Budaya PKR ; bertumbuk sesama sendiri selepas melondeh seluar !

Isu liwat belum lagi selesai. satu persatu isu isu ‘hiliran’ timbul selepas isu utama iaitu liwat timbul. Ia seolah olah ingin menenggelamkan atau tertenggelam dengan sendiri sebaik sahaja ia muncul di pandangan mata kita.

Isu bertumbuk sesama sendiri antara Adun PKR Cina dan pembantu Adun PKR Melayu telah heboh satu Malaysia…Beliau ( Adun Cina ) telah menjadi hero kerana rakaman video klip VK Lingam hingga melahirkan satu siasatan bertaraf Suruhanjaya diraja ; nampaknya telah ditumbuk tidak sampai setengah tahun menjadi Adun. Ia satu kejadian memalukan tetapi hakikatnya ia manifestasi bahawa PKR tidak ada calon Adun yang berwibawa yang boleh betul betul menjadi generasi pelapis pemimpin sedia ada. Yang mereka ada ialah; pemimpin bertaraf ‘ jurugambar video’ yang hanya tahu membuat onar dengan mencuri rakam perbualan VK Lingam dan menjadi Adun selepas didedahkan perbualan ‘sulit’ itu.

Ia tidak lagi menjadi isu nasional bahkan menjadi isu antarabangsa kerana ia satu perbuatan mendedahkan dengan terancang perbualan VK Lingam bagi mencemarkan imej buruk badan kehakiman. Apabila ia disahkan Suruhanjaya Diraja maka apa yang dapat kita lakukan ialah melihat satu persatu ‘ pembangkang’ menguasai pentas politik dengan rakyat semakin lama semakin terhakis keyakinan mereka terhadap kerajaan dan badan kehakiman.

Adakah kita ada terfikir bahawa tidak mustahil di sana ada unsur unsur ‘ agen perisikan’ antarabangsa terlibat di dalam hal ini ? 

 atau VK Lingam sendiri ‘dibayar’ untuk itu ? bagi memudahkan Anwar dan kroninya mendapat keuntungan segera yang besar di atas bukti yang ‘direka reka’ dengan umpanan wang ?

Kita tidak kenal VK Lingam dan kemungkinan beliau menjadi ‘pelakon’ adalah tidak mustahil. Rakyat kena berfikir ‘ luar kotak’ dengan melihat dari segenap sudut isu isu termasuk isu besar institusi kehakiman ini dari pelbagai sudut agar tidak ada lagi ‘terlepas pandang’ sesuatu isu dari segi ‘ kemungkinan’ yang boleh ditimbulkan atau memang ada namun tidak diperhatikan dengan ‘kanta pembesar’ perkara tersebut.

Ini merugikan kita jika tidak diselidik dengan teliti dan merugikan kerajaan kerana ia memungkinkan usaha membentuk sokongan rakyat akan terjejas dan pembangkang akan semakin diterima dan diangkat rakyat yang jelas tidak mendapat akses yang lengkap dan cukup bagi melihat isu isu berbangkit sebagai satu isu yang ada jawapannya yang jelas tetapi tidak sampai ke telinga dan mata mereka.

Justeru, apabila Adun PKR ditumbuk oleh pembantu Adun PKR juga, ia satu isyarat jelas tentang moral Adun dari PKR. PKR sebenarnya tidak ada kredibiliti di dalam membentuk sahsiah Adunnya dan PKR tidak ada nilai yang boleh membawa mereka diangkat sebagai pemimpin angkatan Pakatan Rakyat. Ia belum lagi dengan isu moral Anwar sendiri yang memang jelas adalah BEKAS BANDUAN kes liwat dan salah guna kuasa dan kawan rapat ZIONIS / AMERIKA hingga kita sedar PAS telah berasa sangsi dan goyang dengan keberhasilan pakatan ‘jahat’ mereka ini.. Mereka sudah mula mengatur langkah menjarakkan diri dan memulakan perundingan muzakarah yang telah disambut dengan lapang dada dan senang hati oleh Pak Lah.

NAMPAKNYA PKR DIHUNI OLEH GOLONGAN TIDAK BERMORAL ( CARBURATOR DUNG ) SAMSENG ( PA ADUN NIK NAZMI ) KORUP ( KHALID IBRAHIM ) KRONI ( ADIK ANWAR DALAM KDEB ) PUTAR BELIT ( ANWAR )  …

Mungkin selepas ini PAS akan meniru satu demi satu perangai PKR ini jika semakin lama PAS sedia berada di dalam Pakatan Rakyat yang semakin ‘ jahat’ dengan retorik yang indah tetapi realitinya seperti sampah..

 

 

Baca berita lanjut pergaduhan tersebut dari laman berita Malaysiakini di sini :

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh seorang  pembantu setiausaha sulit beliau semalam, sudah selesai.

loh gwo burneKejadian tersebut, Loh Gwo Burne ditumbuk oleh oleh pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad ketika cuba memberi pandangan masing-masing yang mewakili penduduk setempat.

Ia berlaku selepas Loh mempersoalkan pembinaan surau Al- Istiqamah semasa upacara pecah tanah pembinaan surau itu di Fasa Kedua Desa Mentari di Kelana Jaya.
    
Sebelum Loh ditumbuk telah berlaku kekecohan di mana sekumpulan penduduk membantah pembinaan surau itu yang didakwa tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya, Petaling Jaya.

Abdul Khalid berkata, kedua-dua pihak telah bermaafan sesamanya akibat kejadian yang berpunca daripada salah faham.

Menteri besar menyifatkan kejadian itu sebagai ‘hal anak-anak muda PKR’, demikian menurut laporan Bernama.

“Ia lebih kepada isu dalaman, biasalah anak-anak muda ghairah untuk bawa pendapat masyarakat cuma  mungkin cara itu yang tidak kena,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak  Selangor 2008 anjuran Jabatan Mufti Selangor di Shah Alam hari ini.
    
Beliau berkata kes itu juga akan dirujuk kepada Ketua Bahagian PKR terbabit iaitu, Syed Shahir Syed  Mohamud bagi membincangkan tindakan selanjutnya kerana ia hanya membabitkan isu di bahagian berkenaan.

Perbezaan pendapat itu, katanya, perkara biasa dan berlaku di mana-mana, cuma cara untuk menyatakan  perbezaan pendapat itu perlu mengikut saluran yang betul agar tidak berlaku kejadian yang tidak  diingini.

Komen Muhd Taib

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata kejadian itu mencerminkan bahawa PKR tidak bijaksana dalam menangani isu yang menyentuh agama.
    
“Kita (Barisan Nasional) biasanya konsensus berunding antara sesama kita tentang hak masing-masing di mana masjid di mana surau di mana gereja kita benarkan semua.
    
“Nampak sesama dia sudah wujud pertelingkahan sebegitu sampai (ke tahap) fizikal ahli parlimennya ditumbuk ini menunjukkan mereka tidak berjaya mengawal keadaan,” katanya ketika

diminta mengulas mengenai kejadian itu selepas merasmikan Seminar Sehari “Islam Hadhari atau Hadharah Islamiah ?”  anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) hari ini.
    
Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata nampaknya Pakatan Rakyat retak kerana beberapa peristiwa yang memperlihatkan keretakan itu seperti ada yang tidak diajak berunding, ada yang terasa terpinggir dan ada yang cuba menguasai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s