Pakatan Rakyat yang rapuh dan 9 dalil ia akan runtuh !!!

Apa dalil ?

1.    Tengok semalam di Stadium Shah Alam  ( seperti ulasan dan gambar Blog di bawah klik sini )

Ketidakhadiran speaker utama lain seperti yang dicanangkan oleh poster dan media elektronik internet seperti Menteri Besar Kelantan, Kedah, Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selain itu Presiden PAS, Tuan Guru Dato` Seri Abdul Hadi Awang juga tidak hadir! Hasilnya hadirin pada malam tersebut seolah-olah tertipu dan kecewa lalu keluar sedikit demi sedikit daripada Stadium kerana terdapat hadirin yang hadir semata-mata ingin melihat kehadiran dan ucapan pemimpin tertentu. Adalah sangat mustahil jika terdapat lima (5) pemimpin utama negara tidak hadir serentak!

2.Berita 4 MP PKR berbasikal…Di mana MP PAS ? dan DAP ?

 

Tian Chua (Parlimen Batu), Gobalakrishnan (Parlimen Padang Serai), Zulkifli Noordin (Parlimen Bandar Baru Kulim) dan Hee Loy Sian (Parlimen PJ Selatan) mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil rakyat pertama mengunjungi sidang Parlimen menggunakan basikal! Diharapkan kepada kempen berbasikal ini dapat menarik rakyat menggunakan basikal ke tempat kerja.

Gambar dari blog Nahdah 

3. Kenyataan Ezam Mohd Noor semalam bahawa pakatan rakyat sudah rapuh. ( klik gambar utk zoom )

 

4. Demonstrasi tak jadi PKR Jumaat lepas selepas PAS berjaya kumpul 2,000 selang beberapa hari sahaja. mana PAS di saat PKR buat demo ?

Tengok artikel Malaysiakini di bawah ini :

Minyak: Protes PKR S’gor gagal
Jun 20, 08 12:44pm
dikemaskini Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam dan di sebuah masjid lagi di Ampang menunjukkan kira-kira 100 orang hadir.Di beberapa masjid, berdasarkan foto yang dikirim, kelihatan beberapa orang sahaja mengangkat sepanduk bantahan.petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinBerbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.

Difahamkan tiada bantahan di Sekinchan dan Kajang – dua kawasan yang dikuasai pembangkang di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Usaha AMK negeri ini dalam rangka menggerakkan kempen ‘protes sejuta rakyat’ 2008 bertempat di Petaling Jaya pada 6 Julai depan.  

“Slogan yang tegas ‘turun’ dan warna merah adalah manifestasi kemarahan rakyat terhadap tindakan gila kerajaan menaikkan harga minyak yang melampau,” kata Khairul Anuar.

Protes itu, tambahnya, “pasti mendapat penyertaan dan sokongan dari segenap lapisan kelas masyarakat merentasi latar politik, kaum dan agama.”

Malaysiakini difahamkan pembangkang merancang demonstrasi besar awal bulan depan.

Namun, kegagalan kempen AMK negeri hari ini – kira-kira dua minggu lagi – dipercayai boleh membantutkan rancangan tersebut.

5. PAS membantah konsert 100 hari Pakatan Rakyat di Stadium Shah Alam yang mengundang artis wanita dan PKR membidas tindakan PAS tersebut atas dasar tidak termaktub di dalam Manifesto..Klik sini untuk huraian lanjut !

 

 

 

 

 

 

   

 

 

 

 

 

 

6. Pelancaran Tabung Bantuan Nargis di Parlimen oleh Hj Hadi hanya dihadiri MP PAS SAHAJA !!! berita lanjut klik sini

Image

 

 

 

 

 

 

 

 

7. Spekulasi rundingan UMNO – PAS dengan Hassan Ali menjadi MB di Selangor !

Klik di sini untuk maklumat tersebut.dan di sini

yahya sahri 8. Selangor dilanda krisis dengan penggantungan ( edisi lain : pemecatan )  Yahya Shaari 9 ( gambar bawah ), Pegawai kanan MB yang telah dilantik selepas PRU 12 lalu.. Beliau yang telah disoal siasat 4 jam oleh BPR hingga menjadikan PR gelisah dengan pendedahan kes tersebut yang dilakukan oleh ahli PKR sendiri demi ‘ memelihara’ PR dari terus dilabel ‘gila kuasa rakyat’ hingga tidak sampai 100 hari sudah berani menggunakan kuasa mendapatkan projek dengan menggunakan kepala surat MB. Klik sini untuk berita lanjut.dan sini http://nnora75reform.blogspot.com/

 

 

 

9. Dakwaan Nepotisme dan salah laku MB Khalid yang dikaitkan dengan kawan lamanya Lim Kim Hong  ( klik sini untuk berita dan gambar detail )

9. Anwat tidak tahan dengan perkara perkara di atas hingga membawa diri ke Mekah untuk umrah ! klik sini untuk berita

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s