Sah! Sanusi telah dipecat, Mokhzani dan bapa bila lagi?

Kisah orang tidak tahu malu dan bertegas mahukan jawatan walaupun menolak parti adalah satu tindakan tidak beretika bagi mana mana individu yang sedar diri.Baca kisah di bawah tentang sesetengah manusia kutuk dan protes Perdana Menteri namun tetap mahukan jawatan dalam negeri yang diperolehi melalui parti…Mujurlah Sanusi sudah ‘disedarkan’ dari ‘pengsan’ selepas berkeras tidak akan meletak jawatan walaupun mengisytiharkan diri keluar parti.

Mokhzani perlu sedar diri jika reti malu dan faham jawatan tersebut adalah hak parti. Jangan buat bodoh kerana beliau seorang yang cerdik lagi bijak seperti ayahandanya…Jangan jadi keras kepala kerna tidak ada guna melawan kerajaan dengan membuat tindakan tidak cerdik seperti keluar parti. mungkin selepas ini Tun Mahathir pun perlu ‘disedarkan’ juga dari ‘kekeliruan’ bergelar Penasihat kepada Petronas dan GLC yang lain yang menjanjikan habuan puluhan ribu setiap bulan…

Petika akhbar di bawah :

Khidmat Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditamatkan mulai 2 Jun lalu walaupun tempoh perkhidmatan beliau sepatutnya berakhir pada tahun 2010.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah dilantik sebagai Presiden UIAM yang baru bagi menggantikan Sanusi, (gambar) 65, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.

Mohd. Sidek, 57, dikatakan telah menerima watikah pelantikan tersebut yang ditandatangani oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.Menurut Perlembagaan UIAM, pelantikan Presiden universiti tersebut adalah di bawah bidang kuasa Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Ini ekoran tindakannya keluar daripada UMNO mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

spekulasi timbul mengenai kedudukan Sanusi selaku Presiden UIAM berikutan tindakannya keluar daripada UMNO mengikut jejak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Malah terdapat beberapa pihak yang mendesak Sanusi supaya meletakkan jawatannya sebagai Presiden UIAM kerana tindakannya itu.bekas Menteri Besar Kedah yang menjawat jawatan Presiden UIAM sejak Februari 2000 telah mengadakan sidang akhbar mempertahankan kedudukannya.

Beliau mendakwa tiada siapa yang boleh memecatnya sehingga tempoh perkhidmatannya tamat pada 2010.

Selepas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno, manakala anaknya yang juga ahli Parlimen Jerlun, Dato’ Mukhriz dikecam oleh pimpinan parti itu kerana mendesak Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan dan kini seorang lagi anaknya, Dato’ Mokhzani diminta melepaskan jawatan sebagai pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ismail Sabri Yaakob Ismail berkata, ekoran tindakan Mokhzani menurut jejak langkah bapanya keluar dari Umno, maka beliau mesti melepaskan jawatan pengerusi SIC kerana ia milik anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.”Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar Umno, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan,” kata Menteri Belia dan Sukan Dato’ Ismail Sabri Yaakob Ismail Sabri.

Menurut laporan Bernama yang dipetik Malaysiakini, Mokhzani dilantik menjadi Pengerusi SIC pada 2003 menggantikan Tan Sri Basir Ismail, yang merupakan Pengerusi SIC yang pertama.

Dalam reaksi balas, Mokhzani, 47, yang juga bekas bendahari Pemuda Umno berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana tiada arahan daripada MAHB atau Kementerian Kewangan.

Mokhzani berkata Ismail Sabri sepatutnya merujuk perkara tersebut (peletakan jawatan) kepada MAHB atau Kementerian Kewangan.

“Sehingga kini, selepas (saya) keluar Umno pada awal Mei, tiada arahan bagi saya melepaskan jawatan sekarang. Oleh itu, saya tetap menjalankan tugas sebagai pengerusi SIC,” katanya.

Beliau berkata jika Perdana Menteri sendiri mahu beliau berhenti, Abdullah mempunyai hak berbuat demikian melalui `surat peletakan jawatan tanpa tarikh’ yang diserahkannya pada 2006.

“Menjadi amalan saya, bila saya dilantik ke jawatan sukarela sebagai Pengerusi SIC … tanpa gaji, pada masa yang sama, saya menyerahkan surat peletakan jawatan tetapi tanpa tarikh. Apa yang perlu dilakukan ialah mengisi tarikhnya sahaja,” katanya.

Pada 21 Mei lalu, Mokhzani mengikut jejak bapanya, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar dari Umno kerana tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Presiden Umno dan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ismail juga tidak menghadiri majlis pelancaran Super GT Antarabangsa Malaysia anjuran SIC semalam yang diadakan di kementerian itu kerana kebetulan mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet kementeriannya di bangunan sama.

Ketika ditanya pemberita mengapa beliau tidak menghadiri majlis pelancaran itu, Ismail Sabri berkata: “Secara prinsipnya, bila Mokhzani keluar dari Umno kerana tidak yakin dengan kepimpinan perdana menteri, itu bermakna beliau juga tidak yakin dengan saya sebagai menteri yang dilantik oleh perdana menteri.

“Jadi mengapa saya perlu menghadiri majlis tersebut. Bukannya saya tidak suka sukan permotoran tetapi sebagai menteri kerajaan, tidak kenalah … (bila Mokhzani turut hadir),” kata Ismail Sabri. – mks._

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s