Anwar dan syarat syarat DNAnya

Anwar semakin lama semakin tertekan. Kes liwat semakin ‘memakan dirinya’ jika benar dakwaan liwat ini direka reka oleh Anwar sendiri bagi mengaitkannya dengan kerajaan agar dipandang zalim dan jahat di pandangan rakyat.
Anwar dan Azizah sama sahaja. Azizah sepatutnya jika benar Anwar ada perangai sumbang, beliau kena bongkarkan demi menjaga rakyat dari terus tertipu dengan ‘belang’ Anwar.

Jika tidak, Azizah mementingkan keuntungan politiknya dan ‘ kedegilan’ kepalanya dari memikirkan nasib maruah bangsa Malaysia jika rakyat terus percaya dengan segala apa yang berlaku ini adalah mainan kerajaan pemerintah.

Fitnah besar sebenarnya bukan liwat tetapi ‘ maruah ‘ kerajaan yang ‘dicabul’ oleh Anwar dan Geng yang jelas inginkan kerajaan runtuh dan digantikan oleh kerajaan ‘imaginasi’ mereka yang belum jelas lagi hala tuju dan ketahanan fizikal dan mentalnya.

Terbaru, isu tajaan syarikat Arak di Selangor, PKR diamkan diri dan terus membela keputusannya itu. PAS bantah seperti tidak ada apa apa kesan sahaja.

Ada dua kemungkinan sahaja di sini sama PAS berpura pura bantah dan lepas tu duduk semeja kembali dengan PKR dan DAP atau PAS benar benar bantah tetapi ‘ hilang telurnya’ – seperti ungkapan Zaharin yasin ( Sang Kelembai ) hingga tiada lagi kejantanan  Islam dari PAS yang masih berserban berjubah serta bertakbir tiap kali ceramah ceramah. Hingga ‘munafik melayu ‘ seperti Khalid Ibrahim tidak ada lagi rasa segan dan silu dengan PAs yang jelasnya sekarang mementingkan kuasa dari nasib bangsa Melayu.

Sepatutnya PAs tidak begitu. PAs sepatutnya tidak menjaga hati orang tetapi menjaga kepentingan Islam… Masih adakah kaedah ‘akhaffu darurain’ dipakai ? jika dipakai pihak manakah yang lebih ringan mudaratnya berbanding UMNO dan PKR ??? atau DAP ????

Tentu UMNO masih relevan dijadikan kawan PAS. UMNO masih lagi menganut Islam dan memperjuangkan ketuanan Islam dan Melayu.

Lihat saja sikap dolak dalih Anwar yang menjadikan 4 syarat sebelum DNA beliau diambil…. Cakap sahajalah anda tidak berani berdepan dengan tindakan undang undang yang selama ini menjadi sandaran beliau memandangkan dipertahan oleh barisan peguam peguam termasuk Naib Presiden sendiri iaitu Sivarasa yang sibuk menjaga dan mempertahankan Anwar dari segi guaman dan undang undang…

Baca berita di bawah :

19 Julai, 2008 00:44 AM

Anwar Mahu Polis Buktikan Empat Fakta Sebelum Benarkan DNA Diambil

MELAKA, 18 Julai (Bernama) — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang dalam siasatan polis kerana tuduhan meliwat, meminta polis membuktikan empat fakta yang kukuh sebelum membenarkan DNA beliau diambil.

“Bukti pertama, siapa rogol siapa, saya sakit pinggang, budak universiti (bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan) kuat.

“Bukti kedua, di mana (berlakunya kejadian), ketiga tempat mana dan keempat di mana saksi,” katanya ketika menyampaikan ceramah politik yang dihadiri lebih 1,000 orang di Cheng di sini malam ini.

Katanya sekiranya empat bukti kukuh itu dikemukakan, beliau bersedia untuk diambil darah.

Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempertahankan tindakannya untuk tidak menjalani ujian DNA dengan mendakwa DNA hanya “corrobotive evidence” (bukti yang memberi pengesahan).

“Saya bukan tak boleh bagi darah, darah saya dulu telah diambil .. ingat,” katanya bahawa sampel DNA beliau pernah dibawa ke mahkamah.

Beliau merujuk kepada kes tuduhan liwat pertama yang pernah dikemukakan ke atasnya 10 tahun lepas.

Anwar juga menuduh polis telah bertindak melampau ketika menahannya pada Rabu lepas seolah-olah beliau “Osama Laden” .

“Saya telah “diiringi” oleh berpuluh-puluh motosikal besar anggota polis ketika saya dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, apa kesalahan saya,” katanya.

Katanya semasa di lokap pula, beliau hanya beralaskan simen untuk beliau merehatkan diri.

— BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s