Selangor berdalih lagi…janji hanya tinggal janji !

Memang mudah berjanji. Jika isu air dikatakan dibuat oleh PAS dan PKR tanpa persetujuan DAP, isu insentif RM 1000 kepada mana mana anak Selangor tidak mengira kaum telah menjerat diri Kerajaan Selangor bawah Pakatan Rakyat…

Hari ini Utusan melaporkan ( berita klik sini ) bagaimana janji telah tinggal janji. Sepatutnya semua anak Selangor diberi peluang mendapat apa yang dijanjikan, tetapi alasan dan dalih menjadi jawapan kenapa bantuan itu dihadkan kepada golongan miskin berpendapatan RM 1,500 ke bawah sahaja. Sedangkan tiada disebut di dalam Manifesto Pakatan Rakyat bahawa ia dikhususkan kepada golongan tertentu sahaja… Apa sudah jadi?

Memang mudah menjadi golongan mendesak dan mengkritik kerajaan. Apabila sudah diberi oleh rakyat, kuasa yang diidamkan, maka di situlah nampak dengan jelas apakah mereka dapat menjalankan segala janji janji manis yang telah ditabur semasa pilihanraya paling bersejarah Mac lepas.. Apatah lagi air percuma yang dianggarkan RM 4 juta sebulan pampasan kepada SYABAS belum lagi dilaksana setakat ini dan dijadualkan bermula awal JUN nanti.

“ Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, insentif itu tidak dapat diberikan kepada setiap anak negeri pada tahun ini seperti janji dalam manifesto pilihan raya kerana kekurangan peruntukan.” – Lapor Utusan Malaysia lagi…

Nampaknya sekali lagi alasan diberi. Mujurlah mereka masih belum mampu memerintah Malaysia. Dan jika menang tentu huru hara negara dibuatnya kerana berjanji tanpa membuat sebarang kajian terlebih dahulu sebarang janji yang ditaburkan kepada rakyat. Akhirnya, janji memakan diri dan last sekali, kekurangan peruntukan menjadi alasan kukuh mempertahankan janji dan mengelakkan dikeji kerana mudah memberi janji…

Bayangkan bagaimana kegelojohan menjanjikan mimpi fantasi bulan madu – seperti penurunan harga minyak petrol / diesel jika diberi kuasa, tentu tidak akan dilaksanakan sama sekali. Jika janji insentif kepada pelajar pun terkontang kanting menepis dan berdalih, tentu isu minyak yang melibatkan 28 juta rakyat Malaysia, tentu akan diberi dalih juga akhirnya….

Dianggarkan seramai 20,000 anak Selangor berjaya melanjutkan ke IPT setahun seperti laporan utusan tersebut.

Maknanya 20,000 anggaran pelajar didarab dengan RM 1000 = RM 20 juta setahun. Ia perlu diagih kepada semua anak negeri yang berjaya ke IPT…Maka anda bayangkan sendiri banyak mana yang akan dibelanjakan kerajaan Selangor setiap tahun. Tidak termasuk sejumlah RM 48 juta perlu dibayar kepada SYABAS ( anggaran RM 4 juta darab 12 bulan )bagi gantirugi pemberian air percuma kepada rakyat Selangor…Tolak campur bahagi darab, tentu Selangor yang sekarang dikenali sebagai negeri termaju dan terkaya akan bertukar menjadi termundur kerana sudah kekeringan duit untuk merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

Seperti kata sahabat saya ; sembang-sumbing di ‘blognya ‘ :

Kerajaan PKR-DAP Selangor mampu tunai janji?

PKR-DAP menjanjikan pelbagai ‘habuan’ sebagai kempen intensif Pilihanraya Umum XII 2008. Telah ditakdirkan, mereka menang dan dapat menubuhkan kerajaan Negeri.

PKR-DAP-PAS menjanjikan ‘gula gula’ kepada rakyat, sebagai modal politik musim berkempen, seperti 20m padu air percuma/bantuan kewangan materniti/tadika dan sebagainya.

Memang seronok mempunyai Kerajaan Negeri yang bersifat ‘kebajikan’ ini. Apakah kerajaan Negeri Selangor kerajaan-kerjasama-camporan PKR-DAP-PAS akan melunaskan janji janji mereka?

Mampukah Kerajaan Negeri Selangor untuk menanggung semua janji janji ini?

Secara realistiknya, semua janji janji akan ditafsirkan dalam bentuk kos berjumlah RM 986 juta setahun. Yang nyatanya, penduduk Selangor meningkat dari 3.4 juta pada tahun 2000 ke 6 juta tahun 2008, berpunca daripada pertambahan penduduk dan migrasi rakyat seluruh Malaysia ke negeri paling maju dan ekonomi paling pesat dalam negara. Setakat ini, belanjawan tahunan Selangor dianggarkan RM 1.2 Billion; RM 600 juta belanja operasi, RM 600 juta belanja pembangunan.

Persoalanya bagaimana Kerajaan Negeri Selangor baru ini ingin melunaskan dan merealisasikan bil bertambah yang bakal akan ditanggung berjumlah RM 986 juta itu? Mana akan datang sumber kewangan sebanyak ini, kalau sekiranya dasar ‘kebajikan’ Kerajaan Negeri Selangor kunun kunun tidak akan membenbankan rakyat dengan cukai bertambah atau baru?

Itu belum lagi terangkum belanja operasi lain Kerajaan Negeri seperti gaji, sewa dan lain lain!

Itulah lagak Pakatan Rakyat, suka berjanji tetapi tidak mengira setiap sudut janji kerana mereka tahu janji mereka janji palsu.. Kerana tidak akan ditunaikan sama sekali lantara tidak menjangka akan memperolehi kemenangan besar dalam sejarah perjuangan mereka..Janji mereka juga akan diubah sesuka hati.. Walaupun sekarang mereka sudah tahu setelah menjadi pemerintah, agar jangan membuat sebarang janji manis lagi……

Mujur Tan Sri Khalid tidak lemah jantungnya menerima tekanan melaksanakan janji janji. Jika tidak, tentu lagi mudah Pakatan Rakyat mengelak dari terus memenuhi janji kerana ada yang akan mati memikirkan janji janji yang susah dipenuhi sekarang ini !!!

Undilah lagi Pakatan Rakyat ini jika anda ingin terus didodoi dengan janji janji manis yang menjadi umpan untuk kuasa memerintah ……..Seperti 5 negeri terkaya di Malaysia yang terpedaya dengan dakyah dakyah dan janji janji walaupun mendapat kemajuan dari Barisan Nasional selama setengah kurun sebelum ini…..Semua terpedaya hanya kerana satu perkara ; JANJI JANJI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s