You are currently browsing the category archive for the 'Uncategorized' category.
Sikap suka memperkatakan sesuatu tanpa fakta ilmiah semakin menjadi-jadi. Lebih-lebih lagi terhadap fakta yang melibatkan sumber perundangan Islam dan kreadibiliti alim ulamak itu sendiri. Amat malang sekali, apabila Mufti baru kita kerap kali mengecam para alim ulamaktradisional. Atas alasan kononnya ulamak tradisional bersifat konservatif, menyampaikan ilmu agama tidak berfakta, menokok nambah cerita, membawa riwayat Israeliyyat dan hadis palsu.
Bahkan dalam masa yang sama, Mufti Baru itu dengan angkuh mendakwa bahawa beliau seorang yang berfakta, menekankan aspek kesarjanaan dan membawa tajdid (pembaharuan) dalam memahami agama. Sebenarnya, inilah sebahagian daripada manifestasi sikap yang melampau dalam agama.Sikapnya yang suka mengecam orang lain dan dalam masa yang sama mengangkat diri sendiri sebagai jaguh sarjana amat dikesali. Manakala prinsip tajdid yang dibawanya pula lebih banyak mendatangkan kerosakan dari kebaikan. Jika dianalisa, Tajdid ala Wahhabi yang diperkenalkannya banyak mendatangkan kerancuan di minda masyarakat kita
(* Penjelasan: Ini jelas berlaku di Malaysia, di Indonesia pula jauh lebih parah. Jemaah-jemaah Islam sedia ada termundur ke belakang apabila sebahagian ahli-ahlinya bertelagah sesama sendiri hasil dakwah Salafi Wahabi yang dibawa oleh orang-orang seperti Dr. Asri. Jemaah-jemaah yang dulunya bersatu hati kini terpecah-belah hati-hati mereka. Musuh-musuh Islam tersenyum lebar … Di Indonesia terdapat 6 atau 7 jemaah salafi, 4 atau 5 daripadanya adalah Salafi Wahabi. Yang peliknya jemaah-jemaah salafi Wahabi ini saling sesat-menyesat antara satu sama lain. Mereka mendakwa Salafi cara merekalah satu-satunya golongan yang terselamat daripada 73 golongan umat Islam akhir zaman, tapi Allah menunjukkan bukti jelas apabila mereka yang kononnya satu-satunya jemaah yang tidak sesat itu saling sesat-menyesat pula sesama sendiri. Senyuman musuh-musuh Islam bertambah lebar…)
Sebagai contoh, Mufti termuda kita (Mufti Perlis) baru-baru ini membuat kenyataan di dalam Berita Harian pada 5hb Januari 2007 bahawa ramai di kalangan ustaz-ustaz kita yang mengajar di masjid dan surau membacakan hadis palsu. Beliau mendakwa bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China ” merupakan hadis palsu. Mufti itu mengajak kita supaya merujuk kepada beberapa kitab yang diisyaratkannya. Tetapi beliau sendiri tidak meluahkan isi sebenar kandungan kitab-kitab yang menjadi rujukannya itu. Ini satu metodologi penyembunyian fakta secara terhormat. Dan bukan dari prinsip kesarjanaan dalam Islam.
Marilah kita sama-sama membuka minda untuk menilai status hadis : “Tuntutlah Ilmu walau sehingga ke negeri China ” dengan sejelas-jelasnya. Apakah dakwaan Mufti termuda itu boleh dianggap sebagai satu fakta yang benar?
Sebenarnya, hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Rabi’ di dalam Musnadnya pada Bab Menuntut Ilmu dan kelebihannya hadis bernombor 18. (lihat al-Rabi’ bin Habib bin Umar al-Basri, Musnad al-Rabi’, cetakan Dar al-Hikmah : Bayrut, 1415H, tahkik Muhammad Idris, juz 1 m/s 29)
Hadis ini juga diriwayatkan oleh al-Baihaqi di dalam Syuab al-Iman, hadis bernombor 1663. (lihat Abu Bakar Ahmad bin Hussein al-Baihaqi, Syuab al-Iman, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, 1410H, tahkik : Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul, juz 2 m/s 253). Hadis ini juga disebut di dalam Musnad al-Bazzar bernombor 95. Akan tetapi al-Bazzar menolaknya dengan menarafkan sebagai palsu. Atas alasan Abi ‘Atikah merupakan perawi yang tidak dikenalinya. (Abu Bakar Ahmad bin Amru al-Bazzar, Musnad al-Bazzar, Muassasah Ulum al-Qur’an : Bayrut, Cet Pertama, 1409H, tahkik : Dr Mahfuz al-Rahman Zainullah, juz 1 m/s 75)
Hadis ini juga disebutkan oleh Abi Syujak Syarawaih al-Hamazani di dalam Firdaus bi Ma’tsur al-Khitab bernombor 236. (lihat al-Hamazani, Firdaus bi Matsur al-Khitab, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah : Bayrut, Cet Pertama, tahkik: Muhd Sa’id Basyuni Zaghlul 1986M, juz 1 m/s 7
Soalnya, apakah para ulamak yang meriwayatkan hadis ini dan mengabadikan di dalam kitab karangan mereka boleh kita kategorikan sebagai pemalsu hadis. Masya Allah, jikalau Tuan Mufti tetap berpendapat sedemikian ternyata Tuan Mufti tidak menguasai seni ilmu hadis. Maksudnya ialah keupayaan dalam memahami kedudukan hadis, kecacatan hadis dan feqh al-Hadis itu sendiri. Justeru, apakah nilai disebalik MA dan PHD hadis yang tuan miliki.
Sekarang marilah kita sama-sama menelusuri perbincangan tentang status hadis ini. Imam Abd Rauf al-Munawi di dalam Fayd al-Qadhir Syarh Jami’ al-Saghir ketika membuat ulasan terhadap hadis ini mengatakan : “Al-Baihaqi mengatakan matannya (hadis ini) masyhur akan tetapi isnadnya dha’if. Dandiriwayatkan daripada (beberapa) sanad yang lain yang sempurna kedudukannya. Manakala Ibn Abd al-Barr di dalam kitabnya Fadhl al-Ilmi (Kelebihan Menuntut Ilmu) meriwayatkan hadis ini daripada Jaafar bin Muhammad al-Zaghuni daripada Ahmad bin Abi Suraij al-Razi daripada Hamad bin Khalid al-Khayyath daripada Tharif bin Salman bin ‘Atikah daripada Anas ‘Ad daripada Muhammad bin Hasan bin Qutaibah daripada Abbas bin Abi Ismail daripada Hassan bin ‘Athiyyah al-Kufi daripada Abi ‘Atikah daripada Anas.
Bagi saya, apa yang dijelaskan oleh Imam al-Munawi ini hampir sama nadanya dengan kenyataan Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya Lisan al-Mizan (Ibn Hajar al-Asqalan, Lisan al-Mizan, Muassasah al-A’lami: Bayrut, Cet ke-3, 1986M, juz 6 m/s 304)
Al-Munawi meneruskan ulasannya : “Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya berdasarkan hujjah bahawa al-Hassan (perawi hadis ini) merupakan perawi yang dhaif. Manakala Abi ‘Atikah (merupakan seorang) perawi yang munkar. Dan di dalam kitab al-Mizan dijelaskan bahawa riwayat Abu ‘Atikah daripada Anas diperselisihkan tentang namanya dan periwayatannya adalah dhaif sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi.
Imam al-Sakhawi pula dan lain-lain ulamak mengatakan : “Hadis ini dhaif (*bukan palsu seperti dakwaan Dr. Asri) berdasarkan kepada dua faktor. Dan Ibn Hibban mengatakan hadis ini hadis yang bathil yang tidak ada sumbernya. Manakala Ibn al-Jauzi menarafkan ia sebagai hadis yang direka. Dan kami memilih atau menurutipendapat al-Mizzi (Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi yang mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan dengan beberapa riwayat dan apabila dicantumkan dengan sebahagian riwayat yang lain kemungkinan ia mencapai standard hadis hasan. Dan al-Dhahabimengatakan di dalam Talkhis al-Wahiyat bahawa hadis ini diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian bertaraf waahiyat (amat lemah) dan sebahagiannya sholeh… (baik).” (Abd Rauf al-Munawi, Fayd al-Qadir Syarh Jami’ al-Soghir, Maktabah al-Tijariah al-Kubra : Mesir, Cetakan Pertama, 1306H m/s 543 juz 1)
Tidak cukup dengan keterangan di atas, marilah kita sama-sama meneliti pula apa yang dikemukakan olehImam al-Ajlouni di dalam kitabnya Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas Ketika membahaskan hadis “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” beliau mengatakan : “Hadis riwayat Abi ‘Atikah (pada awal lafaznya) Tuntutlah ilmu walau sehingga ke negeri China dan keduanya (lafaz akhir)” terdapat beberapa komentar. Ibn Abd al-Barr juga meriwayatkan daripada Anas dengan riwayat yang banyak. Tetapi keseluruhannya mempunyai kecacatan dan tiada hujjah padanya dari sudut isnad menurut pakar hadis.”
Katanya lagi : “Menurut al-Bazzar hadis ini diriwayatkan daripada Anas dengan sanad-sanad yang amat lemah. Dan yang paling hasannya ialah apa yang diriwayatkan oleh Ibrahim bin Salam secara marfuk daripada Anas. Dan tidak diketahui orang yang meriwayatkan daripada Ibrahim bin Salam kecuali Abu ‘Asim. Manakala pada perbincangan hadis bab (Bab Ilmu) telah dikemukakan riwayat-riwayat daripada Ubai, Jabir, Huzaifah, al-Hussein bin ‘Ali, Ibn Abbas, IbnUmar, Ali, Ibn Mas’ud, Abu Hurairah, ‘Aisyah, Um Hani’ dan lain-lain. Ringkasnya (menurut kami) ialah berdasarkan apa yang ditakhrijkan oleh al-Iraqi terhadap kitab Ihya’ Ulumuddin karangan al-Ghazali…”
Selanjutnya al-Ajlouni mengulangi pendirian al-Baihaqi terhadap hadis ini. Di samping itu, beliau mengemukakan pendapat Imam Ahmad terhadap hadis ini berdasarkan apa yang dinukilkan daripadanya Ibn al-jauzi di dalam Ilal al-Mutanahiyah dengan katanya : “Hadis ini tidak tsabit sesuatupun berkaitan dengan hadis bab menurut pandangan kami.”
Katanya : “Dan demikian juga pandangan Ishaq Ibn Rahawiyah dan Abu Ali al-Nesyaburi. Manakala Ibn al-Solah mengisyaratkannya sebagai hadis masyhur yang tidak bertaraf sahih. Dan pendapat ini diikuti oleh Imam al-Hakim. Akan tetapi al-Iraqi mengatakan sesetengah ulamak hadis mentashihkannya dengan beberapa isyarat sebagaimana yang dijelaskan beliau dalam ulasan beliau terhadap Ihya’ Ulumuddin.
Katanya lagi : “Imam al-Mizzi pula mengatakan : “Isyarat hadis ini mencapai status hasan sebagaimana yang didapati di dalam Maqasid al-Hasanah. Manakala Ibn Hajar al-Asqalani di dalam al-Lali’ selepas meriwayatkan pelbagai riwayat dari Ali, Ibn Mas’ud, Anas Ibn Umar, Ibn Abbas, Jabir dan Abi Said mengatakan bahawa pada hadis ini terdapat beberapa pandangan.” (Syeikh Ismail b Muhammad al-Ajlouni, Kasyf al-Khafa’ li Muzil al-Ilbas, Cet ke-4 Muassasah al-Risalah, Bayrut, 1405H, tahkik Ahmad al-Qallasy m/s 56-57 juz 2)
Kesimpulannya, berdasarkan keterangan di atas jelaslah kepada kita bahawa hadis : “Tuntutlah ilmu walau ke negeri China ” diriwayatkan dengan banyak riwayat. Sebahagian dari riwayat tersebut berstatus dhaif. Akan tetapi apabila dihimpunkan dengan beberapa riwayat yang dhaif dan didatangkan dengan beberapa syahid (kesaksian) yang lain riwayat dhaif tersebut akan mencapai status hasan.
Manakala beberapa riwayat yang bertaraf amat lemah dan berstatus munkar atau palsu ditolak oleh para ulamak sebagai hujjah dalam kelasnya. Hal ini diputuskan berdasarkan kepada kedudukan kedudukan perawi dalam sanad-sanad yang tersendiri sebagaimana yang diperjelaskan di atas. Dan ketentuan ini amat mudah difahami bagi mereka yang mendalami ilmu hadis. Sayangnya Mufti Baru kita menggunakan metodologi bersifat hukmi semata tanpa tafsili. Iaitu dengan menghukum hadis ini palsu secara total. Apakah ini satu estetika ilmiah yang boleh dikongsi bersama?.
Di samping keterangan menerusi kitab-kitab di atas, banyak lagi keterangan yang boleh dinukilkan di sini melalui beberapa kitab. Antaranya melalui kitab al-Kamil fi Dhua’fa al-Rijal, al-Majruhin,Ttarikh al-Baghdad, al-Tadwin fi Akhbar Qazwin, Kasyf al-Dzunun, Abjad al-Ulum dan lain-lain. Namun penulis menyingkatkan perbincangan untuk memberi focus perbincangan kita. Tetapi penulis tidak teragak-agak untuk menghuraikannya secara lebih lanjut jika keadaan memerlukan.
Selain keperihalan sanad, marilah kita menganalisa sedikit tentang kedudukan matannya. Matan hadis ini adalah jelas berstatus masyhur sebagaimana penjelasan Imam al-Baihaqi. Tidak cukup dengan itu, para ulamak tidak lupa untuk menghuraikan matan hadis ini. Buktinya, Imam Al-Ajouni ketika menukilkan huraian al-Baihaqi dengan katanya : “Hadis ini (menuntut kita) untuk mempelajari ilmu yang bersifat umum yang mana seseorang tidak patut jahil mengenainya. Ataupun ia bermaksud satu tuntutan menimba ilmu-ilmu yang bersifat khusus. Atau yang dimaksudkan dengan tuntutan “Menuntut ilmu satu kefardhuan bagi setiap individu muslim” sehingga seseorang itu mampu melaksanakan tuntutan yang memenuhi keatas dirinya…”
Selain huraian Ibn Abd al-Barr, al-Baihaqi, al-Ajlouni, al-Munawi,al- Sakhawi, hadis ini juga turut dihurai oleh Imam Abdullah ‘Alawi al-Haddad di dalam Nasha ih’ al-Diniyyah wa Wasoya al-Imaniyyah. Dan intisari kitab ini pula diajarkan oleh Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita. Apakah aktiviti seperti ini dikira sebagai penyampai hadis palsu. Maka buatlah pemerhatian yang sebaik-baiknya sebelum melontarkan tuduhan terhadap sesuatu perkara.
Secara realitinya pula, matan hadis ini tepat dengan apa yang berlaku pada hari ini. Walaupun Rasulullah SAW tidak pernah sampai ke negeri China , namun wawasan pemikiran Baginda SAW terlebih dulu sampai ke sana . Bukankah China dulu dan kini terkenal dengan industri pembuatan tembikar/kaca, kertas, kain sutera, jarum, barangan mainan, produk pertanian dan barangan tiruan.
Malah dunia mana pada hari ini tidak diduduki orang cina. Dan terbukti pada hari ini bahawa orang cina yang menguasai ekonomi sehingga ekonomi Amerika pun turut tergugat dengan peranan yang dimainkan China . Mereka yang menjadi gergasi Ekonomi di alaf baru. Justeru, apa salahnya kita mempelajari sikap yang baik, disiplin, kemahiran dan teknologi mereka. Tuan Mufti sendiri ada menyentuh hakikat ini pada tulisan di akhbar Berita Harian pada 4hb. Namun pada tulisan 5hb Januari 2007 beliau sendiri menulis di bawah sedar.
Kesimpulannya, semua keterangan ini membuktikan kepada kita bahawa para ulamak tidak seia sekata dalam menentukan hadis ini. Apa yang jelas ialah status hadis ini ditentukan berdasarkan kepada susur galur periwayatan sanad-sanadnya yang banyak.Hasilnya, ada riwayat yang berstatus dhaif dan palsu.Walaupun dhaif jika dihimpunkan dengan beberapa periwayatan dan kesaksian yang lain ia akan mencapai taraf hasan. Apabila ia bertaraf dhaif ataupun hasan ternyata ia boleh diamalkan menerusi disiplin ilmu hadis.
Buktinya, Al-Imam al-Nawawi –secara masyhur- di dalam al-Arba’in mengatakan bahawa para fuqaha’ dan muhaddithin telah bersepakat untuk menerima pakai hadis dhaif dalam bab Fadha’il a’mal (kelebihan untuk beramal) dan Bab Etika serta tidak ianya tidak berstatus palsu. Justeru, jika Tuan Mufti mendakwa ianya palsu mengapa Tuan Mufti tidak memperincikan sanad-sanadnya yang palsu itu sebagaimana menurut disiplin ilmu hadis.
Sayangnya, Mufti Baru kita seakan sengaja menyembunyikan fakta ini. Dimana nilai kesarjanaan yang dilaung-laungkannya . Amat malang , kerana berasaskan kepada fakta yang disembunyikan ini, beliau membuat kecaman terbuka terhadap Tuan-tuan Guru dan Ustaz-ustaz kita bahawa kebanyakkan mereka menyampaikan ilmu agama dengan hadis palsu.
Senario ini sedikit sebanyak mendatangkan fitnah kepada mereka. Masya Allah. Jika ada benarnya dakwaan Mufti baru ini, saya meminta Tuan Mufti kemukakan butiran individu tersebut, lokasi pengajaran mereka, sanad dan matan yang dibawa mereka untuk dimuzakarahkan (* Jangan menuduh macam orang yang tiada kesarjanaan). Hal ini penting supaya Tuan Mufti tidak menuduh secara sembarangan. Dan maruah Tuan Mufti tidak tercemar di mata masyarakat. Walaupun asas untuk mendakwa bahawa hadis ini sebagai hadis yang palsu ada. Tetapi asas al-Bazzar, Ibn Hibban dan Ibn al-Jauzi itu berteraskan kepada perawi yang dikritik mereka.Manakala perawi yang dikritik pula dipandang sebagai dhaif oleh majority ulamak yang lain. Akhirnya menimbulkan kekhilafan dalam penarafan hadis.Justeru, perselisihan ini tidak wajar dijadikan asas untuk dimuktamadkan sebagai hadis palsu. Apatah lagi ia hendak digunakan sebagai hujjah untuk menuduh pihak yang tidak sependapat dengan kita.
Nampaknya, mutiara-mutiara ilmiah dan hikmah kita semakin hilang apabila institusi agama diterajui oleh mereka yang jahil dalam disiplin ilmu ini. Lantaran itu, tidak bhairanlah jikalau ada suara-suara sumbang yang mengkritik ulamak dan pendakwah secara menghina bukannya bersifat membina. Dan tidak syak bahawainilah seni penyelewengan yang terhormat dalam agama. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada kita semua terhadap apa yang disukai lagi diredhaiNya.
Ustaz Zamihan Mat Zin al-Ghari, ialah Ahli Lembaga Penasihat Darul Hadis – PAKSI
sumber dicedok dengan amanahnya dari blog http://abuzulfiqar.tripod.com/id84.html dengan ubah pada luaran sahaja.
1. BPN bersepakat mengutuk Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat agama.
2. BPN sedar segala kecaman yang melampau batas terhadap institusi Raja dan agama Islam sejak kebelakangan ini adalah berpunca dari tindakan beliau yang membuka pintu kepada penghinaan tersebut samada nyata atau rahsia.
3. BPN mendesak agar si pengkhianat ini yang terus mengajak ke arah ketidakstabilan dan mengancam keselamatan awam agar ditahan dengan segera atau diusir dari Malaysia jika kita tidak ingin melihat negara kita akan terjerumus ke kancah peperangan saudara atau berlainan etnik agama dan fahaman politik mereka.
4. BPN juga meminta kerajaan turut mengusir sesiapa sahaja yang berkeras ingin menyentuh perkara sensitif seperti Raja dan Agama Islam agar turut diusir keluar dari negara kita tidak kira dari apa jua bangsa atau agama mereka.
5. BPN akan terus berkempen agar rakyat menolak si pengkhianat ini dan juga sesiapa sahaja yang menyokong idealisme perjuangan songsang beliau dari terus diberikan ruang di tanah Malaysia.
6. BPN menyeru rakyat Malaysia membantu usaha menolak tokoh pengkhianat moden ini yang terang terangan telah banyak melanggar undang-undang negara kita dan sibuk mencari idea untuk menjatuhkan pemimpin negara walaupun telah menyebabkan urusan kebajikan rakyat sudah tidak lagi terbela di negeri yang mereka telah diberi kuasa.
Yang benar,
Panglima Perang Cyber,
Ydp Blogger Pembela Negara
Ahad 11.03 malam
15 Ogos 2009
gambar Dr Rais dengan blogger ( ehsan blog Mahaguru58 )
Jawapannya ada di sini : http://www.mstar.com.my/
Maknanya tidak ada pun sekatan seperti mana laporan songsang akhbar luar negara… Cuma tindakan sahaja akan dikenakan jika ada berlaku sebarang penyelewengan dalam menerbitkan bahan di alam maya.
Memang agensi akhbar luar negara harus diteliti status berita mereka yang banyak mengelirukan kita semua.
PENTING !!! HANTU DAP SUDAH MENYELINAP MASUK DALAM UTUSAN MELAYU
Amran Bin Ahmad. Siapakah gerangannya ini ? Baca tulisan ini sampai tamat anda akan temui jawapannya.
PENTING ! SILA SEBARKAN ARTIKEL DAN GAMBAR INI
Sepertimana yang diketahui umum,akhbar Utusan Melayu (Malaysia) adalah surat khabar orang melayu yang terawal lahir di bumi Tanah Melayu. Sehingga hari ini Utusan masih berjaya bertahan di bumi bertuah ini walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan.
Banyak sekali jasa Utusan terhadap negara ini bermula dari peringkat awal negara hendak mencapai kemerdekaan sehinggalah sudah merdeka. Utusan Melayu menjadi kebangaan orang melayu termasuk diri saya dan ibu bapa saya serta ahli keluarga saya. Walaupun banyak pihak sering memperlecehkan Utusan tetapi tidak kepada saya. Tanpa Utusan Malaysia sarapan pagi dan kehidupan seharian saya tidak sempurna. Sehingga pada satu ketika saya sering menghubungi pusat pengedaran Utusan di Bangi kerana bekalan di kawasan saya sering lewat. Tetapi tidak lagi sekarang. Begitulah hebatnya penangan Utusan Malaysia terhadap saya.
Sebelum saya bercakap lebih lanjut,izinkan saya tinggal sedikit persoalan kepada pengunjung blog saya dan diri saya sendiri. Sama-sama kita fikirkan…
Ada seorang tua memberitahu saya, satu-satu tamadun akan hancur apabila usianya mencecah lima ratus tahun. Antara yang telah hancur adalah,tamadun rome dan tamadun parsi.
Bagaimana dengan tamadun melayu ? Tamadun melayu akan mencecah usia lima ratus tahun pada 2011 (1511-2011)
Adakah tamadun melayu akan hancur pada 2011 ? Mungkin ya ,mungkin tidak ! Tetapi jika lihat kepada situasi yang berlaku di Malaysia sekarang saya nampak tanda-tanda menuju kehancuran sudah kelihatan. Melayu bercakaran sesama melayu semakin menjadi-jadi,melayu gadai melayu,melayu jual hak melayu,melayu bersekongkol dengan bukan melayu dan yang paling mengejutkan adalah apabila ada melayu yang menjadi ejen kepada DAP berjaya menyusup masuk ke dalam organisasi Utusan Melayu. Bahaya !
Kes ini boleh kita ibaratkan sebagai seorang ejen komunis berjaya menyusup masuk ke markas taklimat tentera. Bagaimana perkara ini boleh berlaku ? Pihak pengurusan Utusan Melayu harus bertanggungjawab. Betapa longgarnya tahap keselamatan di Utusan sehingga boleh terjadi kes begini. Kes sebegini jika tidak silap saya pernah berlaku di Utusan beberapa puluh tahun yang lalu dimana seorang kakitangan mereka yang menjadi ejen kepada Indonesia di zaman konfretasi Malaysia Indonesia dahulu. Cerita ini saya baca dari tulisan Datuk Zam dalam sebuah rencana di Mingguan Malaysia minggu lepas.
Sekarang pisang telah berbuah dua kali. Malah kejadian sekarang lagi teruk daripada dulu. Dulu jika ada kakitangan yang menjadi ejen pun sekurang-kurang ejen kepada orang yang serumpun dengan kita cuma berlainan negara. Sekarang orang yang menjadi ejen pula adalah menjadi ejen kepada Cina atau lebih tepat lagi DAP,yang sentiasa anti melayu.
Melayu oh melayu betapa mudahnya kamu menggadai maruah bangsa dan agama serta betapa mudahnya kamu melacurkan diri kamu kepada bangsa asing demi kepuasan nafsu kamu.
Tian Chua sedang berucap menempelak kerajaan manakala si kitul sedang menghilangkan dahaga sebagai tanda kepuasan kerana misinya hampir berjaya Saudara Amran Bin Ahmad adalah kakitangan Utusan Melayu dan beliau juga adalah Presiden NUJ-UM (Kesatuan Sekerja). Beliau juga anak kepada AHMAD BIN NOR,BEKAS NAIB PENGERUSI DAP KEBANGSAAN (1980an-1990an).
Pada 31 .julai.2009 bertempat di Ibu Pejabat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin KL,saudara Amran selaku Presiden NUJ-UM telah menganjurkan satu majlis makan malam sempena setahun perjanjian antara majikan dan pekerja yang tertunggak.
Yang paling menyayat hati sekali adalah apabila saudara Amran telah menjemput dan membawa masuk Ahli Parlimen PKR kawasan Batu,Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR Kuala Langat ,Abdullah Sani Abdul Hamid. Maruah Utusan telah dikoyak-koyak,dirobek-robek dan dicincang-cincang oleh perbutan seekor si kitul ini. Kes ini pula saya boleh umpamakan seperti seorang anggota tentera membawa Chin Peng masuk ke Kementah.
Betapa sialnya manusia yang bernama Amran ini. Daripada arwah bapanya dulu yang telah mengkhianati melayu hinggalah kepada anaknya sekarang. Haram jadah ! Seramai-ramai Ahli Parlimen BN yang ada di Malaysia ini,Ahli Parlimen PKR juga yang dia panggil. Tian Chua dalam ucapannya di majlis itu telah menempelak kerajaan. Pepatah melayu ada berkata,kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Atau pepatah moden pula berkata kemana lagi hendak diliwat kalau tak ke lubang dot..dot..dot.
Pernahkah anda dengar DAP menjemput wakil kerajaan ke majlis makan malam mereka.? Utusan Malaysia dan UMNO harus memandang serius perkara ini. Petualang atau si kitul ini harus dilanyak habis-habisan.
Hati saya semakin condong mengatakan bahawa teori tamadun melayu akan hancur pada 2011 akan menjadi kenyataan,jika perkara-perkara sebegini terus berlarutan dan orang melayu sendiri tidak mengubah sikap mereka. Mengubah sikap yang saya maksudkan disini bukan bererti menyokong BN sahaja. Banyak perkara yang boleh diubah. Jangan salahkan anak cucu kita satu hari nanti jika mereka kencing berdiri di kubur kita. Semuanya salah kita kerana kita gagal mempertahankan hak kita. Jika kita semua tidak ubah sikap kita maka kita boleh bersiap sedia untuk ucapkan selamat tinggal melayu 2011.
Disini ada juga melayu yang jadi si kitol.klik sini
salinan artikel dari blog R B F http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/08/penting-hantu-dap-sudah-menyelinap.html

1) Anwar akan minta semua dokumen, CCTV, DNA yang dijadikan bahan bukti untuk buat duplikasi baru. Bila orang minta DNA, tak nak bagi pulak…
2) Anwar akan mengupah penulis upahannya agar menuduh kerajaan jahat dan sengaja merancang untuk menyumbatnya dalam penjara.
3) Anwar akan ke London pada 25 Jun untuk bercerita tentang kisah liwatnya dan raih simpati di sana. Anwar akan tuduh semuanya dirancang untuk tidak bolehkan dia jadi PM.
4) Anwar akan bersama dengan ahli perniagaan dari Jeddah, Indonesia, Turki, Afrika Selatan di London untuk berkempen buruk kan Malaysia. Menghasut agar jangan melabur di Malaysia dan meminta mereka sokong kes liwatnya.
5) Anwar akan ke Australia untuk meminta sokongan orang Islam di Perth sokong kes liwatnya pada 10 Julai 2009.
6) Anwar akan mereka cerita ada orang mahu racun nya dengan arsenik dan virus H1N1
7) Anwar dakwa dia diancam bunuh dan membuat laporan polis.
Anwar akan telefon White House dan minta perlindungan di Kedutaan Amerika Syarikat.
9) Anwar tidak akan hadir mahkamah pada 13 Julai, Anwar akan minta suaka politik dan lari dari Malaysia.
10) Anwar akan mereka cerita kononnya DNA nya telah dipalsukan.
11) Anwar akan cerita ada orang meniru suaranya ketika bercakap dalam telefon dengan Saiful.
12) Anwar dakwa ada seorang pelawak memakai topeng dan berlakon sepertinya di depan CCTV
http://www.pilihanrayakini.com/2009/06/12-helah-anwar-sebelum-kes-liwat.html
Maaf saya gagal menyalin artikel tersebut ke sini…Harap ke sana untuk baca lanjutannya. Terima kasih
Sumber : http://pakmie.blogspot.com/2009/06/senarai-awal-nama-mp-pas-dikenalpasti.html

Cerita bab bomoh dah tersebar luas. Yang sah sekarang ialah ia berdasarkan hearsay bukan bukti bergambar atau bersuara. Seperti laporan Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/103571.
Jelas bahawa yang menuduh iaitu Adun TITI hanya mendengar khabar yang disampaikan kepadanya. Sumber asalnya tidak ada bukti menguatkan dakwaannya.
Ada bukti atau tidak ialah, yang jelas nama baik BN sudah terjejas teruk menjelang persidangan 7 hb Mei ini. Apakah tindakan polis kepada mereka yang cuba menggunakan taktik kotor kali ini?
Macam mana berlaku.
makin pening kepala rakyat kita melihat gelagat ahli politik masa kini..
Nik Abduh sekali lagi memberi pukula KO kepada geng erdogan. Sesuatu yang disukai oleh pro Ulama dan dibenci oleh geng Erdogan pro Anwar yang sudah pun menghalalkan cara untuk sebarang matlamat yang cuba dicapai…
Saya tidak mahu mengulas lanjut dan anda pasti akan yakin bahawa krisis Erdogan ini telah menjadi barah yang bernanah.
Sayang sekali kerana ia berlaku pada sebuah parti melayu islam kedua terbesar di negara kita.
Baca di link bawah ini dan fikirlah .
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/28/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas-2/
Akhirnya secara terbuka anak Nik Aziz ini mengakui tentang kewujudan pengadu domba antara ayahandanya dan juga hj hadi awang.
jika sebelum ini orang lain yang sibuk menulis tentang geng petak merah tersebut maka sekarang orang dapat melihat sendiri bagaimana marahnya anak nik aziz sehingga menggunakan tajuk kerja kerja bodoh dalam pas sebagai tajuk posting blog beliau.
Nak tahu lanjut ? saya malas nak salin dan silakan ke sana segera untuk ikuti luahan rasa hatinya yang mewakili geng ulama dalam PAS di sini
klik bawah ni.
http://nikabduh.wordpress.com/2009/04/24/kerja-kerja-bodoh-dalam-pas/





