You are currently browsing the monthly archive for July, 2008.
Muzakarah Politik
Peguam Syarie Menulis:
Perpaduan Islam wajar teras muzakarah
Oleh Zainul Rijal Abu Bakar

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) berasa amat gembira apabila pelbagai pihak mula membincangkan mengenai muzakarah antara PAS dan UMNO baru-baru ini. Ini bermakna sesi percambahan fikiran sedang diadakan. Kebaikan dan keburukan perkara ini diperhalusi oleh semua pihak yang akhirnya akan membuahkan suatu keputusan yang jitu lagi padu di kedua belah pihak.
Selepas semua perbincangan diadakan, terserahlah kepada pihak PAS dan UMNO membuat keputusan sendiri berhubung dengan isu ini setelah mengambil kira semua pertimbangan dan faktor semasa.
Cakap-cakap politik mengenai perkara ini terus rancak berhubung dengan pertemuan PAS dan UMNO dalam rangka kerjasama demi menjaga kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Perkara ini terus diperkatakan sama ada di kedai-kedai kopi mahupun di peringkat pimpinan parti-parti politik PAS dan UMNO. Malah parti-parti siasah lain seperti PKR, MCA dan DAP juga turut memberi komentar masing-masing berhubung dengan perkara ini.
Dalam menangani isu politik negara, kita harus menerima hakikat bahawa kedudukan parti-parti politik di Parlimen ketika ini ialah tiada sebuah pun parti politik yang mempunyai kelebihan majoriti. Daripada 222 kerusi di Parlimen pembahagian kedudukan kerusi adalah seperti berikut: UMNO (79), PAS (22), PKR(31), DAP(28), MCA(15), MIC (3), PBB(14) dan seterusnya.
Jika diteliti sebaiknya, kedudukan kerusi ini memang wajar mendesak kedua pihak iaitu PAS dan UMNO untuk bersemuka bagi membincangkan kepentingan agama dan bangsa. Walau apa pun nama yang diberikan sama ada muzakarah (ingat mengingati), muqabalah (pertemuan), hiwar, musyawarah (bermesyuarat) ataupun muhadasah (perbincangan) namun tujuan utamanya adalah bagi membincangkan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu. Istilah ini tidaklah penting berbanding dengan pengisian yang ingin dicari melalui wadah yang dinyatakan tersebut.
Sudah tentu pemimpin pelbagai peringkat di kedua-dua buah parti akan berasa tidak selesa dan sedikit canggung dengan perkembangan terbaru ini kerana sejarah telah membuktikan betapa renggangnya hubungan antara kedua parti ini. Kita sering melihat kedua parti ini saling bercakaran antara satu sama lain, bahkan kadang-kadang sampai ke tahap yang agak membimbangkan.
Sering pula sesuatu strategi politik digarap bagi menjatuhkan parti yang satu lagi dan membiarkan parti lain yang tidak berteraskan Islam dan bangsa Melayu mempunyai ruang yang cukup mengatur percaturan politik mereka. Natijahnya orang Islam tidak bersatu dan saling bercakaran antara satu sama lain.
Melihat kepada senario kedudukan politik semasa, sebenarnya PAS mempunyai kata pemutus dalam banyak hal. Ini adalah kerana ke mana pun PAS berada, kerajaan Persekutuan akan dapat dibentuk. Sebagaimana yang dimaklumi, Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai majoriti dua pertiga di Parlimen.
Sekiranya PAS menyokong usul Kerajaan maka Kerajaan mungkin juga mempunyai kuasa yang lebih besar lagi. Sekiranya PAS tidak menyertainya maka undang-undang hanya membenarkan Kerajaan bertindak dalam fungsi yang terhad sahaja.
Begitu juga di pihak Pakatan Rakyat, sekiranya terjadi pemindahan parti sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya PAS tidak menyertainya maka kerajaan Pakatan Rakyat mungkin tidak akan dapat dibentuk.
Walau apa pun kelebihan atau kekurangan, sepatutnya itu bukanlah itu faktor utama yang perlu diambil kira. Apa yang lebih penting ialah berbincang dan mencari jalan penyelesaian bagaimana dapat meletakkan Islam itu di tempat yang sebenar. Sudah tentulah pelbagai formula perlu digarap ke arah mencapai matlamat ini.
Walaupun sebelum PRU 12 perkara sebegini tidak pernah diperkatakan bahkan tidak terfikir di benak fikiran rakyat Malaysia, namun kemungkinan ini perlu diterokai semata-mata dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan Islam yang telah sekian lama pudar.
Beberapa minggu yang lepas ruangan ini telah menyiarkan beberapa pilihan yang ada bagi sebarang bentuk kerjasama, tetapi senarai pilihan tersebut tidaklah terhad kepada apa yang dinyatakan itu sahaja. Lebih banyak pilihan perlu dicari ke arah ini.
Reaksi yang diterima di kedua belah pihak adalah bercampur-campur. Ini dapatlah difahami kerana sejarah pertelingkahan antara kedua belah pihak sukar dilupakan oleh pihak pimpinan mahu pun pihak ahli kedua belah pihak. Ketidakpuasan hati ini mungkin tidak dapat dipadamkan dari memori pemikiran mereka.
Beberapa pemimpin NGO Islam seperti ABIM dan PKPIM juga telah menzahirkan sokongan mereka terhadap muzakarah ini. Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) juga menyokong sebarang langkah bagi mengukuhkan kedudukan Islam di Malaysia. Tetapi kedengaran juga suara yang mempertikai dan menempelak sokongan ini kerana khuatir parti-parti politik ini apabila bekerjasama akan menjadi terlalu bersifat perkauman dan menindas agama lain.
Perkara ini perlu diteliti dengan mendalam agar tidak ada mana-mana rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan ditindas hasil daripada kerjasama sebegini.
Sebenarnya kerjasama sebegini hendaklah diteraskan kepada semangat Islam. Jika teras Islam itu diterima oleh kedua belah pihak maka akan lebih mudahlah mendatangkan keadilan kepada semua pihak. Ini bermakna sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa, rasuah, penindasan, kekejaman dan mencabul hak asasi hendaklah dibuang dan tidak diamalkan. Malah orang bukan Islam juga tidak perlu khuatir kerana jika dilaksanakan Islam sebenarnya, hak-hak orang bukan Islam itu akan terus dijaga dan dipertahankan.
Oleh yang demikian sekiranya hanya melihat kepada rupa dan warna kulit sahaja, sudah tentu orang bukan Islam gusar dengan perkembangan ini. Namun Islam itu sebuah agama yang adil, ia adalah jaminan tidak akan berlaku penindasan kepada orang bukan Islam.
Berbalik kepada muzakarah antara PAS dan UMNO ini, penulis berpendapat sekiranya kedua-dua pihak ikhlas mahu mempertahankan Islam, maka ada baiknya setiap ruang di lihat bagi menilai sejauh mana kerjasama dapat dilakukan. Walaupun sekiranya kerajaan campuran tidak dibentuk, tetapi sekurang-kurang suatu tahap pemahaman dapat ditingkatkan antara kedua parti ini agar apa pun tindakan selepas ini ia semestinya berteraskan kepada Islam.
Pertelingkahan yang terlalu lama antara PAS dan UMNO tidak mudah dipadamkan dalam sekelip mata ataupun melalui beberapa siri pertemuan sahaja. Tetapi langkah pertama itu telah pun diambil bagi menuju ke arah ini.
Oleh itu kedua pihak mesti lebih berhati-hati selepas ini di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan ataupun membuat sebarang tindakan agar ianya selaras dengan hasrat menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia. Tanpa kesatuan aqidah ini yang disertai dengan keikhlasan hati tidak mungkin sebarang kerjasama dapat diadakan.
Jika PAS dan UMNO menoleh ke belakang, sudah tentu tidak akan dapat dicapai kata sepakat. Tetapi lihatlah ke hadapan tentang masa depan Islam di Malaysia itu sendiri. Namun kedua belah pihak berhak berhati-hati dan berwaspada dalam semua tindakan mereka kerana mungkin terdapat pelbagai helah yang akan memakan diri sendiri dari sudut politiknya. Sudah sampai masanya orang Islam melihat sesuatu menjangkaui batasan siasah kepartian dan berusaha mempastikan Islam itu dipertahan.
Sebenarnya terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan untuk Islam sama ada di Malaysia ataupun di peringkat global. Orang Islam perlu mengorak langkah ke hadapan dan menjadi model kepada orang lain, bukan menjadi bahan cemuhan dan diperlekehkan setiap masa.
Namun begitu, sekiranya muzakarah ini tidak berjaya menghasilkan sesuatu dalam masa terdekat, kita semua tidak boleh berputus asa. Apa yang lebih penting ialah kesedaran tentang perpaduan umat Islam ini dapat disemai di kedua belah pihak sekarang. Mungkin masa belum sesuai lagi bagi merealisasikan impian ini tetapi usaha ke arah itu hendaklah dimulakan mulai saat ini.
Dalam membincangkan perkara ini, penulis berpendapat adalah lebih molek sekiranya PKR yang diterajui oleh orang Islam juga dijemput menyertai muzakarah ini. Dengan cara ini umat Islam akan bersatu, dengan izin Allah. Selaku sebuah badan Islam, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah menjayakan muzakarah tersebut.
Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sila layari http://peguamsyarie.blogspot.com
Inilah perangai Anwar, suka berpura pura, memusingkan fakta, menjadikan negara seperti negara undang undang Hutan Rimba, mengaitkan sesuatu yang tidak benar dan menampakkan ia seolah olah benar.
Cukup ‘buruk’ rupa Anwar apabila cuba terhegeh hegeh dan meminta belas ehsan saluran Yahudi ini untuk menaikkan reputasinya dan para fanatik Pakatan Rakyat agar mereka akan menjadi semakin buta mata dan hati dari menilai setiap patah perkataan yang dituturkan adakah benar atau sebaliknya.
Anda lihatlah sendiri dan nilaikan apakah isi temuramah live oleh CNN di bawah !
Baca petikan artikel dari blog beliau sendiri. Nada yang sama dengan Husam Musa. Berkongsi nilai persamaan demi menolak BN / UMNO. Pemikiran aliran profesional dalam PAS yang kontra dengan pemikiran ulama di dalam PAS… Pertembungan yang sudah bernanah dan sudah pecah !
Adakah ada yang akan keluar parti dan menyertai PKR atau parti nama baru menggantikan PAS seperti UMNO yang juga ‘rebrand’ semula selepas pengharamannya tahun 1988 ? Allah lebih tahu …..
Anda beri pendapat jika ada di tempat komen di bawah. Mungkin ada benarnya kata kata anda.
PAS MUNGKIN AKAN SUKAR DIPERCAYAI LAGI SELEPAS INI
Apa yang saya tulis diblog ini adalah pendapat peribadi saya. Saya tidak menulis atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat. Tulisan ini menggambarkan betapa frustnya saya ( dan mungkin juga ahli-ahli PAS yang lain ) apabila Dato’Presiden PAS mengakui bahawa terdapat pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen .
Terus terang sebagai ahli Jawatankuasa PAS Pusat ,saya tidak mempunyai pengetahuan langsung pertemuan antara Timbalan Presiden PAS dengan Presiden UMNO di Parlimen. Presiden PAS menyatakan ianya dimaklumkan kepada beliau dan Majlis Syura Ulama’. Saya kurang faham dengan alasan ini. Setahu saya Majlis Syura akan hanya dilibatkan jika isu ini melibatkan soal hukum. Saya tidak nampak pertemuan dengan UMNO melibatkan soal hukum . Ia lebih kepada isu strategi- di bawah bidangkuasa Jawatankuasa PAS Pusat.
Tidak mengapa, saya akan bertanyakan hal ini di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat nanti.
Saya tidak pernah percaya kepada UMNO. Atas dasar itu saya menyokong PAS sejak dibangku sekolah lagi . Saya orang Johor. Saya menyokong PAS ketikamana orang di negeri saya masih memandang PAS sebagai satu parti yang begitu asing. Saya menyokong PAS kerana yakin bahawa Parti tersebut ingin mendaulatkan Islam. UMNO adalah parti yang banyak jenayahnya terhadap Islam. Kesalahan ulung UMNO adalah mencipta Islam hadhari. Presiden PAS menulis sebuah buku bagi menyerang Islam Hadhari kerana Islam Hadhari telah membawa umat Islam keliru dengan Islam yang diajar oleh Allah dan RasulNya.
Pilihanraya yang lepas UMNO bermatian-matian ingin merampas Kelantan- sebuah negeri yang diperintah oleh PAS . Kelantan adalah benteng terakhir untuk Islam didaulatkan di negara ini. Saya mengakui saya masih belum berpuashati dengan perlaksanaan Islam di Kelantan. Gelagat sesetengah pemimpin PAS di Kelantan amat memualkan hati saya meskipun saya adalah ahli dan pemimpin PAS. Kelantan bukan model yang terhebat di dalam mendaulatkan Islam di negara ini. Ini tidak pelik kerana berdasarkan sistem federalism yang diamalkan di negara ini kuasa Kerajaan Kelantan untuk menegakkan Islam di dalam erti kata yang sebenarnya terhalang oleh banyak halangan . Namun siapa boleh menafikan bahawa Kelantan telah banyak berusaha melaksanakan Islam yang jauh lebih baik jika dibandingkan sebelum PAS mengambil alih pada tahun 1990.
Saya penuh yakin Tuan Guru Nik Aziz telah berusaha keras untuk mendaulatkan Islam di Kelantan. Moga Allah merahmati beliau di atas usaha murninya itu.
Atas dasar itu saya sama sekali tidak boleh menerima tindakan UMNO yang bermatian-matian ingin merampas Kelantan dari PAS. Sahabat saya Y.B Salahudin menyatakan kepada saya semasa tempoh kempen pilihanraya yang lalu, beliau dapat meraskan betapa cemasnya pemimpin PAS dengan serangan hebat UMNO yang ingin merampas balik Kelantan.
Bagaimanapun kuasa Allah menentukan segala-galanya. Hasrat dan niat jahat UMNO ingin merampas Kelantan menyaksikan Kerajaan PAS kekal dengan selesa di Kelantan sebaliknya lima buah negeri yang diperintah oleh BN/UMNO sebelum pilihanraya yang lepas dirampas oleh Pakatan Rakyat.
Saya juga tidak akan lupa betapa jahatnya UMNO menggunakan taktik paling kotor untuk menjatuhkan Kerajaan PAS di Trengganu. Rakyat Trengganu yang menyokong PAS didera dengan hebat seperti menarik balik royalti petroleum. Menteri Besar Trengganu yang sekarang ini dan UMNO Trengganu juga tidak pernah bersuara menentang tindakan zalim UMNO Pusat menarik balik royalti petroleum. Kini lepas Mahathir tidak berkuasa baru mula berani bercakap. Saya tidak hormati langsung Menteri Besar seperti ini. Apabila Pemimpin Pas Trengganu berjumpa beliau baru-baru ini ianya amat memualkan saya.
Telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan UMNO/BN. Meskipun media tajaan UMNO tidak henti henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau/ekstrem dan pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah menjadi calon PAS yang menang dengan manjoriti yang paling besar . Meskipun saya kalah di Tangjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya.
Sokongan kaum non muslim kepada PAS Alhamdulillah berterusan selepas pilihanraya. Di Puchong telah ada penyokong PAS dari kaum India yang telah memeluk Islam. Ini satu perkembangan yang amat memberangsangkan. Ada kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS. Calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor saudari Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS. Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.
Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik UMNO. UMNO mencanangkan dan memainkan gendang muzakarah. PAS yang kita tahu dipimpin oleh orang-orang yang baik malangnya termakan dengan umpan jahat dan busuk UMNO. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja baik dan digelar al-amin Baginda juga mempunyai sifat fathonah ( bijaksana ). Di dalam politik fathonah amat berguna.
Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihanraya lalu kami menolak politik perkauman UMNO dan tertarik dengan mesej PAS iaitu “PAS FOR ALL” yang sesuai dengan sifat Islam yang universal. Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan UMNO. Hanya beberapa bulan pilihanraya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati UMNO semula. UMNO yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS.
Ini keluhan yang serius. Pemimpin PAS khususnya Presiden dan Timbalannya harus peka dengan keluhan ini . Meringankan hal ini “is at our own peril”
Ya, Pakatan Rakyat adalah satu Pakatan yang longgar. Banyak kelemahan di sana sini. KEADILAN ada kelemahannya. DAP ada kelemahannya. PAS juga ada kelemahannya. Tetapi di sana ketiga-tiga Parti tersebut ada kekuatan yang dikongsi bersama. Kekuatannya adalah ketiga-tiga benci dan menentang kezaliman yang UMNO lakukan. Ketiga-tiganya bencikan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketiga-tiganya mejuarai isu rakyat Ketiga-tiganya sedang berusaha keras ingin menunaikan janji kepada rakyat sepertimana yang dinyatakan di dalam manifesto mereka. Kekuatan inilah yang akan melahirkan satu ledakan yang kuat yang akan menghancurkan UMNO pada masa pilihanraya umum yang akan datang.
Saya tidak pasti orang bukan Islam, Parti KEADILAN dan DAP akan terus mempercayai PAS selepas ini. Saya harap mereka masih percaya. Tapi secara realistik saya yakin mereka ,kalau pun tidak hilang kepercayaan kepada PAS , tetap kurang percaya kepada PAS.
Kalau mereka hilang kepercayaan kepada PAS saya berani mengatakan ianya akibat percaturan salah sesetengah pemimpin PAS dan PAS terpaksa membayar harga yang mahal terhadap percaturan salah tersebut.
Adakah PAS boleh dianggap mengkhianati sokongan orang bukan Islam ? Hanya masa yang menentukan !!!
posted by hanipamaidin @ 11:26 AM
Pertama : Nik Aziz sudah kendur desakannya menentang muzakarah ( versi baru : muqabalah ) selepas di ‘brainwash’ 5 wakil Dewan Syura PAS . Meskipun ‘istilah ditukar’ bagi menzahirkan ‘keilmuan’ Nik Aziz.
Kedua : Sudah wujud usaha usaha memburukkan Haji Hadi dan Nasaruddin yang menyaksikan blogger seperti Kickdefella dan Amin Iskandar serta Penarik Beca memulakan ‘ serangan siber ‘ merendah rendahkan usaha murni tersebut dan mem’perli’ dengan bermacam macam ‘kata nista’ bagi melemah dan menggagalkan semangat persaudaraan Islam dan Nik Aziz menjadi sasaran baru ‘ penghormatan tertinggi’ mereka.
Ok, mari kita tanya diri dan kawan kawan kita; siapa yang akan untung jika nama Hadi Awang dan Nasarudin tercalar teruk ?
1. Anwar Ibrahim
Ini kerana PR akan kekal dengan penyertaan PAS dan imej Presiden PAS dengan sendiri akan ‘gugur’ muktamar ini. Tidak mustahil ‘juga tindakan Hj Hadi ini akan memupuskan riwayat ‘politik’ Husam Musa kerana mengenepikan ‘ aliran Ulama’ dalam PAS hingga menafikan peranan mereka di dalam memerintah.
2. Husam Musa ; kerana peluang menjadi Timbalan Presiden semakin cerah dan ‘kasih’ Anwar akan mencurah curah. Jika sebelum ini Saiful dibawa berjalan ke luar negara, tempoh hari Husam sudah mula dibawa ke sana sini contohnya DUbai dan tidak mustahil akan sentiasa diperkenalkan dengan kawan kawan Anwar di luar negara yang memang menanti ‘calon’ baru untuk ‘hegemoni’ mereka. Dengan kedudukan Naib Presiden PAS, tentu tidak sukar untuk mengatur strategi ‘percuma’ untuk Husam Musa demi mencipta satu lagi ‘ klon Anwar’ hingga Husam akan terkesima dengan ‘ silauan’ ( sensored : dan kesialan ) yang telah menjadikan Anwar antara pemimpin hebat di mata Barat dan Muslim yang ‘ hati berkarat’ dari melihat kenyataan sebenar siapa sebenarnya Anwar..
Perhatikan gambar di atas, ia dipaparkan di blog Anwar Ibrahim sendiri, dalam tajuk:
Lawatan Kerja Ke Dubai Bersama Delegasi Kerajaan Negeri Selangor
Soalan saya : kenapa Anwar hadir dan menyertai sedangkan beliau bukan anggota kabinet Kerajaan Selangor ?
Kedua : Apa kapasiti Husam Musa dibawa ‘makan angin’ hingga ke Dubai ? sedangkan tiada ulasan di tajuk blog di situ tentang ‘lawatan kerja Kerajaan Kelantan atau Pakatan Rakyat ? Sekali lagi adakah Anwar kesepian selepas ‘kehilangan’ Saiful yang telah mendakwa ‘diliwat’ merata rata dalam dan banyak di luar negara ?
Mungkin sekali lagi ‘ketirisan duit rakyat’ berlaku di dalam Kerajaan pakatan Rakyat !!
Mana tahu ? dan tidak mustahil ia akan berlaku … Seperti isu duit derma sambutan 100 hari lalu.
Jelas fakta di atas. Dan jelas kenapa sehari dua ini blogger PKR dan PAS sendir mula menghina sehina hinanya Haji Hadi dan Nasarudin.
Mereka menjadikan ‘anak emas’ baru iaitu Nik Aziz sebagai sasaran ‘menyisihkan’ Hj Hadi.
Ingat ! ini pertarungan antara kejayaan Islam atau Yahudi yang berselindung di sebalik orang Islam’klon’…
Anda dengar dan perhatikan doa tersebut.
Akhir sekali jelas kenapa nama Anwar disebut di dalam doa… Adakah kerana terlalu JAHAT ?
Wallahu A’lam.
Di tengah kekalutan muzakarah yang telah mendapat nama barunya selepas dibuat perjumpaan dengan Ahli Majlis Syura Ulama PAS semalam di Kota Bharu, Kelantan, kita mendapat nama Muqabalah…
Apabila didengar oleh manusia blogger bernama Kickdefella ini, maka beliau dengan cepat merembeskan hormon otaknya untuk mereka reka sesuatu yang boleh mengalih isu ini kepada isu memperlekehkan Hj Hadi yang semakin ‘ghairah’ menuju ke arah perpaduan antara PAS dan UMNO selepas membuat kesilapan terbesar dalam politik negara kita dengan menyertai Pakatan Rakyat.
Sebagai pemimpin semua rakyat mengikut telunjuknya yakni ahli ahli PAS. Mereka taat dan patuh dan hasilnya PAS berjaya menguasai ‘ atas kertas’ Kelantan Kedah dan Perak manakala PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang. Ia satu ‘ gempa bumi’ yang telah sangat sangat mengejutkan kita semua termasuk pembangkang sendiri sehingga mereka telah kalut ribut mencari persefahaman dalam membentuk kerajaan.
Di situ sebenarnya sudah timbul isu Perjanjian Pangkor II di antara PAS dan DAP. Ia bertujuan menyekat penggunaan terma Islam seperti Hudud Qisas Negara Islam dan sebagainya yang boleh menjatuhkan saham DAP di kalangan penyokong mereka.
Dan tidak disangka sama sekali PAS bersetuju demi menjadi MB Perak pertama dari kalangan pembangkang. Ia juga berlaku dan diterima Sultan selepas beberapa episod seperti ugutan PKR Perak, perjanjian antara Sultan dan pembangkang yang memberi jaminan kesepakatan mereka menyokong MB Melayu bernama Nizar dari PAS meskipun PAS yang paling sedikit mendapat kerusi di sana.
Apa yang menarik berkaitan tajuk di atas ialah kesungguhan blogger PAS dan PKR ( semestinya yang berkulitkan liberal dan pluralisme ) yang menganggap semua agama itu baik.
Di dalam artikel di blog Kickdefella beliau seolah olah mengiktiraf agama lain seperti fahaman pluralisme yang salah dan menyesatkan itu. Beliau seperti berani menulis demi mendapatkan perhatian dan sokongan ramai bagi menghalang tindakan PAS bermuzakarah dengan UMNO atau nama barunya bermuqabalah..
Begitu juga blogger Amin Iskandar nampak amat gusar dengan perkembangan ini dan dua artikel berkenaan isu ini disentuh beliau. Nampaknya orang kuat Anwar Ibrahim menzahirkan dengan tidak sengaja perasaan PKR jika benar PAS akan merubah haluannya menuju perdamaian dengan UMNO.
Cuma malang sekali jika usaha ini digagalkan oleh yahudi berbangsa melayu yang pastinya ada di kalangan kita ini, yang jelas ingin menolak perpaduan dan ingin menjadikan Melayu Islam berpecah hingga lemah dan memudahkan mereka menguasai kita hingga akhir zaman nanti. Jenis inilah yang akan menjadi benteng melemahkan usaha mewujudkan perpaduan antara Islam sesama Islam dan mereka juga yang akan menjadi batu api menaikkan kemarakan dendam di dalam hati masing masing…
Sesungguhnya perbuatan mengulang amanat Hj Hadi Awang kembali tidak lain adalah ingatan kepada Hj Hadi yang ingin bergaul mesra dengan UMNO walaupun kita sedar inilah masanya bagi mana mana Naib Presiden PAS untuk menghentam Presiden hingga nama mereka akan naik mendadak dan peluang mereka akan terbuka luas selepas perancangan teliti menjatuhkan nama Presiden PAS berjaya dengan bantuan blogger blogger seperti Kickdefella itu…
Sama sama kita tunggu nanti apa akan terjadi kepada masa depan PAS dan UMNO selepas ini !!!
Penarek Beca datang lagi. Penarek beca telah membesarkan kenyataan Nik Aziz. Sama seperti Kickdefella a.k.a Sheih Azidi yang membesarkan Nik Aziz dari Hj Hadi. Kerana apa ? kerana bencikan UMNO lebih dari benci mereka kepada penentang Islam seperti Karpal Sing dan Teresa Kok !
Kedua dua blogger ini seperti bersatu hati dengan isu sekarang ini sedangkan Sayuti Omar ; blogger yang juga rapat dengan Nik Aziz sendiri , sanggup mengkritik komen Nik Aziz yang dirasakannya jauh tersasar dari semangat ukhwan Islamiyyah sejati. Sayuti Omar nampaknya sedar bahaya yang dilanda oleh Melayu Islam di Malaysia dan beliau sedar muzakarah tapak awal ke arah perdamaian dua musuh bertentangan sekian lama di Malaysia.
Baca komen Sayuti Omar (asal klik sini ) di bawah ini isu muzakarah yang ditulis oleh blogger PAS Mohd Sayuti Omar dan artikel Penarek beca : tok guru setuju UMNO lenyap ( di sini ) ..
Para Pesuruhjaya Perlu Beri Pandangan
(kemaskini) MENELITI dan mengkaji ‘dong ding dong’ berhubung cadangan muzakarah antara Umno dengan Pas menjelaskan wujud dua kumpulan tegar dalam Pas. Satu kumpulan yang telah menguncikan pintu hatinya dan satu lagi yang telah membuka jendela keinsafan dan bijak memerhati realiti semasa.
Kumpulan yang tidak mahu itu, menolak apa juga alasan dan meletakkan Umno begitu buruk dalam kepala mereka. Tidak ada secebis pun kemanisan dalam Umno seolah semuanya ditenggelami kesyumulan Pas yang kadang-kadang brhiasa retorik! Itulah tanggapan ahli Pas yang taksub dengan pantun seloka sebilangan pemimpinnya.
Pemimpin Pas yang jelas dengan sikap tidak setuju ialah Husam Musa alias si baju petak-petak merah dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kenyataan-kenyataan mereka berhubung ura-ura itu boleh dirujuk ia sangat negatif sekali dan ada kala tidak menggambarkan mereka sebagai pemimpin tertinggi yang bersifat rasional.
Misalnya bagaimana Husam melemparkan tanggapan politik racun terhadap pendedahan Abdulllah Ahmad Badawi mengenai ada pemimpin Pas berjumpa dengan beliau (Abdullah). Bagi tokoh baju petak-petak merah itu cara Abdullah itu untuk memecah belahkan Pas dan sekaligus cuba mengumpankan Pas agar memasuki perangkapnya yang dianggap dalam keadaan tertekan.
Bagi Husam cara Abdullah itu tidak lebih daripada langkah mengukuhkan kedudukannya setelah Perdana Menteri itu goyang kini.
Di pihak Tok Guru Nik Aziz pula semacam ada karat dendam yang sukar dikikis. Ia telah bersimen dan dikonkritkan lagi oleh pandangan bersifat politik keperibadian. Seolah Tok Guru berkenaan sudah kehabisan doa mujarab untuk mengembalilan Umno ke pangkal jalan keinsafan. Justeru ia tidak ada ikhtiar lain melainkan terus kerana memusuhi Umno sampai ke akhirnya!
Walaupun mereka bertolak dari pengkalan pemikiran berbeza namun nawaitunya sama iaitu mengagalkan rundingan dengan Umno!
Kedua mereka adalah pemimpin utama Pas Kelantan. Nik Abdul Aziz adalah pesuruhjaya dan juga MB menakala Husam salah seorang Timbalan Pesuruhjaya dan Exco yang dianggap kanan. Beliau juga diangan-angankan oleh para pendondangsayangnya akan menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan sebelum berakhir tahun ini.
Dua lagi pesuruhjaya Pas Kelantan, Ahmad Yaacob yang juga TMB dan Mohd Amar Nik Abdullah seakan terkunci mulut untuk memberi ulasan dan pandangan mengenai hal ini. Kedua orang ini menjadi pandir dalam hal ini dan bersedia mengikut saja. Mereka adalah orang yang lemah keimannnya dan hanya berdaya melawan apa saja kemungkaran yang dibawa orang dengan hati saja.
Manakala antara tokoh yang bersedia untuk bermuzakarah ialah Abdul Hadi Awang, Nasarudin Mat Isa dan Mustapa Ali. Mereka kecuali Nasarudin berasal dari satu negeri Terengganu. Abdul Hadi adalah Presiden manakala Mustapa Ali Pengarah Pilihan Raya Pas, tokoh yang dilihat menjadi master mind dan membayangi suara politik Abdul Hadi dalam politik Pas sejak lama dulu terutama semasa Pas menguasai Terengganu.
Kerana mereka berasal dari dua buah negeri berbeza, seolah perbezaan pendapat mengenai muzakarah itu berlaku antara Kelantan dengan Terengganu. Kedua negeri ini pula dikenali sebagai kubu kuat Pas di negara ini. Justeru apa juga pandangan dan langkah yang diambil kedua negeri berkenaan sering menjadi ikutan dan panduan Pas negeri-negeri lain.
Apa yang sedikit merujakan dalam isu muzakarah ini ialah mengenai sikap Abdul Hadi sebagai presiden Pas. Beberapa dekad sebelum ini Abdul Hadi dilihat tokoh yang ekstrem dalam Pas. Beliau sering kali dikaitkan dengan tanggapan orang yang sukar diajak berunding. Dibrandkan sebagai taliban dan sebagainya. Ini semua dilihat dan diikuti dari jauh.
Sebaliknya apa yang berlaku kini lain keadaannya. Nik Aziz yang selama ini dilihat sebagai lembut dan bijaksana, sedarhana dalam politik bertukar menjadi keras dan bengis. Mungkin banyak orang hairan dengan sikap beliau ini. Mengapa kalau beliau boleh melayan kedatangan sami Buddha di pejabatnya tetapi tidak untuk melayan Umno.
Mungkin ada sesuatu yang tidak kenal dengan Menteri Besar ini. Apakah kerana beliau terlalu mempercayai dan mendengar nasihat dari orang tertentu menyebabkan beliau bersikap demikian? Seharusnya Nik Aziz membuka kedua belah telinga dan mendengar pandangan dan nasihat daripada semua orang (pemimpin) di Kelantan.
Perubahan sikap politik beliau yang tiba-tiba itu menggambarkan sedikit sebanyak menjejaskan intergriti (kemuliaan) beliau selama ini dalam kotak pemikiran orang Melayu seluruhnya. Dengan sikap beliau menyebabkan orang Melayu Umno yang menghormati tentang sikap terbuka dan lemah lembutnya akan mula berubah. Kita tidak mahu di akhir waktu ini Nik Aziz kekeramatan Nik Aziz berkurang.
Manakala pertembungan dan tidak sekata antara dua pemimpin negeri itu dilihat akan membawa masalah kepada Pas jika ianya tidak diselesaikan dengan baik. Ketidaksekataan itu juga memberi gambaran Pas kini tidak sehaluan. Sudah ada semacam dua ulama membaca kitab tafsiran berlainan dalam Pas.
Perkembangan ini harus dipantau segera. Ini penting kerana mereka adalah pemimpin tertinggi dalam parti tersebut. Sekiranya pertembungan berlanjutan dalam isu besar (perpaduan Melayu) ini tidak mustahil Pas akan bermasalah.
Dalam pada itu ahli Pas seharusnya tidak membiarkan dan melihat saja perkara ini. Pas negeri lain yang dianggap sebagai adik bongsu kepada Pas Kelantan dan Terengganu perlu juga bangkit memberi pandangan dan tidak membiarkan mereka berdua saja dalam memutuskan hal ini. Para pesuruhjaya Pas negeri-negeri mestilah bangkit dan cerah mata dan hati memberi pandangan dan pendapat mengenai perkara ini.
Nampaknya sehingga kini para pesuruhjaya negeri-negeri semuanya diam membisu. Seolah mereka membiarkan perkara ini diputuskan oleh pihak Presiden dengan Mursyidul Pas. Ilmu yang ditanggung di dada masing-masing dipersaikan. Dalam hal ini para pesuruhjaya tidak boleh menerima begitu sahaja pandangan Nik Aziz. Tidak mungkin pandangan daripada seorang manusia lebih tepat dan benar daripada pandangan ramai.
Sekiranya pandangan pesuruhjaya bersetuju dengan Nik Aziz dan menolak keinginan Abdul Hadi Awang, ia akan memberi keyakinan kepada umum bahawa pandangan Nik Aziz itu benar. Maka penting untuk pesuruhjaya Pas negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah serta dewan-dwaan ulama, pemuda dan muslimat memberi pandangan dan menyatakan sikap mengenai isu muzakartah ini secara berhikmah.
Pandangan dan sikap mereka pula nanti akan diteliti dan boleh mepengaruhi pandangan dan pendirian Musrsyidul Am atau Presiden Pas berkenaan. Hari ini apa yang nampaknya Nik Aziz hanya berpegang pandangan seorang saja yang disampaikan secara sulit menerusi lubang tikus di pejabat MB itu, di mana lubang tikus itu hanya boleh dilalui oleh dua manusia saja.
Mengenai isu ini jangan ahli Pas mempersaolkan siapa yang menang dan siapa yang salah sebaliknya carilah pandangan siapa yang betul dan benar demi agama, bangsa dan tanah air! [wm.kl 5:30 am 22/07/08]
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.
“Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin ‘decision-makers’ PAS telah tiga kali menemui beliau?
Itu kenyataan Husam Musa yang diterbitkan Malaysiakini yang semakin giat mencanangkan bahawa PAS tidak bersetuju dengan perundingan antara UMNO dan PAS.
Kita tidak memaksa PAS menerima atau menolaknya. Cuma kita tidak setuju usaha menghalang perundingan ke arah kebaikan ini yang dipersetujui Dewan Ulama PAS, ditentang manusia liberal bernama Husam Musa.
Beliau tentu tidak sehebat Hj Hadi namun Hj Hadi sudah menampakkan kejengkelannya dengan Pakatan Rakyat yang terus menerus mengwarwarkan Anwar akan menjadi PM seperti yang diumumkan oleh Fairus dalam Utusan semalam…
Sedangkan setakat saya tahu tidak ada lagi pernyataan rasmi tentang Pakatan Rakyat bersetuju memilih Anwar Ibrahim sebagai PM jika merea memenangi ‘pertarungan’ merebut kuasa PM pada 16 September ini. Ia akan menjadi ( bagi saya ) detik gelap sejarah politik Malaysia jika benar Anwar akan berjaya menjawat jawatan PM kerana tidak ada lagi sehingga kini lompatan besar besaran hingga menumbangkan kerajaan oleh MP BN ke pihak pembangkang.
Nak kenal Husam Musa? anda kena kenal siapa orang kuatnya terlebih dahulu.
iaitu Kickdefella ( Sheih Azidi )..
Buka blog beliau ( klik sini ) dan anda akan menemui ‘kekagumannya’ kepada bekas banduan ( dengan maaf )bagi kes liwat dan salah guna kuasa iaitu Anwar Ibrahim…
Jika Husam menolak perundingan PAS UMNO kita sudah boleh agak. Itu tidak termasuk layanan istimewa Anwar hingga Husam diajak ke Dubai bagi misi perdagangan dengan diringi MB Selangor Khalid Ibrahim.
Adakah di Dubai, sudah menunggu ‘ agen agen barat’ bagi memajukan negeri pakatan rakyat ??
Adakah Husam bakal menjadi ‘klon Anwar’ sebagai penyokong AS selepas ini bagi merealisasikan agenda Barat ?
Kita tidak tahu dan kita sekadar bertanya sesama kita bak berbincang di warung kopi maya…..
Jika anda ada idea, jangan segan segan menambah lagi di ruang komen ini. Pasti approve !




Isu liwat belum lagi selesai. satu persatu isu isu ‘hiliran’ timbul selepas isu utama iaitu liwat timbul. Ia seolah olah ingin menenggelamkan atau tertenggelam dengan sendiri sebaik sahaja ia muncul di pandangan mata kita.
Isu bertumbuk sesama sendiri antara Adun PKR Cina dan pembantu Adun PKR Melayu telah heboh satu Malaysia…Beliau ( Adun Cina ) telah menjadi hero kerana rakaman video klip VK Lingam hingga melahirkan satu siasatan bertaraf Suruhanjaya diraja ; nampaknya telah ditumbuk tidak sampai setengah tahun menjadi Adun. Ia satu kejadian memalukan tetapi hakikatnya ia manifestasi bahawa PKR tidak ada calon Adun yang berwibawa yang boleh betul betul menjadi generasi pelapis pemimpin sedia ada. Yang mereka ada ialah; pemimpin bertaraf ’ jurugambar video’ yang hanya tahu membuat onar dengan mencuri rakam perbualan VK Lingam dan menjadi Adun selepas didedahkan perbualan ’sulit’ itu.
Ia tidak lagi menjadi isu nasional bahkan menjadi isu antarabangsa kerana ia satu perbuatan mendedahkan dengan terancang perbualan VK Lingam bagi mencemarkan imej buruk badan kehakiman. Apabila ia disahkan Suruhanjaya Diraja maka apa yang dapat kita lakukan ialah melihat satu persatu ‘ pembangkang’ menguasai pentas politik dengan rakyat semakin lama semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kerajaan dan badan kehakiman.
Adakah kita ada terfikir bahawa tidak mustahil di sana ada unsur unsur ‘ agen perisikan’ antarabangsa terlibat di dalam hal ini ?
atau VK Lingam sendiri ‘dibayar’ untuk itu ? bagi memudahkan Anwar dan kroninya mendapat keuntungan segera yang besar di atas bukti yang ‘direka reka’ dengan umpanan wang ?
Kita tidak kenal VK Lingam dan kemungkinan beliau menjadi ‘pelakon’ adalah tidak mustahil. Rakyat kena berfikir ‘ luar kotak’ dengan melihat dari segenap sudut isu isu termasuk isu besar institusi kehakiman ini dari pelbagai sudut agar tidak ada lagi ‘terlepas pandang’ sesuatu isu dari segi ‘ kemungkinan’ yang boleh ditimbulkan atau memang ada namun tidak diperhatikan dengan ‘kanta pembesar’ perkara tersebut.
Ini merugikan kita jika tidak diselidik dengan teliti dan merugikan kerajaan kerana ia memungkinkan usaha membentuk sokongan rakyat akan terjejas dan pembangkang akan semakin diterima dan diangkat rakyat yang jelas tidak mendapat akses yang lengkap dan cukup bagi melihat isu isu berbangkit sebagai satu isu yang ada jawapannya yang jelas tetapi tidak sampai ke telinga dan mata mereka.
Justeru, apabila Adun PKR ditumbuk oleh pembantu Adun PKR juga, ia satu isyarat jelas tentang moral Adun dari PKR. PKR sebenarnya tidak ada kredibiliti di dalam membentuk sahsiah Adunnya dan PKR tidak ada nilai yang boleh membawa mereka diangkat sebagai pemimpin angkatan Pakatan Rakyat. Ia belum lagi dengan isu moral Anwar sendiri yang memang jelas adalah BEKAS BANDUAN kes liwat dan salah guna kuasa dan kawan rapat ZIONIS / AMERIKA hingga kita sedar PAS telah berasa sangsi dan goyang dengan keberhasilan pakatan ‘jahat’ mereka ini.. Mereka sudah mula mengatur langkah menjarakkan diri dan memulakan perundingan muzakarah yang telah disambut dengan lapang dada dan senang hati oleh Pak Lah.
NAMPAKNYA PKR DIHUNI OLEH GOLONGAN TIDAK BERMORAL ( CARBURATOR DUNG ) SAMSENG ( PA ADUN NIK NAZMI ) KORUP ( KHALID IBRAHIM ) KRONI ( ADIK ANWAR DALAM KDEB ) PUTAR BELIT ( ANWAR ) …
Mungkin selepas ini PAS akan meniru satu demi satu perangai PKR ini jika semakin lama PAS sedia berada di dalam Pakatan Rakyat yang semakin ‘ jahat’ dengan retorik yang indah tetapi realitinya seperti sampah..
Baca berita lanjut pergaduhan tersebut dari laman berita Malaysiakini di sini :
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh seorang pembantu setiausaha sulit beliau semalam, sudah selesai.
Kejadian tersebut, Loh Gwo Burne ditumbuk oleh oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika cuba memberi pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.
Ia berlaku selepas Loh mempersoalkan pembinaan surau Al- Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.
Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya, Petaling Jaya.
Abdul Khalid berkata, kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham.
Menteri besar menyifatkan kejadian itu sebagai ‘hal anak-anak muda PKR’, demikian menurut laporan Bernama.
“Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma mungkin cara itu yang tidak kena,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.
Perbezaan pendapat itu, katanya, perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini.
Komen Muhd Taib
Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kejadian itu mencerminkan bahawa PKR tidak bijaksana dalam menangani isu yang menyentuh agama.
“Kita (Barisan Nasional) biasanya konsensus berunding antara sesama kita tentang hak masing-masing di mana masjid di mana surau di mana gereja kita benarkan semua.
“Nampak sesama dia sudah wujud pertelingkahan sebegitu sampai (ke tahap) fizikal ahli parlimennya ditumbuk ini menunjukkan mereka tidak berjaya mengawal keadaan,” katanya ketika
diminta mengulas mengenai kejadian itu selepas merasmikan Seminar Sehari “Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah ?” anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata nampaknya Pakatan Rakyat retak kerana beberapa peristiwa yang memperlihatkan keretakan itu seperti ada yang tidak diajak berunding, ada yang terasa terpinggir dan ada yang cuba menguasai.
Anwar semakin lama semakin tertekan. Kes liwat semakin ‘memakan dirinya’ jika benar dakwaan liwat ini direka reka oleh Anwar sendiri bagi mengaitkannya dengan kerajaan agar dipandang zalim dan jahat di pandangan rakyat.
Anwar dan Azizah sama sahaja. Azizah sepatutnya jika benar Anwar ada perangai sumbang, beliau kena bongkarkan demi menjaga rakyat dari terus tertipu dengan ‘belang’ Anwar.
Jika tidak, Azizah mementingkan keuntungan politiknya dan ‘ kedegilan’ kepalanya dari memikirkan nasib maruah bangsa Malaysia jika rakyat terus percaya dengan segala apa yang berlaku ini adalah mainan kerajaan pemerintah.
Fitnah besar sebenarnya bukan liwat tetapi ‘ maruah ‘ kerajaan yang ‘dicabul’ oleh Anwar dan Geng yang jelas inginkan kerajaan runtuh dan digantikan oleh kerajaan ‘imaginasi’ mereka yang belum jelas lagi hala tuju dan ketahanan fizikal dan mentalnya.
Terbaru, isu tajaan syarikat Arak di Selangor, PKR diamkan diri dan terus membela keputusannya itu. PAS bantah seperti tidak ada apa apa kesan sahaja.
Ada dua kemungkinan sahaja di sini sama PAS berpura pura bantah dan lepas tu duduk semeja kembali dengan PKR dan DAP atau PAS benar benar bantah tetapi ‘ hilang telurnya’ – seperti ungkapan Zaharin yasin ( Sang Kelembai ) hingga tiada lagi kejantanan Islam dari PAS yang masih berserban berjubah serta bertakbir tiap kali ceramah ceramah. Hingga ‘munafik melayu ‘ seperti Khalid Ibrahim tidak ada lagi rasa segan dan silu dengan PAs yang jelasnya sekarang mementingkan kuasa dari nasib bangsa Melayu.
Sepatutnya PAs tidak begitu. PAs sepatutnya tidak menjaga hati orang tetapi menjaga kepentingan Islam… Masih adakah kaedah ‘akhaffu darurain’ dipakai ? jika dipakai pihak manakah yang lebih ringan mudaratnya berbanding UMNO dan PKR ??? atau DAP ????
Tentu UMNO masih relevan dijadikan kawan PAS. UMNO masih lagi menganut Islam dan memperjuangkan ketuanan Islam dan Melayu.
Lihat saja sikap dolak dalih Anwar yang menjadikan 4 syarat sebelum DNA beliau diambil…. Cakap sahajalah anda tidak berani berdepan dengan tindakan undang undang yang selama ini menjadi sandaran beliau memandangkan dipertahan oleh barisan peguam peguam termasuk Naib Presiden sendiri iaitu Sivarasa yang sibuk menjaga dan mempertahankan Anwar dari segi guaman dan undang undang…
Baca berita di bawah :
| 19 Julai, 2008 00:44 AM |
Anwar Mahu Polis Buktikan Empat Fakta Sebelum Benarkan DNA Diambil
MELAKA, 18 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.
“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.
“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng di sini malam ini.
Katanya sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya “corrobotive evidence” (bukti yang memberi pengesahan).
“Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat,” katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.
Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.
Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lepas seolah-olah beliau “Osama Laden” .
“Saya telah “diiringi” oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya,” katanya.
Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.
– BERNAMA
Saya tahu ada tak kena di dunia politik kita sekarang ini. Dan apabila Anwar mengungkit fakta keluaran Morgan Stanley di blognya ( klik sini ), saya rasa saya perlu tahu siapa dan apakah jenis makhluk bernama Morgan Stanley. Saya pernah juga dengar bab bab penarafan oleh Morgan Stanley ini dan nampaknya ia begitu hebat di dunia hingga negara kita mengambil rujukan darinya dalam bab penarafan.
seolah oleh negara kita bebas ditarafkan apa sahaja yang dikehendaki Morgan Stanley dan ini perlu disiasat ; bisik saya di dalam hati.
Sebaik sahaja menaip perkataan Morgan Stanley Yahudidi ruang search engine , saya menemui beberapa fakta menarik. Antaranya :
1. Blog Bigdotcom( Penyokong Tun Mahathir ) :
Hakikatnya, fenomena keadaan dimana harga minyak mentah ditahap ini adalah kerana penyangak pasaran minyak hadapan seperti Morgan Stanley dan Goldmann Sachs, yang memang dikuasai oleh Yahudi Neo Con Amerika Utara dan Eropah Barat. Ada analisa meletakan bahawa kegiatan spekulasi mempengaruhi 60% faktor harga pasaran minyak mentah dunia.
‘Serangan’ keatas harga pasaran minyak hadapan ini mempunyai sifat amat rapat sebagaimana apa yang berlaku kepada spekulasi matawang, semenjak 15 tahun kebelakangan ini. Sebagaimana George Soros, penyangak matawang melakukan ’serangan’ keatas matawang melalui syarikat hedge funds keatas beberapa negara, bermula dengan UK pada awal sehingga pertengahan 1990an sehingga Indonesia, Thailand dan Malaysia pada 1997-98, methodologi yang sama diguna pakai (dengan penyesuaian pasaran) keatas pasaran minyak hadapan.
2. Forum Mesra ( klik sini ) :
Baru-baru ni Morgan Stanley Commodity Index
MSCI sebuah crony atau proksi Yahudi wan Nasoro
nak guna free-float index setiap negara di atas
muka bumi Allah ni.
Crony ni kata mereka mahu index yang benar-bebar
menggambarkan saham yang tulin diniagakan
bukan yang ada kepentingan mana-mana kerajaan
dalam dunia yang fana ni.
3. Blog Gunung Raya :
Kegiatan spekulasi (future oil trading) oleh dua syarikat Neo Con Zionis iaitu Goldmann Sachs dan Morgan Stanley sejak tahun 2005 telah meningkatkan harga pasaran secara mendadak. Harga minyak mentah masa depan telah dibina secara ‘maya’ meskipun permintaan sebenar tidak bersangkutan dengan aktiviti fizikal semasa. Kegiatan spekulasi ini telah mempengaruhi 60% harga pasaran minyak mentah.
4. Laman Tranung kite Online :
Peperangan di antara Kristian dan Islam hanya akan menguntungkan Israel. Lebih menyedihkan lagi apabila umat Islam terpaksa memerangi antara satu sama lain apabila terdapat negara Islam yang menyertai pakatan yang dibentuk oleh Amerika Syarikat kelak. Persoalannya ialah siapakah yang bertanggungjawab ke atas insiden yang berlaku di WTC dan Pentagon?Ada teori yang mengatakan perbuatan ini didalangi oleh Israel kerana sehari sebelum berlakunya insiden tersebut, beribu-ribu pekerja Yahudi di WTC telah bercuti serentak. Laporan CNN pula mengatakan hanya sekitar 60 hingga 70 bangsa Yahudi yang telah terbunuh sedangkan di dalam WTC terdapat syarikat-syarikat gergasi Yahudi termasuklah Morgan Stanley.
5. Forum KM2
Propaganda Yahudi Yang Cekap
Oleh kerana Perang Israel-Palestin adalah merupakan satu peperangan proksi antara Amerika dengan Negara Arab dan dunia Islam, jentera propaganda Israel berada dalam keadaan cemerlang dengan bantuan jentera propaganda Amerika. Tujuan utama Amerika mahukan ketegangan di Palestin ialah mengalihkan pandangan kajian selidikan yang dilakukan di seluruh dunia terhadap Episod 11 September. Sudah semakin ramai yang berkata bahawa pemusnahan Pusat Dagangan Dunia dan Pentagon itu sengaja dirancang oleh Bush dan kumpulan sulit yang dipelopori oleh bapanya George Bush Sr. Jika tidak masakan lebih 30,000 pekerja Morgan Stanley dan syarikat kepunyaan Yahudi yang sepertinya tidakpun menjadi mangsa, kerana mereka telah mendapat maklumat awal akan kemungkinan berlakunya serangan bom itu.
Rasa dah cukuplah setakat itu dahulu penerangan tentang rasionalnya disebut fakta dari Morgan Stanley. Rupanya ia berkait rapat dengan hubungan gosip Datuk Seri Anwar sendiri dengan bekas pengerusi IMF dan juga Yahudi Yahudi yang hampir menjadi ALONG mencekik darah kita semua dengan pinjamannya yang mengenakan faedah yang juga tinggi kepada semua negara yang menerimanya.
Mengutuk negara dengan mengaitkannya dengan laporan agensi Yahudi adalah satu tindakan TIDAK PATRIOTIK KEPADA BANGSA DAN AGAMA SERTA NEGARA.
Ini perbuatan demi kepentingan politik meskipun bukan semua orang yang membaca tidak mengkaji sedalam dalamnya apa juga perkataan atau huruf yang terpapar di ruang media blog beliau.
Mungkin orang kampung boleh ditipu tetapi orang bandar dan celik IT tidak semudah itu !
Cukuplah kita memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim ini .
Moga penerangan ringkas di atas memberi manfaatnya Insya Allah !!!


