Anwar tidak pernah BERSUMPAH nafikan liwat tahun 1998 !

Ada tak lafaz sumpah Anwar ? yang ada dia kata : saya kata kat tuan guru, saya telefon ustaz haron Din, dengan bekas Mufti Selangor, saya kata saya berani bersumpah demi Allah dengan nama Allah sw.t

Ini transkripsi video tersebut di durasi 0:17 hingga 0:35 video di atas.

Persoalannya : bagaimanakah diterima video tersebut sebagai satu sumpah dari Anwar Ibrahim ? sudahkah anda meneliti kaedah bersumpah sebelum membenarkan ‘sumpah sesumpah’ di atas ???

tengok dan baca betul betul cara lafaz Anwar..Dia kata ‘ saya berani bersumpah ‘ tidak ‘ saya bersumpah ‘..Ini satu putar belit ayat… Sebab jika anda dikenakan fitnah tentu ayat sumpah anda akan berbunyi begini ‘ saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi Wabillahi Watallahi ‘…bukannya ‘ saya berani bersumpah ‘ seperti pidato Anwar di atas.

Ini jelas berdasarkan soal jawab ini yang diambil dari laman JAKIM ( klik sini ) dan search kalimah ‘sumpah’ :

1. assalamualaikum…saya ingin bertanya mengenai sumpah…andai kate kite bersumpah ke atas sesuatu perkara kebenaran sedangkan kite sendiri tahu itu satu penipuan apekah hukumnya…dan bagaimana pula Waalaikumussalam Warahmatullah. Dalam Islam, sesuatu lafaz itu hanya dikira sebagai sumpah sekiranya ia dimulai dengan lafaz wallahi, billahi, tallahi. Sebagai contoh seseorang dikira melafazkan sumpah sekiranya berkata: “wallahi, aku tidak pernah mengambil duit engkau”. Sebaliknya tidak dikira sumpah kalau dia berkata “sumpah, aku tidak pernah memgambil duit engkau”. Makan sumpah bermaksud seseorang yang dikenakan bala oleh Allah S.W.T kerana bersumpah bohong. Contohnya dia berkata: “wallahi, aku tidak pernah mengambil duit engkau” sedangkan dia yang mengambilnya dan kerana pembohongannya itu dia dikenakan bala oleh Allah S.W.T. Sekian, wassalam.

Baca lagi petikan soal jawab tentang sumpah di laman JAKIM ini ( klik sini ):

8. Assalamualaikum. Seorang suami telah bersumpah diatas nama anak setelah melakukannya berulang kali. Isteri telah memberi kata putus sekiranya penipuan berlaku lagi maka putuslah ikatan rumahtangga me

Waalaikumussalam, Sumpah di atas nama anak adalah tidak bertentangan dengan syariat Islam dan tidak boleh digunapakai dalam Islam. Oleh itu sumpah yang sebenarnya ialah yang dibuat dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi, Watallahi adalah mengikut syariat Islam. Sekiranya dilanggar maka dikenakan kiffarah sumpah iaitu; 1. Memerdekakan seorang hamba 2.Memberi makan 10 orang miskin atau 3. Memberi pakai 10 miskin atau 4. Puasa selama 3 hari (tidak semestinya berturut-turut) Talak tidak jatuh dengan sumpahan tersebut.

Bagaimana pula bersumpah guna Al Quran ? sah ke tidak ?

Baca di sini lagi ( klik sini )

34. Assalamualaikum Apakah hukumnya seseorang itu bersumpah dengan menjunjung al-quran dengan niat untuk mempertahankan agama dan bangsa… Adakah sirah nabi pernah melakukannya? dan apakah hukumnya? Ini Dalam Islam sumpah hendaklah dilakukan dengan melafazkan dengan ucapan Wallahi Wabillahi Watallahi dan tidak perlu menjunjung al-Quran.Bersumpah dengan mengatakan demikian, jika kita tidak melakukannya adalah berdosa.

Jadi adakah Anwar ada bersumpah ? Adakah beliau layak dan boleh dibiarkan menjadi Perdana Menteri kita ?

Moga anda tidak keliru atau mengelirukan orang … Insya Allah !

Lawak Khalid Ibrahim isu agihan wang sumbangan !

Jika sumbangan syarikat menggunakan letter head kerajaan tentu duit perlu disimpan oleh kerajaan.. Tetapi Khalid berkata akaun PKR adalah persinggahan sementara sebelum di’transfer’ kepada akaun akaun parti parti lain.. Tentulah DAP dan PAS.

Mengikut kiraan saya yang tidak berapa bijak ini, isu sumbangan kepada perayaan 100 hari Pakatan Rakyat, isu perletakan jawatan selepas disiasat, adik Anwar yang turut letak jawatan dalam GLC kerajaan negeri, sikap PAS membantah konsert serta memulaukan sambutan 100 hari dan isu isu seperti pembesaran gereja, larangan azan yang dipetisyen oleh Teressa Kok di Puchong dan lain lain lagi, tiba tiba semalam Nik Aziz berkata tidak ada rundingan dengan UMNO untuk bersatu padu.

Nik Aziz merasakan PAS sangat kuat sekarang ini. Penyokong PAS pun sama… Hasilnya mereka merasa tidak perlu dikejar peluang bekerjasama dengan UMNO di bawah Pak Lah, yang mana datuk beliau adalah ulama di dalam UMNO ketika ulama PAS zaman itu keluar parti dan menubuhkan PAS di sana.

Sebab itu Nik Aziz dan Hj Hadi perlu sedar nilai sentimental yang ada dalam diri Pak Lah hingga PAS sangat senang bekerjasama sebenarnya dengan Pak Lah jika kena cara dan salurannya.

Kenapa ramai inginkan Pak Lah turun ? kerana khuatir Melayu akan bersatu !! kenapa Cina boleh bersatu dengan PAS ? kerana takut PAS akan bersatu dengan UMNO !

Zaman Mahthir sudah selesai dan tidak ada harapan lagi melainkan perpecahan demi perpecahan…

Kita tidak nafikan kebaikan belaiu tetapi kita kena sebutkan dengan terpaksa segala keburukan yang telah berlaku di zaman Tun dan berlarutan sehingga kini. Ia ujian Allah kepada Tun dan kita tahu setiap manusia perlu menjalani ujian ujian ini agar mereka dapat mengharungi segala rintangan dan dugaan dalam kehidupan.

Bacalah kenyataan Harakah Daily yang menyiarkan kenyataan Khalid Ibrahim MB Selangor yang ‘ hot’ setakat saat ini !….

Cuma satu nak tanya, kenapa lepas didedah baru nak bagi dan berkongsi ?? nak makan sorang ke ?

fikrilah sendiri wahai penyokong Pakatan Rakyat dan kroni kroninya !!!!

KeADILan pulangkan wang derma ke akaun kerajaan negeri – Tan Sri Khalid

SHAH ALAM, 26 Jun (Hrkh)- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan wang derma 100 hari yang dimasukkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan dipulangkan ke akaun kerajaan negeri.

Beliau berkata, wang sumbangan anak-anak syarikat kerajaan Selangor yang tidak diketahui jumlahnnya akan dibahagikan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya masalah itu akan diputuskan dalam perjumpaan bersama perhubungan negeri pada malam ini.

“Kita akan adakan mesyuarat dan perjumpaan perhubungan negeri yang mana isu-isu pengaliran dana yang masuk ke akaun KeADILan itu akan dibangkitkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan SUK Shah Alam petang semalam.

Katanya, berdasarkan surat yang ditulis oleh bekas setiausaha khasnya yang mencadangkan wang derma itu dimasukkan dalam satu akaun iaitu akaun parti.

Kickdefella ! dengar sini kenapa minyak kena naik

keterangan lengkap isu minyak naik telah saya temui di blog http://air-kopi.blogspot.com/  di mana penerangan lengkap tentang kenaikan minyak dipaparkan di situ dalam bentuk image.

Ini bagi menjawab tajuk artikel : Data Bukti Kerajaan Selesa dengan kenaikan harga minyak mentah DI SINI .

Ini membolehkan anda memahami dengan jelas faktor kenaikan minyak serta penjelasan penjelasan berkaitan kenaikan ini dari pihak kerajaan.

Sila baca dan mungkin anda boleh berkhidmat untuk ‘kestabilan negara’ dengan memahamkan rakyat tentang rasional kenaikan ini di blog blog atau yahoo groups yang anda sertai.

Moga ia dimanfaatkan bersama Insya Allah.

   

     No 1        No 2          No 3           No 4          No 5  

  

     No 6          No 7         No 8            No 9           No 10  

     

    No 11        No 12          No 13       No 14       No 15                     

Sultan Perak titah: jangan uji isu agama

Isu agama jangan diuji – Sultan Perak

24/06/2008 2:09pm

IPOH 24 Jun – Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini mengingatkan rakyat supaya isu berkaitan agama tidak diuji dan dicabar hingga ke peringkat yang boleh menimbulkan kegelisahan.

Menurut baginda, ketenteraman awam boleh terjejas dan perang saudara boleh tercetus kerana perkara mengenai agama sangat sensitif dan menyentuh emosi.

Islam menganjur umatnya untuk menghormati agama lain dan tidak bermusuh dengan penganut agama lain selagi kemuliaan Islam tidak dipersenda, selagi Islam tidak dihina dan selagi hak umat Islam tidak dicerobohi,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak.

Baginda turut mengingatkan anggota Dewan Undangan Negeri Perak supaya memelihara kemuliaan dewan menerusi perkataan, perbuatan serta tingkah laku selain cara dan adab berpakaian bagi menghormati adat dan resam yang melambangkan kemurnian budaya dan ketinggian tamadun. – BERNAMA.

Nampaknya sudah jelas lagi berkias kata kata Sultan Perak di atas.

Harap DAP Johor dan Perak beringat ingat sebelum kena.

Jangan bagi kami mengutuk anda sekeras-kerasnya !!!

DAULAT TUANKU !!!

Dah 3 Sultan bertitah berkaitan ketuanan Melayu di Malaysia…

Putera Mahkota Kelantan , Sultan Nazrin, Sultan Azlan Shah sendiri.

Mufti Perak pun dah bagi kenyataan ! mana lagi ‘buta hati’ nak lawan ? nak taksub babi buta walaupun negara dah nak kena gadai ? dan dijual ?

Apa kata sibangsat ANWAR ??? HJ HADI ???

Melayu LIBERAL dan MUNAFIK AGAMA yang kena di’hujum’ dgn ‘burhan’ dan ‘dalailul’ ….

Makna ? tanya lah sesiapa di sebelah kanan atau kiri anda. Mungkin ada pekdahnya.

Pakatan Rakyat yang rapuh dan 9 dalil ia akan runtuh !!!

Apa dalil ?

1.    Tengok semalam di Stadium Shah Alam  ( seperti ulasan dan gambar Blog di bawah klik sini )

Ketidakhadiran speaker utama lain seperti yang dicanangkan oleh poster dan media elektronik internet seperti Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu Presiden PAS, Tuan Guru Dato` Seri Abdul Hadi Awang juga tidak hadir! Hasilnya hadirin pada malam tersebut seolah-olah tertipu dan kecewa lalu keluar sedikit demi sedikit daripada Stadium kerana terdapat hadirin yang hadir semata-mata ingin melihat kehadiran dan ucapan pemimpin tertentu. Adalah sangat mustahil jika terdapat lima (5) pemimpin utama negara tidak hadir serentak!

2.Berita 4 MP PKR berbasikal…Di mana MP PAS ? dan DAP ?

 

Tian Chua (Parlimen Batu), Gobalakrishnan (Parlimen Padang Serai), Zulkifli Noordin (Parlimen Bandar Baru Kulim) dan Hee Loy Sian (Parlimen PJ Selatan) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil rakyat pertama mengunjungi sidang Parlimen menggunakan basikal! Diharapkan kepada kempen berbasikal ini dapat menarik rakyat menggunakan basikal ke tempat kerja.

Gambar dari blog Nahdah 

3. Kenyataan Ezam Mohd Noor semalam bahawa pakatan rakyat sudah rapuh. ( klik gambar utk zoom )

 

4. Demonstrasi tak jadi PKR Jumaat lepas selepas PAS berjaya kumpul 2,000 selang beberapa hari sahaja. mana PAS di saat PKR buat demo ?

Tengok artikel Malaysiakini di bawah ini :

Minyak: Protes PKR S’gor gagal
Jun 20, 08 12:44pm
dikemaskini Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam dan di sebuah masjid lagi di Ampang menunjukkan kira-kira 100 orang hadir.Di beberapa masjid, berdasarkan foto yang dikirim, kelihatan beberapa orang sahaja mengangkat sepanduk bantahan.petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinBerbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.  

“Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.”

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.

5. PAS membantah konsert 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam yang mengundang artis wanita dan PKR membidas tindakan PAS tersebut atas dasar tidak termaktub di dalam Manifesto..Klik sini untuk huraian lanjut !

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

6. Pelancaran Tabung Bantuan Nargis di Parlimen oleh Hj Hadi hanya dihadiri MP PAS SAHAJA !!! berita lanjut klik sini

Image

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Spekulasi rundingan UMNO – PAS dengan Hassan Ali menjadi MB di Selangor !

Klik di sini untuk maklumat tersebut.dan di sini

yahya sahri 8. Selangor dilanda krisis dengan penggantungan ( edisi lain : pemecatan )  Yahya Shaari 9 ( gambar bawah ), Pegawai kanan MB yang telah dilantik selepas PRU 12 lalu.. Beliau yang telah disoal siasat 4 jam oleh BPR hingga menjadikan PR gelisah dengan pendedahan kes tersebut yang dilakukan oleh ahli PKR sendiri demi ‘ memelihara’ PR dari terus dilabel ‘gila kuasa rakyat’ hingga tidak sampai 100 hari sudah berani menggunakan kuasa mendapatkan projek dengan menggunakan kepala surat MB. Klik sini untuk berita lanjut.dan sini http://nnora75reform.blogspot.com/

 

 

 

9. Dakwaan Nepotisme dan salah laku MB Khalid yang dikaitkan dengan kawan lamanya Lim Kim Hong  ( klik sini untuk berita dan gambar detail )

9. Anwat tidak tahan dengan perkara perkara di atas hingga membawa diri ke Mekah untuk umrah ! klik sini untuk berita

 

HATI HATI KRITIK KEPUTUSAN HAKIM WAHAI NIK AZIZ DAN HARON DIN !

BERITA DIPETIK DARI HARAKAHDAILY

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) – Keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Perlis yang tidak mengembalikan kerusi Dun Sanglang kepada calon yang sepatutnya menang dianggap sesuatu yang pelik.

Ini kerana kes serupa pernah berlaku di kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum 2004 apabila mahkamah di sini mengembalikan kerusi tersebut kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Che Min Che Ahmad.

Sedangkan pada pilihan raya ketika itu calon PAS, Hajah Kalthum Ahmad diisytiharkan menang oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din berkata, dalam kes petisyen Dun Sanglang telah terbukti pegawai pengurus pilihan raya melakukan kesilapan sehingga mahkamah membuat keputusan kerusi itu perlu dikosongkan.

“Sekarang telah terbukti kesilapan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya dan bukannya calon PAS atau Barisan Nasional. Namun peliknya yang salah tidak pula dihukum.

“Mengapa mahkamah mengambil jalan yang payah sedangkan kes serupa pernah berlaku di Pasir Puteh apabila mahkamah memberi hak kepada calon yang sepatutnya menang,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Rabu lalu Mahkamah Pilihan Raya di Kangar memutuskan kerusi Dun Sanglang yang disandang calon BN, Abdullah Hassan perlu dikosongkan.

Bagaimanapun Hakim Dato’ Zainal Adzam Abdul Ghani menolak permohonan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin untuk mendapat pengisytiharan sebagai calon yang menang di kerusi berkenaan.

Menurut Zainal Adzam, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi Dun berkenaan kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian selepas dimansuhkan pada 2003.

Sehubungan itu, mahkamah menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti 149 undi setelah memperolehi 3,384 undi, manakala Hashim mendapat 3,235 undi.

Sepatutnya Hashim diumumkan menang kerana mendapat kelebihan 47 undi.

Dr Haron berkata, beliau bimbang perkara itu seperti disengaja kerana mahu memastikan Umno memenangi semula kawasan berkenaan melalui pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

“Kalau macam itu mungkin kita boleh pulau pilihan raya yang bakal diadakan kot..,” ujarnya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan rasa hairan bagaimana kes petisyen Sanglang dan Pasir Puteh diputuskan berlainan sedangkan faktanya hampir sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, biar pun pembangkang di bawah Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum lalu, namun masalah hubungan kaum tidak berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Sedangkan katanya, pada pilihan raya umum 1969 pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga akhirnya tercetus rusuhan antara kaum.

“Sedangkan pilihan raya umum yang baru lalu kemenangan pembangkang lebih besar lagi berbanding pilihan raya 1969, namun tidak berlaku masalah kaum.

“Ini kerana politik perkauman sudah lama berlalu kerana rakyat sekarang semakin matang berpolitik,” katanya.

Beliau juga memberitahu kemenangan PAS dan KeADIlan di Kelantan pada 8 Mac lalu menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 1990 iaitu 39 di peringkat Dun. –

‘Yong ( SAPP ) arah bayar ejen RM5 juta’ kata saksi – Berita Harian

Mungkin sebab dibicarakan di mahkamah kes berkaitan dirinya maka Presiden SAPP mengambil keputusan mengkritik BN sebelum meluluskan usul tidak percaya di dewan rakyat Isnin depan.

Kita tidak mengetahui rahsia sebenar beliau bertindak nekad demikian tetapi Lumrah alam ialah beliau sangat terdesak kerana rahsia beliau dibiarkan oleh Pak Lah agar Mahkamah memutuskan hukuman sesuai dengan kesalahannya agar agenda integriti Pak Lah tidak akan dinodai lagi sekarang ini…

Baca berita di bawah…

‘Yong arah bayar ejen RM5 juta’

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang juga bekas Ketua Menteri mengarahkan pembayaran lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri kepada ejen pilihannya pada 1996, Mahkamah Tinggi diberitahu, semalam.

Bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said, berkata ketika beliau menjadi Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS), beliau berjumpa Yong di pejabatnya untuk memberikan taklimat mengenai cadangan pengambilalihan pengurusan 40 peratus saham Sapi Plantation milik LKTNS.

Wasli berkata, peguam yang mewakilinya William Cheah mencadangkan penubuhan syarikat (Briskmark) untuk dijadikan wadah bagi dana politik dan peguam itu memintanya memberikan taklimat kepada ketua menteri berhubungnya.

berita lanjut : klik here