1. Pemuda PAS seolah olah ingin ‘membenam’ persepsi bahawa PAS menyokong ketuanan Rakyat melawan Ketuanan Raja..

2. PAS telah diam membisu isu raja namun blogger dan internet user  yang pro mereka juga turut mengutarakan pendapat yang menghina Raja yang dilabelkan sudah menjadi pro kepada sebuah parti politik bernama UMNO. Seolah olah PAS turut sama dengan aspirasi kaum lain dari DAP PKR yang  ingin menolak kewujudan sistem beraja atau mengekalkan ‘high respectation’ kepada Raja Raja Melayu kita.

3.  Akhirnya selepas semua pimpinan PAS gagal bersuara dalam nada menyakinkan tentang dasar mereka terhadap Raja Melayu dan bagi mengelakkan kehilangan sokongan maka keluarlah kenyataan yang agak bersemangat walau pondan juga ‘lagak jantan’nya dalam menyokong ketuanan Raja Melayu kita di Malaysia.

4. Soalnya, adakah suara Pemuda PAS ini sahaja yang berani dan bersuara sementara yang lain diam seribu bahasa? Kenapa mereka diam diam sahaja tidak membuat kenyataan menyelar Karpal ? Kenapa Hj Hadi juga tidak membuat kenyataan apa apa tentang tindakan tersebut dan membantahnya ?

 

sementara itu bandingkan pula kenyataan lawan mereka dari UMNO tentang isu tindakan Karpal :

1. Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)

2. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)

 

Sejarah Karpal menyaman sultan sebenarnya sudah lama di negara kita. Barangkali keegoan Karpal makin melonjak jika berjaya meletakkan Raja dalam senarai ‘musuhnya’ di mahkamah..

Pada tahun 1986, beliau menfailkan saman sivil ke atas Sultan Johor, Tunku Mahmood Iskandar yang pada masa itu merupakan Yang di-Pertuan Agong. Saman sivil itu difailkan bagi pihak Daeng Baha Ismail untuk meminta ganti rugi/pampasan serang (Daeng Baha Ismail telah dibawa ke Istana Johor dalam keadaan bergari oleh pegawai polis dan ditumbuk serta dipukul berkali-kali oleh Sultan di hadapan kerabat diraja yang lain). Karpal kalah dalam kes tersebut, dan desas desus menyatakan Sultan kemudianya menggunakan nama Karpal sebagai nama salah seekor anjing baginda. (”A Malaysian Who Dared Sue a King” Far Eastern Economic Review, 20 May, 1993). 
Pada tahun 1995, Karpal menfailkan saman ke atas Yang di-Pertuan Agong pada pada itu, Tuanku Jaafar Rahman, Sultan Negeri Sembilan. Aduan dibuat bahawa Tuanku Jaafar telah menipu seorang ahli perniagaan dalam urusniaga tanah di Port Dickson. Karpal juga menyatakan hasrat untuk menfailkan pertuduhan pecah amanah dan telah membuat laporan polis ke atas Tuanku Jaafar. Tuanku Jaafar kemudiannya dilaporkan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan sejumlah besar bayaran. 

Pada tahun 1996, Karpal mewakili Faridah Begun bte Abdullah untuk menyaman Sultan Pahang di Mahkamah Khas, akan tetapi kes tersebut tidak berjaya atas sebab-sebab teknikal. 

( sumber : http://isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=1829&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight= )

Wallahu A’lam.

 

Baca komen Ketua Pemuda PAS di bawah :

 

 

Pemuda Pas sifatkan tindakan Karpal bersifat peribadi

14/02/2009 4:37pm

 

ALOR SETAR 14 Feb. – Pemuda PAS menganggap tindakan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah di mahkamah, lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata parti itu tetap konsisten dengan dasar mereka dalam mempertahankan institusi DiRaja dan akur dengan perlembagaan.

“Tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Pemuda PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. – Bernama

 

 

cuma yang dipersoalkan sekarang, jika PR tidak menolak Raja, kenapa mereka sekarang ingin menfailkan saman terhadap MB baru Perak yang dilantik oleh Raja ?

Cakap berbelit belit memang taktik depa sejak sekian lama…..alahai tak habis habis…