You are currently browsing the monthly archive for October, 2008.

 

Misteri 7 pelajar hilang di Australia

 

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pergerakan Pemuda UMNO bimbang serta bingung apabila menerima aduan mengenai kehilangan tujuh pelajar Malaysia termasuk tiga orang dari sebuah universiti yang sama di Australia Barat dalam tempoh empat bulan lalu.

 

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, beliau bimbang jika wujud penglibatan mana-mana sindiket termasuk berkaitan keagamaan yang mungkin menyembunyikan pelajar-pelajar itu.

Beliau berkata, siasatan pihaknya setakat ini bagaimanapun belum menemui sebarang persamaan antara kesemua pelajar cemerlang itu melainkan kebanyakan mereka berasal dari Selangor.

Abdul Azeez berkata, bagi mendapatkan gambaran sebenar, pihaknya akan menghantar pasukan ke Australia bersama ibu bapa pelajar terbabit tidak lama lagi bagi menyiasat punca sebenar kes-kes kehilangan itu.

“Di sebuah universiti tersebut sahaja sudah tiga kes dan ada empat lagi kes di beberapa universiti lain.

“Kehilangan ini kita terima sebagai sahih apabila ibu bapa pelajar terbabit tampil membuat aduan kepada pihak sekretariat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Azeez menambah, pihaknya mula menerima aduan daripada ibu bapa pelajar-pelajar terbabit sejak permulaan Ramadan lalu.

Katanya, sebahagian kes telah pun dirujuk kepada pihak Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan maklumat berhubung pelajar-pelajar yang hilang itu diperoleh melalui persatuan pelajar universiti yang terbabit.

“Kita mungkin memerlukan bantuan daripada banyak pihak lain termasuk Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengesan semua pelajar yang hilang ini,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa salah seorang pelajar yang hilang, Norzarifah Kamaruzzaman turut berada pada sidang akhbar yang sama.

Ibunya, Noraini Daud berkata, anaknya, Norzarifah terputus hubungan terus dengannya sejak 6 Oktober lalu.

Dia berkata, sebelum itu anaknya dapat dihubungi melalui telefon atau e-mel tetapi sejak tarikh berkenaan, sudah tiada ada saluran komunikasi untuk mengetahui di mana anaknya berada secara tepat.

Katanya, maklumat terakhir yang ada pada dirinya ialah anaknya itu telah mengikuti seorang lelaki bersama ibunya berpindah ke sebuah kampung kecil dinamakan Rockhampton, kira-kira 20 minit perjalanan menaiki kereta dari bandar Perth.

Tindakan anaknya berpindah dengan lelaki itu katanya, berlaku selepas Norzarifah keluar dari hospital di Perth selepas disyaki menelan hampir 50 biji Panadol.

“Punca anak saya bertindak begitu tidak saya ketahui, maklumat mengenai tindakannya itu kami tahu apabila Norzarifah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kakaknya pada 17 September lalu.

SMS itu seperti yang terkandung dalam laporan polis pada 23 September ialah:

“Kak, jangan bagi mak nangis, Ipah baru keluar hospital semalam dari hari Sabtu malam, overdose. Jangan bagi tahu mak, Ipah tak tahu nak buat macam mana lagi, Ipah ambil 50 biji Panadol.

“Jangan bagi tahu emak. Aku nak mati kak, jangan bagi tahu mak, tolonglah kak.”

Noraini berkata, anaknya mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang geologi dan hanya tinggal empat bulan atau satu semester sebelum pengajiannya berakhir.

“Saya dapat tahu dia sudah tidak menghadiri kuliah sejak dari empat bulan yang lalu iaitu dari Ogos,” katanya.

Dia memberitahu, Norzarifah adalah anak kedua daripada lima beradik dan memulakan pengajian di Australia sejak tahun lalu.

Menurut Noraini, anaknya mendapat keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan keputusannya di universiti terbabit juga baik sebelum ini.

 


Komentar :

1. Anak gadis perlu dipantau oleh persatuan pelajar atau Malaysia Student Department bagi mengelakkan apa apa hal.

2. Kelalaian berbuat demikian akan mengakibatkan banyak masalah akan timbul. Tidak mustahil usaha mengkristiankan atau menukarkan atau menghilangkan agama akan berleluasa dan mereka akan putus dari ikatan kekeluargaan untuk selama lamanya.

3. Kejayaan membawa balik Nor Fadilah yang dilarikan ke Lombok boleh menjadi semangat untuk Abd Azeez yang bertungkus lumus berusaha memberi khidmat kepada masyarakat.

4. Peranan sebegini yang perlu diperluaskan oleh UMNO agar semua agama dan bangsa dapat mencurahkan pengaduan dan UMNO lah pilihan pertama mereka.

5. Syabas kepada hero Mat Rempit yang kuat dikutuk pembangkang. Dahi pun dah hitam tanda kuat sembahyang….boleh jadi pemimpin pelapis barisan hadapan negara satu masa nanti.

Kisah silam tu kita lupakan jika ada..Jgn diungkit2 lagi.

saya sudah lama tidak berkunjung ke ‘teratak’ Nik Abduh anak kepada Nik Aziz, MB terlama PAS setakat ini. kebolehan menulis dan meluangkan waktu  menjadikan blog beliau antara blog blog utama pemimpin muda PAS yang sedar bahawa blog medan interaksi penting untuk perjuangan politik zaman kini.

Malangnya masih ramai lagi pemimpin muda UMNO belum menggunakan sepenuhnya blog dan ‘kuasa’ yang ada padanya. Sedangkan kita tahu penerimaan rakyat terhadap pemimpin memerlukan hubungan dua hala yang pro aktif dan bersifat responsif. Mungkin kerana sokongan media massa dan eletronik membantutkan hasrat mereka barangkali. Tidak seperti pemuda PAS yang terpaksa mencari media alternatif untuk menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

kecuali beberapa seperti Khairy, Mukhriz, Khir Toyo yang masing masing ada blog mereka sendiri. Cuma antara mereka bertiga,  yang hebat memberi pendapat dan melakar tulisan dengan hebat, tentulah anda kena baca dan fikirkannya sendiri.

Antara mereka bertiga saya lebih menyukai tulisan dan keterbukaan Khir Toyo di mana komen membina dan mengata dibiarkan dengan bebas di sana.

Juga Muhammad Taib yang sering kelihatan amat berpengalaman mendepani komen provokasi dari pembangkang yang masih belum sedar peranan yang dimainkan BN/ UMNO selama ini untuk agama bangsa dan tanah air.

Mike Tyson – gelaran Md Taib memang tepat kerana beliau pandai menjawab komen pengunjung blognya dengan tidak mengeluarkan kata kata nista dan bersifat mengata kembali kepada mereka yang telah memberi ulasan di blognya. memang siapa kena akan tersungkur !!

Terlupa pula cerita asal saya tentang Nik Abduh mengulas janji 916 Anwar, saya dapati beliau mengkritik Anwar yang tidak memberikan penegasan di akhir janjinya dengan Insya Allah. Sedangkan kita sebagai hamba perlu meletakkan kalimah ‘Insya Allah’ tanda kita sangat lemah. Dalam hal ini, komen anak MB Kelantan tersebut biarpun pedas tetapi tepat kerana ia juga satu teguran ikhlas untuk Anwar yang kerap pasti tanpa mengira bahawa ada kuasa lebih hebat dapat merubah ‘kepastian’ yang diberikan Anwar.

blog beliau turut mencerminkan hasrat agar pengganti MB perlu dipilih dari kalangan Ulama. Kenyataan secara terang tanpa berkias ini tentu membawa makna yang senang difahami.

Ia boleh dianggap sebagai satu lagi isyarat halus kepada pemimpin seperti Husam Musa yang kerap dilabelkan sebagai pengganti MB hingga kita baru sedar sekarang bahawa golongan Erdogan Husam lah yang telah menjadikan perpecahan di dalam PAS kepada team Ulama dan team profesional. Merekalah yang mula kurang ajar kepada Presiden mereka sendiri . Dan menidakkan kebolehan team ulama mentadbir negeri.

Mungkin selepas ini Husam bolehlah berhenti bermimpi menjadi MB kerana anakanda Nik Aziz sudah terang lagi bersuluh, ‘membelasah’ hasrat dan cita cita beliau itu !!!!

 

blog nik abduh sini , muhammad muhd taib sini , khir toyo sini, mukhriz sini dan khairy sini

http://web.utm.my/kolejperdana/images/stories/flagtoklcc.jpg

1. Kerajaan dan semua kaum harus UTAMAKAN KEADILAN; bukannya kesamarataan. Berhenti bercakap tentang kesamarataan kerana ianya bercanggah dgn keadilan.

2. Selaras dengan konsep keadilan itu, jika kuota disyaratkan bagi satu2 perkara / bidang, maka kuota itu hendaklah berdasarkan komposisi kaum: Melayu / Bumiputera 67% dan Bukan Bumiputera 33%. Mana2 kuota yg tidak menepati prinsip ini hendaklah dibetulkan segera.

3. Bukan Melayu berhenti mencabar kedudukan dan hak orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4. Bukan Melayu dimestikan menerima dan menghormati hakikat sejarah bahawa bumi Malaysia ini asal miliknya adalah bangsa Melayu dan kaum-kaum Bumiputera yang lain seperti mana yang telah dipersetujui oleh pemimpin bukan Melayu semasa merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dan kemudian penubuhan Malaysia.

5. Menjunjung Perlembagaan Malaysia sepenuh dan seluruhnya, termasuk Fasal-Fasal 3, 38, 89, 90, 152, 153 dan 160.

6. Bukan Melayu hendaklah komited membantu membetulkan ketidak seimbangan sosio-ekonomi khususnya dari segi perniagaan, pendapatan, pendidikan, pemilikan aset dan ekuiti selaras dengan Teras 3 – Misi Nasional. Reformasi ini hendaklah dimulakan di sektor swasta yang menjana 90% ekonomi negara dan pekerjaan.

7. Selaras dengan teras itu, bukan Melayu/Bumiputera khususnya kaum Cina hendaklah membantu kaum Bumiputera dengan ikhlas dan berkesan, khususnya dalam membuka peluang perniagaan. Hapuskan segera diskriminasi terhadap kaum-kaum Bumiputera dan berikanlah layanan yang adil.

8. Mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan mengakui bahawa bahasa-bahasa lain tidak setaraf dengannya.

9. Memberi keutamaan kepada pembasmian kemiskinan supaya tercapai kemiskinan sifar pada tahun 2010.

10. Kawasan majoriti pengundi Melayu hendaklah diberi kepada UMNO dan kawasan majoriti Cina diberi kepada MCA dan Gerakan di dalam pembahagian kerusi pilihanraya. Kaum Cina dalam Barisan Nasional harus berhenti dari hidup atas politik subsidi.

Artikel di atas idea bernas dari blog http://pesanan-pesanan.blogspot.com

Cerpen Chamil ‘berjaya’ provok reaksi
Posted on Thursday, October 23 @ 19:36:56 MYT by reformis
Artikel
Oleh Dinsman


Jarang sangat saya baca cerpen dalam akhbar mingguan. Biasanya kalau tak ada kawanmemberitau ada cerpen yang baik, atau ditulis oleh pengarang tertentu, saya tak baca. Kaliini ada kawan bertanya, “Siapakah pengarang cerpen dalam MM yang lepas? Kenapa pengarang sampai jadi gitu?”

Saya pun terpaksalah cari suratkabar itu sebelum menjawab smsnya. Dan selepas baca saya pun jawab. Tiba-tiba wartawan dari Malaysiakini pula telefon, minta komen terhadap cerpen itu. Mudahlah saya menjawabnya, sebab baru baca.

Rupa-rupanya ada dua orang lagi sahabat saya yang diminta pendapat mengenai cerpen itu, dan pendapat mereka rupa-rupanya tak sama dengan saya. Mereka mengecam cerpen itu, sedangkan saya memujinya sebagai ‘berjaya’.

Saya menganggap cerpen itu ‘berjaya’ bukan dari segi nilai estetikanya, tetapi dari segi kejayaannya memprovokasi pembaca hingga ia sampai dibincangkan di Parlimen dan dibawa ke balai polis untuk dibuat ‘repot polis’.

Wah, hebatlah ya, sebuah cerpen kalau boleh mendapat reaksi sehingga demikian daripada pembaca, ‘kan! Mana pernah kita dengar orang buat repot polis disebabkan sebuah cerpen? Seingat saya belum pernah, di negara kita. Di negara luar saya tak tahulah, tapi di negarakita ini kali pertama. Hebatlah tu!

Soal apa isinya sehingga ia dibawa ke Parlimen dan ke balai polis – inilah yang menjadi persoalan. Ia dikatakan membayangkan cerita Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok, yang dituduh anti-Melayu dan anti-Islam berikutan beberapa tindakannya baru-baru ini. Dalam cerpen ituAhli Parlimen berkenaan (diberi nama YB Josephine = YB J) telah ditembak mati oleh seseorangdi dalam suatu majlis yang dihadiri oleh generasi muda seketurunan dengan YB J.

Adegan YB J dibunuh itulah yang menimbulkan kegemparan di kalangan tokoh pimpinan DAP, khasnya Penasihatnya Lim Kit Siang, yang membawanya ke Parlimen, dan Pemuda DAP yang membuatlaporan polis, di Balai Polis Dang Wangi.

Adegan itu dianggap seolah-olah menunjukkan bahawa pengarangnya sendiri mahu supaya YB J (yang dianggap membayangkan YB Teresa) dibunuh. Anggapan itu diperkuatkan lagi dengan isi catatan yang ditemui pada mayat si pembunuh, yang “ditulis dalam bahasa kebangsaan”, iaitu:

“YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk

 masa depan.”

Lim Kit Siang bertanya, dalam blognya: “Apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika Perdana Menteri atau Timbalannya menjadi sasaran seumpama

 Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil?”

Tanggapan saya mudah saja. Ini sebuah cerpen, yakni sebuah fiksyen. Maka lihatlah ia sebagai sebuah fiksyen. Kalau ada pembunuhan di dalamnya pun, itu adegan pembunuhan di dalam sebuah fiksyen. Bilakah pula si pengarang fiksyen dikatakan harus bertanggungjawab terhadap pembunuhan di dalam fiksyennya?

Seperti saya katakan kepada Malaysiakini, saya sendiri pun dalam teater “Tamu Dari Medan Perang” pernah menganjurkan supaya Presiden Bush (Presiden Amerika Syarikat) dibunuh, kerana permusuhannya yang nyata terhadap Islam dan dia sendiri menganjurkan peperangan yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa umat Islam. Tetapi itu hanya sekadar idea di dalam sebuah karya fiksyen.

Kita boleh bersetuju dan boleh tidak bersetuju dengan isi kandungan sesebuah fiksyen. Ia hanya suatu idea, suatu wacana. Berdasarkan prinsip kebebasan bersuara, maka hak seorang pengarang untuk berkarya haruslah dihormati. Sepertimana kita pernah menghormati hak Sasterawan Negara Shahnon Ahmad dalam menghasilkan novelnya Shit, begitulah juga kita harus menghormati hak Chamil Wariya ini.

Mungkin dilihat dari sudut estetika, cerpen “Politik Baru YB J” itu agak kurang bermutu. Tetapi itu soal lain. Prinsip kebebasan bersuara tidak boleh kita lupakan atau kita ketepikan hanya kerana kita menganggap karya itu kurang bermutu. Sama saja dengan Shit. Ada orang menganggapnya bermutu dan ada orang menganggapnya tidak bermutu. Namun hak Shahnon dalam berkarya tetap kita hormati.

Menghormati hak seseorang untuk berkarya tidaklah sama maknanya dengan menghormati peribadi seorang pengarang kerana kita bersetuju dengan idea dan pemikirannya. Kita boleh menghormati hak seseorang untuk berkarya, tetapi dalam masa sama kita tidak menghormati pengarang itu kerana idea dan pemikirannya yang cetek dan dungu, misalnya.

Makanya saya tidak bersetuju dengan idea hendak mengambil tindakan tertentu terhadap pengarang cerpen ini. Di manakah kebenarannya apa yang kita laung-laungkan selama ini mengenai “kebebasan bersuara” dan “kebebasan berkarya”?

Selagi aksi tembak atau bunuh itu tidak keluar daripada daerah fiksyennya, saya berpendapat kebebasan pengarangnya tidak perlu diganggu-gugat. Lainlah kalau pengarang itu mengambil langkah-langkah tertentu di dunia nyata, sebagai menyokong idea atau wacananya di dalam karya fiksyennya.itu. Ha, di kala itu persoalannya bukanlah lagi persoalan fiksyen.

Namun begitu, saya pun tidaklah menyalahkan Lim Kit Siang atau Pemuda DAP yang bertindak membawa perkara cerpen itu ke Parlimen dan ke balai polis, kalau memang itu adalah reaksi mereka terhadap cerpen itu. Malah saya gembira, kerana sebuah karya sastera telah berjaya menggerakkan aksi-aksi politik dan sosial seperti itu.

Ini menunjukkan pentingnya karya sastera, atau perlunya karya sastera, kepada masyarakat. Bukan sahaja untuk kepuasan estetika kepada peminat-peminat seni, tetapi juga boleh berfungsi menggerakkan aksi-aksi politik dan sosial.


http://www.detikdaily.net/v4/modules.php?name=News&file=article&sid=2381

Selepas Utusan dikritik kerana cerpen YB Josopheine yang ditulis Chamil Wariya yang turut diulas oleh Marina Mahathir sebagai descipable di blognya di sini, Pakatan Rakyat meneruskan penentangan mereka Utusan Malaysia ( sini ) dan juga di Kelantan terhadap Berita Harian..( berita klik sini )

Sedangkan mereka juga selama ini meminta hak bersuara dan kebenaran menerbitkan akhbar dengan lebih kerap atas nama kebebasan bersuara, maka apabila suara wartawan mengkritik mereka, ia tidak lagi dianggap sebahagian dari kebebasan bersuara. 

Mungkin bagi mereka kebebasan bersuara itu terpakai jika ia digunakan untuk mengutuk dan menfitnah kerajaan. Bukan untuk membongkar kebobrokan pemerintahan mereka selama ini seperti isu isu di Selangor, Perak, Kelantan mahupun Kedah serta Pulau Pinang.

Sebelum ini pun mereka telah membuat kempen memboikot Utusan, termasuk tv3 yang diketuai oleh Allahyarham Rustam A. Sani pada tahun 2000 ( klik sini ) ….

 kenyataan rasmi (klik sini ) oleh Pakatan Rakyat menggesa pemboikotan Utusan melambangkan kedangakalan mereka memahami kebebasan bersuara yang mereka sendiri laung laungkan selama ini.. Ibarat cakap tak serupa bikin, mereka akan menentang sesiapa sahaja menentang mereka dan akan memuji sesiapa sahaja yang sanggup bersama menjatuhkan Umno selaku teras kestabilan Malaysia dari zaman awal kita merdeka.

Dan tindakan ini adalah ulangan kepada kempen boikot mereka. Begitu juga pemasangan banner banner memboikot Utusan dipasang merata tempat melambangkang betapa panasnya hati mereka terhadap pembongkaran Utusan yang terkenal sebagai wadah perjuangan mempertahankan agama dan bangsa melayu dan menentang sebarang pakatan yang ingin mengambil alih keistimewaan dan hak hak melayu yang termaktub di dalam undang undang..

Boikot ini turut disokong oleh Anwar ibrahim yang sering bercakap soal demokrasi dan kebebasan media di blognya di sini.

Tetapi berjayakan boikot ini jika ia bertujuan untuk menaikkan kadar jualan akhbar mereka tanpa membuat alternatif kepada akhbar Utusan dan Berita Harian ?

Ini sebenarnya akan menzahirkan dengan lebih jelas lagi apakah Pakatan Rakyat benar benar pejuang kebebasan media atau merekalah sebenarnya yang akan meranapkan kebebasan media jika menjadi kerajaan memerintah Malaysia pada masa akan datang.

Baca di sini komen orang kuat PAS sendiri yang tidak yakin kempen ini akan berjaya kerana ia sekadar hangat hangat tahi ayam sahaja berdasarkan penilaiannya pada kempen sebelum ini.

Cuma bagi saya, adakah perlu kita memboikot jika Utusan Malaysia yang berpegang kepada etika kewartawanan yang tinggi tidak sama seperti Malaysiakini yang terbukti menyiarkan berita tanpa menyelidik terlebih dahulu sumbernya seperti isu Manifesto Datuk Seri Najib baru baru ini?

Adakah ada ahli UMNO memboikot Harakah ? atau Suara Keadilan selama ini ?

Fikirlah jika anda dari gologan dapat berfikir dengan terang !!!

 

Link tambahan : kenyataan mempertahankan wartawan Sin Chew yang diISAkan demi kebebasan bersuara ( sini ) oleh Pakatan Rakyat, namun tidak pula kisah menghentam wartawan Utusan Malaysia dan memboikot pula tulisan dan laporan mereka…

Hari demi hari, pencalonan Shahrizat yang kini menjadi Timbalan Ketua Wanita UMNO telah meningkat. Dan terkini ia mencecah 16 pencalonan menunggu baki 8 lagi pencalonan bagi melayakkan diri bertanding sebagai Ketua Wanita menentang Rafidah Aziz.

Meskipun bukan ahli wanita UMNO,  penulis terpanggil memberi ulasan dan cadangan tentang pertandingan ini yang menjadi penunjuk aras sokongan akar umbi ( harapnya tanpa ada sebarang pemberian wang ) kepada bakal Ketua Wanita yang baru samada melalui pemilihan Mac tahun depan atau melalui pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui mereka berdua sebelum ini.

Treng mengalih kuasa mungkin satu kaedah baru yang telah diajar ( baca : dimula ) oleh matan PM Malaysia dan ia disambung oleh penggantinya iaitu Pak Lah dan berterusan dicilok oleh Ketua Wanita untuk kesejahteraan politik di kalangan mereka melalui pelan yang bertujuan mengalih kuasa dengan bijaksana tanpa ‘menumpahkan darah’ dan membawa perpecahan sesama mereka..

Jika pencalonan semakin banyak diterima maka pelan peralihan kuasa perlu disegera atau dirombak dengan membiarkan pertandingan satu lawan satu berlangsung tahun hadapan. Keengganan melepaskan jawatan sebagai ketua Wanita oleh Rafidah akan menimbulkan persepsi bahawa akar umbi tidak dihiraukan walhal pemimpin meminta agar suara akar umbi disuarakan dan diterima oleh segenap lapisan warga UMNO.

Dari membiarkan pencalonan semakin meningkat sehingga menjatuhkan air muka Rafidah sendiri maka alangkah baiknya jika pengumuman segera untuk memberi laluan kepada Shahrizat dibuat lebih awal, tentu ia akan menjadi satu penghormatan baginya dan ia pasti menjadikan beliau juga semakin dihormati oleh semua ahli pergerakan wanita UMNO yang pasti terharu dengan pengorbanan mengundur lebih awal…

Usah difikirkan kepentingan selain untuk parti demi memartbatkan bangsa dan pertiwi…. kerana kita semua pasti mati dan kita juga pasti perlu bersedia membuat persediaan sebelum dipanggil mengadap Tuhan !!!

Asal artikel : http://www.tranungkite.net/v7/

Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat dan Kejatuhannya
Dilulus terbit pada Friday, October 17 @ 16:30:00 MYT oleh TokBatin
Analisis Isu Oleh batista

 Ramai diantara kita termasuk rakyat Amerika tidak sedar tentang alasan sebenar peperangan Iraq dan ancaman peperangan terhadap Iran oleh Amerika Syarikat. Ianya bukan kerana Nuklear, Pengganas dan Minyak. Ini semua adalah mengenai perlindungan dakyah terbesar dan penipuan terhebat di dalam sejarah iaitu Penipuan Matawang Dollar Amerika Syarikat (US Petrodollar Scam).

Pada tahun 1971, Amerika Syarikat telah mencetak dan membelanjakan wang kertasnya lebih daripada nilai emas. Beberapa tahun kemudian, Perancis telah menuntut agar matawang Dollar mesti dinilai dengan emas.

Tetapi Amerika Syarikat telah menolaknya kerana mereka tidak mempunyai cukup emas untuk wang kertas yang sudah dicetak dan mereka telah pun membelanjakannya ke seluruh dunia. Oleh itu Amerika Syarikat telah berunding dengan Arab Saudi dan menterai satu perjanjian bahawa OPEC akan mengunakan matawang Dollar Amerika dalam segala urusan penjualan minyaknya. Maka dari itu setiap Negara yang ingin membeli minyak mestilah mempunyai matawang Dollar Amerika terlebih dahulu dimana mereka dikehendaki bertukar barangan dan perkidmatan mereka dengan lambakan wang kertas Dollar yang telah dicetak.

Kesudahannya Amerika Syarikat mendapat minyak secara PERCUMA dengan mengunakan wang kertas Dollar yang mereka telah cetak sendiri. Akhirnya Amerika Syarikat telah makan dengan kenyang di atas segala kos perbelanjaannya dengan pembiayaian Negara-negara di seluruh dunia. Walau bagaimana pun, penipuan Amerika Syarikat mulai tergugat apabila Saddam Hussein mulai menjual minyak Iraq mengunakan matawang Euro lalu memansuhkan perjanjian yang telah diatur oleh Amerika Syarikat dengan Opec. Oleh itu mereka mesti menghentikan tindakan Saddam Hussein.

Bagaimana? Amerika Syarikat telah mereka cipta satu alasan untuk berperang (drama keruntuhan Menara Berkembar) dan menawan Iraq. Perkara yang pertama Amerika Syarikat lakukan adalah mengembalikan penjualan minyak ke matawang Dollar. Krisis matawang Dollar Amerika dapat dihindarkan buat seketika.

Tetapi Hugo Chavez (Presiden Venezuela) juga telah mulai menjual minyak Venezuela dengan mengunakan matawang selain Dollar Amerika maka berlakulah beberapa percubaan untuk membunuhnya dan cubaan ‘pertukaran regim’ telah dikesan dilakukan oleh CIA.  Presiden Iran Ahmedinejad telah melihat perkara ini dan memutuskan untuk menentang Syaitan Besar Amerika Syarikat di dalam pembohongan dan melakukan perkara yang sama dengan menjual minyaknya mengunakan semua matawang dunia kecuali Dollar Amerka Syarikat.

Dengan tidak semena-menanya selain gangguan dari pemeriksaan IAEA dan pematuhan dengan NPT dan penafian hak untuk mengunakan uranium, Iran menjadi ancaman utama Amerika Syarikat. Tentu sekali Iran menjadi ancaman terhadap Amerika Syarikat tetapi bukan sama sekali kerana nuklear. Apa yang Iran lakukan memburukkan lagi kemusnahan ekonomi Amerika Syarikat dengan menjadi sebuah lagi Negara pengeluar minyak yang mengenepikan NYMEX dan IPE serta menjual minyak mengunakan Euro, Yen dan lain-lain matawang.

Masalah  Amerika Syarikat bukan hanya dana matawang Dollar untuk menyara kehidupan rakyatnya dan perbelanjaan mereka yang telah pun dibiayai oleh kita di seluruh dunia tetapi dana untuk membiayai tentera mereka bagi menunjukkan kekuatan kepada Negara-negara yang menjadi ancaman ekonomi Amerika Syarikat seperti Iran. Maka pembohongan ini sudah sampai ke penghujungnya kepada Amerka Syarikat.

Setelah Negara-negara di seluruh dunia menyedari bahawa mereka boleh membeli minyak dengan mengunakan matawang masing-masing selain dari Dollar maka lebih banyaklah Negara-negara Opec akan mengugurkan pengunaan matawang Dollar Amerika. Perkara yang terburuk sekali untuk Amerika Syarikat adalah mereka akhirnya akan terpaksa membeli minyak mengunakan Euro atau Ruble daripada hanya mencetak matawang mereka untuk mendapatkannya. Ini akan menjadi pengakhiran penguasaan empayar Amerika Syarikat dalam membiayai militarinya dan kemusnahan ekonominya.

Ini adalah sebab utama kenapa Iran sangat bahaya kepada mereka dan perlu dihentikan. Perkara ini  tiada kena mengena dengan program nuklear Iran seperti juga yang berlaku di Iraq. Penipuan yang terhebat ini sudah sampai penghujungnya dan tiada apa yang boleh mereka lakukan selain dari memulai perang dunia yang baru. Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku dalam masa yang terdekat ini.

http://www.iranian.ws/iran_news/publish/article_25030.shtml

 

Sebelum mengklik link berita di bawah, sila tengok satu persatu berita PALSU – FITNAH – MENGARUT – JAHAT di blog blog PR di bawah…. 

“ Zaid Ibrahim masuk PKR

17 SEPTEMBER 2008 6,947 VIEWS 92 COMMENTS

 

Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk menyertai PKR. Pengumuman rasmi akan dibuat esok. 34 MP sudah pun menandatangani surat persetujuan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, khabar dari saudara mara yang bekerja dengan Angkatan tentera memberitahu bahawa semua cuti anggota tentera dibekukan dan semua anggota tentera diperintahkan tinggal didalam kem.

Jika dikaji mereka akan menyiarkan berita yang sama di blog berbeza. Namun ia dipercayai oleh ‘tuan’ yang sama. Atau ‘niat jahat’ yang sama untuk merosakkan reputasi atau maruah serta keamanan negara.

Perangai seperti inilah yang sukar dikikis dan malangnya rakyat terus mempercayai blog blog yang GOBLOG ini. 

Ketua Goblog mereka tidak lain iaitu Perak Express yang banyak dijadikan sandaran utama kempen ‘psy war’ mereka. Blog inilah dengan kawan kawan rapatnya dalam senarai di bawah, juga yang menyiarkan fitnah terkini terhadap bakal PM dan isterinya…

Moga Allah mengubah hati hati mereka dan insaf dengan izin Nya.

Insya Allah….

Namun fakta mereka tersasar dengan penafian Zaid Ibrahim di berita bawa :

http://www.utusan.com.my

 

Sila sebarkan senarai blog goblog ini kepada rakan rakan blog anda dan juga di ruang komen komen agar tidak ada lagi ‘mangsa’ goblok mereka selepas ini…

1. Perak Express

2. Pemuda Besut

3. Angkatan Muda Keadilan Melaka

4. Perisik Rakyat

5. Janggut suarakaki

6. Skuad Batu Caves

7. Kelate kito

 

Sekian……

berita dilaporkan dari Pusat Maya Malaysia….

dibawa oleh Penulis Cyber

Saya mendapat email surat Persada ini. Memandangkan ia sama dengan pendapat saya juga bahawa kita perlu menukar kembali penggunaan bahasa Inggeris kepada bahasa kita, maka ingin siarkan kembali surat tersebut di blog ini.

Ia sebagai satu usaha meningkatkan lagi kempen menggunakan bahasa melayu kita sebagai bahasa ilmu. Barulah ia akan dapat menaikkan lagi tahap kemuliannya di mata bangsa dan warga kita. Jika tidak kita tentu akan melihat negara lain semakin maju walaupun menggunakan bahasa ibunda mereka di pentas dunia.

Presiden Iran juga dilihat berpidato di PBB dengan bahasa negaranya, bukan dengan bahasa asing yang tidak melambangkan idenititi negaranya.

Sepatutnya pemimpin kita juga kena bangga dan menggunakan bahasa kita semasa berucap di pentas dunia. Biarlah orang menggunakan penterjemah asalkan khalayak akan semakin ‘dimesrakan’ dengan istilah dan laras bahasa kita yang sukar diangkat ke mercu tanda penghargaan jika bukan bangsa kita sendiri yang memuliakannya.

Ini surat PERSADA yang boleh anda panjangkan juga kepada sesiapa sahaja….

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)

No. 8, Jln. 19/13

46300 Petaling Jaya

Selangor.

6 Oktober 2008

Kepada:

Menteri Pelajaran

Timbalan Menteri Pelajaran

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Menteri Pengajian Tinggi

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi

Yang Berhormat Menteri-menteri,

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS (PPSMI) WAJAR DIMANSUHKAN DI SEMUA SEKOLAH DAN IPT

Merujuk perkara di atas, kami selaku Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) telah mengkaji dan mempertimbangkan perihal isu berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Seperti yang kita sedia maklum, ia mula dicadang dan dilaksanakan pada tahun 2003 dan tahun 2008 ini merupakan tahun kelima pelaksanaannya. Jika diikutkan, PPSMI untuk kumpulan perintis akan berjalan selama lima tahun. Menurut Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussein, projek perintis inilah yang menjadi keputusan dasar sama ada untuk mengekalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris atau sebaliknya. Justeru, kami merasakan adalah amat wajar sekiranya PPSMI dimansuhkan di kesemua sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) jika diteliti kepada kesan dan hasilnya setelah lima tahun pelaksanaannya.

Jika melihat kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini, dengan terhentinya pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, maka ini juga bererti bahawa bahasa Melayu itu sendiri telah dikhianati dan dicabuli. Menurut Ketua Satu GAPENA, Tan Sri Ismail Hussein, zaman ini merupakan zaman penghinaan kepada seluruh bangsa Melayu, zaman cabaran dan pancaroba terhadap tamadun dan budaya Melayu. Sekiranya kerajaan masih terus-terusan meminggirkan bahasa Melayu, hal ini akan menjadi bom jangka dan akan mencetuskan satu keadaan seperti yang berlaku dalam peristiwa 13 Mei 1969.

Daripada aspek pencapaian pelajar pula, kita mendapati bahawa berlaku kemerosotan yang serius terhadap pencapaian pelajar dalam subjek-subjek berkenaan. Hal ini demikian kerana kurangnya minat pelajar untuk belajar subjek-subjek berkenaan kerana kesukaran untuk memahaminya. Jika merujuk kajian yang dilakukan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai kesan dasar PPSMI pada April 2008, lebih 80 peratus murid menyatakan bahawa guru Matematik dan Sains mereka menggunakan campuran Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk mengajar kedua-dua mata pelajaran ini. Purata lebih 70 peratus murid menyatakan mereka ‘tidak faham atau kurang faham’ pengajaran guru Matematik dan 80 peratus terhadap pengajaran subjek Sains dalam Bahasa Inggeris dan mereka ‘sukar atau agak sukar’ mempelajari kedua-dua mata pelajaran ini. Prestasi mereka dalam Ujian Matematik dan Sains juga rendah, terutama item-item yang memerlukan murid membaca arahan dalam Bahasa Inggeris dan ‘menyelesaikan masalah’. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan objektif asal dasar PPSMI tidak tercapai. Ia telah menyusah dan melemahkan lagi pembelajaran Matematik dan Sains pelajar, dan terlalu sedikit pula meningkatkan pembelajaran Bahasa Inggeris mereka. Maka, tidakkah keadaan ini akan mengakibatkan kemunduran pelajar Melayu kita?

Selain itu, keadaan ini turut menambahkan bebanan guru kerana mereka terpaksa menggandakan usaha untuk memberi kefahaman kepada pelajar menggunakan bahasa asing, khasnya pelajar sekolah rendah. Tidak dapat tidak, guru-guru terpaksa belajar ilmu nahu atau ilmu tatabahasa dan perbendaharaan kata bahasa Inggeris terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran, kerana bukan semua guru tersebut mahir berbahasa Inggeris. Keadaan ini akan merumitkan para guru dalam memberikan kefahaman kepada pelajar, sekaligus memberi tekanan kepada mereka. Dalam pada itu, mereka terpaksa pula menghadiri kursus-kursus bagi memantapkan penguasaan bahasa Inggeris, supaya dengannya para guru berupaya menyampaikan pengajaran dengan berkesan. Hal ini perlu dilakukan secara berterusan, dan tentunya memakan masa yang lama. Jika seorang guru pun sukar untuk memahami dan menyampaikan pengajarannya dengan baik, maka tentulah pelajar akan lebih memerlukan masa yang lama dalam memahami subjek yang dipelajari.

Jika difikirkan secara terperinci, pelaksanaan sesuatu dasar jika sekadar mahu mencuba dan melihat dahulu impaknya merupakan dasar yang tidak menjamin masa depan rakyat. Rakyat seolah-olah menjadi bahan uji kaji. Jika dasar ini tidak berjaya, apakah kerajaan mampu mengembalikan masa depan pelajar-pelajar kita yang telah gagal dalam pengajian dan terjerumus ke lembah sosial?

Satu tinjauan yang dijalankan oleh UNESCO untuk laporan Bank Dunia pada tahun 1997 telah menyimpulkan bahawa apabila sesuatu pembelajaran itu menjadi suatu matlamat, termasuklah pembelajaran bahasa kedua, (seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, dan lain-lain di Malaysia), penggunaan bahasa ibunda seseorang pelajar itu harus digunakan sebagai medium pengajaran dalam tahun-tahun awal persekolahannya. Di samping itu, UNESCO juga memetik daripada ‘Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries (Staff Working Papers, New York, Unicef’) sebagai berkata: “Dalam keadaan di mana ibu bapa pelajar itu buta huruf, jika medium pengajaran di sekolah ialah bahasa yang tidak digunakan sebagai bahasa pertuturan di rumah, ditambah pula dengan masalah pembelajaran dalam suasana kemiskinan, maka peluang untuk berlaku keciciran dalam pembelajaran akan meningkat dengan mendadak.” Maka, tidakkah kerajaan melihat kepada rumusan dan kajian yang dilakukan oleh UNESCO ini sebagai prinsip sebelum mengambil keputusan melaksanakan dasar PPSMI di negara ini?

Justeru, kami dengan tegasnya memohon supaya kerajaan memansuhkan dasar PPSMI di semua sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) demi memartabatkan semula bahasa Melayu dan sebagai inisiatif untuk mengembalikan kecemerlangan pencapaian para pelajar kita. Hal ini kerana para pemimpinlah yang harus membela bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda di negara kita. Sesuatu bangsa adalah dinisbahkan kepada bahasa yang dituturkannya. Jika hilang bahasa Melayu dari lidah kita, maka di manakah identiti kita sebagai bangsa Melayu yang suatu ketika dahulu begitu gah dengan kekayaan berbahasa dan kehalusan budi pekerti? Zaman yang semakin mencabar ini telah menyaksikan tamadun Melayu semakin lama semakin hilang identitinya, maka janganlah bahasa Melayu yang satu ini turut mengalami nasib yang sama.

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) sangat berbesar hati sekiranya YB Menteri-menteri dapat memberi perhatian yang sewajarnya terhadap perkara yang kami utarakan ini.

Sekian. Dengan salam hormat.

Yang benar,

MOHD FAISAL MUSTAFFA

Presiden Penaja

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA)

http://faisalmustaf fa.com/v2/

Hakikatnya Malaysiakini tidak akan membuat perkara yang akan memalukan PKR dan Pakatan Rakyat. Kerana mereka cenderung walau pun disembunyikan kecenderungan mereka namun kita dapat lihat dengan nyata.

Buktinya blog Nasarudin Tantawi yang mendesak replika Anwar diturunkan – sini - tidak disiarkan dan dihebahkan seperti mana hebahan bahawa Pemuda PAS berpendapat bahawa replika tersebut bukan patung - di sini …..

Desakan tersebut tentu boleh memberi kesan terhadap usaha PKR yang beria ia untuk mengekalkan replika Anwar tersebut, yang juga dianggap satu tindakan mendewa dewakan pemimpin – di sini -  oleh Mufti dalam persaraan : Asri Zainal Abidin…

Itu sahaja ulasan saya. Jumpa lagi.

  • Penulis Islam

    • Penulis Islam Harun Yahya
  • Petisyen Online

    • Petisyen Online