Undi Sesaat yang Menjatuhkan Martabat Islam Raja dan Bangsa kita !

Kita sangat kecewa. Undi yang sangat mahal disia siakan begitu sahaja..Atas dasar sentimen anti nasionalisme kebangsaan kepada Malaysia Baru tajaan Anwar Ibrahim yang menyamaratakan antara bangsa hingga tidak sedar kita juga telah menggadai pusaka bangsa melayu Islam kita yang terjaga selama ini.

Adakah 50 tahun merdeka sudah cukup untuk agama dan bangsa serta Raja yang menjaga agama Islam ini ? Adakah generasi muda sekarang begitu suka jika semangat DAP iaitu Malaysian Malaysia disebarkan sesama kita. Atau tuntutan IFC dipraktikkan di negara kita hingga mualaf dibenar keluar agama Islam bila bila masa….

Jika anda kata , ya maknanya anda tidak faham sejarah bangsa Melayu dan asal kemerdekaan.

Anda juga tidak faham berkenaan Perkara 10 Fasal 4 Undang Undang Malaysia antaranya ;

Fasal 153 : Hak Istimewa

Fasal 181 : Raja

Fasal 152 : Bahasa Melayu

Fasal 14 : Warganegara

Fasal 3 : Islam

Apa yang difahami pengundi saluran 3,4 dan 5 yang menjadi faktor kemenangan pembangkang pilihanraya lepas ?

Apa yang diceritakan kepada golongan tua di kampung dan dibaca golongan cerdik pandai di bandar menerusi internet oleh parti pembangkang ?

Yang jelas, Melayu yang menjadi majoriti di Perak , yang mengundi Pakatan Rakyat tidak mendapat keistimewaan di dalam bilangan EXCO Kerajaan Negeri di sana ?

Di manakah Presiden PAS yang beria ia menyokong Pakatan Rakyat kerana mahukan kuasa atas dakwaan ingin memperjuangkan Islam namun DIAM ketika DAP menggunakan kuasa memilih jumlah bilangan EXCO di negeri tersebut ?

Rupa rupanya pengundi Melayu memang mudah terpedaya. Terpedaya dengan jubah dan serban PAS hingga ikut sama menjadi penyokong kepada gerakan memperjuangkan bangsa CINA dan INDIA yang mana menjadi tetamu negara kita sebenarnya, dan sudah diberi keistimewaan keistimewaan sebagai warganegara..

Jika benar ingin memperjuangkan Islam kenapa mudah diajak untuk mengikut parti yang terkenal dengan sikap ‘cauvanisme’ dan PKR yang ditegakkan atas dasar ingin mengliberalkan agama hingga tiada lagi keistimewaan Islam !

Apakah itu matlamat ‘Negara Islam PAS ‘ … Atau sekadar impian yang menjadi fantasi pengikut pengikut PAS yang sudah terpedaya dengan janji janji yang tidak ditunaikan sejak dulu hingga kini?

Anda fikirlah sendiri dan buat kajian tanpa ada emosional bahkan berdasarkan fakta fakta yang jelas dari sumber yang sahih .. Fikirlah bagaimana takrif Melayu itu sendiri iaitu :

Agama Islam

Bertutur dalam Bahasa Melayu

Mengamalkan istiadat Melayu

Dan fikirlah bagaimana PAS dan PKR tidak sedar tentang takrif di atas hingga tergamak menjadi sebahagian penganut fahaman baru ‘Malaysia untuk Malaysian’ hingga tuan asal tanah Malaysia akan tenggelam di dalam pelukan mesra mereka yang sangat licik di dalam memainkan sentimen dan fakta hingga menjatuhkan Raja, Bangsa dan agama Islam kita semua !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s