Demonstrasi besar besaran …Jumaat ini ! – Malaysiakini

Demo terbesar bantah harga minyak

Apa reaksi anda membaca tajuk berita ini ? bagi saya ia sekadar ‘ nak tunjuk hero’ dan nak biarkan ditangkap.. Kerana ditangkap zaman sekarang dianggap sebagai wira.

Pemuda Pakatan Rakyat akan mengadakan perarakan besar-besaran sejauh hampir dua kilometer Jumaat bagi membantah kenaikan mendadak harga minyak.

Bagus jika dibuat sejauh 200 kilometer…tentu jimat belanja dan dapat tengok macam mana tahap kekuatan peserta. Baru boleh ‘ melawan habis-habisan’…

Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama Pemuda PAS dan DAP akan bergerak dari masjid Kampung Baru ke Suria KLCC selepas solat 13 Jun ini.

Sepatutnya dibuat di stadium bagi mengelakkan kesesakan atau hari hari cuti umum. Berdemonstrasi nampaknya akan menjadi ‘riadah’ terbaru rakyat kita selepas ini. Hasil usahasama parti pembangkang di negara kita…

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu lalu.

Besar ke atau kecik, pembangkang memang selalu membangkang. tidak ada lagi pertimbangan demi negara dan kestabilan ekonomi ; selain fikir bagaimana nak kuatkan sokongan semata mata dari rakyat yang sudah ‘dijangkiti’ sindrom politik membangkang ini.

Dalam kenyataannya hari ini, AMK menggesa semua ahli Pemuda Pakatan dari seluruh negara menghadirinya.

Bagus jika seluruh dunia dari segenap penjuru dikumpul. Berhimpun di tempat awam beramai ramai membahayakan negara. Tidak mustahil tindakan ‘ revolusi’ menggulingkan kerajaan boleh berlaku dan kekacauan akan tercetus jika sudah ramai dan bersemangat pula melaungkan slogan anti kerajaan. Akhirnya polis FRU dan PGA juga jadi mangsa kerana ‘kemarahan’ bersepadu dari peserta demonstrasi tersebut.

Sejak minggu, beberapa demonstrasi kecil diadakan di beberapa lokasi seluruh negara, antaranya di Kuching, Ipoh, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Baguslah kalau begitu. Tunjuk perasaan agar minyak turun ! sedangkan mereka tidak mengetahu keadaan aliran tunai dan juga perancangan negara dalam membangunkan Malaysia mengikut perancangan asal yang dibuat sekian lama oleh pegawai pegawai kerajaan.

Setiausaha AMK Zulfikar Ali Ariffin menganggarkan kira-kira 3,000 orang akan hadir Jumaat ini bersama ketua-ketua pergerakan Pemuda Pakatan, Salahuddin Ayub dan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bagus berpakat berdemonstrasi ramai ramai…baru ‘syok’

Belum dapat dipastikan ketua Pemuda DAP Nga Kor Ming akan menyertai, bagaimanapun wakil Pemuda parti dipercayai turut serta.

Susah juga yer nak pastikan di zaman canggih ini… Mungkin ‘liat’ kerana sudah kecewa dengan Pakatan Rakyat ?

Menurut Zulfikar, AMK juga meminta setiap negeri agar menghantar wakil bagi menyertai perhimpunan itu nanti.

Minyak kena claimlah jika nak berdemonstrasi. Rasanya tentu ramai ahli sanggup berkorban demi parti Mereka rela asalkan BN akan jatuh

….
Pergerakan itu akan bermesyuarat malam ini bersama-sama wakil Pemuda PAS dan DAP berhubung penganjuran demonstrasi tersebut, tambahnya.

Mereka juga akan membincangkan bagaimana untuk memobilasi rakyat dan penyokong yang turut serta dalam perhimpunan besar-besaran pada 12 Julai nanti yang dianjurkan oleh Gabungan Anti Inflasi (Protes).

“13 Jun adalah titik tolak untuk rakyat turun sama-sama pada 12 Julai nanti,” kata Zulfikar.

Beliau berkata AMK meminta kerjasama polis dan memberi jaminan perarakan itu akan berlangsung secara aman.

Penyelaras Protes Dr Mohd Hatta Ramli, yang juga bendahari PAS, berkata gabungan itu akan mengumpul jumlah peserta demonstrasi yang lebih besar daripada anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) November lepas.

Kira-kira 40,000 menyertai perhimpunan tahun lalu bagi menuntut empat perkara ke arah pilihanraya bebas, termasuk penggunaan dakwat kekal dan pemansuhan undi pos.

Sementara itu, AMK Wilayah Persekutuan akan meneruskan demonstrasi itu pada jam 5 petang Jumaat di masjid jamek Jalan Tun Perak.

Pergerakan itu telah memutuskan program bantahan dalam mesyuaratnya malam tadi, kata naib ketua AMK Wilayah, Rozan Azen Mat Rasip.

Keputusan ini akan dibentangkan dalam mesyuarat pusat AMK malam ini, tambahnya.

tiada apa boleh diharapkan dari pemuda PRM ini …selain demonstrasi minta turun harga minyak…Tapi lupa nak demonstrasi minta tunaikan janji kepada pengundi pengundi yang lebih penting dari demonstrasi demonstrasi yang akan menghabiskan banyak minyak minyak dari menjimatkannya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s