Isu Ketuanan Melayu ; Isu Mengekalkan Raja Yang Menjadi Payung Rakyat Jelata.

Karpal Sing biadap lagi. Menghina Raja yang sah dari segi perlembagaan. Menempelak tindakan Sultan Perak yang mengarahkan tindakan menukar Pengarah JAIP serta merta dalam tempoh 24 jam.

Rakyat telah marah. Laporan telah dibuat dan badan NGO turut membidas tindakan biadap Karpal tersebut.

Isu ini didiamkan sahaja oleh kawan sepakatan yang tidak menjaga rakyat yang sangat setia dengan Raja mereka. Tiada suara menyokong kenyataan Karpal Singh dari pakatan rakyat samada PAS atau PKR.

Isu menjaga ketuanan Melayu sama dengan kata menjaga Kedaulatan Raja. Sebarang tindakan menidakkan ketuanan Melayu sama dengan tindakan ingin menggugat kedaulatan Sultan Sultan Melayu yang wujud secara sah dari segi undang-undang hingga tidak dapat dibuang keistimewaan Sultan tersebut meskipun dibuat undian Dewan Rakyat dan mendapat majoriti sokongan ahli dewan.

Kecuali apabila Raja sendiri tidak mahu menjadi penerima keistimewaan tersebut.

Yang jelas, revolusi menjatuhkan Raja Raja telah didokongi bangsa Melayu sendiri yang beragama Islam. Dengan hanya mereka tidak seberapa berani Karpal Singh di dalam menghina Raja dengan mengatakan bahawa PR mendapat sokongan rakyat dan Raja tidak berhak mencampuri urusan pemerintahan mereka.

Ini kata kata rakyat biasa yang ingin menjadi seperti ‘Raja’. Tanpa menyedari bahawa peruntukan undang undang tetap menetapkan bahawa Raja turut sama terlibat sama dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Jika anda benar benar faham, keruntuhan Melayu akan membawa kepada keruntuhan Raja yang selama ini menjaga agama Islam selama ini. Raja jika dijatuhkan seperti gerakan yang menjatuhkan Ratu Sepanyol maka kita akan melihat Raja akan hilang fungsinya sebagai tonggak kedaulatan Islam.

Inikah yang dikehendaki PAS dan PKR ? Islam jatuh di tangan tangan mereka yang ingin menjadikan negara ini untuk semua Malaysian ? adakah tidak cukup keistimewaan yang telah diberi kepada bangsa yang bermigrasi ke Malaysia awal kemerdekaan dan sebelumnya satu ketika dulu ?

Cuba lihat Perkara 10 Fasal 4 ;

Fasal 153 : Hak Istimewa

Fasal 181 : Raja

Fasal 152 : Bahasa Melayu

Fasal 14 : Warganegara

Fasal 3 : Islam

Di situ fakta yang anda kena rajin rajinlah mencari di internet tentang ulasan mengenainya. Dan sebarkanlah kepada anak bangsa Melayu Islam kita agar tidak lagi terpengaruh dengan isu isu yang membawa kepada keruntuhan MELAYU, ISLAM dan RAJA kita hingga akhirnya anak cucu akan terpaksa berhimpit himpit dengan bangsa pendatang yang sememangnya sudah jelas ingin menguasai kuasa politik Malaysia yang mana merupakan warisan terakhir yang kita ada selepas kehilangan penguasaan ekonomi kepada bangsa Cina.

Artikel ini bukan perkauman namun nasihat sesama bangsa dan agama Islam sahaja…Dan jika anda Cina sekalipun tidak perlu bimbang kerana anda sudah banyak menikmati keistimewaan dan tdak perlu mengungkit kembali jika tidak puas hati dengan peruntukan yang diberikan kerajaan sekarang..

Jika tidak, elok rasanya anda kembali ke negara nenek moyang kerana tidak berterima kasih kepada nikmat yang telah banyak diberikan Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s