Inilah rupa Blogger yang mencetuskan huru hara di Malaysia !!!

Tarikh 15 April 2008 Masa : 12 tengah hari

Semua terkejut. Kuasa Blogger dikatakan telah menggempur kewibawaan negara. Rakyat telah berjaya diubah mind set mereka. Dan hasilnya ; BN telah jatuh tersungkur !

Semua kerana peranan blogger yang menanam perasaan benci dan marah kepada kerajaan melalui isu isu yang ditulis.

Dan menyebabkan ada antara mereka yang telah disaman sebanyak berjuta juta ringgit atas dakwaan fitnah .

Ramai pula tertanya-tanya. Macam mana bentuk dan rupa blog dan tulisan blogger itu. Dan inilah sedikit hasil yang dikutip dari blog ternama dan tertinggi rankingnya ( antaranya )

1. Roslan Sms (http://n32.blogspot.com/ )

Apa yang ditulis beliau hari ini? Ada satu artikel terbaru beliau tarikh 15/4/2008

Tajuknya : Benarkah Rashid seekor kera jantan tua?

< mula > Kalau insan bernama Rashid ini menggelar orang lain sebagai MONYET, memang tak hairan sebab dari rekod perkhidmatan dan kerja beliau, beliau sendiri saling tak tumpah bagaikan seekor KERA JANTAN. Tidak pernah mahu meletakkan dirinya sebagai pengadil yang bebas, sentiasa sahaja condong ke arah parti pemerintah, maklumlah KERA JANTAN yang tua sudah tidak boleh mencari makan sendiri, terpaksalah bergantung upah dari tuannya. ” < tamat >


Mengapa gelaran sebegini teruk dilemparkan kepada Pengerusi SPR ? Ini kerana beliau telah menggelar blogger pro pembangkang seperti monyet ketika mana beliau sendiri telah dituduh sebagai alat kerajaan.

Kata Rashid berkias ; ‘ Dan hasilnya ‘monyet’ tadi telah ‘kenyang’ kerana parti sokongan mereka menang besar dalam pemilihan yang lalu !

Inilah rupa blogger bergelar ROSLAN SMS yang ada nama sekarang di Malaysia.

Memang patut blogger digelar Monyet kerana mereka tidak adil dalam membuat kritikan.

Apabila menang, tiada langsung usaha menarik balik kenyataan mereka. Apabila diperkenalkan peti lutsinar, apa reaksi positif merek ? Nothing !!!

Tetapi kalau mengkritik , mereka akan segera menulisnya dan memberi reaksi segera .

Adakah mereka ‘monyet’ yang ada ‘tuan’ kita pun sangsi. Kerana penulis beretika sanggup menelan balik tulisan mereka jika tuduhan tidak tepat dilemparkan…Atau ada NGO antarabangsa memberi upah bulanan kita pun tidak tahu.

dan akhir sekali tengoklah betapa busuknya hati penulis bergelar Roslan SMS ini :

‘ Kenyataan beliau menyamakan parti-parti lawan bagaikan monyet sesungguhnya mencemar dan mengaibkan Yang Dipertuan Agong, yang telah melantik beliau ke jawatannya. Mungkin sudah sampai masanya KERA JANTAN ini dihumbankan ke zoo, atau disuntik dengan racun bagi mematikannya sahaja, jangan lagi menganggu umat manusia! ‘

Seterusnya mari kita lihat pula blog kedua supaya anda mengenali apa tulisan mereka hari ini.

2. Amin Iskandar ( http://aminiskandar.wordpress.com/ )

Tajuk :  Najib ganti Pak Lah ?

Desas-desus tentang perletakkan jawatan Abdullah Badawi sebagai PM dan Perdana Menteri semakin hebat kedengaran. Dikatakan bahawa Najib Tun Razak akan menggantikan Pak Lah sebagai Presiden Umno dan PM Malaysia.

Najib yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Altantuya bakal melengkapkan Teori R.A.H.M.A.N jika ini benar-benar berlaku. Apakah Najib baik untuk Malaysia?

Bagaimana dengan Kes Altantuya?  < tamat >

Anda boleh melihat di sini benih keraguan kepada bakal perdana Menteri disogokkan kepada rakyat. Mereka sangat sangat tidak suka kebaikan dan kestabilan diwujud di negara kita . Jika anda suka Malaysia huru hara, anda patut selalu datang dan menyebarkan tulisan blogger pengkhianat seperti mereka ini !!! jika tidak buatlah sesuatu menyerang kembali apa yang telah mereka najiskan kepada minda anak cucu kita ! jika tidak, anda sendiri merelakan semua ini berlaku dan ANDALAH puncanya !

Contohilah kisah burung yang ingin memadamkan api membakar Nabi Ibrahim meskipun kita tahu air dibawa burung itu sangat sedikit namun BESAR di sisi ALLAH TAALA..

3. Penarik Beca ( http://penarikbeca.blogspot.com/ )

Tajuk : Batu Nisan … Isi tulisan ; Saya terima SMS di bawah. Buatlah penilaian sendiri:

< mula > Adalah jelas ada gerakan terancang yg rapi untuk mendesak Plah meletak jawatan atau bila tiba mesyuarat perwakilan bahagian, Najib akan d calunkan sebagai Presiden dan Mahyudin Timbalan. Ia makin jelas ada pakatan kerana mereka2 yg bckap dlm pertemuan dgn pengurusan nampak senada dan Mahyudin take the lead berdasarkan kenyataan2nya. Plah pasti selerak. Tapi apakah moral Najib mampu memulihkan umno, menarik sokongan rakyat dan mampu berhadapan dgn DS Anwar Ibrahim. BATU NESAN LA UMNO PRU 13..

< tamat >

Nada sama tulisan sahaja berbeza..Anda juga nampak mereka sama nada dan jelas kita tidak pasti siapakah yang menulisnya. Kerana blog memerlukan hanya 5 minit untuk anda menciptanya dan ia adalah PERCUMA !!!!

Pastinya sesiapa yang mencipta blog dan memberi secara percuma juga adalah mereka yang suka melihat kebebasan bersuara di alam dunia tanpa kita sedar ia satu cara memporak perandakan mana mana negara yang mereka suka hingga rakyat akan dipesongkan minda dan mengubah sokongan kepada proksi yahudi dan nasrani di mana mana sahaja samada negara Islam atau sebaliknya.

4.   Al Husseyn   ( http://alhusseyn51.blogspot.com/ )

Tajuk : Selamat Datang Ke Himpunan Pemimpin Bersama Rakyat

Tiada artikel kerana beliau sangat sibuk…mungkin tidak sepenuh masa…

Penulis atau blogger ini pun sama juga dengan blogger lain yang sangat teruk dalam menilai manusia lain yang tidak sebulu dengan mereka. Khususnya pemerintah dan parti lawan…hingga anda akan terjumpa di sini gambar tidak senonoh yang telah diubah dan dipaparkan beliau..gambar pak Lah hidung panjang macam pinoccio, telinga besar, rambut macam alleycats dll…

Kita sangat kecewa penulis seperti ini menyajikan hidangan lagu berunsur zikir dan nasyid tetapi MEMALUKAN AGAMA kerana menjadikan sasaran musuh mereka sebagai mainan dan penuh dengan unsur penghinaan. Inilah kesilapan yang perlu dibaiki sebelum dibawa menemui Hakim Maha Besar di padang Mahsyar nanti…Jika tidak diubah, orang akan mengatakan ; bagaimana tarbiyah PAS dalam mendidik pengikut yang jelas nampak kerendahan akhlaknya dalam menulis artikel dan membuat blog mengkritik musuh mereka ??? adakah ini ISLAM PAS  ???

Tidak perlulah beria ia menempelak orang kalau diri sendiri sudah menunjukkan kerendahan akhlak yang tidak LANGSUNG boleh dijadikan teladan kepada generasi berikutnya…

Moga ALLAH membaiki hati hati insan seperti ini !

4. Ketua Perusuh (  http://ketuaperusuh.wordpress.com/ )

Artikel terkini : media MSM ( media aliran perdana ) juga perlu bertanggungjawab. Ia bertarikh 15.4.2008 jam 9.29 am

Ini antara penulis kegemaran Harakah Daily untuk dipetik kata-katanya…. Apa yang dia tulis ?? sila lihat di sini :

‘ Seronok juga bila mana membaca petikan berita dari media aliran perdana (MSM) seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya. Seronok kerana kita boleh lihat arah mana teknik pemberitaan media ini dijuruskan. Biasanya teknik pemberitaan media aliran perdana lebih menjurus kepada bodek dan ampu dalam setiap berita yang disiarkan. Semua bodek dan ampu ini hanyalah kepada Kerajaan Barisan Nasional (terutamanya parti UMNO) dan yang berkaitan dengannya. ‘

Agaknya melaporkan berita tentang perkembangan negeri Pakatan Rakyat pun mengampu jugalah ye…

Sedangkan wartawan yang sama juga yang melaporkan hari ini kenyataan Exco Selangor  iaitu Yaakop Sapari berkaitan ternakan babi ( klik di sini )

Apakah sebenarnya yang si Ketua Perusuh ini mahukan menerusi tulisan mereka?

Entahlah kita pun tidak dapat menekanya…

Yang jelas ialah nilai kebencian kepada sesiapa sahaja yang MENENTANG dan tidak MEMIHAK kepada mereka adalah satu agenda bersama semua BLOGGERS….

Anda tentu sukar menerima kata kata ini tetapi baca dan fikirkanlah dengan baik.

Anda boleh baca ayat beliau untuk membuatkan rakyat hilang percaya kepada media  :

< mula >  “Persoalan yang bermain di minda kita semua sekarang ini ialah adakah media aliran perdana (MSM) sedia ada kini bertanggungjawab atas setiap pemberitaan yang mereka bawa? Seperti yang kita semua maklum, dewasa ini beberapa media aliran perdana kerap mengeluarkan berita berunsur fitnah terhadap pihak-pihak yang tidak selari aliran politiknya dengan Kerajaan Barisan Nasional. ‘ < tamat >

Makin pening sebenarnya ..siapa yang menfitnah ??

yang jelas nampak depan mata atau berselindung di sebalik nama pena ???

nampaknya 257,584 pembaca telah terdedah kepada virus ketua perusuh ini setakat ini !!!

Moga fitnah yang kelam di akhir zaman – seperti sabda Nabi – tidak menjalar di alam maya melalui pena ghaib seperti mereka ini !

Itulah antara contoh antara penulis TERNAMA di Malaysia sekarang .

Bukan iri hati atau benci, tetapi sedikit pendedahan ini hanya ingin mengingatkan diri penulis dan semua agar berhati hati berkata kata samada dengan pena atau mulut anda !

Moga kata kata yang baik dan indah akan menghasilkan peribadi yang indah dan hasil dari hati yang bersih lagi suci dari sebarang kotoran dan hasad dengki !

Jika anda ingin melihat sendiri tulisan blog, bolehlah pergi ke mana mana blog di atas dan klik pada link yang sudah tersedia di situ …

Moga anda mampu menilai dengan baik tulisan mereka dan buang yang negatif di dalam tulisan tersebut. Hingga anda tidak menjadi SALAH SEORANG  yang terpesong mindanya dari menyokong kemajuan dan keamanan  di Malaysia .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s