Anwar : Raja Saman kembali lagi !

Artikel di bawah dikutip dari Keris Pusaka Melayu. Ia berkait rapat dengan isu saman Anwar yang baru timbul terhadap Menteri dalam Negeri; Datuk Seri Ab Hamid Albar untuk ke sekian kali yang entah berapa, hingga gelaran sebagai Raja  Saman nampaknya tidak dapat lagi disaingi oleh mana mana pemimpin samada UMNO, PAS atau DAP.

Apakah ‘khuatir’ di saman menjadikan PAS gentar mengalah dan keluar pakatan ? adakah ini bererti ada perjanjian seumpama perjanjian Pangkor II telah ditandatangani oleh PAS semasa menerima jawatan Menteri Besar !

Wallahu a’lam. Cuma yang jelas, Anwar kembali beraksi sekali lagi sebagai raja saman Malaysia..

Lihat berita Malaysiakini di bawah :

dikemaskini Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghantar surat tuntutan kepada menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar supaya memohon maaf kerana memanggilnya “tukang lapor” Amerika Syarikat.

Syed Hamid diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian.

Surat tuntutan tersebut telah dikirim melalui faksimili ke pejabat Syed Hamid oleh peguam Anwar, Sankara Nair pada jam 1 tengahari tadi.

“Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan yang memuaskan dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat ini, kami akan mengambil tindakan undang-undang (saman fitnah),” kata Sankara dalam suratnya.

Surat itu diedarkan dalam sidang media di pejabatnya di Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur.

Anwar juga menuntut RM100 juta daripada Syed Hamid berhubung kenyataan yang dianggap menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi lagi dakwaan seumpamanya.

Anwar berkata, melalui tuntutan itu, perkataan yang digunakan oleh Syed Hamid, seperti laporan The Star 3 Julai lalu, memberi maksud bahawa beliau (Anwar) seorang pengkhianat dan tidak setia kepada negara, agama dan bangsa.

Tokoh pembangkang itu juga berkata, perkataan-perkataan tersebut membawa makna bahawa beliau tidak boleh dipercayai dan tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara dan bahawa beliau seorang boneka Amerika Syarikat yang boleh memusnahkan negara, agama dan bangsa.

syed hamid albarSyed Hamid dipetik sebagai berkata, Anwar bertindak  sebagai “tukang lapor” negara kuasa besar itu ketika mengulas kenyataan Washington berhubung laporan polis  kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu, akhir bulan lepas.

Menurut akhbar tersebut, menteri itu berkata setiap kali Anwar berdepan dengan krisis politik dalam negara, beliau akan mengadu perkara itu kepada negara tersebut.

Bagaimanapun, pada 8 Julai, beliau menafikan memanggil Anwar sebagai “spy” atau pengintip Amerika Syarikat.

Bernama memetik Syed Hamid sebagai berkata, beliau tidak pernah berkata yang Anwar seorang “spy” atau pengintip.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, peguamnya itu juga menyatakan Anwar “berasa sangat kecewa” dengan tindakan polis yang enggan menyerahkan satu salinan laporan yang dibuat oleh bekas pembantu sukarelanya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 28 Jun.

Selepas cuba mendapatkannya dua kali sejak 29 Jun lalu, tambah Sankara, polis tetap enggan berbuat demikian dalam jawapan pihak berkuasa itu pada 2 Julai.

Polis kemudian berubah sikap pada 3 Julai, katanya lagi, bagaimanapun enggan berbuat demikian sekali lagi sehari kemudian.

“Mereka sehingga kini berdiam diri,” katanya.

Sankara menambah, salinan laporan itu sangat penting untuk mengetahui butiran lengkap dan tepat dakwaan Mohd Saiful bagi menyediakan kes terhadap anak guamnya.

Kisah Anwar, Raja Saman Terkemuka Malaysia

Ramai antara kita pernah dan tahu Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki barisan peguam bela yang mantap dan berkaliber. Semasa kes mahkamah berhubung dakwaan liwat, salah guna kuasa, para ‘pahlawan’ inilah yang telah berjuang membela beliau dari segala tuduhan meskipun Hakim tetap menjatuhkan hukuman 6 tahun penjara bagi kesalahan salahguna kuasa dan hukuman sembilan tahun penjara bagi kesalahan liwat.

Namun pada 2 September 2004, beliau dibebaskan pada zaman Pak Lah yang baru setahun memerintah ketika itu. Ada mengatakan wasiat ibunya yang ingin Anwar dibebaskan. Yang penting, Pak Lah tidak cuba mencampuri urusan pembebasan Anwar meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi jika Anwar menjadi lawan utamanya satu hari nanti ketika itu.

Apa yang hendak dipaparkan di sini ialah Juara Saman Malaysia ini memang suka ‘Sue ‘ atau saman. Lihatlah senarai di bawah yang telah disaman beliau hingga ke hari ini.

Mungkin pengalaman berdepan perbicaraan selama 5 tahun menjadikan Anwar biasa dengan situasi mahkamah dan tidak gentar menyaman mana mana pihak atau disaman kembali. Bahkan jumlah saman juga cukup lumayan selumayan komisyen sesetengah pihak yang dituduh Anwar sebagai mengaut keuntungan atas penjanjian jual beli senjata baru baru ini.

Semua pihak yang cuba menjatuhkan maruah beliau pasti akan disaman tidak kira Melayu, Cina atau India. Mungkin kepelbagaian kaum dalam PKR juga menjadikan Bang Nuar juga tidak kisah menjadikan mana mana kaum sebagai sasarannya jika terbukti celupar dan memburukkan namanya.

Terbaru ialah Samy Vellu yang diugut hari ini dalam laporan Malaysiakini akan disaman RM 100 juta jika tidak menarik balik kenyataannya yang dibuat 15 April lalu di Berita Harian.

Lihatlah senarai ringkas siapa dan apa punca disaman serta sumber berita atau web yang menyiarkan berita mengenainya….

1. Anwar saman Khairy RM100 juta

KUALA LUMPUR 7 Mac – Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Khairy Jamaluddin bagi menuntut ganti rugi RM100 juta kerana didakwa memfitnahnya dalam satu klip video dan artikel yang disiarkan dalam beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan S. N. Nair & Parners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Anwar sebagai plaintif menamakan calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Rembau, Negeri Sembilan bagi Pilihan Raya Umum Ke-12 esok itu sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mendakwa Khairy telah mengeluarkan kata-kata fitnah yang merujuk kepada beliau semasa memberi ceramah di Lembah Pantai di sini pada atau sekitar 20 Februari lalu.

Berikutan itu, rakaman ceramah dalam bentuk klip video telah diterbitkan bersama-sama artikel bertajuk Anwar and kin no threat dalam laman web Malaysiakini.

Menurut Anwar, kata-kata fitnah itu antara lain bermaksud beliau seorang homoseksual, terlibat dalam aktiviti menyalahi undang-undang dan agama serta tidak sesuai untuk memegang jawatan politik.

Dakwa beliau, Khairy mengucapkan kata-kata fitnah itu walaupun beliau mempunyai pengetahuan spesifik bahawa plaintif telah menafikan sekeras-kerasnya perkara yang sama pada masa lalu.

Walau surat tuntutan telah diserahkan, jelas Anwar, defendan enggan meminta maaf serta terus berdegil untuk tidak menarik balik kata-kata itu.

Tindakan Khairy dengan niat agar ia diterbitkan didakwa menjejaskan karakter, kewibawaan dan reputasi plaintif selain menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadapnya.

Sehubungan itu, Anwar menuntut ganti rugi RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan injunksi untuk menahan defendan atau agennya daripada menerbitkan kata-kata fitnah itu.

3. ANWAR SAMAN DR CHANDRA RM10 JUTA pada 8 Mac 2007

4. Anwar Ibrahim Fail Saman Fitnah RM 10 juta Terhadap Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong 18 April..

5. Anwar ugut saman Samy RM100 juta ..

“ Selepas siri-siri saman terhadap beberapa tokoh BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlepas menghadapkan tindakan perundangan itu terhadap presiden MIC berhubung satu berita di sebuah akhbar harian dua minggu lalu.

Penasihat PKR menuntut Datuk Seri S Samy Vellu memohon maaf dan menarik kenyataannya di Berita Harian pada 15 April yang menyebut, antaranya, Anwar menggalakkan “penyokongnya menggunakan pelbagai taktik kotor pada pilihanraya umum” dan “negara akan lebih aman dan makmur jika tiada kelibat manusia seperti Anwar.”
samy vellu  010307

Menurut peguam mantan timbalan perdana menteri itu, Sankara Nair berkata jika Samy Vellu gagal berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, beliau akan memulakan saman bagi menuntut RM100 juta.

Surat tentang perkara ini diserahkan kepada presiden MIC semalam.

Dalam akhbar tersebut, Samy Vellu dilaporkan berkata Anwar “menggunakan ugutan, tekanan, paksaan dan menakut-nakutkan pengundi bagi menjamin kemenangan calon pembangkang.”

Bekas menteri kerja raya itu dipetik sebagai: “saya sudah lama kenal dia. Ini cara mereka meraih undi.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s