Adakah ini gambar agen DAP / PKR dalam Utusan Malaysia ? August 8, 2009
Posted by penulis_cyber in Uncategorized.trackback
PENTING !!! HANTU DAP SUDAH MENYELINAP MASUK DALAM UTUSAN MELAYU
Amran Bin Ahmad. Siapakah gerangannya ini ? Baca tulisan ini sampai tamat anda akan temui jawapannya.
PENTING ! SILA SEBARKAN ARTIKEL DAN GAMBAR INI
Sepertimana yang diketahui umum,akhbar Utusan Melayu (Malaysia) adalah surat khabar orang melayu yang terawal lahir di bumi Tanah Melayu. Sehingga hari ini Utusan masih berjaya bertahan di bumi bertuah ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Banyak sekali jasa Utusan terhadap negara ini bermula dari peringkat awal negara hendak mencapai kemerdekaan sehinggalah sudah merdeka. Utusan Melayu menjadi kebangaan orang melayu termasuk diri saya dan ibu bapa saya serta ahli keluarga saya. Walaupun banyak pihak sering memperlecehkan Utusan tetapi tidak kepada saya. Tanpa Utusan Malaysia sarapan pagi dan kehidupan seharian saya tidak sempurna. Sehingga pada satu ketika saya sering menghubungi pusat pengedaran Utusan di Bangi kerana bekalan di kawasan saya sering lewat. Tetapi tidak lagi sekarang. Begitulah hebatnya penangan Utusan Malaysia terhadap saya.
Sebelum saya bercakap lebih lanjut,izinkan saya tinggal sedikit persoalan kepada pengunjung blog saya dan diri saya sendiri. Sama-sama kita fikirkan…
Ada seorang tua memberitahu saya, satu-satu tamadun akan hancur apabila usianya mencecah lima ratus tahun. Antara yang telah hancur adalah,tamadun rome dan tamadun parsi.
Bagaimana dengan tamadun melayu ? Tamadun melayu akan mencecah usia lima ratus tahun pada 2011 (1511-2011)
Adakah tamadun melayu akan hancur pada 2011 ? Mungkin ya ,mungkin tidak ! Tetapi jika lihat kepada situasi yang berlaku di Malaysia sekarang saya nampak tanda-tanda menuju kehancuran sudah kelihatan. Melayu bercakaran sesama melayu semakin menjadi-jadi,melayu gadai melayu,melayu jual hak melayu,melayu bersekongkol dengan bukan melayu dan yang paling mengejutkan adalah apabila ada melayu yang menjadi ejen kepada DAP berjaya menyusup masuk ke dalam organisasi Utusan Melayu. Bahaya !
Kes ini boleh kita ibaratkan sebagai seorang ejen komunis berjaya menyusup masuk ke markas taklimat tentera. Bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Pihak pengurusan Utusan Melayu harus bertanggungjawab. Betapa longgarnya tahap keselamatan di Utusan sehingga boleh terjadi kes begini. Kes sebegini jika tidak silap saya pernah berlaku di Utusan beberapa puluh tahun yang lalu dimana seorang kakitangan mereka yang menjadi ejen kepada Indonesia di zaman konfretasi Malaysia Indonesia dahulu. Cerita ini saya baca dari tulisan Datuk Zam dalam sebuah rencana di Mingguan Malaysia minggu lepas.
Sekarang pisang telah berbuah dua kali. Malah kejadian sekarang lagi teruk daripada dulu. Dulu jika ada kakitangan yang menjadi ejen pun sekurang-kurang ejen kepada orang yang serumpun dengan kita cuma berlainan negara. Sekarang orang yang menjadi ejen pula adalah menjadi ejen kepada Cina atau lebih tepat lagi DAP,yang sentiasa anti melayu.
Melayu oh melayu betapa mudahnya kamu menggadai maruah bangsa dan agama serta betapa mudahnya kamu melacurkan diri kamu kepada bangsa asing demi kepuasan nafsu kamu.
Tian Chua sedang berucap menempelak kerajaan manakala si kitul sedang menghilangkan dahaga sebagai tanda kepuasan kerana misinya hampir berjaya Saudara Amran Bin Ahmad adalah kakitangan Utusan Melayu dan beliau juga adalah Presiden NUJ-UM (Kesatuan Sekerja). Beliau juga anak kepada AHMAD BIN NOR,BEKAS NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN (1980an-1990an).
Pada 31 .julai.2009 bertempat di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin KL,saudara Amran selaku Presiden NUJ-UM telah menganjurkan satu majlis makan malam sempena setahun perjanjian antara majikan dan pekerja yang tertunggak.
Yang paling menyayat hati sekali adalah apabila saudara Amran telah menjemput dan membawa masuk Ahli Parlimen PKR kawasan Batu,Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat ,Abdullah Sani Abdul Hamid. Maruah Utusan telah dikoyak-koyak,dirobek-robek dan dicincang-cincang oleh perbutan seekor si kitul ini. Kes ini pula saya boleh umpamakan seperti seorang anggota tentera membawa Chin Peng masuk ke Kementah.
Betapa sialnya manusia yang bernama Amran ini. Daripada arwah bapanya dulu yang telah mengkhianati melayu hinggalah kepada anaknya sekarang. Haram jadah ! Seramai-ramai Ahli Parlimen BN yang ada di Malaysia ini,Ahli Parlimen PKR juga yang dia panggil. Tian Chua dalam ucapannya di majlis itu telah menempelak kerajaan. Pepatah melayu ada berkata,kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Atau pepatah moden pula berkata kemana lagi hendak diliwat kalau tak ke lubang dot..dot..dot.
Pernahkah anda dengar DAP menjemput wakil kerajaan ke majlis makan malam mereka.? Utusan Malaysia dan UMNO harus memandang serius perkara ini. Petualang atau si kitul ini harus dilanyak habis-habisan.
Hati saya semakin condong mengatakan bahawa teori tamadun melayu akan hancur pada 2011 akan menjadi kenyataan,jika perkara-perkara sebegini terus berlarutan dan orang melayu sendiri tidak mengubah sikap mereka. Mengubah sikap yang saya maksudkan disini bukan bererti menyokong BN sahaja. Banyak perkara yang boleh diubah. Jangan salahkan anak cucu kita satu hari nanti jika mereka kencing berdiri di kubur kita. Semuanya salah kita kerana kita gagal mempertahankan hak kita. Jika kita semua tidak ubah sikap kita maka kita boleh bersiap sedia untuk ucapkan selamat tinggal melayu 2011.
Disini ada juga melayu yang jadi si kitol.klik sini
salinan artikel dari blog R B F http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/penting-hantu-dap-sudah-menyelinap.html



Dia lah di istilahkan “Trojan Horse”.Sebab si cine gelar diri sebagai konon ya Chief stratejis.
Trojan horse amat bahaya.Mesti guna anti virus program untuk padam-delete computer virus.
changkat lobak.
arjuna waspada.