Raja Petra, korban terbesar menutup kelemahan Pakatan Rakyat

Kita belum lagi menyambut raya korban kerana kita belum lagi sampai ke bulan Ramadhan yang mendahului Zulhijjah..

Apabila raya korban sampai, ia menandakan kita sudah sampai waktu mencari korban menandakan ketaatan kita kepada Allah Taala . Meskipun memerlukan wang dan usaha yang bukan sedikit.

Namun, ‘korban’ Pakatan Rakyat sudah di’sembelih’ sebelum hari raya korban lagi. RPK , blogger yang telah disaman hingga tersebar kisahnya seantero dunia kerana menyiarkan fitnah kepada Tan Sri Nordin Kardi dan UUM atas dakwaan memiliki sijil palsu adalah calon korban yang sesuai menjadi sasaran.

Setelah tamat tempoh 50 hari berbulan madu, Pakatan Rakyat sudah mula gusar janji janji belum lagi dilaksana. Dan pilihan terbaik mereka ialah RPK yang perlu membuktikan kesetiaannya persis nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika menerima perintah menjalankan ibadat ‘korban’ kerana Allah Taala .

Selepas memburukkan nama Keadilan Rakyat dengan krisis imej yang teruk di atas, Si Peter perlu dikorban kerana menjatuhkan maruah DSAI dengan mencalit arang di muka beliau dan semua penyokong penyokongnya.

Maka, akhirnya RPK merelakan diri menjadi ‘korban’ untuk dimakan dagingnya oleh ahli ahli yang lain dengan menjadikan tindakan dipenjara kerana enggan membayar jaminan setelah kelaparan isu dan bagi menutup ‘bau bangkai’ janji janji manis seperti madu namun beracun hingga mengorbankan keistimewaan Islam Melayu.

Lihatlah ‘korban’ ini akan menjadi ‘baja’ bagi meraih sokongan rakyat yang sudah mula goyang di saat saat isu MB Perak dihentam dengan begitu teruk hingga mencemar maruah dan ketuanan Sultan Perak, kerana membelakangi baginda di dalam membuat keputusan berkaitan agama Islam di sana.

‘Korban’ bagi kepentingan peribadi seseorang yang ingin menjadi Perdana Menteri !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s