‘Kumpulan 11′: Dr M lebih suka lihat Umno haram

Itu yang dipaparkan dalam artikel KL POS.COM pada Ahad 20 April 2008 lepas.

Bunyi seperti sebuah kumpulan penyamun dan penyangak ; ulas akhbar dalam talian tersebut.

Ia menceritakan muka sebenar yang terlibat dengan peristiwa pengharaman UMNO yang dikatakan berpunca dari tindakan Team B yang membawa kes pengundian UMNO kepada mahkamah hingga diputuskan UMNO diharamkan dan membawa kepada penubuhan UMNO baru yang wujud sekarang ini.

( artikel penuh boleh dibaca di sini )

Peristiwa berlaku tahun 1987 itu menyaksikan  pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah.


Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula bila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibu pejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana ada mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah . 

Selepas ia tidak dilayan baru mereka membawanya ke mahkamah. Jika mesyuarat cawangan dan bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya perwakilan mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO itu juga tidak sah.

Ini yang akhirnya membawa kepada Hakim Harun Hashim memutuskan UMNO haram, lapor KL POS dengan terperinci.

Ia dibangkitkan oleh Rahim Abdul Rahman yang mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur yang bertujuan ingin membetulkan fakta sejarah tentang fiasco pengharaman UMNO ketika itu.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar ini tidak mahu lagi kumpulan itu terus menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Rahim tampil ke depan setelah melihat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara. Lapor akhbar tersebut panjang lebar.

 Apa yang kita ingin ulaskan ialah sudah nampak tanda sokongan sepenuh hati kepada usaha memberi nafas baru kepada badan kehakiman negara setelah ia mengalami keruntuhan moral yang teruk berkaitan isu pemecatan hakim hakim 20 tahun yang lepas dan terbaru isu video klip VK Lingam mengenai perlantikan hakim, yang masih dibicara oleh mahkamah sekarang ini.

Momentum seperti ini juga telah berlaku di kalangan menteri menteri hingga mereka sudah sepakat menjawab kritikan dalam mempertahankan PM hingga ke saat saat terakhir beliau meneraju negara.

Bukan seperti Muhyidin dan  Rafidah yang jelas mahukan nada kenyataan Tun Mahathir dilaksanakan dalam membentuk peralihan kuasa dengan segera sebelum ia menjadi nasi yang bertukar bubur.

Dan reaksi sangat pantas dijawab oleh MB Negeri Sembilan yang mengatakan bahawa nasi akan jadi bubur jika air ditambah dengan banyak ke dalam nasi memeranjatkan kita kerana ia sangat jelas kenyataan yang berani menjawab komen pedas kepada Presiden selaku ketua yang banyak beradab dalam berkata kata.

Tentu dengan mudah kita dan mereka akan faham siapakah yang menambah air kepada nasi tadi !!!

Kesan dari itu,  pembangkang telah berjaya menggunakan isu kehakiman dan isu isu lain  dan menjadikannya modal utama kempen mereka PRU 12 yang lalu.

Hingga 5 buah negeri termasuk 4  negeri luar jangkaan BN terlepas dan kini diperintah oleh Pembangkang dikenali dengan nama Pakatan Rakyat. Tun Daim Zainudin seperti sudah menjangka dengan tepat keputusan tersebut dengan tilikan yang kena dengan angka yang diberikan.

Cuma yang menimbulkan tanda tanya, adakah tilikan yang kena atau kenyataan panas itu yang ‘ mengenakan ‘ BN hingga rakyat terpengaruh dengan komen tersebut hingga mereka sudah menyerah undi emas mereka kepada barisan pakatan Rakyat dari parti PAS PKR dan DAP ?

Usaha menerangkan fakta sebenar ini kita amat alu alukan. Ia menjelaskan lagi kritikan pihak yang mengatakan Team B ialah puak membawa kepada kehancuran dan pengharaman UMNO lama. Hingga ia ditubuhkan kembali oleh Tun Mahathir dengan nama sekarang iaitu UMNO baru.

Ia antara saat saat sukar bagi sebuah pertubuhan Melayu Islam menjadi tunjang pakatan Barisan Nasional kerana bergelut dengan krisis perpecahan hasil rasuah wang hingga menjadikan parti telah hancur dan karam.

Tidak mustahil UMNO boleh karam sekali lagi tidak lama nanti jika usaha mengekang pencalonan merebut jawatan Presiden UMNO tidak dihentikan.

Mereka yang menyokong pencalonan itulah yang mahu menghancurkan UMNO.

Merekalah yang ingin Presiden UMNO menjadi rebutan dan membiarkan proses itu berlaku dengan sokongan padu mereka semua.

Mereka yang berkokok itu sebenarnya mahu KEHANCURAN akan berulang lagi tahun ini !

Ini tidak lain hasil hasutan dari bekas Perdana Menteri sendiri yang mahu peristiwa beliau dicabar akan berulang di bawah era Pak Lah. Tentu dendam Tun tidak akan luput lagi ketika ini kerana pada hemat kita, semua perkara buruk yang berlaku di zamannya, ingin dikenakan pula ke atas ‘ kepala’  Pak Lah selaku bekas team B yang juga pernah mencabar beliau sebelum ini.

Jika dulu beliau didesak turun, maka sekarang desakan yang sama ditujukan kepada Perdana Menteri sebagai melunaskan kekecewaan ketika didesak menyerahkan kuasa di kala baru 20 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tentu Tun kecewa kerana hanya tinggal 17 tahun lagi ketika itu ( tahun 2003 ) untuk Tun memimpin ke arah Wawasan 2020 yang mana jika Tun masih menjad PM tahun 2020 tentu usia Tun ketika itu hampir mencecah seratus tahun !

Satu usia yang tidak praktikal menerajui negara !

Jika tidak benar andaian ini, tentu Tun sudah berada di Yayasan Kepimpinan Perdana melaksanakan aktivit yayasan tanpa perlu sibuk sibuk lagi mengambil tahu atau menyibuk di dalam isu isu negara.

Tun tidak boleh bayangkan kepada rakyat bahawa hanya Tun sahaja negarawan ulung.

Tun tidak boleh sekat kebaikan dan kemakmuran akan lebih gemilang di zaman pemerintah selepas Tun.

Tun kena serahkan sepenuhnya kebijaksaan Pak Lah menguruskan negara mengikut cita rasa dan gaya berlainan dari gaya Tun.

Dan akhir sekali, Tun kena sedar, bahawa Pak Lah tidaklah ‘ lembek’ dan mudah ‘menjadi proksi’ Tun seperti sangkaan Tun sebelum ini !

Kerana Pak Lah akan membuktikannya dan ia semakin nyata dalam pandangan kita …

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s