Mana Ahli Pakatan Rakyat yang lain ?

Itu soalan yang timbul di dada penulis tatkala melihat gambar Hj Hadi dan barisan ahli parlimen PAS yang lain. Mereka bergambar ketika melancarkan tabung untuk mangsa taufan Nargis yang telah melanda Myanmar minggu lepas. Hingga kini dikhuatiri puluhan ribu telah terkorban akibat taufan dahsyat tersebut.

Perdana Menteri turut melancarkan kempen bantuan kemanusiaan sehari sebelum itu yang mana dianjurkan oleh kementerian Luar dan RTM. Berita lanjut klik sini

Pelik bin ajaib. Tiada langsung kenyataan tentang kehilangan ahli pakatan yang turut sama berkongsi idea ke arah mewujudkan negara Malaysia yang adil dan saksama. Nampaknya mereka seolah-olah tidak dapat berkongsi pada bab memberi bantuan dan sokongan kepada negara miskin seperti Myanmar.

Jika tidak dijelaskan perkara ini, tentu ada yang buat kesimpulan sendiri nanti. Kita bimbang ada yang akan mula membuat spekulasi bukan bukan hingga merugikan pakatan yang baru mula hidup di dalam demokrasi Malaysia ini. Tentu kegembiraan pengundi Pakatan Rakyat akan bertukar kepada mimpi ngeri yang tidak akan diulang kembali ekoran kepercayaan mereka kepada PKR DAP PAS telah dihancurkan begitu sahaja dengan tindakan emosi sesetengah pemimpin dalam Pakatan tersebut.

Jika PAS yang turut menyumbang kepada kemenangan besar di beberapa negeri pilihanraya lalu diketepikan sekarang, ia menandakan PAS tidak diperlukan oleh Anwar dan Lim Kit Siang bagi membina negara baru Malaysia. Kehadiran PAS tidak ubah melukut di tepi gantang dan hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

Ini pun jika benar sudah timbul penyisihan secara halus atau mungkin juga kita buat kesimpulan lain bahawa PAS sudah menyisihkan diri sendiri dari membuat kerjasama dengan komponennya.. Isu Karpal mungkin dirasakan oleh PAS tidak begitu membantu mengekalkan imej positif mereka di kalangan pengundi yang sudah berpecah kepada kelompok sayangkan Raja dan kelompok tidak kisah kedaulatan Raja asalkan kepentingan mereka terbela.

Kenyataan Nik Aziz mengatakan tindakan Karpal boleh dianggap penderhaka tentu telah merenggangkan serba sedikit hubungan antara mereka barangkali. Meskipun pahit tetapi Nik Aziz tetap menyelar Karpal yang memang tidak sebulu dengan dirinya meskipun ada insan bergelar tok guru juga asyik membuat kerjasama dan peluk memeluk dengan pemimpin dari parti yang dibanggakan golongan Cina dan India itu.

Ibrahim Ali pun dah mula ’berkokok’ menyelar tindakan pemimpin Melayu PKR yang tidak memberi sebarang reaksi sedikitpun berkenaan isu Karpal menghina Raja Melayu termasuk mempersoalkan titak Agong semasa sesi perasmian sidang Parlimen baru baru ini. Terkini Dewan Diraja Selangor juga turut mengkritik tindakan Karpal yang dilapor telah menuduh Sultan Sharafuddin Idris Shah mencampuri urusan badan eksekutif di negeri itu.

Semakin hari semakin banyak isu dibangkitkan. Akhirnya media juga yang akan menjadi ’ kambing hitam’ seperti tuduhan dari Husam Musa berkenaan isu Karpal yang dianggap sebagai permainan media yang sengaja membesar besarkan isu tersebut.

Kapal yang dinaiki Tiga Tidak Bersaudara ( Hadi, Anwar dan Karpal ) akan karam nampaknya. Pakatan Rakyat hanya nama tidak pada perlaksanaannya. Pakatan yang layak disebut Pakatan Gila Kuasa.

Marilah kita mengundi lagi kepada Pakatan Rakyat ini agar semakin banyak lagi tuduh menuduh dan dakwa mendakwa sesama mereka selepas mendapat undian rakyat hingga tenggelamlah isu isu manifesto yang gagal ditunaikan dengan persembahan ’teater’ lakonan mereka sendiri itu….

Jumpa lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s