Amerika, penaja pembangkang di mana mana negara ! termasuk Malaysia ?

Amerika sangat kuat operasi sulitnya. sangat rahsia dan meliputi seluruh dunia. Ramai tidak kenal siapa agen CIA atau FBI namun gerakan mereka sangat bahaya dan boleh menggugat keamanan mana mana negara yang dihajati mereka.

Cerita terbaru Amerika dan juga kegiatannya telah didedahkan dalam KL POS, sebuah akhbar talian yang ‘ suka’ menyiarkan dengan sensasi cerita PKR hingga ramai menyangka KL POS adalah organ media PKR secara tidak langsung. Begitu juga Malaysiakini yang bertemakan PKR secara tidak langsung dengan memberi banyak berita berita mengungtungkan PKR dan Pakatan Rakyat dan ‘menenggelamkan’ berita berita yang ‘memudaratkan’ mereka … Biasalah media akan memilih apa juga cerita dan bahan yang menepati selera mereka.

Tindakan Amerika sebenarnya telah lama diketahui dunia. Shah Iran sendiri dikatakan menerima banyak modal dan juga bantuan dari Amerika. Sebelum dijatuhkan oleh Revolusi Iran tahun 1976. Namun senjata yang diberikan telah ‘ membahayakan’ Amerika dan anak emasnya : Israel selepas kejatuhan Shah Iran tersebut. Begitu juga di Iraq, Saddam Hussein pernah menjadi anak emas AMerika juga dan sempat menerima berbagai bantuan dan kepakaran hingga mampu mengalahkan negara lain dengan senjata moden yang dimilikinya. Namun Saddam Husein telah dihancurkan oleh Amerika sendiri setelah tidak lagi sanggup menjadi tali barut Amerika .

Begitu juga banyak tempat yang berlaku pertempuran dan pergaduhan ditaja oleh Amerika. Penentang kerajaan yang tidak disukai Amerika , akan mendapat bantuan dan dana berjuta juta agar mereka akan dapat menjadi pemerintah dan meneruskan usaha menjadi ‘ hamba abdi’ kepada mereka. Ahli Politik yang berfikiran pendek tentu tidak akan melepaskan peluang menjadi hamba Amerika dengan menerima dana dan bantuan sehingga berjaya menjadi pemerintah dan mereka pasti akan mengikut apa sahaja kata kata Amerika meskipun menjadikan rakyat semakin susah dan menderita. Ibarat di Iraq, kejatuhan Saddam Hussein tidak membawa kebaikan bahkan memburukkan lagi suasana dengan semua kabilah dan suku kaum berpecah dan pergaduhan mazhab semakin berleluasa ekoran permainan liar Amerika bagi memusnahkan umat Islam.

Rakyat Iraq sebelumnya menyangka dengan kejatuhan Saddam, segala masalah mereka akan selesai. Walhal mereka semakin tertindas di bawah pentadbiran Amerika di Iraq namun ibarat kata pepatah ; nasi sudah menjadi bubur… Baca berita KL POS di bawah tentang peranan AS di Iran bagi melemahkan kerajaan Iran dan memberi dana kepada penentang penentang kerajaan hingga mencecah hampir setengah billion untuk operasi sulit itu sahaja.

Cuma nak ditanya juga , adakah tidak ada orang ‘ hamba abdi’ Amerika di Malaysia bagi menjatuhkan kerajaan yang giat menggerakkan kemajuan Islam melalui Islam Hadhari , bioteknologi, integriti, pertanian dan lain lain ??

Agak agak ada tak agen Amerika di dalam parti pembangkang Malaysia ?? dan menerima dana ratusan juta ??

Wallahu A’lam…..

Amerika enggan ulas dana AS400 juta bagi operasi di Iran
Oleh AFP, BHS
Rabu, 02 Julai 2008
WASHINGTON: Rumah Putih kelmarin enggan mengulas laporan bahawa tahun lalu Kongres meluluskan dana AS400 juta yang diminta Presiden George W. Bush bagi operasi sulit di Iran untuk melemahkan pemerintah Teheran.

‘Saya tidak dapat memberi komen, ya atau tidak,’ kata jurucakap Rumah Putih,  Dana Perino, kepada pemberita selepas majalah New Yorker melaporkan Ahad lalu bahawa Kongres telah meluluskan permintaan dana bagi operasi sulit itu.

Sewaktu ditanya kemungkinan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran berhubung program nuklearnya sebelum  Bush meninggalkan Rumah Putih Januari 2009, Perino berkata  Bush ‘lebih memberi tumpuan menghuraikan isu ini secara diplomasi’.

Majalah New Yorker menukil sumber-sumber Kongres, tentera dan bekas pegawai perisikan, sebagai berkata Ahad lalu bahawa menyusuli pemberian dana itu, Washington telah meningkatkan operasi sulit bagi melemahkan pemerintah Iran termasuk memberi sokongan terhadap kumpulan minoriti, penentang dan operasi pengintipan mengenai kemudahan nuklear Iran.

Meskipun operasi sulit di Iran bukan satu perkara baru, menurut New Yorker, saiz dan bidang operasi tersebut, yang melibatkan Agensi Risik Pusat (CIA) dan Markas Operasi Khusus Bersama (JSOC), telah diluaskan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s