
Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?
1. Calon PAS bukan anak tempatan
Memancung setiap kata kata jahat dan nista kepada Agama Bangsa Tanah Air !

Kenapa saya perlu menolak calon PAS Bukit Gantang?
1. Calon PAS bukan anak tempatan
Pemuda UMNO dapat celaka yang pertama. Golongan Pemerintah dari parti UMNO dapat celaka kedua.
Pertama diCELAKAkan oleh Karpal Singh dari DAP.. Kedua dari Presiden PAS Hj Hadi Awang…
Baca statement dia disiar oleh Harakahdaily di sini…
| Golongan celaka mahu teruskan PPSMI |
| Harakahdaily | Foto Nasir Sudin Wed | Mar 04, 09 | 4:26:57 pm MYT |
|||||||
“Tindakan tersebut merupakan satu perbuatan menipu bangsa sendiri.”
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka. Beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri. “Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka. Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing. “Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan,” kata beliau. Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan. Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu pada Februari lalu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman. Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato’ Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato’ Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid. (Berita ini dipetik daripada Harakah dan laman web Presiden PAS) _ |
|||||||
Seorang wartawan dari portal berita Mandarin mohon saya ulasan berkenaan apa yang dikatakan “unity government” yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Begitu juga seorang penyokong tegar PAS berbangsa Tionghua dari Kelantan, minta penjelasan adakah ini bermakna PAS dan Umno akan bergabung dan mengadakan hubungan kerjasama politik?Seorang wartawan dari portal berita Mandarin mohon saya ulasan berkenaan apa yang dikatakan “unity government” yang dicadangkan oleh Presiden PAS. Begitu juga seorang penyokong tegar PAS berbangsa Tionghua dari Kelantan, minta penjelasan adakah ini bermakna PAS dan Umno akan bergabung dan mengadakan hubungan kerjasama politik?
Ternyata yang mereka maksudkan itu adalah cetusan gagasan baru yang cuba dilontarkan oleh Dato? Seri Tuan Guru Presiden PAS. Ia bermula semasa beliau membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Parlimen dan diikuti dengan temuramah khas bersama Malaysian Insider dan akhbar Siasah di bangunan Parlimen.
Gagasan baru ini tidak sekadar melibatkan Umno dan PAS malah lebih besar lagi ia mencadangkan kerjsama politik secara “total” melibatkan semua pemain-pemain dalam gelanggang politik tanahair . Beliau mencadangkan sebuah kerajaan tanpa pembangkang yang menyatukan bukan sahaja orang-orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Mendakap realiti semasa yang menampakkan suasana muram dan mencemaskan samada dari perspektif ekonomi maupun politik, maka demi kepentingan rakyat dan Negara Tuan Guru mencadangkan agar semua pihak mengenepikan perbezaan dan meredakan perbalahan, duduk semaja atas satu pentas dan melahirkan sebuah kerajaan perpaduan atau “unity government” yang akan melihat semua parti bersatu membentuk satu kerajaan demi rakyat dan Negara.
Di dalam perbahasan beliau di Dewan Rakyat itu beliau menyebut:
“Pendekatan dalam mewujudkan perpaduan ini mestilah memenuhi segala ciri dan sifat fitrah naluri yang ada dalam diri manusia itu sendiri. Manusia bukan sahaja boleh disatukan sebagaimana menyatukan batu-bata dalam mendirikan bangunan, kayu yang mendirikan perabot tidak boleh disatukan begitu sahaja kerana manusia bukan sahaja jasad, mereka mempunyai hati perut dan perasaan. Dengan sebab itu pendekatan yang perlu diambil dalam mewujudkan perpaduan mestilah merangkumi segala aspek yang ada dalam naluri kejadian manusia itu sendiri.”
Dalam suasana politik hari ini ia mungkin sesuatu yang sukar difikirkan namun jika kita semua meletakkan kepentingan Negara di hadapan, pembelaan nasib dan kebajikan rakyat agenda utama kita, maka tidak mustahil cadangan ini dapat dilaksanakand engan syarat semua pihak jujur dan ikhlas.
Mengapa cadangan ini perlu dipertimbangkan?
Dari sudut politik kita melihat pasca PRU ke 12 menampakkan perubahan besar ke atas lanskap politik tanahair. BN menang dan mengekalkan kuasa diperingkat Pusat namun kehilangan majoriti duapertiga di Dewan Rakyat. Pakatan Rakyat pula berjaya menundukkan BN di lima buah negeri di Semenanjung Malaysia walaupun mereka kekal berkuasa di tujuh negeri lain (Sarawak tiada pilihan raya negeri).
Rentetan lanskap baru ini rupa-rupanya mencetuskan pula beberapa insiden politik yang tidak menampakkan kestabilan dan meyakinkan rakyat. Perebutan kuasa terus menerus berlaku sehinggakan pihak istana turut terlibat dan terbabit secara langsung.
Ini suatu fenomena yang baru dan rakyat semakin resah dan cemas mengikuti perkembangannya.
Tuan Guru melihat perkara ini tidak wajar dibiarkan berlarutan kerana ia bakal mengundang perbalahan dan perpecahan yang lebih serius yang akhirnya bakal merugikan rakyat dan Negara.
Kemudian dari sudut ekonomi kita masing-masing sedar betapa suasana ekonomi global kini begitu meruncing dan kegawatan besar di Amerika Syarikat dan Eropah bakal singgah dan mempengaruhi ekonomi Negara kita. Kita masing-masing bertanggungjawab mempertahankan Negara kita dari ancaman ekonomi ini dan sama-sama perlu menyatukan idea dan fikiran untuk meminimakan impaknya nanti ke atas rakyat dan Negara.
Kerana itulah, demi mengelakkan krisis yang lebih besar dari sudut politik dan ekonomi, maka pilihan yang ada bagi kita yang perlu difikirkan secara serius oleh semua pihak adalah ke arah “Negara tanpa pembangkang” ini.
Bagaimana ia mahu digerak dan dilaksanakan, maka kita serahlah pada pucuk piminan tertinngi semua parti agar berani tampil ke hadapan untuk menyahut pelawaan ini dan memikirkan penyelesaian yang terbaik buat rakyat dan Negara.
Kita mendoakan agar semua pihak memikirkan idea ini dan jika boleh bersama-sama bergerak ke arah perlaksaannya. Ia bukan sekadar baik buat PAS atau Umno tetapi sebenarnya akan baik buat BN dan PR dan lebih penting lagi buat semua rakyat Malaysia yang dahagakan kestabilan dan perpaduan itu.- azm
5 Februari 2009
Mengadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Shah Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah
Paduka Sultan Negeri Perak Darul Ridzuan
Yang bersemayam di atas takhta Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dengan beberapa amat kebesaran dan kemuliaannya.
Assalamualaikum
Ampun Tuanku,
Dengan hormat dan takzimnya patik merafa’kan sembah dan berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala, mudah-mudahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kesejahteraan.
Ampun Tuanku,
MERAFA’ SEMBAH MEMAKLUMKAN PERKEMBANGAN TERKINI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
Warkah yang tidak sepertinya ini sebagai pengganti diri patik untuk menyembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku mengenai isu kedudukan terkini Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan.
Patik merafa’ sembah menjunjung kasih di atas perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada pagi ini. Patik memohon izin untuk menyembahkan beberapa perkara:
1. Artikel XVI(6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak menyatakan bahawa “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”. Ini bermakna sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri.
2. Jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional adalah sama iaitu 28 orang. Adalah kurang tepat andaian Barisan Nasional mempunyai majoriti. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak telah memutuskan bahawa ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang bukan lagi ADUN. YB Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Perak juga telah memfailkan satu permohonan untuk satu perisytiharan bahawa ketiga-tiga ADUN berkenaan bukannya ADUN untuk kawasan-kawasan tersebut di Mahkamah Tinggi pada pagi ini. Sewajarnya kita menunggu keputusan Mahkamah dalam kes tersebut.
Ampun Tuanku,
Atas alasan di atas dan berdasarkan prinsip demokrasi dan Raja Berperlembagaan Patik dengan ini merafa’ sembah memohon agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih semula kerajaan yang dikehendaki mereka.
Ampun Tuanku,
Patik dengan ini merafa’ sembah bahawa pimpinan Pakatan Rakyat sebulat suara meminta Patik untuk tidak meletak jawatan sehingga krisis perlembagaan ini diputuskan oleh Mahkamah atau Dewan Undangan Negeri Perak.
Ampun Tuanku,
Patik akhiri warkah yang tidak sepertinya ini dengan sekalung penghargaan ke atas keprihatinan dan pertimbangan Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’ala melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan seluruh kerabat Tuanku dan semoga sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan kebahagiaan yang berkekalan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin
Ampun Tuanku,
Patik dengan segala hormat takzimnya;
Bagi pihak Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat
YAB Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
Menteri Besar Perak Darul Ridzuan
blog asal dari blog Anwar Ibrahim klik sini
Ulasan :
Tiada ulasan kecuali mesej yang sangat jelas Nizar dicucuk hidung oleh Pakatan Rakyat Anwar !
Dalam blog Anwar ada tajuk : Eli, jangan letak jawatan…
Ia dipercayai tulisan Zulkifli Sulong dari Siasah yang bertujuan barangkali mengelakkan Eli keseorangan dalam hal moral ini…
Maka sekoyang koyangnya Azmin Ali bertempik gagah berani :
“Pendirian kita dalam pakatan adalah jelas, kita tidak akan berkompromi dalam soal moral,”
Moral ?
Di Perak yang kena tangkap kes rasuah tak digantung pun hari tu !!
Moral ?
Titah Raja pun PR buat main main. Siap sembah derhaka lagi…Anwar pula siap suruh jangan keluar rumah rasmi kerajaan negeri Perak.. Tu kira berMORAL tak ?
Moral of the story ?
lawak juga azmin ni yer.
Cuma moral apa pulak tentang tuduhan beliau juga tidak berMORAL ?
Rasanya hingga hari ini masih tak ada respon dari muka muka hensem yang ada dalam gambar top 10 GAY di blog masterdedah ini…
Takut terbogel atau apa ?
Moral ?
Sekali lagi tanya adakah PR itu berMORAL ???
Anda jawablah di bawah ini jika tahu jawapannya….
1. Pemuda PAS seolah olah ingin ‘membenam’ persepsi bahawa PAS menyokong ketuanan Rakyat melawan Ketuanan Raja..
2. PAS telah diam membisu isu raja namun blogger dan internet user yang pro mereka juga turut mengutarakan pendapat yang menghina Raja yang dilabelkan sudah menjadi pro kepada sebuah parti politik bernama UMNO. Seolah olah PAS turut sama dengan aspirasi kaum lain dari DAP PKR yang ingin menolak kewujudan sistem beraja atau mengekalkan ‘high respectation’ kepada Raja Raja Melayu kita.
3. Akhirnya selepas semua pimpinan PAS gagal bersuara dalam nada menyakinkan tentang dasar mereka terhadap Raja Melayu dan bagi mengelakkan kehilangan sokongan maka keluarlah kenyataan yang agak bersemangat walau pondan juga ‘lagak jantan’nya dalam menyokong ketuanan Raja Melayu kita di Malaysia.
4. Soalnya, adakah suara Pemuda PAS ini sahaja yang berani dan bersuara sementara yang lain diam seribu bahasa? Kenapa mereka diam diam sahaja tidak membuat kenyataan menyelar Karpal ? Kenapa Hj Hadi juga tidak membuat kenyataan apa apa tentang tindakan tersebut dan membantahnya ?
sementara itu bandingkan pula kenyataan lawan mereka dari UMNO tentang isu tindakan Karpal :
1. Tindakan mahu menyaman Sultan Perak adalah suatu langkah yang tidak bijaksana, berbaur politik, agenda pakatan pembangkang dan tidak menghormati hak raja di dalam Perlembagaan. Ia adalah amat memalukan, raja perlu dihormati. – MUHYIDDIN YASSIN (Naib Presiden UMNO)
2. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara kita, institusi raja dilibatkan begitu agresif sehingga ke peringkat perundangan hanya akibat daripada kekecewaan politik segelintir pihak. – DR. AHMAD ZAHID HAMIDI (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
Sejarah Karpal menyaman sultan sebenarnya sudah lama di negara kita. Barangkali keegoan Karpal makin melonjak jika berjaya meletakkan Raja dalam senarai ‘musuhnya’ di mahkamah..
Pada tahun 1986, beliau menfailkan saman sivil ke atas Sultan Johor, Tunku Mahmood Iskandar yang pada masa itu merupakan Yang di-Pertuan Agong. Saman sivil itu difailkan bagi pihak Daeng Baha Ismail untuk meminta ganti rugi/pampasan serang (Daeng Baha Ismail telah dibawa ke Istana Johor dalam keadaan bergari oleh pegawai polis dan ditumbuk serta dipukul berkali-kali oleh Sultan di hadapan kerabat diraja yang lain). Karpal kalah dalam kes tersebut, dan desas desus menyatakan Sultan kemudianya menggunakan nama Karpal sebagai nama salah seekor anjing baginda. (”A Malaysian Who Dared Sue a King” Far Eastern Economic Review, 20 May, 1993).
Pada tahun 1995, Karpal menfailkan saman ke atas Yang di-Pertuan Agong pada pada itu, Tuanku Jaafar Rahman, Sultan Negeri Sembilan. Aduan dibuat bahawa Tuanku Jaafar telah menipu seorang ahli perniagaan dalam urusniaga tanah di Port Dickson. Karpal juga menyatakan hasrat untuk menfailkan pertuduhan pecah amanah dan telah membuat laporan polis ke atas Tuanku Jaafar. Tuanku Jaafar kemudiannya dilaporkan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan sejumlah besar bayaran.
Pada tahun 1996, Karpal mewakili Faridah Begun bte Abdullah untuk menyaman Sultan Pahang di Mahkamah Khas, akan tetapi kes tersebut tidak berjaya atas sebab-sebab teknikal.
Wallahu A’lam.
Baca komen Ketua Pemuda PAS di bawah :
ALOR SETAR 14 Feb. – Pemuda PAS menganggap tindakan Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah di mahkamah, lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berkata parti itu tetap konsisten dengan dasar mereka dalam mempertahankan institusi DiRaja dan akur dengan perlembagaan.
“Tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang dan kita serah kepada mahkamah untuk menentukan (tindakan),” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Pemuda PAS Pusat di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon, di sini hari ini. – Bernama
cuma yang dipersoalkan sekarang, jika PR tidak menolak Raja, kenapa mereka sekarang ingin menfailkan saman terhadap MB baru Perak yang dilantik oleh Raja ?
Cakap berbelit belit memang taktik depa sejak sekian lama…..alahai tak habis habis…
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitanperkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.
Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.
Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang. ..
Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri
secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.
Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.
UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.
Tiga Kaedah Lucut Jawatan Menteri Besar
Berhubung kecelaruan isu letak jawatan atau lucut jawatan saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa lucut jawatan saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
Pertama pembubaran Dewan Undangan Negeri.
Kedua undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
Ketiga saya meletak jawatan secara sukarela.
Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?
Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.
Fitnah Media Kawalan UMNO
Saya Nak Saman Sultan,
Saya Arahkan Rakyat Memberontak
dan Saya Menjerit Di Pejabat.
Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.
Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.
Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.
Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya menjerit ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.
Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.
Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.
Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.
Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak, Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenapa Nuar lompat lambat,
Senjata dah makan diri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila tewas bisng kiamat
Lupa dia yang memulai
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nak jadi parti dihormat,
Tadbir tiada otak, tembak kaki
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
999 tanah lama sangat
Macam hidung ditarik babi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Poket Nger dan Nga sendat,
Nizar boneka nangis sendiri.
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Bila ditegur angkuh sangat
Nizar tak ambik peduli
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Nizar kena terima hakikat,
Bila tak ada majoriti
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Apalah PAS bising sangat
Di Perak cuma 7 kerusi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
ADUN memang pilihan rakyat
Jawatan MB Sultan beri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sultan Azlan amat cekap
Helah Nizar tak sidang lagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kenan Sultan tak dapat,
Lupa kata serah pada duli
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan derhaka tak bertempat
Akhirnya akan makan diri
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Jangan mintak Pilihanraya Cepat,
PR derhaka, rakyat tak bagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Parti Islam jangan sesat
Tak baik fitnah, benci, maki
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Sabar dan ajak taubat
Kalau bijak, berpeluang lagi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak kuasa sangat ,
Islam Melayu jangan diketepi
Lompat Sikatak Lompat,
Lompat lah tinggi tinggi,
Kalau nak selamat,
Jangan dibohong Anwar lagi
Pantun ini ditemui dalam komen blog panas : Masterdedah
| MB Nizar umum empat dasar penting |
| Muda Mohd Noor | Feb 7, 09 1:26pm |
| kemaskini 6:03pm Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, yang enggan mengiktiraf kerajaan baru BN, terus bertugas seperti biasa dengan mesyuarat exco negeri dengan mengambil beberapa keputusan penting.
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mempengerusikan mesyuarat itu bersama semua tujuh orang exco di kediaman rasmi menteri besar sejak pagi tadi. Dalam sidang medianya tengah hari tadi, beliau mengumumkan empat keputusan penting yang dicapai dalam mesyuarat khas exco tersebut:
Mohammad Nizar menambah, minit mesyuarat yang mengandungi keputusan-keputusan besar itu akan dihantar kepada jabatan-jabatan kerajaan untuk dilaksanakan. Katanya, beliau akan mengekalkan jawatannya sekarang sehingga mahkamah memutuskan sebaliknya. “Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan,” tambahnya, “Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri BN) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan. “Belum pernah ada dalam dunia begini.” Seperti pagi semalam, tambahnya, beliau akan terus ke pejabat rasminya di bangunan setiausaha kerajaan negeri pada Selasa depan. Beliau juga berkata, satu permohonan akan difailkan di mahkamah pada Selasa depan untuk mencabar kesahihan pelantikan menteri besar BN Datuk Dr Zambry Abd Kadir semalam. Lebih 100 orang penyokong PAS termasuk anggota Unit Amal parti itu berada di kediaman tersebut yang kelihatan seperti biasa. Mereka bagaimanapun tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap apa yang menimpa pada Mohammad Nizar dan kerajaan pimpinannya. Dr Zambry mengangkat sumpah di Kuala Kangsar semalam di tengah-tengah kekecohan akibat bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat – tidak jauh dari Istana Iskandariah, tempat berlangsungnya majlis tersebut. Sementara itu, perkembangan berkaitan di negeri tersebut, antaranya:
Datuk Seri Najib Razak didakwa berbuat demikian di kediaman rasminya di Putrajaya tidak lama selepas pilihanraya umum tahun lepas.
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ketua ahli parlimen DAP Lim Kit Siang dijadual menyampaikan ucapan.
Selain terhadap Mohammad Nizar, ketua pergerakannya Zainol Padzi Paharudin turut menamakan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pengerusi DAP Karpal Singh. |
Komen peribadi saya :
Sah Nizar tak dapat terima titah Sultan……. Jadi? kita tunggu apa tindakan Sultan terhadap gelagat ‘kurang akal’ Nizar ini.
Agak agak dapat isi rumah di Tanjung Rambutan ?
May be..
| BN bakal bentuk k’jaan baru Perak |
| Jimadie Shah Othman | Feb 4, 09 5:06pm |
| Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa BN Perak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyokongnya secara terbuka hari ini.
Timbalan perdana menteri berkata, dua bekas Adun PKR – Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) telah bersetuju menyokong pembentukan kerajaan BN itu. Begitu juga dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang keluar DAP hari ini. Ketiga-tiganya kini sebagai wakil rakyat bebas. Manakala Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim – yang mengumumkan melompat kepada PKR selama 10 hari – kembali semula kepada Umno dan memberi sokongan kepada kerajaan BN negeri. Najib berkata, Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan perkara itu kepadanya semalam. “Dan hari Datuk Nasarudin berjumpa dengan saya dan menyatakan ingin kembali (ke pangkuan Umno),” katanya dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya. Keempat-empat mereka turut hadir di sidang akhbar tersebut. Najib menambah, Jamaluddin, Osman dan Hee telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak bahawa mereka telah meninggalkan parti masing-masing. Menurutnya, keempat-empat mereka telah memberikan mandat dan akujanji untuk mencalonkan wakil rakyat BN sebagai nama menteri besar baru menggantikan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin. Katanya, keempat-empat mereka telah memaklumkan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) V Sivakumar, PKR dan DAP bahawa mereka bukan lagi ahli parti-parti tersebut. Najib berkata, berdasarkan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, menteri besar – apabila hilang keyakinan dan majoriti – dan barisan exconya harus meletakkan jawatan. Katanya, beliau akan menghadap Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi memaklumkan penubuhan kerajaan baru BN. Ditanya tarikh beliau akan ke istana, Najib berkata, ia bergantung kepada perkenan baginda. Najib juga menafikan wujud paksaan atau penggunaan wang untuk membeli wakil-wakil rakyat itu dalam proses pembentukan kerajaan baru. Ditanya pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh Jamaluddin dan Osman, timbalan perdana menteri enggan mengulas dengan berkata “ia adalah isu yang berbeza”. Ditanya sekiranya Sultan bersetuju membubarkan DUN Perak seperti yang diminta oleh Pakatan Rakyat, Najib berkata, kuasa mutlak di tangan baginda. “Apa-apa perkara, itu akan diputuskan oleh Sultan,” katanya. Ditanya bagaimana BN hendak membentuk kerajaan memandangkan tiga daripada Adun yang menyokong parti sebagai wakil-wakil rakyat bebas, Najib berkata, mereka adalah “Adun bebas yang menyokong BN”. Katanya lagi, apabila undian dijalankan di DUN nanti, BN yang mempunyai 28 kerusi akan mendapat sokongan tiga Adun bebas terbabit. Pakatan Rakyat kini mempunyai 28 kerusi. Bagaimanapun, Speaker DUN tidak boleh mengundi, jadi Pakatan hanya mempunyai 27 kerusi. Mengulas isu moral melompat parti, Najib berkata: “Kita tidak mulakan, siapa yang bercakap pada 16 September”. Ditanya tentang negeri lain yang mungkin diambil alih BN, Najib enggan mengulas dan berkata “itu cerita lain”. Ditanya bilakah beliau mula berbincang dengan Adun-adun berkenaan untuk meninggalkan PKR dan DAP, Najib berkata, beliau tidak perlu memberitahu “sama ada pagi, petang atau malam”. |