Husam bela kumpulan menjilat dan melondeh punggung !- Malaysiakini

Husam Musa memang liberal … Keliberalan itu telah membebalkannya dari berfikir dengan waras mengikut acuan PAS. Beliau nampaknya sudah berada di landasan tidak betul dengan memberi petunjuk ‘ sumbang’ di saat saat ramai pemimpin PAS seerti ustaz Idris Ahmad dan Nasaruddin Tantawi sudah mula muak dengan pakatan rakyat yang tidak ‘ sensitif ‘ dengan perasaan mereka yang ‘ ultra Islam’….

Kata Husam ( dengan nada menyindir lagi ) :

perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu “bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan”.

Wah ! Wali lah kena hadir ke perhimpunan tersebut. Yang waraklah kena hadirkan diri..Untuk ‘menjadi PAS’ sejati yang sanggup disembur air dan gas  pemedih mata. Husam lupakah ?

Apabila Husam menyindir ‘ warak’ maknanya Husam menyindir golongan agama dalam PAS. Husam ingin menyindir mereka yang dikatakan warak dan bertaraf wali sedangkan PAS mendakwa berjuang menegakkan Islam hingga menjadikan setiap tok gurunya taraf  Wali….walau mulut berzikir Tuhan Mencarut Tuhan Samseng Tuhan Gedebe….

Lagi ulasan Husam yang dipetik malaysia kini dari blognya, Husam berkata jika seseorangan mendengar semula lirik lagu-lagu kumpulan punck rock itu “ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.”

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,”

Ye memang betul…Tetapi tidak betul menyokong perbuatan lucah dan membela mereka jika ingin menegakkan perjuangan hingga sekarang PAS dilihat seolah-olah mengiyakan  matlamat menghalalkan cara… Bukan matlamat dilandaskan cara bertatasusila Islam…

memang patutlah Nasarudin Tantawi dan Ust Idris Ahmad mengungkitkan perkara ini dan membela unit Amal PAS yang memboikot perbuatan tersebut. merekalah pemuda sebenar kerana berani menunjukkan ketegasan mereka berlandaskan prinsip Islam yang sanggup ‘ diliwat’ oleh Anwar dan Lim Kit Siang hingga ‘mencabul’ negara Islam Fasal 5 PAS selama sejak Merdeka hingga kini. Semuanya kerana apa ?

Kuasa

Kuasa

Kuasa

Dan Husam Musa takut kuasa akan hilang dan sebab itu Anwar tahu Husam boleh digunakan bagi menjadi    ‘ bidak caturnya ‘

PAS semakin celaru dan keliru… Keputusan terbaik sekarang ialah PAS perlu mengakui dan keluar Pakatan Rakyat dan berhentilah dari memasang angan angan jika pakatan PAS ini menjadikan hari terburuk dalam sejarah PAS di bawah Hj Hadi sendiri …

Moga PAS akan tegas dan tidak sewenang wenangnya menjadi BARUA PKR dan DAP yang tidak ada jati Islamnya…

Artikel penuh :

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa berkata perhimpunan membantah kenaikan harga minyak Ahad lalu “bukan untuk orang yang warak dan wali sahaja tetapi kepada semua pihak yang ingin menyuarakan bantahan”.

Mengulas kontroversi persembahan penyanyi Carburetor Dung, exco kerajaan Kelantan itu menambah walaupun kumpulan pemuzik dianggap mempamerkan aksi tidak senonoh, mesej yang cuba disampaikan mereka kritikal terhadap kerajaan.

Menulis di blognya, Husam berkata jika seseorangan mendengar semula lirik lagu-lagu kumpulan punck rock itu “ibarat terkena pada batang hidung mereka (kerajaan) sendiri.”

“Kalau golongan muda seperti itu pun sudah boleh sindir kerajaan, ini menunjukkan sudah ada penyertaan dari pelbagai pihak bagi menyampaikan mesej kepada kerajaan,” katanya semalam.

carburator dung lewd performance at protes fuel price hike rally mppj stadium 070708Tindakan penyanyi Carburetor Dung memalingkan punggung ke arah penonton sehingga menampakkan seluar dalam menimbulkan kecaman meluas banyak pihak, termasuk pemimpin dan penyokong PAS.

Ahad lalu, tindakannya itu menyebabkan mereka diserbu sekumpulan penyokong pembangkang di stadium Kelana Jaya sehingga penyanyinya Alak mengalami cedera ringan.

Husam bagaimanapun meminta semua pihak tidak menyalahkan aksi kumpulan itu semata-mata tetapi wajar menilai mesej dalam lagu-lagu mereka, antaranya Mari nyanyi menjilat – lagu mengkritik budaya mengampu di negara ini dan kebergantungan kepada kontrak.

“Saya bukannya pro kepada band rock itu tetapi kalau kita dengar semula seni kata lagu (yang dinyanyikan) itu ada mesej tertentu kepada kerajaan,” kata Husam.

Bagaimanapun bagi pemimpin PAS yang menolak persembahan kumpulan tersebut, mereka enggan bertolak ansur.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Idris Ahmad menganggap parti itu “tertipu” sewaktu terlibat dalam perbincangan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), penganjur perhimpunan tersebut.

Melalui blognya semalam, bekas pemimpin kanan Pemuda PAS itu berkata pemimpin parti yang terlibat dalam Protes telah berkompromi membenarkan konsert dengan syarat “nyayian yang tidak melampau dan seni kata yang baik”.

“Rupa-rupanya pada hari itu kita kena tipu. Menyebabkan Pemuda dan Unit Amal memboikot. Tahniah pada adik-adikku Pemuda dan Unit Amal,” katanya.

Tambahnya, demonstrasi Protes pada masa depan akan lebih berjaya jika dikawal seratus peratus oleh parti itu.

“Pengajaran demonstrasi Protes 6 Julai, lain kali biarlah PAS yang kawal semua. Kalau setakat jadi pengerusi (tetapi) kita tidak boleh kawal buat habis beras saja,” katanya, mengulas kedudukan bendahari PAS Dr Mohd Hatta Ramli sebagai penyelaras Protes.

“Banyak demonstasi yang kita buat berjaya (dan) tidak haru-biru. Kalau ulang lagi demonstasi macam ini, untung secupak rugi seguni.”

Timbalan ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan pula berkata beliau pada mulanya bertolak ansur terhadap aktiviti dalam suasana yang “tidak menyinggung perasaan insan yang mukmin” dan jaminan persembahan itu “tidak melanggar etika seorang yang berakhlak dan bermoral.”

Beliau menyifatkan tindakan Alak itu sebagai tidak beradab dan tidak sesuai.

“Ramai umat Islam yang hadir seperti memulaukan majlis dengan beredar meninggalkan majlis apabila persembahan memberi aksi ‘londeh seluar’,” kata Nasrudin di blognya awal minggu ini.

“Mungkin kerana terlalu marah, kerana minyak naik, maka mereka memaparkan aksi demikian sebagai protes. Wallahu a’lam. Pastinya ia bukan satu tindakan yang beradab dan sesuai.”

http://www.malaysiakini.com/news/85934

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s