You are currently browsing the monthly archive for September, 2008.
Rasanya rakyat Malaysia masih lagi waras dan tidak semudah itu untuk dijadikan mangsa ‘konspirasi’ buatan sendiri atau ciptaan ‘kerajaan’ – seperti wirid biasa pembangkang tatkala mereka berhadapan dengan isu isu yang besar seperti penipuan Teresa Kok sendiri minggu lepas – isu makanan penjara seperti makanan anjing - yang telah dinafikan pada awalnya dan diakui kemudiannya oleh beliau. Rakyat kita masih sedar dan waras di dalam menerima berita yang sudah dapat diagak ke arah mana dan siapa yang memulakannya…seperti isu di atas. Yang jelas ingin menimbus kesilapan besarnya itu. Terbesar bagi saya sepanjang kerjaya politiknya setakat ini.
Rupanya Teresa masih sedar dan tahu bahwa kerjaya politiknya sangat memerlukan intergriti yang tinggi dan tidak semudah itu imunitinya sebagai MP boleh dijadikan ‘baju besi’ untuknya menyalahkan sesiapa yang dianggap musuhnya tanpa membuat pemeriksaan awal terlebih dahulu. Dan semestinya tidak dirasuk oleh ‘hantu’ yang memang ingin menaikkan emosinya yang teruk dihentam kebelakangan ini akibat ‘tangannya’ sendiri… Kesilapan menjadikan wartawan Utusan sebagai ‘kambing hitam’ adalah tindakan memakan dirinya…
Saya tahu ibubapa Teresa warga Malaysia perihatin dengan sensiviti kaum lain yang berkongsi negara Malaysia ini melalui ucapan terima kasih kepada pihak berkuasa di atas layanan baik mereka kepada anaknya. Mereka tentu akan menyelar kerajaan dan mengutuk jika mereka dari golongan anti establishment dan pro kepada dakwaan dan dakwah songsang pembangkang. Tetapi mereka tidak begitu. Namun mereka menjadi sasaran orang yang mungkin tersalah ‘alamat’ atau tersilap perkiraan agar ramai akan simpati dan tidak lagi membicarakan ‘penipuan’ bersiri Teresa Kok yang dialaskan kepada keletihannya sehingga ‘tertipu’ seluruh dunia dengan kata katanya yang merobek imej negara di mata dunia akibat keceluparannya membuat statement makanan penjara seperti makanan anjing.
Hingga kini rakyat telah melihat satu persatu kegagalan eksperimen mega pembangkang yang ditangguh dari hari ke hari. Sehingga mendesak Anwar Ibrahim sendiri terpaksa merubah ‘lirik lagu katak lompatnya’ dengan mengatakan tarikh tersebut kekal cuma berlainan tahun sahaja. Malah saf kepimpinan pembangkang juga cuba menutup kelemahan mereka dengan mengatakan tiada tarikh khusus sebenarnya bahkan bagi mereka, 916 hanyalah satu tarikh dan ia bukan semestinya berlaku pada tarikh tersebut.
Lawaknya, mereka semakin gelisah dan terdesak sehingga terpaksa membuat plot baru iaitu ingin mengadap Yang dipertuan Agung bagi membolehkan peralihan kuasa dibuat secara sempurna. Bahkan keterlanjuran Tian Chua mengatakan tarikh terbaru PR akan mengambil alih kerajaan pada 1 Oktober depan memakan dirinya sendiri ekoran penafian oleh Anwar Ibrahim. Sehingga lahirlah ketetapan terbaru sekarang ini hanya Anwar Ibrahim sahaja boleh membuat pengumuman bilakan tarikh ‘katak melompat’ tersebut .
Persoalannya, satu persatu isu menjatuhkan imej PKR dan khasnya Pakatan Rakyat timbul setiap kali imej mereka jatuh, ketika itu juga keluar berita seperti diatas.
Ingat lagi pejabat DAP dibaling di Perak juga dengan bom petrol ? juga peluru hidup hadiah untuk Karpal ? ia adalah ulangan drama yang sama bagi menutup isu Karpal Singh yang biadap dengan Sultan Perak. Berkenaan isu Pengarah JAIP yang juga membuka perdebatan hangat seluruh negara….
Kenyataan ahli PKR bahawa habuan seks seolah olah seperti sedekah amat mengejutkan kita dan menggamit hati Mufti Perak dan Perlis memberi komen berkaitan dengannya. Keterlanjuran Zul Hassan memberi komen tersebut yang turut disiarkan tv3 jelas memberi ‘bonus’ raya kepada Barisan Nasional / Umno dan mereka menggunakannya dengan baik isu tersebut. Malangnya mereka juga meskipun Melayu tetapi bersikap seperti Teresa Kok juga, yang menyalahkan orang lain kerana ‘menyediakan sedekah ‘ tersebut. Sedangkan zina telah berlaku dan mereka juga turut mengaku ‘menerimanya’.
Seharusnya persoalan benarkan ada orang terlalu marah dengan Teresa Kok sehingga mereka sanggup melontar bom petrol ke rumah ibubapanya ? Kenapa ibubapa beliau jadi mangsa tidak Teresa sendiri ? Adakah kerana ingin menyalahkan blogger yang mendedahkan penipuannya maka taktik kotor tersebut dipakai dan disasarkan kepada kedua ibubapanya yang telah tua bagi meraih simpati mereka ?? Seperti mana isu peluru dikirim kepada karpal Singh semasa isu biadapnya terhadap Sultan diperkatakan seluruh negara ?
Ini juga bermakna blogger yang bertungkus lumus mendedahkan penipuan dan pembohongan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka. Usaha menepis tohmahan liar Teresa demi keuntungan politiknya telah dibalas dengan tepat dan berhemah oleh blogger pembela negara. Jika tidak ramai tidak akan tahu bahawa Teresa ada menipu kita dan pastinya kerajaan juga akan menjadi mangsa permainan kotor politik pembangkang ini…
Kenapa hanya pemimpin DAP sahaja dijadikan sasaran ?
dan kenapakah pemimpin tersebut hanya melibatkan Teresa Kok dan Karpal Singh sahaja ?
Siapa memainkan isu perkauman ini sebenarnya jika bukan mereka sendiri dengan membuat tuduhan melulu kepada orang Melayu ? dan akhbar Melayu zaman berzaman seperti Utusan ?
Adakah orang Melayu telah marah ? atau ia satu strategi ciptaan DAP sendiri bagi menaikkan kemarahan terhadap Melayu atau Kerajaan Malaysia ? sekaligus menutup keaiban mereka yang sudah disedari ramai orang termasuk penyokong pembangkang sendiri yang sudah muak sekarang ini dengan keletah pemimpin mereka yang hanya reti memainkan isu isu retorik tanpa menumpukan masa dan tenaga bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di tempat mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN…
Cukuplah dan cukup..Semua perlu fokuskan kembali kepada amanah yang telah diberi kepada anda. Tidak kira dari mana mana parti dan mana mana bangsa sekalipun.
Dan kembalilah sedar dengan menghentikan sokongan anda kepada mereka yang lebih suka banyak bercakap dari banyak membuat perancangan untuk rakyat. Jika tidak pastikan mereka ditukar pada pilihanraya akan datang. Sebagai hukuman atas permainan politik yang keterlaluan dari mereka sehingga menjadika kita sebagai mangsa.
Kes Teressa sudah jelas menjadi aib terbaru Pakatan Rakyat. Penipuan yang diakui selepas gagal memutarbelitkan kata katanya sendiri. Dia mungkin terlupa berada di zaman sangat canggih dan semua dapat dirakam dan disaksikan seluruh rakyat negara kita…
Alhamdulillah Satu persatu ‘konspirasi mereka ‘didedahkan.
Kes ahli PKR di Perak mengaku berzina dan menyamakannya seperti sedekah, juga mengecewekan ramai pihak termasuk Mufti Perak sendiri Ustaz Harussani. Bahkan ramai meminta ahli PKR tersebut bertaubatkerana keterlanjurannya menyamakan perkara sunat sama seperti amalan mungkar seperti zina.
Mungkin tidak ingin membiarkan populariti merudum maka Tian Chua juga tampil memberitahu pakatan rakyat akan mula memerintah 1 Okt. Sayang ia disanggah sendiri oleh Anwar yang juga sudah lain nadanya sekarang ini. PKR nampak semakin karam perlahan lahan dengan bocor sana bocor sini – kifarah Ramadhan – atas perbuatan mereka selama ini yang anda sendiri mengetahuinya satu persatu.
Tian Chua juga antara 5 pengejar berani kena ISA ( misi merasuah Ahli Parlimen ) agar berpaling tadah. Ketika pulang beliau juga berkata sempat berinteraksi dan ia disanggah oleh Bung Mukhtar sendiri yang mengatakan mereka sudah terbang ketika pengejar berani kena ISA tersebut tiba di Taiwan. Lagi malang kedatangan mereka ke sana ditunggu tunggu oleh Taufan besar dan terkandaslah mereka … Satu peringatan Allah agar tidak sewenang wenangnya mencuba untuk menjadi pengkhianat moden ala komunis satu ketika dulu.
Bahkan jika anda masih ingat siapakah membuat gambar super imposed TPM bersama Razak Baginda dan Altantunya ? Dia juga. Tengok gambar beliau bersama Soros ( spekulator Antarabangsa ) yang didakwa memusnahkan negara kita kerana kegiatan spekulasinya semasa krisis 1997 tentu menjengkelkan kita dan menimbulkan persoalan adakah beliau ‘agen’ Soros di Malaysia ? Bagaimana hubungan ini terjalin dengan begitu akrab di dipaparkan pula di laman rasmi beliau di sini ( http://www.tianchua.net/)
Polis sedang melihat mereka dan seperti juga kes Kickdefella, dan Raja Petra – polis hanya menunggu saat saat baik dan tenang untuk menangkap mereka ini… Tentu pengalaman lalu mengajar dan sekarang mereka sudah kenal satu persatu taktik PKR yang memang suka mengikis kepercayaan rakyat terhadap polis dan juga apa juga institusi berkaitan dengan kerajaan seperti kehakiman dan sebagainya.
Isu Tian Chua mendahului parti menampakkan kepada kita bahawa beliau suka menjadi juara dan terkehadapan dari orang lain dalam mengumumkan apa apa jua perkara. Malangnya jawatan beliau memang sesuai tetapi dinafikan Anwar memandangkan Anwar sudah lemas dengan serangan bertali arus dari kerajaan , utusan malaysia dan para bloggers di alam siber ini yang mendedahkan satu persatu penipuan mereka menjadikan penipuan Tian Chua telah ditarik balik.
Jika tidak, maka akan ada lebih banyak helaian rambut DSAI akan gugur satu persatu dan harapnya janganlah DSAI juga ‘gugur’ dan pergi selama lamanya lantaran terlalu tertekan isu perubahan yang tidak menjadi jadi sehingga kini. Rupanya bukan mudah membuat apa yang dijanji dan jika janji tidak ditepati, menipu tiap hari, dan tidak menunaikan amanah ( sebagai wakil rakyat ) dengan sibuk mengancam kerajaan dengan isu lompat parti , maka soalan saya , sifat apakah dan golongan manakah itu ?
Tentu anda lebih tahu dari saya, yes tepat sekali, iaitu sifat orang yang hidup zaman Nabi tetapi suka menabur fitnah terhadap nabi dan keluarga..meskipun berada di tempat sama dengan Nabi dan sahabat dan makan bersama dan hidup bersama…
Merekalah orang MUNAFIQ yang akan disiksa di tingkat paling bawah sekali dalam neraka dan merekalah musuh utama kita kerana mereka ’sama jenis dan bangsa agama’ dengan kita semua.
Lihat kemarahan Allah terhadap golongan ini :
1. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #10)
2. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #138)
3. Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya). Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #61)
4. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #68)
5. Orang-orang (munafik) yang mencela sebahagian dari orang-orang yang beriman mengenai sedekah-sedekah yang mereka berikan dengan sukarela dan (mencela) orang-orang yang tidak dapat (mengadakan apa-apa untuk disedekahkan) kecuali sedikit sekadar kemampuannya, serta mereka mengejek-ejeknya, Allah akan membalas ejek-ejekan mereka dan bagi mereka (disediakan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
( سورة التوبة , At-Taubah, Chapter #9, Verse #79)
6. (Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)? Orang-orang yang beriman menjawab: Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara agama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu) dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).
( سورة الحديد , Al-Hadid, Chapter #57, Verse #14)
7. (Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika dia berkata kepada manusia: Berlaku kufurlah engkau! Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang Menguasai seluruh alam!
( سورة الحشر , Al-Hashr, Chapter #59, Verse #16)
Hadis Nabi juga : Tanda-tanda Munafik
1. Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas. (Riwayat Muslim)
2. Lebih detail klil sini disebabkan huraiannya terlalu lebar a.k.a panjang ( http://nurjeehan.hadithuna.com/sifat-sifat-munafik/ )
Ada nak tambah ? sila tinggalkannya di ruang komen di bawah. Selamat lailatul qadar malam ini ( jumhur ulama) dan jangan biarkan malam anda berlalu tanpa berdoa untuk keselamatan agama kita di Malaysia ini.
Allahumma Amin – 6666 x 13 untuk doa tersebut.
Bijahinnabi wabisirril Faaaaaaaaaaaaaatihah !!!!
Allahumma Solli ‘Ala Saidina Muhammad s.a.w…..
Pemimpin BN bidas Tian Chua
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk kepada pemimpin tertingginya amat tidak bertanggungjawab dan satu lagi usaha memperbodohkan rakyat.
Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat berkata, perbuatan Tian Chua itu adalah suatu pembohongan yang dilakukan untuk mengelirukan orang ramai.
‘‘Tian Chua berbohong kerana ketuanya sendiri juga menafikan kenyataan itu.
‘‘Orang bawahan mereka cerita, tetapi pihak atasan langsung tidak tahu mengenainya. Ini tidak patut berlaku,’’ jelasnya.
Beliau berucap demikian bagi mengulas laporan AFP yang mendakwa Tian Chua berkata, pakatan pembangkang telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa selepas mendapat sokongan mencukupi daripada ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.
Tee Keat berkata, perbuatan itu adalah tindakan peribadi Tian Chua dan tidak berkaitan dengan muslihat lain.
Ketika ditanya adakah beliau berpendapat bahawa PKR harus mengambil tindakan terhadap Tian Chua akibat kenyataannya itu, Menteri Pengangkutan itu berkata, terpulang kepada PKR menentukannya.
Naib Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong pula berkata, perkara tersebut menunjukkan pemimpin parti itu tidak mengawal tindak laku orang bawahannya sehingga mengeluarkan kenyataan tanpa diketahui pemimpin.
‘‘Semua orang membuat kenyataan sendiri. Sebenarnya ia adalah tindakan yang amat tidak bertanggungjawab.
‘‘Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum, mereka sepatutnya memberi fokus kepada usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, bukannya menimbulkan lebih banyak masalah lagi yang memudaratkan orang ramai,’’ katanya.
Tambah beliau, terlalu banyak kenyataan tentang pembentukan kerajaan baru telah dibuat dan orang ramai sudah tidak percaya lagi terhadap kenyataan-kenyataan itu.
sebelumnya Pak Lah berkata kenyataan Tian Chua kepada AFP sebagai paling gila… Lihat berita ini:
UTUSAN MALAYSIA
PUTRAJAYA 23 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan laporan agensi berita AFP bahawa perundingan sedang dibuat antara wakil pembangkang dan kerajaan mengenai peralihan kuasa sebagai ‘laporan paling gila’ yang pernah didengarnya setakat ini.Perdana Menteri menegaskan, pihak berkenaan sepatutnya berfikir dahulu sebelum mengeluarkan laporan seumpama itu.
“Ini laporan ‘paling gila’ yang pernah saya dengar.
“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang (Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Laporan AFP mendakwa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua sebagai berkata bahawa pakatan pembangkang telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa selepas “mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli-Ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.”
Laporan itu yang dilihat sebagai sebahagian daripada perang saraf PKR mendakwa Abdullah enggan bertemu dengan Anwar tetapi para pegawai dipetik sebagai berkata ‘kontak’ dibuat melalui orang tengah.
Di KOTA BHARU, Anwar terus berdolak dalik mengenai bila pakatan pembangkang dapat mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), tetapi kali ini nada Penasihat PKR itu jelas berbeza kerana ia tidak seyakin seperti sebelum kegagalannya membentuk kerajaan menjelang 16 September lalu.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, faktor utama yang menghalang peralihan kuasa tersebut adalah prosedur Parlimen yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk memanggil persidangan khas.
“Kalau (kita) tengok prosedur Parlimen, hanya kuasa Perdana Menteri untuk memanggil sidang khas bagi usul undi tidak percaya. Peruntukan Parlimen pula tidak jelas mengenai kedudukan untuk membawa usul khas seperti ini,’’ katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan PKR Kelantan di Kota Bharu petang ini.
Sementara itu, Anwar berkata, beliau tidak pernah menggunakan khidmat orang ketiga untuk bertemu dengan Perdana Menteri bagi membincangkan peralihan kerajaan.
“Saya bersetuju dengan Abdullah bahawa memang tidak ada pertemuan dengan pihak ketiga secara langsung walaupun ada usaha daripada pelbagai pihak untuk memastikan pertemuan itu berhasil.
“Dengan ini saya memperbetulkan kekeliruan daripada kenyataan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua yang dibuat baru-baru ini,” katanya.
Anwar, bagaimanapun, tidak memohon maaf kerana membiarkan Tian Chua membuat dakwaan yang tidak benar itu kepada wartawan AFP.
Dalam perkembangan sama, Tian Chua hari ini mendakwa Anwar kini menumpukan usaha meyakinkan pemimpin Pas terutama Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meredakan kekhuatiran bahawa ahli-ahli Parlimen beragama Islam akan diketepikan jika pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan.
“Kita perlu berbuat demikian sebelum meneruskan bentuk tindakan yang seterusnya,’’ katanya kepada Bernama tanpa mendedahkan bentuk tindakan itu.
Minggu lalu, Anwar mahukan jawapan daripada Perdana Menteri selewat-lewatnya hari ini untuk mengadakan sesi Parlimen tergempar dalam usaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Abdullah.
Anwar mendakwa beliau mempunyai sokongan daripada 31 anggota Parlimen BN yang akan lompat parti, satu dakwaan yang menimbulkan kemarahan para pemimpin BN kerana ia dianggap suatu pembohongan Anwar untuk menjejaskan kestabilan politik negara .
Bagaimanapun, Abdullah menolak cadangan Anwar itu.
Sebelum itu, Anwar secara terbuka mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih kerajaan pada 16 September tetapi tarikh itu berlalu begitu sahaja kerana BN masih kekal memerintah negara.
Ini menyebabkan banyak pihak melabelkan Anwar sebagai pembohong.
Hari ini juga Teresa Kok mengaku dia ‘menipu’semasa menggambarkan makanan banduan banduan di penjara seperti makanan anjing…
UTUSAN MALAYSIA
![]() |
|
Teresa Kok
|
KUALA LUMPUR 24 Sept. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akhirnya mengaku membuat kenyataan bercanggah mengenai makanan yang dihidangkan kepadanya semasa ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Pada 19 September lalu beliau mendakwa makanan itu “sama seperti makanan anjing” tetapi pada 22 September menukarnya kepada “baik sedikit daripada makanan anjing”.
“Okey baiklah. Awak mengesan kesilapan saya dengan bantuan rakaman video dan sebagainya, dan saya boleh terima kritikan,” katanya dalam satu forum mengenai ISA anjuran DAP di sini malam tadi.
Komen Exco Kerajaan Selangor itu yang mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya disiarkan dalam laman blognya hari ini.
Teresa mendakwa “tersilap membuat kenyataan” dengan alasan ketika itu beliau keletihan berikutan jadual yang padat sebaik sahaja dibebaskan daripada tahanan ISA.
Dalam reaksinya berhubung kontroversi ‘makanan anjing’ yang menimbulkan kemarahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Teresa mencela Utusan Malaysia dengan menuduh ia menjadi isu besar “kerana diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia untuk memburukkan imejnya.”
Para pembaca Utusan Malaysia mengecam usaha Teresa untuk memfitnah akhbar itu memandangkan kenyataan “sama seperti makanan anjing” tersebut turut disiarkan oleh portal Internet Malaysiakini, akhbar Sin Chew Daily dan stesen televisyen TV3.
Dalam blog yang sama, Teresa mendakwa, sama ada beliau mengatakan makanan di lokap ISA “sama seperti makanan anjing” ataupun “sedikit lebih baik daripada makanan anjing”, maksudnya adalah sama iaitu makanan di lokap ISA itu teruk sekali.
Teresa turut menafikan tuduhan bahawa beliau pernah membuat dakwaan tidak benar di Parlimen berhubung isu wanita China dibogelkan di pusat tahanan polis, sedangkan siasatan mendapati wanita itu ialah wanita Melayu.
“Tengoklah mereka, orang UMNO memang macam ini, saya tidak pernah berkata bahawa wanita berbogel dalam VCD itu adalah wanita warga China,” katanya.
Teresa juga berkata, beliau tidak takut jika disaman oleh Utusan Malaysia. “Samanlah, ISA pun saya sudah pernah masuk, takut apa lagi saman daripada Utusan Malaysia?,” katanya.
Pedangberbisa :
Jika Tian Chua menipu, Teresa Kok menipu, Lim Kit Siang menipu ( klik sini ) dan Anwar selaku pengerusi Pakatan Rakyat juga menipu isu 916, maka adakah Pakatan Rakyat akan berjaya membentuk kerajaan PENIPU sebelum menjadi Kerajaan mentadbir Malaysia nanti ?
Adakah kestabilan dapat dicapai bawah kerajaan menipu satu hari nanti bawah Pakatan Rakyat ini?
Mari kita tolak kerajaan Pakatan Rakyat yang menipu rakyat ini !!!!
Tambahan : Berita Lim Kit Siang menipu @ putar alam di bawah :
Jelas kenyataan putar belit Lim Kit Siang ini dan anda baca sendiri berita tersebut di bawah ini atau laman asal di s.i.n.i :
Media perdana
Lim berkata, perdana menteri juga harus memohon maaf dengan alasan cuba melindungi dan melepaskan Ahmad yang telah membuat kenyataan tersebut.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini pernah menyatakan ketua Umno itu tidak bermaksud seperti yang dikatakannya dan beliau akan “memberitahu Ahmad supaya jangan mengulanginya”.
Akhir sekali, kata Lim, keikhlasan permohonan Najib juga dipersoalkan kerana berita mengenainya didakwa tidak disiarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana Melayu yang dimilik dan dikuasai oleh Umno, terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Menurut Lim lagi, semakan di laman web umum Bernama menunjukkan berita permohonan maaf oleh Najib itu dilaporkan dalam versi bahasa Inggeris, tetapi tidak dalam versi Bahasa Malaysia.
Dengan manipulasi media seumpama itu, dakwa Lim, setakat manalah seseorang itu hendak mempercayai Najib apabila beliau berkata kenyataan Ahmad itu tidak mencerminkan pendirian dan sikap Umno atau kepimpinan Umno.
Katanya, jika Najib benar-benar ikhlas dan serius berhubung kenyataannya mengenai pendirian Umno dan kepimpinan parti itu memisahkan diri mereka dengan kenyataan Ahmad, maka mengapa kenyataannya hanya dibenar dilaporkan dalam media arus perdana bukan Melayu, tetapi tidak dalam media arus perdana Melayu.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini di Kuala Lumpur mendapati berita tersebut turut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Laman web Utusan Online juga menyiarkan berita tersebut. Edisi langganan Bahasa Malaysia Bernama memuatkan berita permohonan maaf Najib walaupun tidak menerbitkan di laman web umumnya.
Ketika dihubungi untuk memaklumkan perkara itu, Lim berkata, beliau membaca akhbar-akhbar tersebut di Pulau Pinang dan mendapati berita tersebut tidak disiarkan.
Bagaimanapun semakan Malaysiakini mendapat kedua-dua akhbar berkenaan, yang dijual di negeri itu, memuatkan berita tersebut.
‘Islam paling utama, yang lain perkara kedua’ – Zulkifli Noordin
| Azamin Amin Sat | Sep 20, 08 | 9:12:21 am MYT |
|||||||
KUALA LUMPUR, 20 Sept (Hrkh) - Dalam mempertahankan tindakannya yang terlibat dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah Forum Anti Islam anjuran Bar Council, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menegaskan bahawa ‘Islam paling utama, yang lain perkara kedua’ merupakan prinsip yang dipegang selama ini.
Zulkifli berkata demikian dalam hujah bela dirinya baru-baru ini di hadapan Jawatankuasa Disiplin KeADILan (JKD) yang dianggotai oleh panel terdiri daripada Timbalan Presiden KeADILan Syed Hussin Ali, Din Merican dan YB Hee berhubung insiden Ahli Parlimen itu menjelaskan bahawa beliau mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya parti KeADILan semasa mengetuai himpunan aman tersebut. “Saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu. “Namun pada pandangan saya, Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi,” katanya yang dipetik daripada laman blognya. Beliau mengakui ‘berkasar’ dengan peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan namun adalah hasil tindakan provokatif terhadap himpunan aman tersebut. “Kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf namun tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. “Malah jika Bar Council bercadang untuk mengulangi lagi sudah pasti mereka akan dapati saya akan berada di sana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude,” katanya menjelaskan kedudukan kepada JKD. Biarpun beliau mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam, kata Zulkifli. Katanya, ahli panel terbabit turut menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian beliau akan bercanggah dengan pendirian KeADILan, namun Zulkifli mengulangi pendirian dan prinsip bahawa Islam lebih diutamakan berbanding perkara lain yang ‘jatuh’ nombor dua dengan mengungkap ‘for me, Islam come first, the rest are second’. – mks._ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17042&Itemid=1 |
|||||||
Ini antara kawan kawan kickdefella yang masih ‘degil’ mengubah bendera ‘ajaran songsang’ mereka….
Blog pertama : http://harismibrahim.wordpress.com/
Blog kedua : http://zorro-zorro-unmasked.blogspot.com/
Blog ketiga : http://blood-suckers.blogspot.com/
ADAKAH MEREKA MAHUKAN SEPERTI APA YANG DIKENAKAN TERHADAP KICKDEFELLA ?????
Saya sempat meninggalkan sepotong komen untuk pembaca blog beliau yang tentu ramai dengan harapan komen saya akan ditapis. Kesempatan hujung minggu selepas solat Subuh hari ini saya gunakan untuk memberi persepsi berbeza dari apa yang cuba digambarkan pembangkang Pakatan Rakyat.
Mereka sudah berjaya menjadi Kerajaan Negeri bagi Lima Negeri tetapi mentaliti masih lagi rendah dan tidak sepatutnya.
Lebih lebih lagi blogger Amin Iskandar ini yang jelas suka jika agenda menyaman kerajaan ( tentunya kerajaan rakyat dan duit dari titik peluh rakyat ) diluaskan.
Adakah beliau suka rakyat membayar yuran guaman kepada penyokong PKR iaitu Majlis Peguam ? dan akhirnya menderita dengan hutang jika saman ditolak Hakim dengan alasan ia tidak munasabah dan tidak ada sebab kukuh untuk meneruskan prosiding ?
Semua tahu jika kes menang maka peguam akan mendapat bayaran. Jumlah tersebut sangat tinggi jika saman berjumlah jutaan ringgit.
Sama seperti isu menyaman Utusan Malaysia oleh Teressa Kok melambangkan beliau sangat marah sedangkan kita kena akur bahawa tindakan menyaman menunjukkan contoh tidak baik bagi rakyat negara ini. Apalah salahnya jika kita meminta permohonan maaf dikeluarkan jika ada salah pada laporan mereka.
Lihat kes Datuk Ahmad yang tidak mengeluarkan arahan kepada peguam beliau menyaman Sin Chew sedangkan akhbar tersebutlah yang memutarbelitkan kenyataan beliau sehingga menjadi isu besar dan disentuh oleh Perdana Menteri dan kebanyakan pemimpin utama negara.
Nampaknya Teressa Kok masih tidak puas hati dan saya harap tindakan ISA terbaru ini akan menyedarkannya dan rakan rakan lain dari terus mengganggu ketenteraman awam dengan kenyataan atau tindakan yang jelas memperjuangakan non muslim sehingga mengganggu agama muslim yang menjadi rakan senegara mereka juga.
Komen saya adalah seperti di bawah dan anda checklah samada disiarkan atau tidak di blog Amin Iskandar. Jika disiar maka ia satu tindakan demokrasi bebas bersuara dalam ruang yang dibenarkan oleh undang undang. Jika dibuang maka ia bermakna ruang komen Blog beliau tidak dialualukan pendapat bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat dan ia jelas satu ‘penipuan’ terhadap slogan kebebasan bersuara yang dilaungkan PR selama ini…
Untuk pergi blog Amin Iskandar klik sini :
taktik sama semua…kena tangkap nak saman…ajaran songsang terbaru pembangkang malaysia PAKATAN RAKYAT..
jika rakyat saman polis jika kena tangkap apa kes akan jadi ? lawyer juga yang akan untung samada menang atau tidak.
Tentu Karpal Sing, Sivarasa dll akan senyum ke telinga jika perbuatan menyaman jadi amalan harian rakyat Malaysia. Dan tentu diutamakan saman ke atas kerajaan sebab kerajaan banyak duit !!!!! Yesss, duit rakyat..
Bar Council lagi senyum gembira rasanya. Sebab ramai ahli akan semakin senang dengan bayaran guaman bagi ‘menyerang kerajaan dengan saman ‘ selepas sekian lama rakyat ‘disaman’ dengan berbagai saman saman yang berjuta ringgit semuanya – jumlah terkumpul.
Bak kata Vincent Tan yang menang kes saman malunya tapi tak dapat duit walau habis berjuta : jika lu mahu saman cari orang boleh bayar saman. kalu tidak lu buang duit saja maaa..
Nampaknya menyaman kerajaan memang sesuai dgn saranan vincent tan tadi. Teressa Kok menuju ke arah mengumpul kekayaan juta ringgit dengan menyaman kerajaan dan akhbar Utusan.
Ohhh lupa Raja Saman siapa ? nak tahu kena cari siapa saman orang RM 100 juta sekali saman..Beberapa orang dah kena termasuk bekas kawan rapat beliau….
Ramai akan kena saman dengan makhluk gila untuk jadi popular di malaysia ini jika anda mengguris perasaannya yang sedang ‘berangan angan ‘ menuju Putrajaya…
dah jumpa ? terkejut kan ? bagaimana jadinya jika dah jadi PM nanti ? rasanya lebih keras dari saman barangkali tindakan beliau !
Pepatah orang tua kita memang benar :
Siapa paku dulang akan serpih. Siapa mengata orang pasti dia lebih ( teruk lagi )…
Believe me and trust me..
Salam.
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com

APA pun yang ditulis dan diberikan pendapat, pandangan, buah fikiran mahu pun teori sebelum 16 September tentang projek 916 jajaan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sebuah mimpi yang mustahil jadi realiti, pasti akan jadi bahan ketawa, malah akan dilabelkan sebagai berfikiran ‘katak di bawah tempurung’ dan jahil tentang suasana politik dan mood semasa rakyat negara ini.
Kini realitinya 16 September sudah berlalu dan terbukti projek 916 tidak jalan dan tidak jadi kenyataan. Kalau masih ada lagilah yang percaya, malah yang menaruh harapan projek 916 akan tetap jadi kenyataan, bagi saya orang berkenaan terlalu sangat-sangat dan teramat-amat BAHLOL lagi BIUL.
Negara ini mengamalkan demokrasi dan rakyat akan memberi mandat kepada mana-mana parti politik yang mereka yakin ada kemampuan dalam bentuk teori dan praktikal, parti politik yang mengotakan apa yang dikata, bukannya parti politik dan tokoh yang hanya beretorik, parti politik yang pemimpinnya hanya syok sendiri kononnya dialah yang terbaik dan maha tokoh dari segala tokoh sehingga sanggup membina mimpi yang tidak mungkin jadi realiti.
Realitinya juga pilihanraya umum ke-12 sudah pun selesai dengan cukup adil sehingga tidak ada kendengaran lagi isu pengundi hantu dan tangagapan SPR tidak telus kerana pihak pembangkanng mencapai kemenangan agak besar dan kini membentuk kerajaan di lima buah negeri. Namun di pusat, majoriti rakyat terus memberi mandat kepada Umno/BN dan ianya adalah suatu hakikat dan keputusan rakyat kena dihormati.
Tidak ada kedengaran Umno/BN menyalahkan SPR kerana kehilangan kuasa di lima negeri, malah tidak ditimbulkan pun tentang kewujudan pengundi hantu yang menyumbang kepada kekalahan Umno/BN. Oleh kerana rakyat masih beri mandat kepada Umno/BN, maka mahu tidak mahu Umno/BN kena tubuh kerajaan. Kalah atau menang, kekal atau tumbangnya kerajaan yang ada bukan kuasa kerajaan yang ada tentukan sebenarnya, tetapi ianya berdasarkan kepada pemilihan pengundi dan soal takdir serta ketentuan-Nya tpula idak boleh ditolak tepi.
Pasti ada hikmahnya kenapa Umno/BN masih diberi mandat dalam keadaan yang Umno/BN berada seperti sekarang dan kenapa pula pakatan pembangkang boleh menang dan membentuk kerajaan di lima negeri dan dalam keadaan pakatan berada sekarang. Bila adanya usaha untuk runtuhkan kerajaan yang mendapat mandat, bukan sahaja hak rakyat cuba dipertikai, dikhianati dan dicabuli tetapi ianya juga bermakna enggan menerima ketentuan takdir dan suratan-Nya.
Merancang penumbangan kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melalui cara yang bercanggah dengan amalan demokrasi bagi negara yang mengamalkan sistem sedemikian adalah suatu sikap yang tidak bertanggungjawab dan rosak moral. Sepatutnya peluang menang pada lima buah negeri digunakan untuk membina kerajaan yang lebih baik dari yang Umno/BN selama 51 tahun supaya pada pilihanraya akan datang bukan sahaja semua negeri dapat ditawan oleh pakatan pembangkang tetapi kerajaan pusat juga berjaya dikuasai.
Rakyat bukan bodoh. Mereka mampu membuat penilaian, terutama bagi rakyat di negeri-negeri yang berpengalaman diperintah oleh pakatan pembangkang tentang kerajaan mana yang lebih baik antara kerajaan Umno/BN dengan kerajaan pakatan pembangkang. Rakyat tidak boleh dipaksa kata ‘baik’ untuk yang ‘tidak baik’ dan sebaliknya. Kepada Anwar dan para penyokongnya barangkali dirasakan dirinya sahajalah yang terbaik, paling tokoh dan paling diharapkan oleh rakyat untuk jadi perdana menteri, tetapi majoriti rakyat negara ini belum tentu mempunyai sama rasa dan sama tanggapan dengan Anwar dan koncu-koncunya
Kepada saya, kegagalan projek 916 mahu tidak mahu akan mencalar-balarkan imej, kredibiliti dan reputasi Anwar dan pimpinan parti-parti pakatan pembangkang yang nampak sangat mahu merubah takdir dan suratan yang telah ditakdir dan disuratkan-Nya. Anwar akan mengahadapi masalah kemerosotan sokongan dan simpati, termasuk dari kalangan pimpinan pakatan pembangkang yang pasti malu dengan kegagalan projek 916.
Bagi saya projek 916 secara tidak langsung boleh menyumbang kepada negara ini akan berlaku sebagaimana yang sedang berlaku di Thailand, Palestin, Iraq dan Afghanistan seandainya masih ada pihak yang terus mengusahakan dan ada pula yang menyokong secara langsung atau tidak langsung terhadap usaha tidak bermoral itu. Kerajaan tidak patut membiarkan mereka yang terlibat memprojekkan 916 tanpa sebarang tindakan kerana projek berkenaan meletakkan rakyat terdedah kepada bahaya besar, malahnya ianya boleh menyumbang kepada kemungkinan berlaku huru-hara.
Bagaimanapun rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan terus terpelihara, kegagalan projek 916 hendaklah dianggap bahawa apa-apa pun tindakan, perlakuan dan projek yang bersifat mahu mencabuli amalan demokrasi hanya kerana mahu memenuhi impian seseorang yang merasakan dirinya yang terbaik dan paling tokoh dari segala tokoh. Ianya patut dibuang dari menjadi berputar dalam kepala. Untuk apa kita mahu mencurah air di tempayan hanya kerana mendengar guru dilangit.
Apa jaminan kerajaan baru yang akan ganti kerajaan Umno/BN akan lerbih baik jika projek 916 jadi kenyataan. Juga apa jaminan Anwar sebagai Perdana Menteri akan lebih baik dari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.
Sesungguhnya meruntuh dan memusnahkan sesebuah kerajaan lebih mudah dari membinanya sebagaimana berteori sebagai pembangkang jauh lebih mudah dari berteori sebagai kerajaan kerana pembangkang hanya setakat berteori sahaja manakala kerajaan kena berteori dan segala teori dilaksanakan.
Sama ada kerajaan Umno/BN akan tumbang atau sebaliknya pada pilihanraya umum akan datang bergantung kepada rekodnya yang telah dan akan dicipta sebelum tibanya pilihanraya uumum ke-13. Demikian juga denngan kerajaan pakatan pembangkang pada lima buah negeri, sama ada akan terus kekal memerintah atau tidak di neger-negeri terbabit, bergantung kepada sebanyak mana apa yang diteorikan berjaya diparktikkan dan bukannya sekadar hanya tinggal dalam bentuk retorik.
Natijahnya, setelah keputusan projek 916 sudah diketahui, maka rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi, sebaliknya masing-masing kena berusaha meningkatkan kualiti hidup dengan sentiasa bertanya diri di sampang bertanya apa sumbangan negara kepada diri kita, maka kena ditanya juga apa sumbangan kita kepada negara supaya suasana aman damai yang dikecapi bukan sahaja kekal dinikmati tetapi kualitinya akan sentiasa meningkatkan. Biarkanlah Anwar dan Pakatan Rakyat dengan projek 916 terjun dengan labu-labunya, kita sebagai rakyat kena berhenti dari terus dibuai mimpi ciptaannya!
Nukilan : http://melikapakjangak.blogspot.com/
Apa Dah Jadi Dengan Tok Guru Nik Aziz?
Saya dah baca satu kenyataan yang kununnya ditulis oleh TGNA yang membelasah Dato Mustafa Ali berkenaan kenyataan beliau yang tidak percaya perubahan kuasa akan berlaku pada 16 September, 2008.
Saya tak percaya itu adalah tulisan TGNA ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah menyerang peribadi seseorang secara terbuka lebih-lebih lagi sesama pimpinan PAS. TGNA yang kita semua kenal tidak pernah lekang mulutnya dan kenyataannya dari menyebut ayat-ayat suci Al-Quran atau AlHadis sebagai sandaran.
Saya percaya Husam Musa dan/atau team erdogannya berperanan besar untuk mengeluarkan kenyataan tersebut….samada disedari oleh TGNA ataupun tidak. Mana mungkin TGNA menyebut perkataan “Standing Ovation” dalam kenyataannya. Lebih-lebih lagi fakta yang kununnya Muktamar memutuskan untuk mengukuhkan pakatan rakyat secara “standing ovation” adalah tidak tepat sama sekali.
Dato’ Pa tidak pernah melanggar keputusan syura. Yang melanggar keputusan syura ialah Husam Musa, Dato’ KJ + geng erdogannya dan termasuk TGNA sendiri. Semua perwakilan dalam Muktamar sedar bahawa TGNA tidak mengikut ketetapan syura apabila beliau terang-terang tidak setuju muzakarah/muqabalah dengan UMNO diteruskan walaupun telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Dah la dia dipaksa untuk bercakap bagi membahaskan usul (tidak pernah berlaku dalam sejarah muktamar Musyidul Am terpaksa bangun berucap untuk membahaskan usul semata-mata dan selepas itu terus balik), ucapannya pulak yang lebih banyak berkisar tentang kebobrokan UMNO dan tidak perlunya diadakan apa-apa rundingan/kerjasama dengan mereka. Dan yang menyedihkan ialah pandangannya itu diberikan tanpa berdasarkan apa-apa hujah atau nas dari Al-Quran mahupun AlHadis. Kalau Majlis Syura membuat keputusan berdasarkan kepada hujjah dan nas, kenapa TGNA tidak memberikan sebarang nas untuk menolak atau tidak bersetuju dengan keputusan syura tersebut?
Kemudian kenyataan yang kununnya dari TGNA tersebut menyebut “Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno.” Takkanlah bila Dato’ Pa suarakan pandangan peribadinya terhadap temberang Anwar terus nak dicap sebagai lidah UMNO? (“temberang” kerana confirm kerajaan tak bertukar pada 16 Sept). Takkanlah TGNA sebagai seorang musyid tergamak nak tuduh pimpinan PAS sendiri macam tu. Takkanlah TGNA sebagai seorang mursyid tidak boleh terus mengubungi Dato’ Pa dan tanya beliau sendiri tentang maksud kenyataannya tersebut tanpa perlu menyerang peribadi beliau secara terbuka. (Kalau antihusam yang buat takpa la juga…sebab saya bukan tok guru).
Disebut juga bahawa Trengganu tersalah pilih Pesuruhjaya. Siapa yang pilih pesuruhjaya ni? Bukan rakyat Trengganu yang pilih dan bukan PAS Trengganu yang pilih..tapi dipilih oleh Presiden dengan persetujuan AJK PAS Pusat. Takkan TGNA tak tahu prosedur?? Jangan nanti orang kata PAS tersalah pilih Mursyidul Am pulak.
Dan diperenggan terakhir kenyataan tersebut telah disebutkan tentang keluarnya Dato’ Asri sebagai presiden PAS ketika itu kedalam UMNO. Apa motif kenyataan ini? Kalau TGNA ada masalah dengan Tuan Guru Presiden, hubungilah beliau dan berbincanglah secara ilmiah dan ukhuwwah Islamiyah… jangan mendengar dakyah Husam dan gengnya semata-mata yang hanya mahu melihat kepimpinan ulama PAS bertelagah sesama sendiri.
Kalaulah betul keseluruhan tulisan itu adalah terbit dari isi hati dan lidah TGNA sendiri…saya hanya mampu bersedih dan kecewa dengan perubahan yang telah berlaku ke atas tok guru yang kita sayangi. Sedarlah bahawa tok guru telah cuba dibawa masuk kedalam perangkap yang dipasang oleh Husam. Kesimpulannya, Anwar punya mainan dan jarum liberalnya secara senyap telah berjaya masuk ke dalam PAS melalui Husam Musa dan team erdogannya. Dia hanya tersenyum melihat pimpinan Ulama PAS bertelagah sesama sendiri. Semoga Tuan Guru Presiden dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.
Dicuplik dari : Blog Anti Husam ( http://antihusam.blogspot.com/ )
ISA: Syed Hamid jamin tiada tangkapan baru, PAS dakwa 15 lagi disasar
14-09-2008 10:18:37 AM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB

TUMPUAN… Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur petang semalam bagi mengesahkan pembebasan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri . Tan, 33, dibebaskan kira-kira 2.30 petang. Tan ditahan polis Bukit Aman di rumahnya di Alma, Bukit Mertajam untuk membantu siasatan berhubung laporannya mengenai ucapan bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang mencetuskan isu perkauman. –fotoBERNAMA
(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, mengambil kira keadaan semasa, pihak berkuasa tidak membuat penahanan lain di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Bagaimanapun Pemuda PAS mendakwa akan ada lebih ramai ditangkap dalam waktu terdekat.
“Kita dah buat tangkapan dan setakat ini, tiada lagi tangkapan lain yang akan dibuat,” kata beliau pada sidang media di Bukit Aman petang semalam..
Kelmarin, pihak polis telah menahan tiga individu iaitu pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin; wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng dan Ahli Parlimen DAP kawasan Seputeh, Teresa Kok di bawah ISA.
Ketika dihubungi mStar Online pagi semalam Syed Hamid berkata, pihak polis akan menilai keadaan semasa bagi menentukan keperluan membuat tangkapan dan penahanan susulan.
Syed Hamid berkata, ketiga-tiga mereka ditahan kerana pihak polis mempunyai alasan yang cukup kuat untuk mempercayai bahawa tindakan mereka sebelum ini boleh mencetuskan konflik yang membahayakan ketenteraman awam jika tindakan tidak diambil segera.
“(Tangkapan) Raja Petra, kita telah cukup berikan beliau amaran dan disiasat di bawah pelbagai akta tetapi beliau terus melakukan aktiviti (penerbitan artikel) yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat.
“Teresa (Kok) juga menyentuh isu sensitif iaitu mempersoalkan laungan azan yang sepatutnya dihentikan di waktu pagi.
“Tentang wartawan itu pula, beliau adalah individu yang mula-mula menulis tentang kenyataan Datuk Ahmad Ismail (Ketua Umno Bukit Bendera) yang kemudiannya disiarkan oleh akhbarnya sehingga ia diperdebat dan dipolemikkan oleh pelbagai pihak,” katanya.
Syed Hamid berkata, Tan bagaimanapun telah dilepaskan kira-kira pukul 2.30 petang tadi kerana pihak polis telah berpuas hati dengan hasil soal siasat yang dijalankan terhadapnya.
“Manakala, yang dua lagi (Raja Petra dan Teresa) akan disambung siasatan terhadap mereka dan kita akan lihat apa hasilnya nanti.
“Jika tiada alasan untuk menahan mereka, mereka akan dilepaskan dalam masa 60 hari. Jika tidak, kes mereka akan diajukan kepada Kementerian (Dalam Negeri) untuk tindakan yang sepatutnya di bawah peruntukan undang-undang,” katanya.
Ketika ditanya mengapa Tan tidak hanya dipanggil untuk disoal siasat tanpa perlu ditahan di bawah ISA, Syed Hamid berkata, Tan adalah sebahagian daripada konflik yang tercetus dan penahanannya di bawah ISA merupakan langkah yang terbaik yang dikenal pasti oleh polis.
Katanya, pihak polis telah bertindak di bawah bidang kuasa mereka tanpa merujuk kepadanya.
“Memang mereka ada memberitahu saya tentang tindakan yang mereka akan lakukan tetapi saya tidak terlibat dalam keputusan mereka dan saya tidak boleh terlibat dalam sebarang keputusan yang mereka ambil,” katanya.
Syed Hamid berkata, dalam negara yang berbilang kaum dan budaya, kadangkala interaksi antara kaum boleh menjadi rapuh.
Justeru katanya, pihak polis tidak boleh menunggu sehingga ia menjadi semakin teruk sebelum mengambil tindakan.
Ditanya mengapa tindakan di bawah ISA tidak turut dikenakan terhadap Ahmad, Syed Hamid berkata, Ahmad telah dikenakan hukuman oleh Umno iaitu digantung keahliannya selama tiga tahun dan beliau juga sedang disiasat berikutan beberapa laporan yang dibuat oleh beberapa pihak ke atasnya.
Syed Hamid turut semua pihak melihat penahanan tiga individu itu sebagai isu yang melibatkan keselamatan negara dan bukan atas dasar perkauman.
Sementara itu, Dewan Pemuda PAS mendakwa ramai lagi akan ditahan di bawah ISA waktu terdekat.
Ketuanya, Salahuddin Ayub mendakwa bahawa beliau mendapat maklumat daripada beberapa pihak yang menyatakan bahawa 15 orang lagi akan ditahan.
Katanya, ini susulan penangkapan Raja Petra, Teresa dan wartawan akhbar Sin Chew Daily.
Tan bagaimanapun dibebaskan petang semalam.
Bercakap kepada pemberita di Ibu Pejabat Pas di sini semalam, beliau yang dipetik Bernama, menyatakan kesal terhadap penangkapan itu dan menyifatkan tindakan itu akan hanya menjejaskan nama negara di peringkat antarabangsa.
“Setiap kali kerajaan BN menghadapi masalah, ISA akan digunakan bagi menahan individu tertentu seperti yang pernah berlaku dalam tahun 1987,” katanya.
- sumber dari mana jadi sandaran Ketua sekelian orang muda PAS ini ?
- Siapakah layak dipercayai selain Menteri dalam Negeri ?
- Kenapa digambarkan kerajaan terdesak dan menyalahgunakan akta ISA ini ?
- Adakah yang tidak bersalah ditahan guna ISA ?
- Kenapa masih ada orang suka menyalahkan kerajaan yang bekerja keras menjamin kedaulatan negara dan keselamatan Malaysia ?
Hakikatnya apabila kerajaan diam ada orang marah. Kerajaan bertindak ada yang marah. Maka siapakah yang mampu jadi kerajaan memuaskan hati semua rakyatnya dalam dunia ini?
- Ingat juga Nabi s.a.w ditohmah dan dikritik oleh Munafik di madinah kerana tidak berlaku adil dalam pembahagian ghanimah.
Jawab Nabi ringkas : Jika aku tidak berlaku adil maka siapakah yang akan berlaku adil lagi ?
Tulis SH Alattas @ Pak Habib :
Pak Lah dengan sifat ‘sabar’ yang luar biasa yakin Allah berserta dengan orang yang ‘sabar’. Apakah anda tak percaya mujizat yang dianugerahkan pada para awlia, karamah pada para ‘wali Allah’ dan kecerdikkan kepada manusia yang berakal? Di waktu terdesak akan datang pertolongan Allah. Para ambia dan aulia menerima ujian yang jauh lebih besar namun sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah.
Menung, fikir dua tiga kali apa yang anda sudah baca. Politik, politik juga. Tuhan jangan lupa. Bila lagi mahu kenal diri rata-rata sebelum kenal Tuhan yang nyata. Hidup ini sementara, jangan pisahkan politik dari agama, biarpun dunia belum kiamat. Kita sudah berada di penghujung, tanda-tanda dunia akan kiamat sudah dekat. Tahukah anda bencana yang menimpa bangsa dan negara kita hari ini akibat memisahkan politik dan agama? Kita lupa pada kekuasaan Allah yang Maha Kuasa. Bila lagi mereka yang sesat di hujung jalan mahu kembali ke pangkal jalan? Sampai bila kita menyembah ego, harta, wanita dan manusia durjana? Bila lagi mereka yang ‘sakit’ mahu mencari ubat, yang berdosa mahu bertaubat?
Mengikut Dato’ Norza ada orang kata, budi pekerti Pak Lah macam Tok Sami Buddha. Pak Lah mudah percaya setiap orang yang datang mengadu masalah mereka kepadanya, dia cuba tolong. Pak Lah seperti Tok Sami walaupun yang datang itu perompak dan penyamun dia layan dengan baik. Anak cucu ‘ulama’ keturunan orang baik-baik mesti ada sikap ikhsan, dia mudah kasihan, sikap ‘khusnuzan’, sentiasa berbaik sangka, hidup dihati dia. Betul ke dia tak tahu yang dia kena main, dia kena tipu dengan ‘penyamun tarbus’? Saya berfikir, dia sendirian atau orang dikelilingnya tak buat apa-apa, tak jaga boss, ada yang macam ‘penyamun tarbus’?
Akibat mudah mempercayai kata-kata orang jahat kononnya mereka teraniaya, bila permintaan mereka tak dapat dilayan sepatutnya akhirnya dia yang teraniaya dan dizalimi. Apakah kerana mahu jadi orang baik yang menyebabkan dulu dia Mr. Clean man, Mr. Nice Man ditukar oleh tukang ‘sihir’ menjadi ‘public enemy’ atau ada hikmah, hanya Allah saja yang tahu.
Hidup menjawab soalan, mati pun nanti mesti menjawab soalan di depan Tuhan. Sudahkah anda membuat persiapan? Mari kita melatih diri kita supaya tidak terlibat dengan penyakit fitnah yang lebih dahsyat dari ‘dadah’ dan lain penyakit sosial yang sedang menyerang bangsa kita, terutama penyakit ‘suka berbohong’ dengan cerita ‘half truth’ separuh benar, separuh bohong, cerita ong-ong.
Kenapa ‘orang kita’ mudah dibohongi dan mudah terpedaya dengan manusia yang suka berbohong, yang cakap kosong dan ‘ceklat angin’? Mungkinkah kerana kita lebih percaya siapa yang berkata dari apa yang dikata? Jangan tanya siapa yang berkata, yang penting apa yang dikata?
Apakah akibat malas membaca? Atau penyakit mengutamakan jenama sedangkan kita tahu jenama jeans atau baju yang kita pakai itu barang tiruan, palsu? Jenama punya pasal kita tak peduli kita kena tipu.
Orang yang tak berilmu begitu mudah dijadikan alat oleh mereka yang mungkin tak dapat projek, tak dapat sesuatu atau yang bersikap prejudis ditambah sikap P.H.D yang dikaitkan dengan bangsa Melayu? Sampai bila sikap ini mahu diubah?
Kita makhluk yang bernama manusia adalah makhluk yang berakal. Kenapa tak guna ‘akal’ dan fikiran kita atau akal dijadikan Tuhan akibat kurangnya ilmu kerohanian?
Bangsa kita ‘sakit’ akibat di serang selsema, ‘fitnah’. Sindrom wabak ‘fitnah’ mudah menjangkiti orang yang tak beriman. Patutkah kita berpeluk tubuh tak buat apa-apa? Apakah anda tidak mahu menyumbang sesuatu pada bangsa anda? “Ask what you can give to your country not what your country can give you” – John F. Kennedy.
Tun Mahathir dan George Soros ( gambar dari Blog Jeff Ooi )
Apakah kita tak merasa malu membiarkan diri dijadikan seperti ‘anjing’? Seekor anjing menyalak semua anjing lain menyalak sama. Apakah anda tak tahu adanya pemimpin kita yang sudah jadi seperti anjing kurap yang ada penyakit gila sanggup mengigit orang yang tak berdosa dengan kita?
Kita bukan anjing. Kita adalah ‘insan’ sebaik-baik makhluk kejadian Tuhan. Kita ada agama, Al-Quran, kita buat apa? Sunnah Nabi Muhammad SAW bubuh kat mana? Cuba mengucap dan beristighfar. Ajak kawan-kawan yang kita rasa tersesat, berselawat ‘Allah humma soli ala Muhammad wa ala Ali Muhammad’.
http://www.shalattas.com/print.php?news.61
disalin oleh :
Penulis Cyber
http://beritamalaysiakini.wordpress.com




