Lawak Khalid Ibrahim isu agihan wang sumbangan !

Jika sumbangan syarikat menggunakan letter head kerajaan tentu duit perlu disimpan oleh kerajaan.. Tetapi Khalid berkata akaun PKR adalah persinggahan sementara sebelum di’transfer’ kepada akaun akaun parti parti lain.. Tentulah DAP dan PAS.

Mengikut kiraan saya yang tidak berapa bijak ini, isu sumbangan kepada perayaan 100 hari Pakatan Rakyat, isu perletakan jawatan selepas disiasat, adik Anwar yang turut letak jawatan dalam GLC kerajaan negeri, sikap PAS membantah konsert serta memulaukan sambutan 100 hari dan isu isu seperti pembesaran gereja, larangan azan yang dipetisyen oleh Teressa Kok di Puchong dan lain lain lagi, tiba tiba semalam Nik Aziz berkata tidak ada rundingan dengan UMNO untuk bersatu padu.

Nik Aziz merasakan PAS sangat kuat sekarang ini. Penyokong PAS pun sama… Hasilnya mereka merasa tidak perlu dikejar peluang bekerjasama dengan UMNO di bawah Pak Lah, yang mana datuk beliau adalah ulama di dalam UMNO ketika ulama PAS zaman itu keluar parti dan menubuhkan PAS di sana.

Sebab itu Nik Aziz dan Hj Hadi perlu sedar nilai sentimental yang ada dalam diri Pak Lah hingga PAS sangat senang bekerjasama sebenarnya dengan Pak Lah jika kena cara dan salurannya.

Kenapa ramai inginkan Pak Lah turun ? kerana khuatir Melayu akan bersatu !! kenapa Cina boleh bersatu dengan PAS ? kerana takut PAS akan bersatu dengan UMNO !

Zaman Mahthir sudah selesai dan tidak ada harapan lagi melainkan perpecahan demi perpecahan…

Kita tidak nafikan kebaikan belaiu tetapi kita kena sebutkan dengan terpaksa segala keburukan yang telah berlaku di zaman Tun dan berlarutan sehingga kini. Ia ujian Allah kepada Tun dan kita tahu setiap manusia perlu menjalani ujian ujian ini agar mereka dapat mengharungi segala rintangan dan dugaan dalam kehidupan.

Bacalah kenyataan Harakah Daily yang menyiarkan kenyataan Khalid Ibrahim MB Selangor yang ‘ hot’ setakat saat ini !….

Cuma satu nak tanya, kenapa lepas didedah baru nak bagi dan berkongsi ?? nak makan sorang ke ?

fikrilah sendiri wahai penyokong Pakatan Rakyat dan kroni kroninya !!!!

KeADILan pulangkan wang derma ke akaun kerajaan negeri – Tan Sri Khalid

SHAH ALAM, 26 Jun (Hrkh)- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan wang derma 100 hari yang dimasukkan ke dalam akaun Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan dipulangkan ke akaun kerajaan negeri.

Beliau berkata, wang sumbangan anak-anak syarikat kerajaan Selangor yang tidak diketahui jumlahnnya akan dibahagikan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya masalah itu akan diputuskan dalam perjumpaan bersama perhubungan negeri pada malam ini.

“Kita akan adakan mesyuarat dan perjumpaan perhubungan negeri yang mana isu-isu pengaliran dana yang masuk ke akaun KeADILan itu akan dibangkitkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan SUK Shah Alam petang semalam.

Katanya, berdasarkan surat yang ditulis oleh bekas setiausaha khasnya yang mencadangkan wang derma itu dimasukkan dalam satu akaun iaitu akaun parti.

One thought on “Lawak Khalid Ibrahim isu agihan wang sumbangan !

  1. Csrlmnav says:

    7k2Tp1 comment4 ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s