Apa matlamat Islam Hadhari ?

Hari ini saya masih lagi keliru. Dengan tindakan Selangor dan Pulau Pinang yang ingin mengharamkan pendekatan Islam Hadhari. Sedangkan mereka masih lagi membenarkan kilang arak, pusat judi dan maksiat serta rumah urut di negeri yang mereka kuasai.

Memang menyedihkan dan menghiris hati. Tindakan pemerintah negeri Pakatan Rakyat ini memang sengaja ingin mencari gaduh. Memulakan sesuatu gerakan bersama menentang walaupun ia sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada umat Islam…

Islam Hadhari tidak bererti Mazhab baru atau agama baru. Ia satu ‘penjenamaan semula’ agar kemunduran kita masa ini menjejaskan imej agama sehingga menjadikan Islam agama yang sinonim dengan kemunduran dan kemerosotan.

Namun, apa tujuan Selangor dan Pulau Pinang tidak kita ketahui semasa mengharamkan Islam Hadhari ini. Ia satu usaha menidakkan keunggulan produk Islam Hadhari ini dari dilanggan oleh umat Islam agar mereka sedar dari lena yang panjang dan bangun menjadi umat hadhari zaman ini.

Islam Hadhari sarat dengan kebaikan ..Hanya bukan Islam sahaja tidak akan pernah setuju dengan gerakan menyedarkan kita agar bangkit mencipta sejarah seperti yang pernah terpahat di dalam catitan emas sejarah satu ketika dulu.

Lihat di bawah isi dan matlamat Islam Hadhari :

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;

  1. Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
  2. Kerajaan Adil dan Beramanah
  3. Rakyat Berjiwa Merdeka
  4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan
  5. Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
  6. Kehidupan Berkualiti
  7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
  8. Keutuhan Budaya dan Moral
  9. Pemeliharaan Alam Semulajadi
  10. Kekuatan Pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawwur seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;

  • Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
  • Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
  • Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
  • Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
  • Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Pendek kata tidak ada usaha memurtadkan umat Islam di dalamnya. Tidak ada juga usaha menyekat pengamalan muslim dalam kehidupan seharian mereka. Tidak ada juga usaha menyesatkan kita dari menyembah Allah kepada syirik.

Justeru, apa yang salah sebenarnya…PAS sekadar mengangguk apabila Islam Hadhari hasil gagasan dari buah fikiran para ulama kita hari ini, telah ditolak oleh parti politik pejuang Islam sendiri. Padahal segala keterangan nampaknya tidak mencukupi untuk mereka sedar dan menyokong perlaksanaan Islam Hadhari sepuas hati.

Itulah nama politik. Apa apa boleh jadi Halal pagi dan Haram pada petangnya…

Moga anda tidak dari golongan mereka….

8 thoughts on “Apa matlamat Islam Hadhari ?

  1. takdeorangpeduli says:

    Assalamualaikum…

    Saya sebenarnya faham dengan tak faham islam hadhari ni…
    tapi alhamdulilah la saya tidak la menolak seratus peratus akan isu ini kerana saya masih belum faham apakah isi kandungan islam hadhari ni.
    apa yang saya faham tentang islam hadhari ni … ia adalah satu konsep atau cara hidup islam yang bertamadun… yang menerapkan nilai2 yang baik… untuk melahirkan satu masyarakat yang bagus…

    saya rasa perkataan islam hadhari tu mengelirukan…
    kenapa tidak kita taruk Masyarakat Hadhari ke.. masyarakat yang punya tamadun.. kan lebih mudah difahami dan juga boleh diminimakan isunya jika dijadikan modal pembangkang… ISLAM itu dah cantik.. tapi bila tambah Hadhari.. saya jadik confius.. apetah lagi kalau kawan saya yang bukan islam sering bertanyakan tentang islam… ada pulak lagi islam hadhari.. kadang2 pening juga nak melayan… sedangkan ISLAM yang sebenarnya pon takdapat saya capai.. apetah lagi nak ditambah dengan hadhari ni… ampun maaf dipinta.. ni cuma pandangan saya yang masih mentah dalam isu2 begini…

  2. penulis_cyber says:

    Apa kata JAKIM ? sila buka http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf

    soalan ke 18. Assalamualaikum Ustaz… Soalan saya adalah berkenaan Islam Hadhari. Kenapa Islam yang di ajarkan oleh Nabi Muhammad tidak di praktikkan sepenuhnya? Bukankah agama Islam yang sebenarnya itu sendiri m

    Islam hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru dalam Islam. Ia adalah satu pendekatan yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengembalikan ummat Islam kepada ajaran Islam yang sebenar menurut al-Quran dan al-Sunnah. Islam Hadhari merupakan satu anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah bagi memahami dan mengamalkan ajaran Islam tanpa mengurangkan prinsip-prinsip akidah dan syariah.Pendekatan Islam Hadhari memberi tumpuan bagi membangun dan memajukan ummat Islam berdasarkan tamaddun.Islam yang menekankan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal secara seimbang untuk kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

    Jika anda yakin dengan JAKIM sebagai badan utk umat Islam, anda akan dapat menenangkan diri dengan keterangan ini…

  3. aku_46 says:

    Assalamualaikum Ustaz…saye tertarik dgn artikel ini.anda menggambarkan bahawa islam hadhari ini baik..saye setuju dgn anda.tp knp perlu dinamakan islam hadhari.bukan ke islam tu adalah lengkap dr semua segi termasuk hadhari(moden).satu lg persoalan,adakah dilaksanakan semua prinsip2 yg anda nyatakan diatas…Cthnya,yg saye tgk kat TV byk lg yg membuka aurat,pemimpin2 wanita negara byj yg buka aurat.adakah itu yg dikatakan ketaqwaan kpd allah…tu br skit,rasuah tak payah ckp la.byk sgt.asalkan kaya sume jalan..ntah la ape nak jd dgn malaysia

  4. azlin says:

    assalamualaikum…
    setelah lama kita diberi pendekatan tentang islam hadhari, baru hari ini saya berkesempatan untuk mengenalinya. itupun bermula kerana assignment yang ditugaskan. baru saya sedar untuk memberi sesuatu yang baru mengambil masa.

    • fariza says:

      assalamualaikum………
      saudari azlin yg dirahmati allah..
      saya adalah pelajarbaru yang ingin mengetahui tentang islam hadhari.. bolehkan sy melihat assigment saudari keranan terlalu banyak bahan tentang islam hadhari yg telah memberi kecelaruan dalam mengenali dn memahami tentang islam hadhari. segala perhatian daripada pihak saudari saya dahulu kan dengan ucapan terima kasih

  5. guru_pelatih says:

    Hadhari hanyalah satu istilah.
    istilah ini telah diguna pakai sejak dahulu lagi
    Islam Hadhari bukan agama atau ajaran baru.
    ia bertujuan mengembalikan umat manusia
    kepada Al-Quran dan sunnah Rasulullah.
    10 prinsip Islam Hadhari semuanya menjurus kepada kebaikan.
    jadi mengapa kita harus menolak kebaikan.

  6. fiq org pas says:

    Assalamualaikum…saya secara terang-terangan menolak islam hadhari…
    hendak buat tamadun islam konon…guna dulu Al-quran dan hadis tu betul-betul…kembali dengan ajaran itu baru boleh bina tamadun islam…jika ada orang yang cakap itu dulu sekarang lain memang sahla dia tu kafir!!! Al Quran itu dah sesuai digunakan untuk sepanjang zaman..tak perlu tambah tak perlu kurang..memang sempurna..

    mengenai kilang arak, judi, tempat maksiat, di pulau pinang dan selangor..ustaz perlu sedar bahawa siapa yang benarkan tempat itu aktif??? pakatan rakyat baru sahaja memerintah..tidakkah sebelum pakatan rakyat , kerajaan BN yang berkuasa di selangor dan pulau pinang??? adakah ustaz sudah nyayuk???? hampir 30 tahun lebih BN memerintah di kedua-dua negeri itu , banyak kerosakan yang telah dilakukan seperti kilang judi, tempat maksiat, arak dll berleluasa..adakah ustaz ingat dalam masa 1 atau 2 tahun pakatan rakyat boleh mengubatinya????

    zaman dulu, tiada pun kene buat islam hadhari baru boleh bina tamadun islam..semuanya sebab kita berpegang kepada Al-quran dan hadith..
    ini hanya “Politik semata-mata” tengoklah selepas undurnya Imam hadhari iaitu pak lah..mana perginya islam hadhari??????? sekarang 1 malaysia???

    inilah akibatnya bila islam dipisahkan dari kehidupan kita…hendak mengajar orang tentang islam ajar dulu isteri pakai tudung dengan betul tutup aurat, dituju khas untuk pak lah… bersihkan parti dari rasuah, tutup segala aktiviti bersifat maksiat seperti disko, arak, dan sebagainya..

    Ustaz duk asyik baca surat khabar dan media massa pro kerajaan cuba ustaz pergi berjumpa dengan Tok Guru…face to face..betul atau tidak apa yang dicakapnya..bila orang tegur kita nak marah…media massa malaysia sekarang saya boleh cakap boleh letak kat bawah kaki!!!

    pedangberbisa??? berbisa sangat ke?? setakat cedok isi-isi dalam media massa yang karut, marut,berat sebelah, penipu boleh la…hei!!! bukan setakat parti pakatan rakyat la yang tolak..orang umno dan barisan nasional sendiri pun tolak…buktinya??? tengoklah sekarang mana ada dah isu tentang islam hadhari…ustaz ustaz..hai….nak ajar ustaz pun saya dah jemu..( ni kata yang berbisa dari saya) bak kata orang..perkataan tu lebih tajam dari mata pedang…

    apa-apa pun saya harap ustaz dapat hidayah supaya dibukakan minda, dibukakan mata, dibukakan telinga dan yang paling penting dibukakan hati supaya kembali kepada ajaran islam yang sebenar…dan jauh terpesong tu..

  7. Batik Biru says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya :-

    1. Apa sejarah Islam hadhari ni?

    2. Dari pecahan mana?

    3. Apa dia nas2 Al-Quran dan Hadith yg menyokong Islam hadhari ini?

    4. Apa dia sangkut paut dengan masyarakat skrg?

    5. Apa dia konsep menyeluruh Islam hadhari?

    6. Selain dari 10 prinsip utama Islam hadhari, bukankah ia semuanya di dalam Islam itu sendiri? jadi kenapa ianya diasingkan dari Islam itu sendiri?

    7. Kenapa hendak membina tamadun?

    Sila jawab sebab saya teringin hendak memahami apa itu Islam hadhari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s