Detik Daily tuduh BTN task force memburukkan Anwar .

Satu artikel di Detik Daily :

Cyber-troopers yang diwujudkan memiliki fungsi dan peranan seperti ini. Grup inilah yang merekacipta YouTube mengenai Anwar sekarang ini. Dua isu utama yang diberikan penekanan ialah hubungan Anwar dengan Paul Wolfwitz dan perihal liwat bekas TPM tersebut.

Ada pihak mendakwa, task-force ini datangnya daripada BTN. BTN ini akan mewujudkan kumpulan khas yang kecil, gerakan secara gerila bertujuan memesongkan perhatian khalayak dari segala isu yang akan menjatuhkan pimpinan kerajaan.

BTN memang ditubuhkan Anwar ketika beliau masih berada di dalam Umno. Saya difahamkan bahawa BTN pada ketika itu masih waras dengan program jati diri.

Program keagamaannya mungkin diatur Kagat (Kor Agama Tentera) dan sebagainya bertujuan menyuntik kesedaran agama dalam tentera. Tetapi, setelah Anwar dipecat, BTN mula berubah wajah.

Topengnya tidak lagi Islami. Di universiti-universiti, fungsi BTN akan lebih meriah dengan serangan terhadap pembangkang kampus jikalau hampir pilihan raya kampus.

Saya percaya hampir 90% apabila Najib dan Abdullah mendakwa bahawa mereka tidak tahu-menahu dan tidak campur tangan ke atas kes liwat ini. Najib dan Abdullah memang tidak akan ambil pusing.

Task-force inilah yang akan membuat perencanaan semuanya. Dan, ia mestilah bermula dengan seseorang yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyusun isu kontroversi, fitnah ke atas Anwar ini.

Bagaimana babak Mission Impossible bermula? Seorang ‘ketua’ akan dipanggil ke satu tempat dan dia mendengar segala taklimat melalui radio, rakaman, tape untuk dihebahkan kepada orang bawahannya.

Orang-orang tertentu yang difikirkan perlu akan dipilih untuk menjadi doktor, menyamar sebagai apa saja kerjaya profesional semata-mata untuk melengkapkan misi yang dianggap/dilihat sebagai impossible itu.

Sudah tentulah sejumlah wang, dana besar diperlukan. Dan, di sinilah siasatan sepatutnya bermula. ‘Follow the money’ …

Sememangnya Najib dan Abdullah Ahmad Badawi tidak akan tahu langsung tentang cara-cara dan kaedah bagaimana task-force ini akan bergerak dan merancang. Najib, Abdullah lepas tangan.

Sebab itulah, pada setiap akhir rakaman itu akan disebut: “Jim, seperti biasa… kalau ada sesiapa dalam kalangan anggota anda ditahan, maka pihak kami (pihak atasan yang menaja gerakan Mission Impossible) tidak akan bertanggungjawab.”

Pendek kata, pihak atasan (penaja) ini akan menafikan keterlibatan mereka dalam sebarang gerak kerja yang dilakukan oleh Mission Impossible tersebut. Dalam hal ini, mungkin Najib dan Abdullah akan melakukan hal yang sama. Iaitu, mereka akan membuat penafian.

kesimpulannya : Penulis cuba mencari kambing hitam di dalam melepaskan Anwar dari dosa dosa seperti liwat ini. Hingga merendah rendahkan maruah orang lain demi ‘ mendewa dewakan’ Anwar yang dilihat sangat suci dan maksum bak wali.

Sedarlah saudara penulis, anda tidak ada isu untuk menuduh sesiapa sahaja kerana ia juga fitnah dan tohmahan… Lihat sendiri fakta berkenaan Anwar yang dibangkitkan dan jangan kata ia direka reka kerana Gambar Youtube tidak pandai mereka reka kerana ia hasil rakaman yang jelas mengandungi kata kata Anwar sendiri dan pendiriannya selama ini dan pada masa akan datang…

Justeru tidak kira dari sesiapa atau badan apa atau pihak mana yang ada fakta dan maklumat, kena wajib dedahkannya agar tdak ada rakyat akan tertipu dengan perangai songsang Anwar yang Pro Amerika hinggakan meminta IMF diterima memberi pinjaman kepada negara ketika krisis 1997 dahulu…

Masihkah anda ingat fakta ini ? kenapa tidak ditiru semangat Ahmaf Lutfi yang kerap membongkar siapa itu Anwar meskipun dia bukannya penyokong kerajaan tulen, namun demi kebenaran dia sanggup bongkarkannya dan mendedahkan siapa Anwar sebenar.

Sudahlah , jangan taksub buta kepada Anwar..Dia manusia yang sudah hilang sedikit demi sedikit apa yang dimilikinya… Tidak ada lagi barisan peguam hebat yang mengelilingi beliau semasa pembelaan 1997 dahulu sedangkan peguam terbabit masih lagi hidup dan berupaya melindungi Anwar…Mereka sudah kenal siapa Anwar dan juga sikapnya selama ini.

pengkhianat bangsa agama tidak akan hidup selesa di bumi Allah ini !!!!!!

jangan menuduh sesiapa pun kecuali melihat tuduhannya samada benar atau tidak.

Lihat pendedahan siapa Anwar di http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s