jump to navigation

Haji Hadi CELAKA selepas Karpal CELAKA -malaysiakini March 6, 2009

Posted by penulis_cyber in Uncategorized.
trackback

Pemuda UMNO dapat celaka yang pertama. Golongan Pemerintah dari parti UMNO dapat celaka kedua.

Pertama diCELAKAkan oleh Karpal Singh dari DAP.. Kedua dari Presiden PAS Hj Hadi Awang…


Baca statement dia disiar oleh Harakahdaily di sini…

 

Golongan celaka mahu teruskan PPSMI
Harakahdaily | Foto Nasir Sudin 
Wed | Mar 04, 09 | 4:26:57 pm MYT
“Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri.”

Iklan
 
 
   

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka.

Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

“Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta Imagelebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni,” tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.

“Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.Image

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato’ Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.

(Berita ini dipetik daripada Harakah dan laman web Presiden PAS) _

Comments»

1. noname - March 7, 2009

Memang celaka pun puak2 pengampu UMNO nie!… Aku harap kata2 “Bahasa Jiwa Bangsa” yang di cipta UMNO pada suatu ketika dulu dimusnahkan atau dibuang saja dalam tong najis UMNO kerana perkataan itu tidak membawa ertinya selain hanya berbau najis UMNO.

2. puji puja rasulullah - March 25, 2009

dua2 baik ppsmi baik mansuh pun baik yang tak baik nya tak buat apa apa dan cakap tak serupa bikin dan bantah babi buta dan sokong babi buta

3. shafifah - April 3, 2009

MAJLIS MAULIDUR RASUL PERDANA(ESOK) BERSAMA DYMM YDPB NEGERI SEMBILAN, YTM UNDANG LUAK REMBAU DAN YTM TUNKU BESAR TAMPIN

Tuan/Puan :

Majlis Maulid Rasul s.a.w ini akan dimulai dengan :

FORUM PERDANA
(2.30 petang – 5.00 petang) yang terdiri daripada panel berikut :

i. Dato’ Habib Omar bin Abdul Qadir Aidarus dari Terengganu
ii. Dr.Yusri bin Mohamad, Presiden ABIM Malaysia.
iii. Tuan Haji Solahudin bin Azrai, STIAS.

Majlis forum ini adalah kerjasama dengan pihak KEMAs Daerah Rembau.

TUAN / PUAN SEKELIAN :

Alhamdulillah, Sambutan Majlis Maulidur Rasul s.a.w Perdana akan diraikan bersama-sama beberapa pembesar negeri sepertimana keterangan di atas.

Tarikh : 04 April 2009 ( Sabtu )

Masa : Bermula 6.00 petang

Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan.

Tentatif Program :

05.30 pm – Ketibaan Orang ramai / Jemputan

06.00 pm – Bacaan Maulid Daibaie

07.00 pm – Ketibaan Tetamu dan VVIP Jemputan

07.25 pm – Solat Maghrib

– Bacaan Marhaban / Madih / Pujian

– Ceramah Maulid Perdana olen Penceranah Jemputan

– Majlis Perlancaran Kitab

– Penyampaian Cenderahati

– Solat Isyak

– Jamuan / Bersurai

MUSLIMIN / MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
http://pondokhabib.wordpress.com