Suara Keadilan : Anwar menang pusingan pertama ( kalah pusingan lain ? )

Kalah pusingan pertama sahaja ?

Macam lemah sahaja berita tentang debat yang sepatutnya disambut hebat memandangkan ia adalah julung kali diadakan di negara ini.

Apakah kerana rakyat tidak dapat diperdaya lagi ?

Adakah kerana semangat juang sudah luntur ekoran ‘ kekalahan tidak dijangka’ semasa debat semalam?

Ditambah dengan isu liwat yang tidak selesai !

dan isu tidak mahu bersumpah serta isu isu lain sebelum ini seperti perletakan jawatan S/U PKR Selangor Yahya Shaari sebagai Pegawai Khas MB kerana isu kutipan derma  hingga BPR mengatakan ia ada kes !

Apakah sudah lemah semangat mereka kerana tindakan Hj Hadi mencalit lumpur di muka Anwar yang mana kenyataan pedas itu ‘ ledakan gunung berapi’ yang sudah lama menahan kemarahan ekoran kesungguhan Anwar ingin menaiki kerusi PM meskipun pakatan mereka belum menjadi lagi ?

Adakah isu di Kedah berkaitan Balak hingga mengundang komen Ketua Menteri Pulau Pinang mengatakan Azizan tidak diberi nasihat yang betul ( kerana balak akan menjejaskan air PPinang ? )

Anwar menang pusingan pertama pun ( jika mengikut Suara Keadilan ) tidak bermakna kerana Anwar sebenarnya sudah kalah kerana dua faktor ( mengikut Angin Perubahan ) :


Pertamanya, Anwar gagal menjawab apakah dia bersetuju subsidi terus diberikan kepada peruncit minyak di Malaysia, sedangkan 58% pasaran dikuasai oleh syarikat asing.

Keduanya, Anwar gagal menjawab soalan daripada Tan Sri Nordin Kardi. Anwar juga gagal menyakinkan bahawa mekanisma apakah yang dipakainya untuk turunkan harga minyak menjadi 50 sen.

Anwar sekadar menyatakan kaedah penjimatan dan andaian, sedangkan kos untuk subsidi harga minyak yang semakin naik adalah lebih besar dari jumlah RM5 bilion. Anwar gagal meyakinkan bahawa hanya RM5 bilion sahaja diperlukan untuk stabilkan harga pada kadar 2.20 seliter dan lebih murah lagi selepas itu. Akhirnya, Anwar bersetuju harga minyak terpaksa dinaikkan. Jika begitu berapa lama harga RM2.20 seliter boleh bertahan jika Anwar jadi PM? Sebulan atau seminggu sahaja? Bermakna jika hari ini memerintah, esok belum tentu harga minyak turun.

Bagi saya Anwar sudah kalah bukan sahaja pusingan kedua Debat tetapi pusingan kedua menjadi PM setelah dilucutkan jawatan tahun 1997 lalu oleh Tun Dr Mahathir.

1. Anwar sudah tidak ada pengikut yang kuat lagi. Ramai sudah pulang ke parti asal iaitu UMNO seperti Ezam, Lokman Adam, dan lain lain.

2. Rakyat semakin menolak dan menjauhkan diri dari gerakan protes pembangkang akhir akhir ini setelah menyedari bahawa mereka dipergunakan bagi merebut kekuasaan sedangkan perjuangan Anwar hari ini adalah perjuangan peribadi beliau dan anak anaknya yang sangat terdesak ingin mendiami Seri Perdana jika ditakdirkan menjadi PM selepas dimalukan 10 tahun lepas oleh Tun Mahathir.

3. PAS dan DAP sendiri lebih suka menjauhkan diri dari Anwar setelah melihat bagaimana beliau membuat sesuatu keputusan seperti memujuk Adun BN dan MP agar berpindah ke pulau berhantu ‘ Pakatan Rakyat ‘ di seberang laut yang sudah banyak isu isunya meskipun baru tidak sampai setengah tahun menjadi pemerintah di negari negeri bawah jajahan BN sebelum itu.

4. Penerangan demi penerangan melalui media massa dan juga blog blog telah berjaya membuka pintu hati rakyat yang selama ini tidak mendapat imbangan maklumat yang adil dan saksama ekoran penguasaan pembangkang. Namun setelah mengalami kekalah kerajaan telah sedar ancaman ini dan telah meningkatkan serangan melalui blog blog dengan tujuan ingin mengekang gejala menfitnah sesama warga negara hingga membahayakan kedudukan Perdana Menteri kita sehingga kehilangan 5 negeri pada PRU 12 yang lalu.

Kesimpulannya, usaha debat patut diteruskan dan disiarkan secara langsung bagi membolehkan wakil Kerajaan menjawab segala tohmahan dan dakyah palsu pembangkang dan demi mengelakkan lebih ramai lagi rakyat ‘tidak berdosa’ akan terjebak dengan ‘ permainan politik popilist’ ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s