Pemuda Pas @ Air Pepsi ? di berita : Pemuda PAS akur Ella dan Mas Idayu.

Berita PAS Selangor akur dengan konsert Mas Idayu dan Ellah, tanda PAS semakin berkembang pemikiran sekularnya.. Alasan tidak membantah tidak dapat diterima kerana PAS sepatutnya membantah kerana melibatkan soal maksiat yang sangat ditentang PAS selama ini..

Hj Hadi nampaknya lebih senang membiarkan pemuda PAS terkontang kanting dengan isu bantahan konsert yang mendapat reaksi Sultan Selangor. Bantahan mereka dipandang sepi ekoran ‘ikatan mesra’ Pakatan Rakyat yang telah dijangka oleh Anwar akan mula berkuasa September depan. Satu pencapaian terbaik PAS sendiri jika ia menjadi kenyataan.

Hj Hadi memang tahu Pemuda PAS laksana Pepsi yang hangat sementara masih ada gas.. Isu ini sudah masak ditangani Hj Hadi dan beliau lebih tahu menjawab isu ini jika dipanjangkan lagi oleh pemuda Selangor yang sejak akhir akhir ini makin popular dan mendapat liputan media massa.

Baca kenyataan ‘ munafik’ ini yang sangat pandai membelit lidah demi survival politik yang tidak tentu lagi sekarang ini yang menyaksikan ramai penyokong dan pembela PAS hampa lantaran kesilapan demi kesilapan dibuat oleh PKR yang memerintah Selangor.

Moga ada ‘ jantan punya dua telur’ akan memberikan bantahan secara ‘anak jantan’ perihal kekeliruan pemimpin utama mereka yang masih ‘ enak’ berdakapan dengan PKR dan DAP tanpa menilai kesannya kepada ketuanan Islam yang diperjuangkan Melayu UMNO selama ini…

Mungkin bagi PAS ; sedikit ayat ayat Al Quran dibaca oleh rakan India ; menyeronokkan mereka tanpa sedar ia hanya ‘taktik’ bagi menjerat PAS agar tidak akan kuat lagi perjuangan menegakkan Islamnya sehingga Cina dan India dari agama lain akan senang hati dan senang kerja mereka nanti…

Pemuda Pas akur kehadiran Ella, Mas Idayu

SHAH ALAM 4 Julai – Jika sebelum ini bertegas mahu berdemonstrasi membantah kehadiran Ella dan Mas Idayu pada konsert hiburan sempena perlawanan bolasepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam, Ahad ini, Dewan Pemuda Pas Selangor hari ini akur pula dengan pendirian pihak penganjur.

Ketuanya, Sallehen Mukhyi berkata, walaupun pada prinsipnya mereka tetap membantah kehadiran dua penyanyi wanita itu, namun pihaknya tidak berhasrat meneruskan rancangan berdemonstrasi kerana pada hari yang sama berlangsung perhimpunan memprotes kenaikan harga minyak di Petaling Jaya.

Sebagai tanda bantahan, kata beliau, pihaknya akan mengedarkan risalah kepada pengunjung agar menjaga moral sebagai seorang Muslim dengan tidak mengabaikan solat Asar dan Maghrib ketika konsert hiburan itu berlangsung.

Pada masa yang sama, katanya, Dewan Pemuda Pas Selangor mengeluarkan arahan kepada anggotanya dan meminta umat Islam yang mementingkan nilai-nilai moral agar bersolat hajat meminta dihindarkan daripada segala bencana dan musibah.

“Protes tetap protes, ia tetap berjalan tetapi kita tidak akan buat perhimpunan sebab hari itu tumpuan di Petaling Jaya (perhimpunan memprotes kenaikan harga minyak), kita hanya akan memberikan risalah kepada pengunjung konsert hiburan itu.

“Ini mungkin satu program pertama yang terbolos (terlepas). Kita harap pada masa akan datang ia tidak berulang atau jika mahu diadakan juga, perlu merujuk kepada Mufti negeri dan mengikut garis panduan yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pada 16 Jun lalu, Sallehen bersama-sama anggota Dewan Pemuda Pas Selangor mengemukakan memorandum bantahan penganjuran konsert tersebut di Pejabat Menteri Besar kerana merasakan tidak sesuai kepada cara hidup generasi muda lebih-lebih lagi dengan pemilihan Ella dan Mas Idayu.

Malah, mereka turut mengugut akan mengadakan perhimpunan secara aman di depan Stadium Shah Alam jika konsert Ella dan Mas Idayu diteruskan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kemudiannya menyuarakan rasa kesal dengan bantahan berkenaan dan melahirkan hasrat untuk mengadakan perlawanan bolasepak terbabit di Singapura.

Bagaimanapun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid kemudiannya berjanji akan mengatur untuk membawa pemimpin Dewan Pemuda Pas Selangor menghadap Sultan Sharafuddin sebelum akhir bulan lepas bagi menyelesaikan isu bantahan itu tetapi tidak menjadi kenyataan.

Dalam pada itu, Sallehen mengingatkan artis-artis terbabit agar tetap berpegang kepada adab sopan dalam soal berpakaian dan persembahan mereka.

Mengenai kemungkinan pendirian terbaru itu selain tiada bantahan daripada pucuk pimpinan parti membuktikan Pas kini semakin bertolak ansur dalam perkara tersebut, beliau percaya pemimpin-pemimpin terbabit tetap tidak bersetuju dengan hiburan seperti itu.

“Cuma mungkin rasa tidak setuju mereka diterjemahkan dalam bentuk berbeza, pendekatan berlainan diambil. Namun pendirian Dewan Pemuda Pas adalah jelas, kita menjadi ‘check and balance’, sebab itu kita tetap membantah,” tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s