Video Klip Anwar didoakan Nik Aziz : doa yang menimbulkan persoalan kepada kita semua !

Pertama : Nik Aziz sudah kendur desakannya menentang muzakarah ( versi baru : muqabalah ) selepas di ‘brainwash’ 5 wakil Dewan Syura PAS . Meskipun ‘istilah ditukar’ bagi menzahirkan ‘keilmuan’ Nik Aziz.

Kedua : Sudah wujud usaha usaha memburukkan Haji Hadi dan Nasaruddin yang menyaksikan blogger seperti Kickdefella dan Amin Iskandar serta Penarik Beca memulakan ‘ serangan siber ‘ merendah rendahkan usaha murni tersebut dan mem’perli’ dengan bermacam macam ‘kata nista’ bagi melemah dan menggagalkan semangat persaudaraan Islam dan Nik Aziz menjadi sasaran baru ‘ penghormatan tertinggi’ mereka.

Ok, mari kita tanya diri dan kawan kawan kita; siapa yang akan untung jika nama Hadi Awang dan Nasarudin tercalar teruk ?

1. Anwar Ibrahim

Ini kerana PR akan kekal dengan penyertaan PAS dan imej Presiden PAS dengan sendiri akan ‘gugur’ muktamar ini. Tidak mustahil ‘juga tindakan Hj Hadi ini akan memupuskan riwayat ‘politik’ Husam Musa kerana mengenepikan ‘ aliran Ulama’ dalam PAS hingga menafikan peranan mereka di dalam memerintah.

2. Husam Musa ; kerana peluang menjadi Timbalan Presiden semakin cerah dan ‘kasih’ Anwar akan mencurah curah. Jika sebelum ini Saiful dibawa berjalan ke luar negara, tempoh hari Husam sudah mula dibawa ke sana sini contohnya DUbai dan tidak mustahil akan sentiasa diperkenalkan dengan kawan kawan Anwar di luar negara yang memang menanti ‘calon’ baru untuk ‘hegemoni’ mereka. Dengan kedudukan Naib Presiden PAS, tentu tidak sukar untuk mengatur strategi ‘percuma’ untuk Husam Musa demi mencipta satu lagi ‘ klon Anwar’ hingga Husam akan terkesima dengan ‘ silauan’ ( sensored : dan kesialan ) yang telah menjadikan Anwar antara pemimpin hebat di mata Barat dan Muslim yang ‘ hati berkarat’ dari melihat kenyataan sebenar siapa sebenarnya Anwar..

Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat Malaysia di Dubai

Perhatikan gambar di atas, ia dipaparkan di blog Anwar Ibrahim sendiri, dalam tajuk:

Lawatan Kerja Ke Dubai Bersama Delegasi Kerajaan Negeri Selangor

Soalan saya : kenapa Anwar hadir dan menyertai sedangkan beliau bukan anggota kabinet Kerajaan Selangor ?

Kedua : Apa kapasiti Husam Musa dibawa ‘makan angin’ hingga ke Dubai ? sedangkan tiada ulasan di tajuk blog di situ tentang ‘lawatan kerja Kerajaan Kelantan atau Pakatan Rakyat ? Sekali lagi adakah Anwar kesepian selepas ‘kehilangan’ Saiful yang telah mendakwa ‘diliwat’ merata rata dalam dan banyak di luar negara ?

Mungkin sekali lagi ‘ketirisan duit rakyat’ berlaku di dalam Kerajaan pakatan Rakyat !!

Mana tahu ? dan tidak mustahil ia akan berlaku … Seperti isu duit derma sambutan 100 hari lalu.

Jelas fakta di atas. Dan jelas kenapa sehari dua ini blogger PKR dan PAS sendir mula menghina sehina hinanya Haji Hadi dan Nasarudin.

Mereka menjadikan ‘anak emas’ baru iaitu Nik Aziz sebagai  sasaran ‘menyisihkan’ Hj Hadi.

Ingat ! ini pertarungan antara kejayaan Islam atau Yahudi yang berselindung di sebalik orang Islam’klon’…

Anda dengar dan perhatikan doa tersebut.

Akhir sekali jelas kenapa nama Anwar disebut di dalam doa… Adakah kerana terlalu JAHAT ?

Wallahu A’lam.

3 thoughts on “Video Klip Anwar didoakan Nik Aziz : doa yang menimbulkan persoalan kepada kita semua !

  1. […] Pedang Berbisa melalui Video Klip Anwar didoakan Nik Aziz : Doa Yang Menimbulkan Persoalan Kepada Kita Semua! menzahirkan kemelut di dalam PAS dan PKR gara-gara penglibatan […]

  2. cekka says:

    Tuan Guru Nik Aziz ni bukan flip-flop sangat.. cuma nak cari jalan terbaik untuk menegakkan prinsip dia dengan cara berhemah.
    agar orang tak berasa hati sangat.
    cubalah baca artikel ambo :
    Pak Lah, Hj Hadi kena pukulan KO nik aziz
    http://cekka.wordpress.com/2008/07/28/pak-lah-hj-hadi-kena-pukulan-ko-nik-aziz/

  3. […] terbukti bersalah jangan cepat menunding jari. Kawan kita Pedang Berbisa yang sangsi, menunjukkan Video Klip Anwar Didoakan Oleh Nik Aziz: Doa Yang Menimbulkan Persoalan Kepada Kita Semua. Biarlah Allah yang tunjuk.. Mungkinkah sebab ini yang membuatkan orang-orang PAS berasa tawar […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s