700 unit Amal PAS menarik diri ; bukti PAS tidak sesuai dengan PKR ! – Malaysiakini

Klik sini untuk berita lanjut…http://www.malaysiakini.com/news/85656

Pas dah start meluat dengan PKR. Tindakan Hishamuddin Rais inging ‘mengsosialkan’ rakyat dengan pertunjukkan underground ‘ternakannya’ telah mengundang padah. Ada dipukul dan dibelasah rakyat yang menyaksikan persembahan tersebut dan ada menarik diri seperti unit Amal di atas.Klik di sini untuk mengetahui tentang gigs kumpulan underground kelolaan Hishamuddin Rais tersebut . Tidak pelik jika kumpulan tersebut membuat aksi lucah semalam kerana mereka dikatakan ‘ tidak percaya Tuhan’ dan mengamalkan konsep gaya hidup bebas..

Baca berita lanjut di bawah dipetik dari Malaysiakini :

Kesemua 700 anggota Unit Amal PAS yang ditugaskan mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya telah menarik diri kerana tidak puashati dengan persembahan sebuah kumpulan muzik petang tadi.

Kumpulan seramai empat anggota itu dikenali sebagai kumpulan muzik ‘Lawan Tetap Lawan’ yang dijemput membuat persembahan di majlis tersebut.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut hanya sempat menyampaikan tiga lagu sahaja apabila mereka diminta menghentikan persembahan mereka.

Lagu-lagu tersebut yang berirama Punk, bertajuk Hapuskan penindasan, Demokrasi tanpa ISA dan Nyanyi budaya pembebasan.

Mereka sepatutnya menyampaikan tujuh lagi di majlis tersebut. Mereka memulakan persembahan pada jam 2.30 petang tadi.

Menurut seorang anggota kumpulan tersebut, Ahmad Nizamuddin Abdullah, juruacara majlis tersebut menegur persembahan mereka selepas lagu pertama.

Bagaimanapun, mereka meneruskan juga dan lepas lagu ketiga, Hishammudin Rais meminta mereka menghenti persembahan.

Beliau berkata, pihaknya diberitahu yang lagu-lagu yang mereka persembahkan, tidak sesuai dengan majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Amal PAS Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Mohd Yatim mengesahkan yang pihaknya menarik dari daripada majlis tersebut.

Mereka adalah antara 2,500 anggota Pemuda Pakatan Rakyat ditugaskan untuk mengawal perhimpunan membantah kenaikan harga minyak di Stadium Kelana Jaya hari ini.

Yang lainnya terdiri daripada anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s