Minyak yang terus naik 78 sen !

Pagi ini saya sudah tidak terkejut lagi. Sudah ditenangkan oleh pengumuman PM semalam berkaitan kenaikan harga minya yang sudah mencecah US 135 ( RM setong setakat ini.

Wah….mahal betul. Sedangkan harga tahun 1970 dahulu harga minyak cuma $ 1.80 setong..Zaman Anwar Ibrahim pun lingkungan US 20 – 30 setong sahaja. Sekarang dah naik hampir USD 100 dolar berbanding 10 tahun lepas. Patutlah Pak Sheih sedap cakap dia tak pernah naikkan minyak kerana harga memang murah pada masa itu..

Tidak dinafikan permintaan tinggi mendorong harga minyak naik. Kesombongan ‘minyak’ begitu tinggi sekarang ini di saat saat kesukaran mendapatkannya dan krisis yang berlaku di merata tempat di dunia. Mangsanya ialah kita. Negara kita terpaksa menanggung segala risiko itu. Subsidi  nampaknya tidak dapat diteruskan lagi pada tahap lama. Ia tidak memberi kesan maksimun kepada rakyat jelata.

Tidak adil rakyat tidak menggunakan minyak terpaksa menanggung harga tinggi untuk makanan. Juga tidak patut subsidi minyak diutamakan dari krisis makanan yang memerlukan subsidi dari kerajaan demi KEBAJIKAN rakyat yang mana terdiri dari golongan petani, nelayan, buruh binaan dan pekerja sektor awam dan swasta yang hanya cukup makan pendapatan mereka setiap bulan.

Bagi golongan hisap curut, main golf, minum di cafe cafe mewah, kenaikan ini tidak lebih dari kenaikan yang tidak memberi kesan kepada mereka. Kecuali sedikit ‘tunjuk perasaan’ dari pekerja yang mungkin barangkali inginkan tangga gaji yang tinggi setaraf dengan kakitangan awam sekarang ini yang telah dinaikkan pada bujet negara tahun lepas.

Dua kesimpulan yang dapat diperolehi dari semua kenaikan ini..

– Rakyat akan dapat harga makanan dengan murah dari penjimatan subsidi minyak..

– Rakyat akan dapat membuat pilihan samada menggunakan wang tunai rebat dari kerajaan bagi keperluan minyak kenderaan atau makanan ahli keluarga yang tentu lebih utama dari minyak kereta mereka.

Di saat saat kesusahan ini, marilah kita mengamalkan jimat cermat dan berhemat di dalam berbelanja.. Usaha memberi keringanan kepada rakyat dari kerajaan perlulah dihargai sebaiknya kerana mereka praktikal dan tidak membuat janji palsu atau menjanjikan sesuatu yang tidak pasti kepada rakyat. Sudah tentu pakar pakat ekonomi negara kita yang membantu membuat kajian bukannya dihasilkan dari ‘kesukaan kehatian’ Perdana Menteri yang kita ketahui sangat perihatin kepada rakyat meskipun diasak dengan tekanan kenaikan harga minyak dan barangan yang semakin tinggi.

Jika di negara lain mereka memilih untuk berdemonstrasi, adakah anda ingin negara kita turut huru hara sama dengan mereka ? adakah ini saat sesuai menunjuk perasaan hingga menggugat keamanan lantas membolehkan anasir musuh negara menyelinap masuk ke tempat kita ?

Di sisi Tuhan, semakin naik darjat hamba semakin tinggi ujiannya…

” Sekuat kuat manusia diuji ialah Anbiya dan Auliya ” – sabda Nabi s.a.w.

fakta menarik :

* Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.

* Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.

* Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.

* Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.

* Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.

* Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.

* Harga diesel untuk operator pengangkutan, nelayan dan pemilik vesel diselaraskan kepada RM1.43 seliter.

* Harga gas bagi sektor elektrik dinaikkan kepada RM14.31 setiap mmBtu berbanding RM6.40 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.

* Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.

* Kadar jualan bagi restoran di luar hotel yang dikenakan cukai perkhidmatan 5 peratus dinaikkan kepada RM3 juta berbanding RM500,000 berkuat kuasa 1 Julai 2008.

* Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s