Kata Blogger tentang berita Tun Mahathir keluar UMNO

Hari ini Hari cuti Wesak Day dan di ketengan sesetengah negeri menyambut cuti sempena perayaan masyarakat India di Wesak Day ini, kita dikejutkan berita Tun Dr Mahathir keluar UMNO…

Tiada siapa akan menjangka episod Tun keluar UMNO selepas dikeluarkan dari UMNO pada tahun 1969 akan berulang lagi.. Cuma caranya berlainan iaitu dikeluar dan mengeluarkan diri. Hari ini, Tun Mahathir telah HARAKIRI – satu istiadat membunuh diri di Jepun bagi memikul kesalahan apa yang berlaku. Dan Pak Lah disaran membuat adat Jepun tersebut setelah UMNO kalah teruk hingga kehilangan 5 negeri pada PRU 12 Mac lepas..

Jom kita tengok ulasan Blogger di alam maya tentang kes ini…

1. Another Brick in the Wall Dr Mahathir is in Alor Star this morning to deliver a speech at the invitation of the Kedah branch of the Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. This announcement was came after he delivered a speech to some 3,000 attendee said to include also PAS members.

Sources quoted that he repeated his speech in the Johor MyKMU event in Johor Baru, which is spinned by Malaysia Insider as playing the racial card. He reiterated his call for Pak Lah to quit with a strong message, “Pak Lah harus di singkirkan segera!”

In Alor Setar, he repeated that it is not about UMNO or PAS issue but the consequence is to Malay.

This move could be disruptive for Pak Lah, who is trying to delay the power transfer to 2010, and has been aggressively meeting the branches and “bribing” with offers for all sort of “help” to UMNO division officials.

Will this move by Tun bring out a reaction from the members and dissolution of branches at the grassroot remain to be seen?

2. Sang Kelembai – belum ada komen terbaru

3. Pembela Melayu – cerita Lim Kit Siang dibaling telur oleh beks ahli DAP di Kota Kinabalu..

4. Sayuti Omar – beliau nampaknya lebih banyak info yang dari sumber asli dan bukanny khabar angin. Bahkan beliau menyebut Sanusi seperti sudah condong kepada perjuangan PAS dan mungkin akan meneruskan perjuangan dengan parti tersebut selepas ini… Sebelum itu beliau ada menulis tentang Tun Mahathir dengan memulakan tajuk : Akhirnya Mahathir Mengaku Kalah Kepada Abdullah? ..

Beliau mengulas ; Keputusan emosi Mahathir yang dibuat di Alor Star itu memberi kemenangan kepada Abdullah. Kita percaya ianya disambut dengan solat syukur oleh orang-orang dan pencinta Abdullah kerana ia meringankan beban Abdullah. Dengan keluarnya Mahathir kini tidak ada ada lagi duri dalam daging atau sampah dalam mata. Apa yang dapat dianalisakan juga jelas tuduhan pemerhati politik bahawa persaraan beliau tahun 2004 tidak ikhlas sebaliknya kerana terpaksa disebabkan reputasinya semakin memburuk adalah benar. Sekiranya kalau beliau benar-benar ikhlas untuk bersara beliau akan bersikap sebagai orang yang bersara dan tidak menyusahkan parti seperti mana-mana negawaran lain lakukan.

Tambah Sayuti lagi petikan dari Ibrahim Ali ( yang saya sendiri belum temui di berita online utama malaysia ) –

” Sementara itu Ahli Parlimen, Bebas Ibrahim Ali mengulas mengenai tindakan Mahathir itu sebagai kemuncak kepada krisis dalam Umno yang berlaku ketika ini. Beliau membayangkan sekiranya perkara ini berterusa ia menandakan Umno akan berkubur.

“Saya merasakan Umno akan berkubur kalau krisis dalaman Umno ini berterusan!”, ujar Ibrahim yang dihubungi sekejap tadi.

Menurutnya nasib dan masa depan Umno bergantung kepada kepimpinan Umno hari ini.

Kesimpulan :

bukan semua blogger selalu meriba laptop atau mengadap pcnya

Isu isu terkini lambat diupdate dan diulas dengan kadar segera

Jarang yang memiliki sumber berita terus kepada personaliti berkaitan isu isu politik semasa

Kita tunggu apa akan berlaku selepas ini….Apakah kita akan pilihanraya sekali lagi tahun ini seperti kata Shahrir Samad ?????? Tunggu !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s