Ezam dan keahlian UMNO yang ditarik dan menarik !

Saya bukan peguam. Juga bukan pejuang sejati dari awal kemerdekaan parti keramat bangsa Melayu ini. Tetapi saya penyokong kepada sebuah perjuangan menjaga kepentingan agama Islam yang kebetulannya saya anuti dari lahir hingga ke saat ini.

Apabila menjadi penyokong maka saya perlu memahami undang undang parti sokongan saya. Bukan ingin menjadi calon tetapi sekadar memantapkan pemahaman agar saya mengetahu selok belok peruntukan artikel perlembagaan parti ini yang ditubuh oleh nenek moyang bangsa saya ; Melayu.

Ezam masuk setelah mantan PM keluar darinya… Kemasukan setelah menunggu sekian lama pengeluaran diri manusia yang telah ‘ berjasa’ memecatnya. Jasa jasa itu tentu Ezam akan kenang kembali…

Kebetulan pula Anwar Ibrahim juga melalui kisah yang sama …Dipecat dari jawatan no 2 negara. Hingga berbagai bagai tuduhan telah dihadapkan ke mahkamah agar si politikus licik ini akan ‘berjaya’ disekat cita citanya yang sangat terangsang begitu sekali kepada ‘kerusi’ perdana bagi sekelian menteri menteri.

Ezam masuk kecoh. Mahathir keluar parti pun kecoh. Jika manusia suka kecoh kecoh saya rasa itu tanda mereka sebenarnya suka kepada kekecohan agat tidak ada sesaat pun nama mereka akan sirna di dalam keriuhan nama nama orang besar di pandangan manusia, selalu disebut dan dilagukan di mana mana majlis dan pertemuan manusia…

Cuma ada orang berkata Ezam tidak layak untuk diterima masuk. Dan ada orang berkata Ezam keluar parti walaupun Ezam sebenarnya dikeluarkan ‘melalui pemecatan’ oleh mantan Presiden yang sekarang sudah tidak lagi dikenali sebagai ahli no satu parti.. Ezam menafikan dipecat. Walaupun masih ramai tidak dengar dia berkata saya tidak keluar parti tetapi dipecat sesuka hati kerana mengkritik Presiden Parti yang anaknya kini macam lupa diri dan ingin menjadi hero generasi baru walaupun dayus untuk keluar parti mengikut jejak bapa memberi tekanan kepada presiden parti…

Di bawah ada sedikit keterangan….baca dan bagi pandangan…mungkin ada yang boleh digunakan untuk menyokong Ezam di saat saat ramai merasa sangat terkesan dengan kehadiran seorang yang

FASAL 6 TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI

6.1

Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut:

6.1.1

Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.

6.1.2

Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.

6.1.3

Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.

6.1.4

Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.

6.1.5

Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

6.1.6

Berkhidmat kepada orang ramai.

6.1.7

Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.

6.2

Tiap-tiap ahli mempunyai hak-hak yang berikut:

6.2.1

Bercakap dan mengemukakan pendapat-pendapat dan mengundi di dalam mesyuarat-mesyuarat parti.

6.2.2

Memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti.

6.2.3

Mengambil bahagian dalam pilihan raya dan menerima lantikan parti sebagai seorang calon.

6.2.4

Ahli-ahli yang sedang di dalam cadangan atau dipecat tidaklah hilang hak keahlinnya.

Adakah artikel perlembagaan UMNO di atas dapat menyokong keahlian Ezam yang kini dalam pusingan melawat negara negara Asia ? adakah sukar memaafkan ‘rakan lama’ sedangkan dia sekarang sudah bertukar wadah perjuangan ? tidak mahukah kita menerima aset PKR yang boleh diperalatkan kembali menentang dan melawan PKR yang kini sudah goyang lantaran penghijrahan ramai ahlinya ?

Sama sama kita fikirkannya…

Leave a comment