ISLAM HADHARI DAN ISLAM HAKIKI

ISLAM HADHARI DAN ISLAM HAKIKI

oleh : Pedangberbisa

Isu Islam Hadhari keluar lagi di dalam akhbar. Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mengikuti jejak langkah para pembangkang lain di dalam mengkritik pendekatan Islam Hadhari dengan melabelkannya sebagai karut. Seperti laporan sebuah akhbar tempatan semalam..

Selain melabelkan isteri Nabi turut membuat demonstrasi dengan Nabi ( seperti klip video akhbar online Malaysiakini ) agar perbuatan penyokong PAS berdemonstrasi semalam HALA di sisi agama, Nik Aziz kembali meraih populariti selepas beberapa ketika berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah. Kali ini dengan mengutuk Islam yang dinisbahkan dengan perkataan Hadhari..

Jika Nik Aziz ingin kritik Islam Hadhari seperti Hassan Ali ketika persidangan Dewan Rakyat Selangor yang lepas dengan mengatakan bahawa Islam sudah lengkap dan tidak perlu lagi kepada Islam Hadhari, Nik Aziz dan Hassan Ali termasuk Khalid Ibrahim selaku MB Selangor perlu mengutuk dulu Islam Madani bak ciptaan ’karut’ – seperti kata Nik Aziz – yang mana telah digagaskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun tidak ada reaksi lagi setakat ini terhadap Islam Madani Anwar dan kaitannya dengan Islam Hadhari sedangkan penambahannya mengikut laras bahasa Arab adalah sama. Di mana Madani – bertamadun diletakkan huruf Ya Nisbah hujungnya sama dengan Hadari yang juga diletakkan Ya Nisbah di belakangnya…

Seperti orang tertentu yang membangsakan dirinya kepada negeri atau tempatnya ; Rembau jadi Rembawi, Kelantan jadi Kelantani, Dusuq ( daerah di mesir ) jadi Dusuqy… Apa salahnya…

Melainkan nama Islam ditukar kepada Aslam Hadhari atau agama bernama baru seperti Ihsan Hadhari…Itu baru boleh dikatakan bahawa ia telah mengelirukan seperti kata Mufti Perlis Darus Sunnah bahawa Islam Hadhari itu mengelirukan dan memerlukan tindakan segera agar dihentikan penggunaannya. Lagi keliru bila Nik Aziz bertanya di manakah Iman Hadhari ? sedangkan nama agama kita adalah Islam bukan Iman Hadhari..

Peringkat pertama agama adalah Islam…dan kita dinama Muslim sebelum diangkat Allah ke peringkat kedua iaitu Iman dan orang berada di situ digelar Mukmin. Begitulah sehingga Muhsin bagi peringkat terakhir iaitu Ihsan ; peringkat dimana seolah olah melihat Allah atau rasa dilihat Nya…

Nampaknya Mufti Perlis sendiri tidak faham konsep Hadhari ini hingga sanggup membuat kenyataan ’ mirip pembangkang’ agar tidak menjadi sasaran kemarahan mereka selepas mencela dan mencaci sepuas hati para pemimpin PAS yang dianggap sangat suci oleh para ahli parti.

” Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan.

“Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah.”

Apa komen anda dengan petikan di atas ? seolah olah menyamakan Islam Hadhari sebagai ganti perlembagaan Allah…Mungkin Nik Aziz tidak pernah membaca isi dan konsep Islam Hadhari seperti yang disampaikan Perdana Menteri….

Dalam Portal rasmi JAKIM disebut dengan jelas dari ucapan Perdana Menteri tentang Prinsip Islam hadhari dan juga Maqasid Syariyyah yang menjadi matlamat kepada perlaksanaannya sekarang ini…

Prinsip Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama;
Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah
Kerajaan Adil dan Beramanah
Rakyat Berjiwa Merdeka
Penguasaan Ilmu Pengetahuan
Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif
Kehidupan Berkualiti
Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Keutuhan Budaya dan Moral
Pemeliharaan Alam Semulajadi
Kekuatan Pertahanan

Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah Negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa.

Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sector atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawwur seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip Maqasid al-Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara;


Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta
Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan

Kesimpulannya Islam Hadhari adalah seperti YOGURT yang dihasilkan zaman ini dengan bahan asalnya tetap dari susu namun dibungkus dan dikaji agar lebih enak dan lazat bagi memudahkan ia menarik perhatian masyarakat dan memberi kelainan di dalam pendekatan bukan dicampur adukkan dengan bahan bahan haram di dalam penyediaannya…

Jika tidak ingin menikmatinya, eloklah didiamkan sahaja dan memberi peluang kepada negara agar menjadikan Islam hadhari sebagai landasan perubahan kepada umat agar tetap gagah di alam nusantara dan dunia ini sepanjang masa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s