SURVIVAL MELAYU TERGUGAT

KEPUTUSAN Pilihanraya ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari. Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura. Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.

Saya teringat keluhan isteri saya, saya bertanya kepadanya supaya kami berpindah ke Kota Kinabalu supaya berdekatanlah dengan orang tua dan keluarga. Tetapi dendam isteri saya masih tidak boleh dilupakannya kerana penindasan yang dialaminya apabila suatu ketika dulu negeri Sabah diperintah oleh parti PBS. Pada ketika itu isteri saya top five keputusan SPM, maka Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Sabah, dan Yayasan Tun Fuad menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Australia. Sesudah mengisi borang, tawaran itu ditarik balik dengan alasan isteri saya orang Melayu dan Islam. Menurut mereka biasiswa itu hanya untuk bumiputera Sabah sahaja. Nasib baiklah Kerajaan Persekutuan ada juga menawarkan biasiswa kepada isteri saya, Alhamdulillah isteri saya sekarang ini berjaya dalam hidupnya dengan memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Dengan peristiwa itu isteri saya sampai sekarang masih terasa kesannya walaupun saya terangkan kerajaan sekarang sudah berubah di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Aman. Sebenarnya bukan isteri saya sahaja, malah ketika itu kita tentu masih ingat lebih kurang 100 pelajar Melayu/Bumiputera Islam yang sedang belajar di luar negeri telah juga ditarik balik biasiswanya oleh Yayasan Sabah sehinga menyebabkan pengajian mereka tergendala .

Saya percaya dalam tempoh akan datang, jika orang-orang Melayu tidak juga sedar bahawa mereka sekarang sudah hilang kuasa politik, peristiwa yang sama juga akan berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang terutamanya Pulau Pinang, Perak, Selangor, dan Kedah. Di Perak, Pengerusi DAP negeri sudah dengan angkuhnya menyatakan “mereka akan bermesyuarat untuk MENENTUKAN siapakah bakal Menteri Besar Perak” . Maksudnya bukan PAS atau PKR yang menentukan kerana DAP yang lebih banyak menang maka suara mereka yang lebih berkuasa dalam dewan dan politik. Dengan satu kenyataan angkuh ini, maka pada hari-hari seterusnya DAP juga akan menentukan sama ada suara azan boleh dikumandangkan atau hanya seperti di Singapura sahaja. Jika kita orang Melayu tidak berhati-hati dan tidak sedar-sedar juga, saya yakin Pulau Pinang akan menjadi Singapura kedua. Bakal Ketua Menteri Pulau Pinang pun sudah menyebut Pulau Pinang sebagai Penang sejurus kemenangannya, malah dia sendiri dengan angkuhnya menamakan dirinya sebagai bakal KM Penang. Jika kita selami secara mendalam perkara ini, sebenarnya itulah nasib bangsa Melayu di Penang pada masa akan datang!

Tidakkah kita belajar pengalaman di Palestin, bahawa pada tahun 1947 Israel hanya menduduki kurang 10% tanah orang-orang Palestin, tetapi pada tahun 2000, 80% tanah orang Palestin sudahpun dikuasai oleh bangsa Israel. Di keliling Semenanjung Gaza, dipasang tembok dan pagar berduri menyebabkan kebebasan hak asasi umat Islam Palestin terikat. Elektrik dicatu, hendak solat Jumaat berdepan dengan muncung senjata malah keperluan makanan dan pakaian menjadi amat sukar.

Sebab itulah orang-orang Melayu hendaklah sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada DAP terutamanya. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan ”UNDI MCA BERMAKNA UNDI UMNO/MELAYU”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis ” UNDILAH CALON-CALON CINA SAHAJA”. Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil. Apabila kita pula orang Melayu menyatakan perkara yang sama , kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu. Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA,ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani .

oleh : PERANTAU SABAH, IPOH, PERAK.

One thought on “SURVIVAL MELAYU TERGUGAT

  1. Norman says:

    A.w.w. Maaf tuan, S’pura terlepas kerana Tunku tidak tegas dan tidak fikirkan masa depan sisa-sisa Melayu yg masih berada di pulau itu. Salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s