Isu Menarik ; temubual MB Kedah dan Harakhdaily

Apabila membaca kenyataan MB Kedah yang baru, saya tersenyum gembira. Kerana apabila memerintah, barulah PAS sedar bagaimana memerintah dalam keadaan berkongsi kuasa dengan agama dan bangsa berbeza cara dan praktikal kehidupan mereka dengan kita.

Kita tidak boleh minum arak, mereka minum. Kita tidak boleh berjudi, mereka suka judi. Dan berbagai bagai lagi yang tidak boleh bagi kita, boleh bagi mereka…Ia  ahirnya menjadi isu politik kepada kerajaan Malaysia yang terdiri dari pakatan bergelar Barisan Nasional.

UMNO selaku parti tunjang, tentu terasa dan ada alasan tersendiri membenarkan arak judi kepada bukan Islam, namun malangnya ia tidak difahami oleh PAS sehinggalah sekarang mereka merasa bagaimana suasana berada di kerusi pemerintah dan berkongsi kuasa dengan mereka yang tidak seagama dan sebangsa. UMNO memberi kebenaran dan membuat undang undang melarang umat Islam meminum arak dan berjudi serta berzina. Bahkan khalwat juga  turut dikenakan tindakan undang undang saban hari  walaupun PAS malu mengakui itu adalah tuntutan Islam dan sesuai dilaksanakan masa kini…

Saya percaya temu bual ini sangat penting kerana ia bertujuan meredakan isu isu yang ’dipulangkan paku buah keras’ kepada PAS yang sebelum ini lantang berkaitan bab judi, arak dan sebagainya. Namun diam dan membisu bahkan turut menyokong kegiatan ternakan babi di Sepang dan anehnya pada masa yang sama menolak Islam Hadhari yang prinsip pertama dari 10 nya  adalah Keimanan dan Ketakwaan kepada Allah…

Bacalah dan anda renungkan sendiri suara Menteri Besar selama selepas 70 hari memegang kuasa ( dan bandingkan UMNO yang telah 50 tahun ) . Moga ia akan menutup mulut pencerca dan pengkritik tanpa fakta kepada UMNO dan Barisan Nasional hingga tercalar akibat kritikan tidak berasas tersebut. Mungkin ia akan menyedarkan kita dari ’mimpi’ dan membentuk satu pakatan baru antara PAS, UMNO dan PKR demi ketuanan Melayu dan Islam di negara kita….( temubual penuh klik sini )

Adakah Ustaz terhalang untuk melakukan perubahan Islamik kerana bilangan kerusi PAS tidak mencukupi atau…

Bukan, bukan, bukan …

Atau memang prinsip Ustaz sendiri…

Prinsip saya begitu. Saya dulu mengaji syariah juga. Falsafah pun saya belajar. Saya turut belajar pengalaman beberapa negeri juga. Kita harus akui kekuatan kita dan juga masalah yang bakal berbangkit dengan tindakan kita, terutama membabitkan kefahaman rakyat.

Saya kata saya cuba nak hentikan judi. Ada dua tiga perkara harus diperhalusi. Memang negeri ada kuasa, tapi ada pihak mengatakan kena tunggu sat. Sebab benda ini telah berakar umbi lebih 50 tahun. Perubahan akar umbi agak sulit buat kita. Hasrat kita jelas, cuma kita sedang memikirkan jalan terbaik. Kita sedang susun kempen “tidak kepada judi” dahulu.

Arak memang kita tak dibenarkan kepada orang Islam. Undang-undang pun ada tapi taklah seperti hukuman Islam, bukan sampai kena rotan. Saya melihat tuntutan syariah, di zaman Saidina Umar, hukuman mencuri digantung pelaksanaannya.

Tapi dia tak menolak hukum Tuhan, tidak. Dia tak laksana kerana masa itu musim kemarau, orang lapar nak makan. Ini falsafah. Kita tidak mahu kesan negatifnya lebih banyak daripada positif.

Sebagai seorang Muslim, saya memang berhasrat … tapi saya melihat aspek Islam yang lain dulu. …”

– Dan lagi menarik bagaimana MB Kedah mengakui tuduhan mereka dahulu tidak berasaskan fakta :

” Kempen dan manfesto PAS sering dikaitkan dengan konsep negara berkebajikan. Di Kedah, apa yang telah dan bakal Ustaz perkenalkan?

Dua bulan terlalu awal, tapi kita dah rancang. Belanjawan 2009 akan membentangkan beberapa kemudahan buat rakyat, dengan mengambil kira keupayaan kewangan negeri.

Mungkin dulu kita bercakap tanpa maklumat sebenar keadaan kewangan negeri. Sekarang kita hadapi realiti, ada perkara boleh buat sikit-sikit. Kita juga mahu libatkan GLC, supaya dapat disalurkan sebahagiannya kepada kerajaan negeri.

Kita telah turun cukai tanah, hampir RM50 juta kerajaan negeri terpaksa tanggung. Dalam masa sama kita telah selamatkan hasil bumi Kedah yang selama ini diagihkan secara tak betul. Bila kita agih balik secara telus, ia dapat menampal semua ketirisan. Pendapatan kita juga boleh bertambah 100 kali ganda.

Kalau kita dapat kawal balik, kawal sumber dengan baik, ia boleh digunakan untuk kepentingan rakyat. Dan kita juga kena ambil kira beberapa projek pembangunan yang disokong Pusat diberhentikan. Semuanya mesti dipertimbangkan dengan bijaksana. “ – tamat

Rupa-rupanya susah buat berbanding cakap. Namun Allah Maha Bijaksana di dalam menyedarkan insan yang ghairah menjadi pejuang agama namun ’tersilap’ dalam memberi kritikan dan ceramah. Akhirnya langkah mereka telah menjadi ’sumbang’ ekoran kesilapan bercakap sesuka hati dan tidak ada kajian lebih mendalam sehingga negeri kehilangan puluh juta hasil tahunan negari ekoran janji yang dibuat tanpa kajian mendalam terlebih dahulu.

Mujurlah Malaysia tidak jatuh ke tangan mereka, atau kita akan kehabisan simpanan modal rizab negara ekoran penurunan cukai cukai dan bayaran pampasan kepada pihak tertentu demi melaksanakan janji janji yang diwar-warkan ..

Mungkin jika pemimpin Pas melompat parti, ustaz Azizan antara terawal pergi kerana sedar tiada beza lagi antara UMNO dan PAS kecuali pada nama sahaja….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s