Isu Buku 50 dan 70 dalil Anwar dan Abdullah

E-BOOK 70 Dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara adalah tindakan terbaru yang terjadi ketika mana Anwar juga telah difitnah dengan cara yang sama iaitu buku 50 dalil Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri 10 tahun yang lalu. Ia natijah politik keterlaluan hingga menimbulkan isu isu sensitif yang mungkin benar atau mungkin tidak sebenarnya. Bahkan Najib juga dikejutkan dengan dengan 100 dalil tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Sepatutnya membongkar peribadi tidak harus dilakukan. Jika dibuat ia tanda kita suka keburukan dijadikan bahan tontonan. Sebab itu Islam menyuruh mendiamkam diri dari mencari kesalahan orang lain, mencela dan juga menyebarkannya kepada khalayak ramai. Jika mengikut pendapat ulama , haram didedahkan aib dan kemaluan seseorang walaupun dia melakukan dosa besar asalkan dia melakukannya secara sembunyi seorang diri.

Namun ia telah ‘ diperbaharui ‘ sekarang ini menerusi fatwa Presiden PAS Hj Hadi Awang sendiri yang membenarkan perbuatan mengumpat di dalam mendedahkan sikap sebenar seseorang pemimpin itu agar rakyat tidak tertipu dan terpedaya dengan akhlak buruknya.

Jika buku 70 dalil tentang Pak Lah ini tiada nama pengarangnya namun buku yang ditulis oleh Khalid Jafri bulan Mei tahun 1998 jelas dicatatkan namanya yang berani mendedahkan skandal bakal PM Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hingga heboh satu negara tentang buku tersebut.

Meskipun beliau sudah meninggal dunia pada 25 Ogos 2005, dan disaman 4.5 juta oleh Anwar ( berita), ia sebuah hasil tulisan yang bebas dibaca dan kita kena tapis semula kandungannya samada betul atau tidak.

Dan yang jelas, ( jika palsu ), ia satu fitnah maha dahsyat bagi menjatuhkan pemimpin antara yang dikatakan hebat pernah dilahirkan oleh negara kita iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim !

Pendapat penulis sendiri, Wallahu Allah Taala A’lam. Yang penting kita berbaik sangka dengan sesiapa sahaja dan termasuk DSAI..

Meskipun kebebasan menulis melalui blog adalah bertepatan dengan hak demokrasi yang memberi kebebasan kepada sesiapa sahaja bercakap apa yang dimahukannya. Namun dari segi agama ia tidak bebas kerana masih terikat dengan dosa pahala dan balasan di dunia jika mendatangkan murka Allah Taala.

Begitu juga dakwaan yang dikumpulkan dalam 70 dalil Pak Lah hilang kelayakan memimpin negara juga satu cubaan pihak tertentu yang bertopengkan nama Ahli UMNO Kedah dengan bantuan malaysia Today yang berbesar hati menyebarkannya di alam siber.

Ia jelas bagi melemahkan imej Islam Pak Lah yang komited mempertahankan Islam Hadhari beliau seperti mana DSAI dengan Islam Madaninya. Dan menyedihkan kita, ahli PAS turut sama menyebarkan karya tidak bermoral seperti itu di blog blog mereka.

Antara contoh blog yang menjadi tempat menyimpan dalil tersebut

1. http://promahathir.blogspot.com/2006/12/70-dalil-pak-lah-hilang-kelayakan.html

2. http://www.scribd.com/doc/39206/70-dalil-Pak-Lah-hilang-kelayakan-memimpin-negara

3. http://halimislamic.blogspot.com/2007/04/70-dalil-pak-lah-hilang-kelayakan.html

4. http://beritadarigunung.blogspot.com/

5. http://arahkita.blogspot.com/2006/11/bila-semuanya-ada-dalil.html

RINGKASAN 70 DALIL PAK LAH HILANG KELAYAKAN MEMIMPIN MALAYSIA ( artikel asal )

1.Dato Seri Abdullah Badawi atau Pak Lah adalah seorang individu yang tidak minat membaca.

2.Apabila pengetahuannya terhad maka asas pertimbangannya tidak konsisten dan mengakibatkan kelemahan dalam memutuskan perkara penting dan kritikal.

3.Disebabkan kelemahan tidak tahu-menahu apapun, beliau terpaksa bergantung kepada nasihat orang yang beliau senangi iaitu ahli keluarga dan kenalannya.

4.Kelemahan ini menyebabkan beliau mudah terpengaruh dengan ahli keluarga dan penasihat yang terdekat itu. Urusan negara dan urusan Kerajaan sudah bertukar menjadi urusan keluarga.

5.Selain daripada penasihat ‘tidak rasmi’ daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat tertentu Pak Lah sebagai Perdana Menteri tidak melantik Penasihat Rasmi di Jabatan Perdana Menteri atau di Kementerian Kewangan.

6.Peranan Penasihat Rasmi pernah menjadi ‘check and balance’ di mana Penasihat Rasmi bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan semua maklumat dan pendapat untuk memastikan sama ada sesuatu keputusan itu selaras dengan dasar

Kerajaan atau tidak – sebelum memberi nasihat secara bertulis kepada Perdana Menteri.

7.Sebaliknya penasihat ‘tidak rasmi’ seperti anak, menantu dan sahabat tertentu tidak terikat dengansebarang pertanggungjawaban atau ‘accountability’ seperti ini.

8.Maka apabila terjadi keputusan kontroversi beliau sering berkata, “Saya tidak tahu, Saya tidak pasti atau Saya tidak sedar” dan alasan lain. Sebabnya ialah keputusan itu memang bukan hasil pemikiran beliau tetapi adalah nasihat daripada penasihat ‘tidak rasmi’

yang tidak mempunyai tanggungjawab atau ‘official responsibility’.

9. Dalam banyak hal pula orang yang menasihatkan beliau itu mempunyai kepentingan sendiri pula. Ini sering menimbulkan implikasi yang tidak baik yang mengundang kontroversi.

Bagi penulis, Anda boleh saksikan sendiri tidak sampai sepuluh isu, tidak ada satupun yang releven kepada tajuk hilang kelayakan memimpin Malaysia. Yang jelas mereka hanya membanyakkan nombor di dalam setiap perenggan bagi memberi imej negatif kepada Perdana Menteri Malaysia dengan angka yang tinggi hasil dalil dalil bersumberkan nafsu serakah dan mazmumah…..

Tajuk sepatutnya di atas ialah ‘ Penulis Buku Yang Hilang Kawalan Akalnya ‘ kerana mengulang isu yang sama di nombor berbeza bagi membangkitkan kemarahan orang ramai kepada Pak Lah.

Dan kesediaan Malaysia Today menyiarkan artikel sampah seperti ini adalah satu tindak tanduk yang mengundang prasangka.

Adakah Malaysia Today akhbar bebas laporan berita online atau akhbar rasmi pengadu domba online utama di Malaysia???

Begitu juga anda dapat melihat bagaimana isu isu dibangkitkan dan disebar kepada umum yang tidak sahih meskipun pernah dibicarakan di mahkamah, berkenaan 50 dalil Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri.

Anda dapat melihat di bawah ini satu persatu tindakan memburukkan sesama Islam yang mana jika benar sekalipun, ia tidak wajar disebarkan kerana ia adalah aib individu yang perlu ditutup oleh kita, bukan menyebarkannya ! Ia hasil dari politik yang melampaui batas hingga menjatuhkan maruah sesama saudara seagama dan sebangsa …

Ringkasan Isi 50 dalil Anwar tidak boleh menjadi Perdana Menteri ini dipetik dari : ( klik sini )

Anda boleh lihat sendiri betapa teruknya di bawah ini ringkasan isi tulisan tersebut yang mencemar maruah DSAI …Antaranya :

1 DENDAM KESUMAT 2 PENENTANG 3 PECAH DAN PERINTAH 4 SUMPAH BOHONG 5 JAHANAMKAN MAHATHIR

6 CAKAP TAK SERUPA BIKIN 7 BAPAK RASUAH 8 KELUARGA ROSAK 9 LARIKAN ANAK DARA

yang lain lain lagi anda tengoklah sendiri kerana tidak perlu dijelaskan semua sekali di sini atas dasar tidak patut dan tidak perlu.


à Kesimpulannya, dakwaan kepada orang berpotensi menjadi ‘ Perdana Menteri “ seperti DSAI atau telah menjadi Perdana Menteri seperti Pak Lah ini , adalah senjata pihak yang mahu nama beliau tercemar. Mungkin kebencian yang meluap luap itu akan menjadikan mereka sanggup menfitnah dan mengkejinya hingga sebegitu rupa. Yang menariknya kedua mereka beridentitikan Islam dan kita tidak pasti kenapakah persamaan ini bertemu …


Sebagai seorang Islam dan warga negara bertanggungjawab, sikap menabur fitnah sebegini sangat bahaya meskipun imengata dan mengumpat dibenarkan oleh Hj Hadi Awang dan Nik Aziz, iaitu rakan sekutu DSAI sendiri dalam Pakatan Rakyat, atas dasar umpat . Padahal mereka membelitkan kenyataan bahawa ia HARUS ketika mengadu kepada hakim ( dalam situasi terkawal penyebaran aib orang diumpat tersebut ).

Baginya halal mengata dan mengumpat agar rakyat tidak akan terpesong memilih pemimpin sejati yang ingin menegakkan Islam sejati di dalam diri keluarga dan masyarakat semuanya..Itupun jika ada keaiban pemimpin PAS disebarkan mungkin beliau akan menarik balik kehalalan tersebut.

Kita fikirkanlah apa sahaja dan di mana mana atau dengan siapa yang kita baca atau dengar pendapatnya…selepas itu tepuklah dada tanyalah iman kita ianya benar atau tidak ! Jika ada hukum HUDUD zaman ini tentu penulisnya akan dikenakan hukuman qazaf jika tuduhan itu tidak benar.

Moga anda tidak sama sesat seperti kebanyakan orang sesat di akhir zaman yang gelap gelita fitnahnya ini seperti isyarat dari Nabi dalam hadis baginda yang suci tentang perkara ini.…….

‘ Dan balasan kejahatan, ialah kejahatan seumpamanya,

barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya diberi Allah Taala ‘

One thought on “Isu Buku 50 dan 70 dalil Anwar dan Abdullah

  1. dearest lynda says:

    nah!!
    product yg paling buduh nih!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s