HATI HATI KRITIK KEPUTUSAN HAKIM WAHAI NIK AZIZ DAN HARON DIN !

BERITA DIPETIK DARI HARAKAHDAILY

KOTA BHARU, 20 Jun (Hrkh) – Keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Perlis yang tidak mengembalikan kerusi Dun Sanglang kepada calon yang sepatutnya menang dianggap sesuatu yang pelik.

Ini kerana kes serupa pernah berlaku di kerusi Parlimen Pasir Puteh pada pilihan raya umum 2004 apabila mahkamah di sini mengembalikan kerusi tersebut kepada calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Che Min Che Ahmad.

Sedangkan pada pilihan raya ketika itu calon PAS, Hajah Kalthum Ahmad diisytiharkan menang oleh pegawai pengurus pilihan raya.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din berkata, dalam kes petisyen Dun Sanglang telah terbukti pegawai pengurus pilihan raya melakukan kesilapan sehingga mahkamah membuat keputusan kerusi itu perlu dikosongkan.

“Sekarang telah terbukti kesilapan dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya dan bukannya calon PAS atau Barisan Nasional. Namun peliknya yang salah tidak pula dihukum.

“Mengapa mahkamah mengambil jalan yang payah sedangkan kes serupa pernah berlaku di Pasir Puteh apabila mahkamah memberi hak kepada calon yang sepatutnya menang,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Bharu di sebuah hotel di sini, hari ini.

Rabu lalu Mahkamah Pilihan Raya di Kangar memutuskan kerusi Dun Sanglang yang disandang calon BN, Abdullah Hassan perlu dikosongkan.

Bagaimanapun Hakim Dato’ Zainal Adzam Abdul Ghani menolak permohonan calon PAS, Ustaz Hashim Jasin untuk mendapat pengisytiharan sebagai calon yang menang di kerusi berkenaan.

Menurut Zainal Adzam, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi Dun berkenaan kerana Seksyen 35 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 tidak memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian selepas dimansuhkan pada 2003.

Sehubungan itu, mahkamah menyerahkan kepada SPR untuk menentukan sama ada pilihan raya kecil perlu diadakan atau sebaliknya.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Abdullah diisytiharkan menang dengan majoriti 149 undi setelah memperolehi 3,384 undi, manakala Hashim mendapat 3,235 undi.

Sepatutnya Hashim diumumkan menang kerana mendapat kelebihan 47 undi.

Dr Haron berkata, beliau bimbang perkara itu seperti disengaja kerana mahu memastikan Umno memenangi semula kawasan berkenaan melalui pilihan raya kecil yang bakal diadakan.

“Kalau macam itu mungkin kita boleh pulau pilihan raya yang bakal diadakan kot..,” ujarnya.

Sebelum ini Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat juga melahirkan rasa hairan bagaimana kes petisyen Sanglang dan Pasir Puteh diputuskan berlainan sedangkan faktanya hampir sama.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, biar pun pembangkang di bawah Pakatan Rakyat menang besar pada pilihan raya umum lalu, namun masalah hubungan kaum tidak berlaku seperti peristiwa 13 Mei 1969.

Sedangkan katanya, pada pilihan raya umum 1969 pembangkang memenangi banyak kerusi sehingga akhirnya tercetus rusuhan antara kaum.

“Sedangkan pilihan raya umum yang baru lalu kemenangan pembangkang lebih besar lagi berbanding pilihan raya 1969, namun tidak berlaku masalah kaum.

“Ini kerana politik perkauman sudah lama berlalu kerana rakyat sekarang semakin matang berpolitik,” katanya.

Beliau juga memberitahu kemenangan PAS dan KeADIlan di Kelantan pada 8 Mac lalu menyamai jumlah kerusi yang dimenangi pada pilihan raya 1990 iaitu 39 di peringkat Dun. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s