5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
blog asal dari blog Anwar Ibrahim klik sini
Ulasan :
Tiada ulasan kecuali mesej yang sangat jelas Nizar dicucuk hidung oleh Pakatan Rakyat Anwar !



4 comments
Comments feed for this article
February 18, 2009 at 1:07 pm
norizan
Derhaka kepada sultan kerana taat kepada Allah dan rasul. Taat dalam mempertahankan yang hak dan mencegah kebatilan. Tak der dosanya si Nizar nih. Kepala engkau tu jer yang pusing!
February 18, 2009 at 2:26 pm
danny
Lah biarlah dia nak derhaka pun..lu kisah apa..
March 10, 2009 at 9:58 pm
mamaperak
Nizar ni kena ada tutor untuk FAHAM undang-Undang Tubuh Negeri- bila seseorang menteri sudah hilang keupayaan atau tidak mendapat kepercayaan majoriti, dia bukan lagi Menteri Besar.
Tak baca lagi interview Berita Harian dengan Datuk Seri Rais Yatim- Sultan Perak berkuasa mutlak untuk memperkenan perlantikan Menteri Besar
Dalam hal ini, Nizar jelas bukan Menteri Besar Perak lagi
Kami anak Perah dan ” chemoih” dengan lagak NIZAR, TOLONGLAH KAMI NAK CARI REZEKI-Kalau dibuat onar lagi RAKYAT PERAK AKAN SALAHKAN Nizar dan petualang ekonomi serta keamanan iaitu DAP, PAS DAN PKR
May 6, 2009 at 12:28 pm
BIGBOZZ
NIZAR PENDERHAKA SULTAN PENGKHIANAT BANGSA SERTA PENDERHAKA TERHADAP ISLAM …KENAPA? KERANA DIA TIDAK DAPAT MENERIMA DAN PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR…MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH…
ANAK PERAK HARUS BANGKIT LAWAN PENDERHAKA SULTAN
PENDERHAKA ISLAM…
LUPAKAN SEKALIAN BILA NIZAR TERANG-TERANG MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM BILA DIA MENCABAR DS TAJOL DALAM DUN UNTUK TUNJUKKAN BUKTI DALAM MANA TRANSKRIP KE MANIFESTO KE MANA TULISAN RASMI KE MENGATAKAN PAS NAK MENUBUHKAN NEGARA ISLAM… ORANG PENDUSTA INI YANG ANDA SEMUA PERTAHANKAN
LU FIKIR LA SENDIRI
YANG BERJUANG
BIGBOZZ