Hishamudin Rais, contoh Melayu Moden Malaysia

Hishamudin Rais, siapa tidak kenal dengan penulis antara ternama di negara Malaysia. Penulis yang terpampang namanya di dada website berita MalaysiaKini, yang sering menulis dan mengkritik dengan tulisan yang padat dan bersahaja.

Kerana itu, ramai mencari hasil tulisannya. Mencari apakah di sebalik kehebatannya berkata kata dengan mata pena…

Hasilnya, anda akan menemui satu fakta yang tiada dijangka oleh anda sendiri..

Adakah si penulis ini seorang yang kritis atau telah hampir menjadi dot dot dot ?

Kenapa ?

kerana saya risaukan beberapa komentar beliau dalam artikel tulisan tangannya sendiri di laman internet yang boleh ‘menggegarkan’ jantung iman kita sebagai seorang yang berfikiran rasional dan waras.

Cuba baca ( artikel asal klik di sini ) artikel bertajuk Maulud Rasul Nabi Isa;

“ Pada hari baik bulan baik ini saya ingin mengingatkan kepada pembaca bahawa Isa anak Mariam dari Nazareth ialah seorang Rasul. Dia juga seorang Yahudi. Rasul Yahudi ini bukan seorang Zionis. Harus di sedari dari 25 Rasul dan Nabi-nabi yang wajib di ketahui olih penganut Islam hanya seorang berbangsa Arab, Muhamad. Yang lainnya adalah dari bangsa Yahudi. “

Pelik benar bunyinya menulis nama nabi saya iaitu Muhammad. Isa diletakkan Nabi di hadapan namanya sedangkan Muhammad disebut begitu sahaja dan digambarkan berseorangan di kala semua nabi nabi lain itu dari bangsa yang sama iaitu ; YAHUDI !

Ini dapat disahkan dengan ucapannya sebelum itu dengan dia membuka bicara mengucapkan ucapan :

“ SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA “

Apakah nabi saya tidak layak dipanggil Nabi Muhammad kerana berbangsa Arab ?

Sambung beliau lagi ;

“ Sekali lagi Maulud Rasul Nabi Isa sampai pada 25 Disember ini. Untuk yang berpesta mereka akan terus berpesta untuk merayakan hari kelahiran Nabi Isa.

Para penganut yang warak akan ke gereja bersembahyang untuk memperbaharui tekad agar dapat berbuat baik pada tahun hadapan.

Kalender Gregorian tahun 2006 akan tamat, kita akan memasuki tahun 2007.”

– Peliknya, apabila sampai ke isu Yahudi dizalimi Nazi dan dan kritikan Presiden Iran yang begitu lantang mengutuk Zionis, dia menulis ;

“ Saya menamakan Ahmadinejad ( sebagai lelaki tahun 2006 – penulis ) kerana insan ini seorang revisionis holocaust. Insan ini dalam kefanatikan menyokong perjuangan adil rakyat Palestin telah tersasul dan mempertikaikan kedurjanaan Nazi terhadap orang-orang Yahudi dalam perang dunia ke dua.”

Sambung dia lagi :

Revisionis adalah pengelencongan fakta sejarah. Holocust atau pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi olih Nazi adalah fakta yang terbukti wujud. Sama ada 3 juta atau 6 juta Yahudi yang dikorbankan olih Nazi bukan persoalan. Sejarah telah membuktikan bahawa fahaman Nazi ialah fahaman perkauman/rasis yang perlu dilawan.

“ Si reviosinis Ahmadinejad ini telah cuba membuka panggung untuk membincangkan tentang agenda Palestine. Disinilah kesilapan besar Ahmadinejad – presiden Iran ini gagal untuk memisah dan mengenali siapa Yahudi dan siapa Zionis. Justeru kerana ini saya juga menganggap sekali gus presiden Iran ini juga serbagai Orang Jahat Tahun 2006. “

Berkaitan anjing beliau ada menukilkan sedikit ulasan mengenainya ;

“ Bila saya menulis ini harga bahan bakar minyak ialah 62 dolar satu tong. Harga satu balang gas untuk memasak yang saya beli dari kedai runcit dua hari dahulu telah menjadi 26 ringgit. Tahun hadapan harga sara hidup pasti akan naik lagi. Harga minyak, harga tol, harga air, harga api, harga Friskie untuk kucing saya, harga Alpo untuk anjing saya akan naik dan harga sewa bilik juga akan meningkat. “

Persoalan berkaitan Mauludur Rasul Nabi Isa, Ahmadinejad lelaki Jahat 2006 kerana lantang mengecam zionis, anjing saya, serta ulasan berulang ulang kali berkaitan perayaan agama Kristian ini menghairankan diri saya.

Adakah beliau pro agama selain Islam ? Adakah beliau pro Yahudi yang tidak melawan Islam ? Adakah beliau masih muslim atau sudah ‘menukar ke agama lain ‘ ?

Untuk lebih pasti, anda baca petikan artikel penutupnya di sini ;

“ Pada petang Ahad ini, untuk mengingati Mauludul Rasul Nabi Isa, sehari sebelum Hari Krismas , saya akan berada di pintu Cathderal Katholik di Bukit Nenas. Saya ingin menjadi pemerhati kerana disinilah disetiap petang Ahad telah hampir tujuh tahun satu kumpulan anak-anak muda akan memberi makanan percuma kepada orang-orang yang tidak berumah, orang yang kesaorangan tidak berkeluarga atau susuk-susuk yang terperangkap olih dadah.

Saya sering memerhatikan kerja-kerja baik anak-anak muda ini. Tetapi tidak pernah sekali pun dalam ingatan, saya bertanya apakah agama anak-anak muda ini. Atau apakah mereka memiliki kepercayaan agama. Tetapi saya yakin mereka ini bukan dari mazhab Rumsfled atau pun Ahmadinejad. Untuk saya apa yang dilakukan olih anak-anak muda ini tidak menyalahi ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul termasuk ajaran Isa anak Mariam dari Nazareth. “

END.

Saya tidak berapa kenal sangat dengan diri penulis bernama Hishamudin Rais ini. Tetapi dari gayanya saya tahu dia mazhab yang sama dengan Raja Petra yang ‘ lebih ‘ dari kebiasaan orang Malaysia dan saya tahu mereka ini penyokong kuat kepada suara baru rakyat Malaysia pimpinan seorang yang dikaitkan dirinya dengan Yahudi Antarabangsa.

Mazhab apa ? saya kurang jelas lagi setakat ini. Tetapi saya akan terus mencari dan membongkar kejahilan saya tentang si anak Rais ini yang berlainan nadanya dari biasa yang dilagukan oleh kebanyakan Melayu Islam kita.

Mungkin mazhab yang membawa idea bahawa semua agama adalah benar dan baik belaka..

Moga ada ruang waktu untuk itu dan saya permisi dulu !

Mohon maaf jika ada tulisan saya salah dan tidak tepat dari segi ulasannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s