AA, bukan bateri tetapi dua nama besar yang bermimpi di siang hari

AA, bukan bateri tetapi dua nama besar yang bermimpi di siang hari

Saya menulis artikel ini selepas membaca bagaimana artikel di KL POS yang menyiarkan analisis bertajuk : Katakan apa saja tentang Anwar namun Anwar tetap Anwar. Tulisan Oleh Ariffuddin Ishak / petikan dari akhbar mStar tarikh Khamis, 24 April 2008..

Saya tertarik kerana terdapat persamaan nama awalan dua tokoh rapat dikatakan hebat hingga sanggup ke penjara kerana mempertahankan prinsip perjuangan gagasan mereka. Sekarang di saat saat mimpi indah ini, A yang muda telah dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri jika memerintah nanti , kata penulis tersebut..

Meskipun terdahulu sebelum itu, seorang rakan rapat mereka yang tidak sama nama depannya, telah mengundur diri dan merajuk dari arena politik parti lambang satu mata. Gara gara si A muda tadi telah dilebihkan dari si E hingga mengecewekannya…Sekarang si E giat dengan NGO yang juga aktif memperjuangkan agendanya.

Jika tidak, tentu mereka boleh dikumpulkan sekali dengan tajuk AAA dot dot dot seperti di atas…

Rupa rupanya percaturan politik parti bermata satu itu memang jelas… Menjadikan A kedua sebagai Timbalan Perdana Menteri… dan kawan kawan barua lain akan diketepi..

Saya ketawa gelak seorang diri kerana kesiankan nasib bakal menimpa ‘kuda tunggangan’ mereka berdua dari parti cap roket yang kuat kecinaan dan parti cap bulan yang jelas keislamannya…Mereka tak ada peluanglah menjadi timbalan atau setaraf dengannya jika Pakatan Rakyat menang dan memerintah Malaysia. Ketika itu si A tua akan menunjukkan belangnya. Dan mereka yang baru sedar menjadi tunggangan parti bermata satu itu akan terkejut, kerana tiada disangka perancangan mereka akan berakhir sebegitu rupa.

Anda tentu boleh mengagak mana satu yang kena !

Jadi, apa yang saya lihat ialah hasrat menggunung tinggi AA di atas di dalam merencana perjalanan politik mereka hingga ke peringkat tertinggi dalam pentadbiran negara. Hingga lahirlah artikel yang saya sedang ulaskan di atas…

Jika artikel tersebut dibaca rakan rakan mereka dalam pakatan yang diletakkan rakyat di atas ( adik beradik bank rakyat dan sekolah rakyat ) tentu mereka akan mengundur diri dari terus menjadi ‘kuda tunggangan’ yang memang enak ditunggang tetapi akan dilupa apabila sudah tiba di destinasinya.

Jika E yang kuat berjuang hingga merengkok dalam penjara boleh diketepikan , maka tidak menjadi masalah besar untuk A tua menendang sepuas puasnya rakan rakannya hari ini hingga dia akan menukar diri lagi kepada bentuk baru yang mungkin anda tidak pernah kenali dan sangka ia akan terjadi….

Lihat gambar bersama bekas Presiden Bank Dunia , A yang muda itu sentiasa ada bersama. Ketika mana A pertama menemui utusan luar negara, pasti kelibat A kedua ada bersama. E tidak ada. Mungkin sukar menyimpan rahsia atau apa entah kita tidak juga pasti sebabnya. Cuma mungkin kekurangan pada nama depan menjarakkan hubungan hingga si E telah membawa diri jauh dari terus memberi sumbangan kepada parti mata tadi.

Kenapa saya tidak suka menulis nama mereka? Kerana mereka lebih kurang sama dengan bateri yang ada had dan hari…Kan lebih mudah saya tuliskan A sahaja kerana mencontohi mereka yang nampak dengan mudah juga ingin naik ke puncak jawatan negara.

Hasut rakyat tentang kerajaan, pasti mudah menjadi popular. Buat blog hentam kerajaan pasti ramai akan datang. Kutuk kuat kuat lepas tu letak iklan boleh dapat habuan bulanan hingga ada yang dikatakan mendapat ratusan ribu sebulan kerana orang seperti anda yang suka datang …

Kerana apa ? kerana berjaya menarik minat rakyat hingga tiada lagi masa ruang disia siakan selain dari mengutuk Pak Bedolah agar turun dari terus menjadi Perdana Menteri.

Ada Cina berkata kepada kawan saya, jika lu mahu jadi wakil rakyat, masuklah DAP ,PKR atau PAS. Nanti senang dipilih kerana mudah menjadi Yang Berhormat. Kerana mereka tidak ramai ahli.

Agak saya meskipun negara sudah adil dan saksama, selagi pangkat dan jawatan tidak menjelma di hadapan mata tentu mereka berdua akan terus dan terus kata ‘ Lawan tetap lawan ‘

Saya tidak mendapat arahan atau wang menulis di sini tetapi bukankah sekarang zaman blogger menulis dan mengkritik siapa sahaja, maka saya pun turut sama ingin bersama mereka. Tetapi bukan menyokong Pakatan Rakyat, bahkan mencuci kotoran fitnah dan dusta kata kata mereka.

Anda sudah membaca Berita Online MalaysiaKini hari ini sudah memohon maaf atas fitnah kepada menantu Pak Lah?? Akhbar yang pernah juga dikenakan tindakan tetap sama juga menyiarkan berita tanpa usul periksa seerti mana kes kes sebelum ini yang melibatkan pihak berkuasa.

Mungkin ia satu tindakan bijak bagi mengelak dari disaman 100 juta atau 7 juta seperti RPK ..Mana cukup donation dari pembaca untuk membayar yuran peguam dan juga saman yang memang jelas di depan mata. Kecuali ada NGO luar negara bersedia membela mereka…

Mungkin V of N boleh rasanya…Apa erti huruf V dan N ? Rasanya yang menerima tahu siapa yang memberi…Ini pun penulis dengar dari gosip gosip dunia politik…

Tidak salah menerima dana dari luar negeri yang mengatakan mereka menyokong kebebasan bersuara. Tetapi jika ia bertopengkan kebebasan demokrasi bagi menghentam kerajaan hingga lebam dilanyak saban hari, ia bukan lagi demokrasi. Ia dekorasi kepada kebaikan kerajaan melalui tulisan hingga dilihat di mata akal rakyat , kebaikan di dalam bentuk kezaliman semata mata.

Sebab itu menulis sama dengan berkata kata. Ia satu cara menggambarkan mengikut apa yang kita kehendaki.. dan tentunya dalam hujah ada logik dan ada tidak logik. Ada fakta benar dan ada yang salah..

Tetapi yang kasihannya rakyat kita tidak suka mengkaji…Yang membaca pun tidak ramai…Yang ramai , mengikut membuta tuli sesiapa sahaja yang membawa berita.

Ibarat tok nenek dan sanak saudara di kampung mendengar berita dari cucu pulang dari kota raya, tentang kisah rakyat memberontak kepada kerajaan. Rakyat sudah kembali membuat demonstrasi. Rakyat telah disembur dan dipukul sesuka hati. Ia dipimpin oleh AA yang turut disokong kawan mereka dari parti roket dan bulan..

Tambahan pula di kawasan presiden parti bulan sendiri mengetahui rakyat ditembak dengan peluru hidup hingga nampak bagaimana zalimnya negara di bawah Imam Hadhari sekarang ini. Hingga polis tidak lagi melindungi rakyat bahkan sanggup mencederakan rakyat dengan tembakan menggunakan peluru hidup yang boleh membunuh sesiapa sahaja.

Maka tok wan tok ngah dan pak long serta rakyat di kampung itu akan fikir dengan fikiran yang sama. Mereka fikir kerajaan Pak Lah zalim. Kerajaan Pak Lah kejam.

Lalu kisah tadi dibincangkan di kedai kopi selepas selesai mengadap Tuhan…Maka hujah anak muda kerja di kota besar tadi akan diguna. Hingga satu kedai akan termakan dengan dakyah dan propaganda percuma yang tiada di media massa kelolaan negara.

Apatah lagi sebelum itu di kuliah kuliah agama oleh ustaz ustaz tok tok guru politik pun turut sama menyindir dan berkias kepada kezaliman kerajaan sedangkan niat mereka sebenarnya ingin mendapatkan sokongan rakyat agar menjadikan mereka sebagai wakil Yang Berhormat. Maka fakta dikelirukan dan dalil dalil diselaraskan mengikut hawa dan nafsu semuanya. Jika tidak ada golongan berdusta menggunakan agama, tentu kita tidak akan mendengar hadis nabi tentang kategori ulama yang digelar dajal kerana menyesatkan umat…ulama jahat atau ulama suu’ .

Selepas itu tiba saat pilihanraya, tok wan nenek pak long mak long semua berkata, kita pangkah parti bulan, roket dan cap satu mata asal jangan dacing yang sudah nampak di sebalik cermin kaca mata, sudah lari timbangannya.

Itulah politik di Malaysia dan itulah sikap orang orang kita…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s