan dengar ; itu kena diamkan dulu.

Jika ditanya bila nak kuatkuasa undang-undang Islam, mereka kata kita berkawan dengan bukan Islam dan kena tunggu dahulu.

Jika ditanya ; tok guru kata haram kawan dengan bukan Islam ?

tok guru pasti akan jawab dengan  kata kata dalam diam dan menggaru kepala yang tidak gatal ! kerana serban sudah ditanggal !!!

Lihat fatwa di bawah, nilai dan gunakan akal bebas anda mengkajinya….

1) Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram (Hukum Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ogos 1963).

2) Macam mana memecahkan orang mukmin? Allah Taala suruh kita orang Islam saja bersatu.. bersatu kita puak-puak Islam. Bersatu dia campur hak kafir juga ada. Dia tarik supaya bersatu cara dia . (Ceramah Abdul Hadi Awang, Bukit Tok Beng Seberang Takir, 17 April 1984).

Kesimpulannya ;

Ramai yang pandai bercakap seperti kaum munafik di Madinah, namun percakapan sangat mudah tetapi melaksanakannya sangat payah..

Buktinya ; lihat apa janji yang sudah dibuat oleh mereka ??? yang ada hanya himpunan menyusahkan rakyat, tanpa hormat kepada pihak keselamatan dan menganjurkan huru hara hingga merosakkan nama dan imej negara di mata dunia….

Yang ada, gambar pemimpin syiah yang dianggap pejuang ALLAH..

Yang ada angan angan menjadi orang terhormat hingga sanggup menoda agama…

Yang ada, maulid nabi itu didiamkan dari disambut kerana sama perbuatan macam agama yahudi dan nasrani merayakan nabi mereka dan ia bukan suruhan ALLAH !

Inilah PAS ; Parti (hanya dia ) Islam SeMalaysia ( sahaja )

Nauzubillah  min zalik !

Fikirlah dengan hati yang tenang dan jiwa yang lapang !

Wallahua’lam

Hari ini keluar berita dalam akhbar , Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman hari ini menafikan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dimasukkan sebagai penceramah pada perhimpunan Black 14 yang diadakan di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu.

Menurut beliau, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, telah memutarbelitkan kenyataan apabila mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu termasuk dalam senarai awal yang diserahkan kepada polis.

Memang jelas tindakan dibuat dengan niat mengelirukan pihak berkuasa.

Mungkin Pakatan Rakyat sudah memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor, mereka merasakan dapat mengelirukan pihak berkenaan berkenaan perhimpunan haram tersebut. Mereka rasa tidak bersalah berhimpun beramai-ramai. Mereka tidak rasa berdosa mengusutkan jalan jalan utama di bandar….


Semua kerana bagi mereka, tiada yang membantah dan ramai sekali yang menyokong usaha ‘murni’ mereka itu ….

Kenyataan Polis jelas tentang isi surat permohonan mereka iaitu ;

“Menerusi surat berkenaan, mereka memaklumkan hanya tiga pemimpin tertinggi sepatutnya berucap iaitu Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Abdul Khalid serta Timbalan Pengerusi Kelab Sultan Sulaiman, Datuk Mokhtar Ahmad. ‘

Tetapi, akhirnya kita dapat lihat ‘pemimpin dalam penantian’ juga yang muncul. Dan kemunculannya dijangka oleh semua orang walaupun tidak diberitahu dalam permohonan kepada pihak berkuasa.

Semua orang di negara ini tertakluk kepada undang-undang.

Sepatutnya apabila sudah memegang jawatan Menteri Besar, dan memerintah di 5 buah negeri di Malaysia, kita fikir mereka sudah matang.

Namun sangkaan kita meleset kerana apa yang terjadi ialah sikap yang sama, iaitu suka memutar belitkan apa sahaja yang memberi faedah kepada mereka.

Apabila polis sudah menjalankan kerja mereka, dengan menjalankan siasatan berkaitan penganjuran perhimpunan tersebut yang dikatakan telah mencecah 20 ribu orang,maka mereka membuat cerita belit lagi, bahawa polis sudah disuruh oleh pemimpin atas.

Dan hasilnya semakin banyak polis bertindak, makin banyak kebencian diperolehi bukan penghormatan dan sanjungan dari semua pihak.

Patutlah orang sebegini dibuang dari kerajaan. Kerana dia sendiri suka mereka reka cerita dan memutar belitkan fakta. Hingga tiada lagi tanda kejernihan di wajah dan menjadikan rakyat menelan bulat bulat apa yang diludah oleh pemimpin sanjungan mereka yang suka ‘ kencing’ itu. Dia pun sedar, hanya pemuda sahaja yang ramai terpedaya !

Nampaknya bos besar sudah ‘ kencing ‘, MB juga sudah ‘ kencing’ polis, maka kita akan mudah melihat sikap ‘ kencing’ akan merata rata di kalangan pimpinan dan ahli parti kencing rakyat itu. Hingga rakan mereka dalam pakatan rakyat itu dari bangsa melayu, cina dan india , semua telah di’kencing’ oleh parti pimpinan pemimpin dalam penantian itu !

Harapnya anda tiada dalam senarai mereka yang telah di’kencing’dengan penuh terhormat itu !

  • Penulis Islam

    • Penulis Islam Harun Yahya
  • Petisyen Online

    • Petisyen Online