BTN dan perkauman ?

Apa nak jadilah sekarang ini. Fakta tidak dimasukkan dengan jelas di dalam tulisan blog sekarang ini. Sedangkan blogger sepatutnya menjadikan fakta sebagai hujjah mereka bukan cakap dengar sebagai asas dan sandaran kepada apa yang ingin diperkatakan di dalam medium blog mereka.

saya dimaklumkan menerusi sms dari rakan saya berkaitan isu BTN dan perkauman yang dikatakan telah disebut di dalam blog http://jaguhkampung.blogspot.com/ dan juga blog whatthembugger…..Ia respon kepada tulisan “Refection of a singking Bahtera Merdeka” by Dr. Azly Rahman in Malaysia today.

Apa yang ditulis Dr Azly tersebut ?

Dr Azly Rahman claims

an educator and of an astute stature having given a speech at Harvard University on “ambiguities of freedom” in post-March 8 revolution in Malaysia.

“the BTN is the chief institution that disseminates the idea of Malay supremacy, makes Malays docile, wages nDoc germ warfare on Malays, breeds inter-racial hatred, destroys the possibility of inter-race dialogue, makes Malays afraid of themselves and their own shadow, and psyches Malays into believing that only UMNO is their true saviour”

“his own personal experience with BTN in1980’s that BTM programs turning the Malay participants into leaders to hate especially the Chinese”.

Apabila menyentuh BTN saya rasa tidaklah ada masalah sangat kerana ia sekadar agensi kerajaan dan mempunyai pekerja dan pegawai yang ramai… merekalah yang patut menjawabnya kembali tuduhan tuduhan di atas. namun apabila ia menjadikan ketuanan Melayu sebagai ‘alat mainan’ saya rasa ia tidak betul dan perlu diperbetulkan..Mari kita tengok dan jawab satu persatu tuduhan liar mereka itu…..

Anda lihat sendiri di web BTN- klik sini – tentang isi kepada program BTN selama ini :

  1. Apakah objektif Kursus Kenegaraan? Objektif Kursus Kenegaraan ini adalah untuk:
    1. untuk memberi pendedahan dan pembentukan ketahanan diri anggota perkhidmatan awam dari segi fizikal dan mental bagi meningkatkan patriotisme kepada Negara dan Kerajaan;
    2. untuk memberi penjelasan tentang pengurusan disiplin dan pembentukan sahsiah anggota perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas;
    3. untuk memupuk sikap, nilai-nilai murni dan etika kerja cemerlang di kalangan semua anggota perkhidmatan awam; dan
    4. untuk memenuhi sebahagian daripada Tahap Kecekapan 1 di bawah Penilaian Tahap Kecekapan bagi skim perkhidmatan yang berkaitan.
  2. Apakah kurikulum Kursus Kenegaraan?Kurikulum Kursus Kenegaraan merangkumi sejarah kebangkitan negara; isu dan ehwal semasa; kesetiaan kepada Raja, Kerajaan dan Negara; Pengurusan integriti seperti pencegahan rasuah, akauntabiliti, moral dan etika; dan Pembangunan diri dan kumpulan. Walau bagaimanapun, pihak penganjur kursus boleh mengubahsuai kandungan kursus tertakluk kepada kelulusan Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam.

Adakah ada di situ

‘ Untuk menanam sikap membenci dan memusuhi bukan Melayu dan mengasingkan mereka dari dalam komuniti ???

Adakah ada ‘ menanam’ unsur perkauman di dalam objektif atau kurikulum BTN ?

anda baca sendiri dan nilaikan apa jenis tulisan mereka di atas……

Kita perlu sedar bahawa SELURUH warga negara Malaysia terikat dengan Rukun Negara yang lima…Mungkin blogger di atas tidak menyedari atau lupa kepada rukun negara kita :

  1. Percaya kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan kesusilaan

Meskipun Raja bukan dari bangsa Cina dan India, selagi mereka berada di tanah Melayu ini mereka perlu memegang teguh rukun lima ini….Kerana kegelinciran dari memegang rukun ini akan merosakkan keamanan dan ketenangan negara kita hingga boleh menimbulkan huru hara dan pergaduhan sesama bangsa.

Keluhuran Perlembagaan juga perlu dihormati di mana Artikel 153 jelas memperuntukkan keistimewaan Melayu dan ia tidak dapat diinterpertasi dengan menolak Ketuanan Melayu itu sendiri..

Akhir sekali, baca petikan dari Web BTN di atas …

Lihatlah kenyataan rasmi dari PERUTUSAN KETUA PENGARAH BTN di bawah ini :

BIRO TATANEGARA ( BTN ) sejak penubuhannya pada tahun 1974, kini telah berkembang menjadi satu institut latihan kenegaraan yang menganjurkan Program-program Bina Negaranya dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat yang patriotik, cinta pada negara dan bersatu padu supaya dapat menangani cabaran sebuah negara yang terus maju menjelang tahun 2020.

Penglibatan anggota masyarakat dalam siri program anjuran BTN ialah pelajar universiti, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pemimpin dan pemaju masyarakat dari pelbagai agensi, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Laman BTN ini diharap boleh mengemukakan kegiatan dan aktiviti BTN serta isu-isu sosiopolitik, sosioekonomi domestik dan antarabangsa dalam melahirkan rakyat Malaysia yang patriotik, cinta kepada negara, dan bersatu padu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s