Nik Abduh Nik Aziz ; contoh teladan atau sempadan ?

Mungkin nama di atas ( gambar ) tidak sepopular ayahnya. Dan mungkin ramai terpinga pinga dengan nama individu yang luar nampak lembut tetapi sangat keras di dalam ’kelembutan’ itu.

Anak tok guru sanjungan pejuang PAS di atas seorang yang telah dibebaskan dari ISA. Penahanan ISA tentu melibatkan soal keamanan dan ketenteraman awam meskipun PAS selalu menyatakan bahawa mereka adalah mangsa kezaliman. Rasional diISAkan tentu kita tidak mengetahuinya meskipun boleh jadi kerana unsur unsur tertentu yang menjadikan tangkapan beliau menjadi kenyataan di bawah akta yang sudah termaktub di dalam undang undang sejak zaman berzaman.

Ketika ini saya melihat jam hampir 4 pagi dan sekejap lagi azan Subuh akan berkumandang. Saya tidak berniat menulis lagi malam ini tetapi sedikit artikel tulisan ustaz anak tok guru di atas, menarik kembali hati saya agar terus meluangkan sedikit masa ’kecemasan’ ini sebelum melelapkan mata sekejap menanti solat Subuh.

Ezam ‘budak baik’ yang tersesat lagi? Itulah artikel terbaru dari Nik Abduh Nik Aziz. Cerita di sebalik tirai besi semasa bersama sama dengan Ezam yang telah pun mengejutkan ramai pihak dengan perpindahannya ke parti asal yang pernah memecatnya sebagai ahli parti pada 1999 yang lalu.

Cuba baca bagaimana baiknya kata kata anak ulama lantikan PAS ini ( tidak bagi saya ) kerana ada sesuatu yang menggusarkan hati saya dengan perkataan yang digunakannya. Saya ingat zaman menuduh dan mengkeji sesama bangsa dan agama sudah berlalu, namun ia tetap menjadi mainan antara kita sehingga kepada anak Mursyidul Am PAS sendiri yang tergamak berkata demikian.

Apa katanya tentang Ezam ?

Semua tahu dia keluar dengan memilih jalan salah. Samada Anwar Ibrahim itu betul atau salah, Ezam telah pun salah. Beliau tersadung lagi.

Mengapa?

Allah berfirman, “Dan orang – orang yang berjuang di jalan Kami, pasti kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.”

“ Banyak-banyak jalan tuhan, Umno ‘confirm’ jalan thaghut. “ ( artikel asal )

Adakah anak tok guru ini ingin menjadi Hakim menghukum parti lawan ? atau sengaja menanam rasa benci dan meluat kepada UMNO hingga hanya PAS sahaja yang nampak baik ?

Rupa rupanya minda anak tok guru Nik Aziz ini masih kebudak-budakan. Menghukum orang sesuka hati hingga tergamak menuduh UMNO jalan thagut…

Jika anak tok guru sendiri berkata demikian, tentu tidak pelik bagi saya ia akan dituruti dan dicontohi oleh para pejuang PAS yang selama ingin menonjolkan imej warak dan komited kepada agama… Terntu juga ‘anak’ kencing berlari kerana ‘ayah’ kencing berdiri..

Mujurlah Nik Aziz telah terbang ke Mekah untuk umrah. Jika tidak tentu senarai panjang gelaran baru kepada UMNO akan bertambah. Boleh jadi ini masanya Nik Abduh rasa sangat sesuai menempelak UMNO yang dikata tidak seberapa bersedia menghadapi pilihanraya..

Patutlah negara dilanda huru hara.. tidak lain kerana ada juga anak tok guru memberi fatwa UMNO itu confirm jalan thoghut….mujurlah juga ayahnya sekadar mengata Allah  mencarut..Setakat toghut tidaklah kasar sebenarnya bagi kita yang sudah biasa dengan SHIT dan carut marut ini….

Mari kita fikir sama sama , betul atau tidak UMNO itu parti sang saka bangsa yang berbangsa ’thogut’ fahamannya atau ?????

Moga Allah menyatukan hati hati orang Islam beriman …..

One thought on “Nik Abduh Nik Aziz ; contoh teladan atau sempadan ?

  1. ummuhanah says:

    maaf saya mencelah….Saya ingat kena definisikan dulu thoghut tu…beri penjelasan maknanya dan ciri-ciri parti yang memperjuangkan thoghut..lepas tu baru buat perbandingan adakah UMNO menepati ciri-ciri tersebut….kalau menepati maka tak de sebab UMNO tak leh terima dilabelkan thaghut…

    ” menyanggah pemikiran Assobiah/nasionalisme/kebangsaan “

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s