Isu baju putih dan batu putih yang menarik minat kita

Sekarang dua perkara putih disebut sebut. semalam Pulau Batu Putih dibentangkan keputusannya. Dan isu baju seragam sekolah yang berwarna putih turut dihangatkan di dada akhbar semalam. Jika Pulau Batu Putih sudah ada keputusannya, isu baju seragam tidak ada keputusannya lagi; sama ada dikekalkan atau ditukar kepada bentuk warna yang berbeza bagi mengelakkan gangguan akan timbul kepada anak anak perempuan kita di sekolah.

Isu yang boleh disentuh, banyak sebenarnya. Ia bergantung kepada individu atau NGO yang perihatin. Dan ia perlu dilihat dalam skop yang luas tanpa prejudis kepada pihak yang bercakap perkara tersebut. Ketika isu pakain budak sekolah dibangkitkan oleh kita, tentu penjelasan Menteri Pelajaran akan lebih diperlukan ketika ini. Tidak lain tidak bukan kerana beliau adalah yang berkuasa merubah warna baju sekolah tersebut.

Hari ini, beliau dilapor berkata, pakaian sekolah tidak seksi.

Ya, kita bersetuju kerana baju putih yang dipakai pelajar lelaki tidak menarik perhatian orang yang ‘gila seks’..Namun ketelusan pandangana ke bahagian baju dalam pelajar perempuan, apatah lagi jika basah disimbah hujan, tentu menggetarkan hati rakan pelajar dan juga guru yang bujang mahuun yang sudah berkahwin. Zaman yang senang mendapat capaian ke internet tentu menjadikan ramai yang ‘dahaga’ kerana sering melihat gambar tanpa seurat benang. Imej itulah yang akan muncul di saat melihat ke dalam bahagian tubuh anak dara kita yang jarang hingga menaikkan ransangan syahwat yang sebelumnya diam. Ini tentu melibatkan budak sekolah menengah, bukan sekolah tadika atau sekolah rendah.

Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein selaku Menteri kena bincang dan ubah suai kembali bab pemakaian pelajar di sekolah ini. Lebih elok jika ditukar kepada yang lebih tebal dan berwarna selain putih agar kemungkinan menjadi ‘tatapan percuma’ kepada rakan lain tidak akan berlaku. Janganlah isu ini diambil mudah kerana ia akan menggambarkan kecuaian kita memberi pandangan tepat dan rasional dengan isu yang dibangkitka. Apatah lagi di saat kerajaan memerlukan sokongan padu rakyat maka jadikan suara rakyat samada dari pro atau anti kerajaan sebagai suara yang penting dan perlu dihalusi jika sesuai dilaksanakan di negara kita.

Bincang dahulu dan tubuhkan jawatankuasa mengkaji dengan lebih mendalam isu ini. Kerana sudah ada pihak seperti Sister In Islam yang tidak menyokong alasan jarang dan seksi sebagai tarikan kepada gangguan seksual. Sedangkan agama sudah menjelaskan aurat yang perlu dipatuhi oleh kita termasuk memilih pakaian yang tidak menampakkan bahagian dalam tubuh. Jika tidak, kita sebenarnya telah meminggirkan tafsiran agama di dalam menentukan hala tuju tindakan kita apatah lagi berkaitan isu pakaian nipis ini yang sudah lama dipakai oleh anak anak kita di sekolah.

Sebagai bapa, saya juga merasa tidak wajar pakaian warna putih dibenarkan menjadi pakaian rasmi. Ubahlah kepada pakaian berwarna dan tidak jarang agar hati hati ibubapa penyokong kerajaan tidak akan gundah gu
lana setiap kali melambai kepada anak di saat mereka kepergian ke sekolah. Apatah lagi sekarang ini sudah ramai juga warga indonesia yang melarikan anak kita pulang ke negara mereka. Tentu kita tidak akan mengambil risiko membiarkan anak kita terdedah kepada pujuk rayu warga asing yang sudah ‘meleleh air liurnya’ melihat anak dara kita pergi dan pulang sekolah di hadapan rumah kongsi yang mereka duduki.

Moga pandangan ini dapat dikongsi dengan semua.

TAMAN Pendidikan Al-Quran Nurul Huda, Lombok Timur inilah tempat gadis dari Malaysia, Che Siti Nor Azreen Che Ishak dinikahkan dengan pemuda Lombok, Tony Wijaya baru-baru ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s