Anwar selar Rudd membisu soal hak asasi manusia di Malaysia

09/07/2008 5:59pm

CANBERRA 9 Julai – Pemimpin pembangkang dari Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Perdana Menteri, Kevin Rudd membelakangkan prinsip hak asasi manusia untuk tujuan politik berasaskan realiti.

Menurut Anwar, sejak Rudd memenangi pemilihan November lalu, beliau hanya membisu terhadap isu-isu hak asasi manusia di Malaysia.

“Saya perlu katakan, pada tahun 1998, beliau (Rudd) sangat membantu.

“Kadang-kadang, di sesetengah negara, mereka menunggu sehingga anda dipukul, barulah mereka menunjukkan simpati,” katanya dalam rancangan televisyen “Dateline” di sini hari ini.

Kenapa nak marah ? mungkin Anwar merasa sangat terkilan dengan tindakan Rudd yang tidak sudi menemui Anwar yang sudah ‘nyawa nyawa ikan’ sekarang ini. Kita tahu Anwar memang sukakan promosi dengan menyebut rakan rakan yang dikenalinya meskipun tidaklah kita sedar betul atau tidak mereka menemui atau mengenali Anwar.

Anwar yang menghadapi tuduhan baru meliwat, berjanji untuk menentang dakwaan tersebut, ketika Rudd bersiap sedia untuk melawat Malaysia.

Rudd dijadual melawat Malaysia Khamis ini untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan sokongan Kuala Lumpur mengenai idea penubuhan komuniti Asia-Pasifik yang diutarakannya.

Tindakan Rudd betul mengikut ilmu diplomatik kerana masakan mungkin Australia ingin meminta sokongan Malaysia dan menemui ‘ ketua protes’ di sini yang tidak sedikit bencana dihasilkan olehnya dan orang orang beliau ? Jelas RUDD tidak rude dengan mengelak spekulasi liar jika dia menemui Anwar semasa menziarahi Malaysia..

Selain itu, Rudd juga berharap Kuala Lumpur akan menyokong hasrat Australia untuk menduduki kerusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu (PBB) secara giliran, bagi tempoh dua tahun bermula 2013. – Reuter

Anwar sudah hilang satu persatu. Bahkan ada wakil PKR dikhabarkan akan meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyertai BN tidak lama lagi. Begitu juga di Perak Nizar dijangka akan memerintah sebagai ‘boneka’ DAP berdasarkan perjanjian Pangkor II sehingga 31 Ogos sahaja.

Akhirnya kemenangan akan diperolehi kita semua tidak lama lagi.

Hidup Pak Lah !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s