Isu Kerbau laga di Kelantan dan pembangkang ‘berlaga’ di Parlimen

Jika kerbau laga mengamuk 3 jam sebelum ditembak 15 das di negeri Serambi Mekah, Kelantan 22 April lepas telah menarik minat kita, kelmarin laporan akhbar utama memaparkan manusia bergelar Yang Berhormat mengamuk dan ‘berlaga’ di Parlimen.

Ada beberapa perkara menarik berkaitan cerita kerbau, YB dan Parlimen serta kejadiannya yang berlaku sejurus sahaja ‘ kandang ‘ Parlimen dibuka..Selepas begitu menjaga tatasusila warga Malaysia yang dihormati sepanjang kehadiran Tuanku Dipertua Agong semasa upacara persidangan, mereka seolah olah melepaskan segala geram dan dendam sesama sendiri selepas bermula persidangan hingga keluar ayat bigfoot dan bigmonkey yang begitu menggelikan hati sesiapa yang mendengar keletah mereka.

Siapa tidak kenal Karpal Singh yang dulu pernah berkata; langkah mayat saya dulu jika ingin menubuhkan negara Islam ala Pas ( jangan baca : Alagapas ) meskipun sekarang sudah dapat bersama dan saling ‘ berdakapan ‘ dalam pakatan dinamakan Pakatan Rakyat. Semua kerana mereka sudah serasi bersama menuju satu cita dan satu matlamat iaitu Juara Akademi Fantasia Jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Bersama pakatan mereka ialah penasihat parti cap satu mata ( yang sama dengan lambang gerakan FREEMASON Yahudi ) yang pernah menjawat jawatan kedua tertinggi negara dan pernah juga meringkuk penjara sabitan kes liwat, dan salah guna kuasa hingga digelar oleh pengkritiknya dengan Al Juburi.

Begitu juga tidak perlu diceritakan siapa dia Ibrahim Ali yang dijuluk dengan gelaran popular Al Kataki ( katak lompat ) yang dikatakan memang suka menggelarkan rakan baiknya Mat Sabu PAS dengan panggilan manja Al Khalwati ( kerna kes khalwat )…

Menariknya makhluk tiada akal bernama kerbau telah mengamuk di sebuah bandar kecil Pasir Puteh ekoran kalah berlaga. Dan makhluk yang dikatakan pandai akalnya hingga layak digelar Yang Berhormat, turut sama berlaga dengan kata kata di dewan rakyat yang mulia…

Mungkin kerbau di atas ingin menunjukkan kehebatannya selepas kalah bertarung, kata bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, A Aziz Deraman dalam Sinar Harian, edisi Khamis 1 Mei 2008 tajuk : Nilai moral seekor kerbau mengamuk. Tetapi, jika YB ? apa yang mahu ditunjuk sebenarnya ? Sikap suka berlaga dan mencerca ???

Lagi menarik laga antara manusia terhormat disiarkan secara langsung kepada jangkauan 28 juta penduduk Malaysia ( tidak termasuk jiran kita ) yang turut sama menjadi siaran langsung pertama sejak merdeka, persidangan Dewan Rakyat Malaysia di bawah kendalian Speaker Baru Dewan pertama dari negeri bawah bayu iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pelajar pelajar turut terpinga pinga ( seperti laporan utusan ) dengan siaran perangai keanakan YB di atas yang mana peringkat awal sekarang, hanya diberi ruang setengah jam, sebelum ia dikatakan akan ditarik balik jika sikap ‘berlaga’ di Parlimen diteruskan oleh Ahli Yang Berhormat, seperti kenyataan Datuk Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dalam akhbar hari ini..

Namun yang peliknya, di tengah tengah keributan ‘laga’ tersebut, Lim Kit Siang nampaknya tidak sensitif dan merasa bersalah dengan kelakuan kawan seangkatannya dari BN dan DAP yang telah mencetuskan ‘ laga ‘ sesama sendiri hingga memalukan imej dan syakhsiah seorang yang bergelah Ahli Parlimen.

Beliau dengan terang dan lantang seperti kebiasaannya meminta siaran langsung dipanjangkan untuk merangkumi perbahasan kerana ia menunjukkan kemampuan sebenar Ahli Parlimen. Wah, macam persembahan pula nampaknya sidang di parlimen itu !

Kita tidak kisah pembangkang dan kerajaan berlaga sesama sendiri tetapi kita sangat kisah jika ia dipancarkan ke seluruh negara dengan memberi imej yang buruk kepada institusi penting bergelar Parlimen dalam perlaksanaan dan penggubalan undang undang di Malaysia. Justeru, kita sendiri boleh berfikir rasional kenyataan sesetengah MP yang mahukan ia disiar secara langsung hingga memanjangkan waktunya meskipun pada masa yang sama mereka sendiri nampaknya tidak bersedia dengan fizikal dan mental, hingga merosakkan sidang rakyat walaupun telah diberi peluang beraksi di hadapan kamera secara langsung ke seluruh negara.

Jika tidak malu dengan pelajar pelajar yang hadir , malulah sedikit kepada pengundi pengundi kawasan masing masing yang tentu tidak menyangka peluang menyaksikan perbahasan di Parlimen telah bertukar kepada pertunjukan sarkas percuma di saluran tv mereka. Tentu ia tidak berbaloi dengan kos berjuta ringgit membuat siaran langsung untuk rakyat kerana natijahnya rakyat hanya dipersembahkan sebuah pementasan lawak yang dilakonkan dengan berjaya oleh beberapa YB yang tidak sedar bahawa mereka bukanlah pelajar Akademi Fantasia tetapi Ahli Dewan Parlimen yang mana perlu serius di dalam membangkitkan isu isu rakyat dan bukannya ber’laga’ sesama sendiri kerana tidak puas hati.

Moga esok tidak akan menjadi hari gelap bagi YB samada dari pembangkang atau kerajaan kerana setiap detik sangat berharga di dalam membincangkan isu dan tajuk perbahasan yang dikemukana.

Hati hati dengan nasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang ada berkata ; jangan buat saya halau mereka !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s